Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ya Allah, kami ingin kembali ke sini lagi
Izinkanlah kami... permudahkanlah urusan rezeki kami...
Masjid al-Nabawi
*******************************************************
Izinkanlah kami... permudahkanlah urusan rezeki kami...
Masjid al-Nabawi
*******************************************************
A friend said, dia lebih rasa sentimental di Madinah. Bila melalui sendiri perjalanan spiritual ini, saya akuinya. Madinah lebih terasa damai. Lagi pula, di sinilah letaknya Masjid Nabawi. Di dlm Masjid Nabawi itu terletaknya Makam Rasulullah yg kita cintai.
Masjid al-Nabawi, masjid ke-2 paling suci bg umat Islam. Masjid ke-3 yg dibina dlm sejarah Islam. Dibina oleh Rasulullah di sblh rumah baginda slps peristiwa Hijrah pd 622M dgn keluasan 30x35m, tanpa atap.
Awal pembinaan, tak ada menara. 4 menara pertamanya di 4 sudut masjid dibina oleh Umar Bin Abdul Aziz (93H) diikuti menara ke-5 oleh Qaitbay di Babur Rahmah. Kerja2 perluasan masjid telah meruntuhkan 3 buah menara asal & digantikan dgn 2 menara baru setinggi 72m. Peluasan kedua menambah lagi 6 buah menara setiap satu setinggi 104m. Kini, Masjid Nabawi ada 10 buah menara.
Ada yg sebut fadhilat solat di Masjid Nabawi 40 waktu (tanpa terlepas satu waktupun) akan dijamin keselamatan dari azab, sifat munafiq & api neraka. Mungkin hadis ini ada perselisihan atr ulama. Tak mahu pertikai apapun.
Saya cuma mau percaya & mmg percaya rasa nikmat & bahagia ketika sujud & iktikaf walau seketika di dlm Masjid Nabawi ini tak mampu diucap dgn kata-kata. Andai diizin Allah, hadirlah sendiri & nikmatilah ia. Apapun fadhilat & kebaikannya utk kami, saya serah je pd Allah andai Dia sudi mengurniakannya. Allah itu Maha Pengasih, Penyayang & Pengampun.
Di Masjid Nabawi laluan lelaki & perempuan berbeza. Laluan wanita yg utama adalah Pintu 25. Alhamdulillah, 1st night sampai di The Rove, saya dikurniakan seorg kakak ketika dinner. Dia jadi guru ajar laluan & serba sedikit ttg Masjid Nabawi. Kami pergi & balik bsm2 hinggalah saya pandai berdikari. Tq kak Zaidah (walaupun dia tak kan baca becoz she never knows i write my diary in FRAN)... nanti saya simpan diari ttg kita ber3.
View luar & dlm Masjid Nabawi. Pic dlm MN tu Kak Zaidah yg paksa nak ambil :-)
Alhamdulillah, ada juga kenangan. Kalau tak krn Kak Zaidah, mmg tak ada lah gambar saya dlm Masjid Nabawi ni. Sayu & tenang sgt rasanya hati. Semua yg sudah diizin Allah ke sana surely agree with me. Tuhan, kami ingin kembali lagi... perkenanlah hajat kami ini...
His precious moment in Masjid Nabawi during 1st (2010) & 2nd visit (2019). Mcm tak ada beza je hu hu. Kalau adapun sedikit, tang janggut yg dah mula memutih :-) Tua mengejar kita, Pa...
Now, I truly understand your feeling. Lps ni bila awak kata 'rindu', saya pun dah mampu kongsi perasaan itu...
Kontranya kami ialah dia suka selfie/wefie, tapi saya suka ambil gambar org. Lebih2 lagi gambar candid 'scene yg bercerita'.
Suasana di perkarangan luar Masjid Nabawi di waktu mlm. Rasanya ini ketika nak balik hotel slps solat Isya'. Biasanya saya & Pa akan iktikaf seketika slps solat Isya' sebelum berjumpa di Pintu 25 utk balik hotel sama2 utk dinner & rehat. Kalau keluar awalpun, terlalu berpusu-pusu. Maka, selain elakkan crowd, ambil peluang & kesempatan utk iktikaf.
Atr pintu masuk yg selalu saya gunakan. Sblm sampai tangga di dpnnya, saya dh siap2 masukkan selipar dlm beg khas yg diberikan oleh WS. Siap2 dah buka sling bag krn polis wanita di situ akan periksa setiap beg jemaah. Biasanya kamera @ alat2 yg mencurigakan akan dirampas. Bila dah bersedia awal, pemeriksaan pun cepat, maka cepatlah dpt masuk ke dlm masjid & cari saf yg kita inginkan.
Saya tak letak selipar di rak tapi bawa masuk bsm. Kat dlm pun ada rak2 kecil yg disediakan. Sbb itu saya hadir awal sblm masuk waktu. Selain dpt tempoh bertenang, dpt juga cari saf yg dekat dgn ruang letak kasut. Alhamdulillah, Allah izinkan selipar/kasut saya sentiasa ada sehinggalah pulang ke Malaysia :-)
Best nya jadi burung-burung tu! Hari2 & setiap waktu dekat dgn Masjid Nabawi...
Di bawah lindungan fabrik payung di perkarangan luar Masjid Nabawi. Warna seakan pasir. Teduhan fabrik payung jenis PTFE ini dikatakan mampu kurangkan hampir 8 darjah celcius dari suhu asal. Juga mampu menahan haba yg terlalu panas/sejuk, sinaran UV, angin yg kuat, kalis api & pudarnya warna asal. Fabrik ini disediakan oleh SEFAR Architecture, Switzerland.
Terima kasih Pa krn akhirnya tertunai juga impian kita. Moga ada izin Tuhan kita ke sini lagi bawa Babang Didik Baby pula InsyaAllah...
Kalau diizinkan Allah jodoh kita hingga ke akhir hayat, tunggu & jemputlah saya bawa ke syurga sebagaimana awak tunggu saya di Pintu 25 Masjid Nabawi ni setiap waktu solat kita di sana ya...
Terima kasih Allah
#umrah2019
#wirasaujana
#masjidnabawi
#rindumadinahyangdamai
#agarakutidaklupa
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.