Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Telusuri jejak & sirah Islam
...mendatangi masjid yg dibina atas dasar taqwa...
*******************************************************

31 Okt 2019
Kami dibawa singgah ziarah & solat tahyatul masjid di Masjid Quba. Masjid yg disebut di dlm Al-Quran sebagai masjid yg dibina di atas dasar taqwa (At-Taubah ayat 108 & 109). Ia masjid pertama yg dibina oleh org Islam. Kerana itu juga ia dikenali sebagai Masjid at-Taqwa.
"...sesungguhnya masjid yg didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut untukmu solat di dlmnya. Di dlmnya masjid itu ada orang2 yg ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai org2 yg bersih..." - (QS At Taubah 108)
Mutawwif dah pesan supaya ambil wudhu' siap2 di hotel. Mak Enon pun ada pesan begitu sebelumnya. Krn bila sampai & solat di masjid ini, dikatakan pahalanya seperti mengerjakan umrah.
Dari Sahl bin Hunaif bhw Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa telah bersuci (mengambil wudhu') di rumahnya dgn sebaik2 wudhu', kemudian mendatangi Masjid Quba lalu solat di dlmnya 2 rakaat, maka baginya sama dgn pahala umrah. (HR Ibn Majah)
Masjid ini diasaskan oleh Rasulullah SAW & dibina sewaktu baginda singgah di perkampungan Quba pd 8 Rabiulawal tahun 1H ketika dlm perjlnn ke Kota Yathrib. Usul pembinaan dibuat oleh Ammar RA & dipersetujui oleh Nabi bersama para sahabat. Pembinaannya ambil masa 4 hari & Rasulullah SAW sendiri yg meletakkan batu kiblatnya.
Selesai pembinaan, pd Jumaat 12 Rabiulawal tahun 1H, Nabi & para sahabat meneruskan keberangkatan ke Yathrib. Itulah juga hari di mana Rasulullah SAW mendirikan solat Jumaat pertama kalinya & berkhutbah.
Sejak itulah Kota Yathrib dipanggil Madinatul Nabi yg bermaksud Kota Nabi. Kini kita kenalinya sebagai Madinah Al-Munawwarah.
Alhamdulillah juga, kami berpeluang merasakan 2 kali Jumaat. Sekali di Madinah & sekali lagi di Makkah.

Moga izin ini dikurniakan bersama sejuta rahmat & keberkatan dalam melalui kehidupan untuk sampai ke akhirat yang membahagiakan.
Terima kasih Ya Allah...
Terima kasih Ya Rasulullah...
Terima kasih wahai para sahabat Rasulullah...
#umrah2019
#wirasaujana
#masjidquba
#agarakutidaklupa
#agarakutidaklupa
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.