Apa yg berlaku dewasa ini, saya anggap ianya ujian akhir zaman. Masing2 blh lihat, dengar & nilai. Tapi tak akan pernah sama dgn penilaian & hukuman dari Allah.
Saya pegang satu pendirian. Buat sesuatu atas nama Allah, di jalan Allah.. utk dpt redha Allah, adalah tanpa menyakiti, mengkhianati, menganiayai, menzalimi sesama makhluk. Apatah lagi orang2 yg brd di bwh perlindungan & jagaan kita...
Tak mahu cakap byk2. Tak mahu fikir byk2. Jika mmg tersasar, moga dikurniakan semula hidayah oleh Allah. Kdg org yg berilmu lebih ni, lebih tinggi & besar pangkat Iblis & Syaitan yg diberi tugasan utk memesongkan.
Indeed, garisan atr yg baik & tak baik itu sgtlah halus. Indeed, Iblis & Syaitan kian tahu, manusia yg baik agak sukar dipesong jika diajak total berbuat dosa. Maka diajaknya berbuat baik, namun scr berdosa.
Wallahualam...
Tiap kali saya pandang 3 anak lelaki saya... takut & bimbang dlm hati. Mampukah PaMi jadi ibubapa yg baik? Sdgkan sendiri juga byk khilaf & dosa. Moga tidak Allah palitkan salah2 & dosa kami pd anak2. Sehingga hujung nafas, akan kami sentiasa mengemis keampunan Tuhan.
Babang, Didik, Baby...
Mumi akan cuba sebaik & semampu daya membesar & mendidik kamu menjadi lelaki soleh yg berhati insan. Kerna, suatu masa nanti kamu akan jadi lelaki dewasa yg akan diamanahkan Allah menjaga anak perempuan org lain sbgi isteri di sisi kamu.
Moga kamu ketahui betapalah besar tggjwb kamu kpd isteri & anak2 demi redha Allah. Demi memelihara kepentingan ummah.
Berdoalah selalu agar tidak Allah cuba kita dgn sesuatu yg tidak terdaya hati kita memikulnya. Doalah selalu agar kita tidak menjadi org yg menzalimi org lain & moga kita tidak dizalimi juga oleh org lain.
Hak kamu, tak ada sesiapa mampu nafikan. Tapi utilize lah hak yg Allah beri kpd kamu dgn cara berhemah & berdiplomasi. Bukan dgn cara mematah & menghancurkan hati. Mumi sentiasa percaya sebagaimana kita ada hak dlm setiap sesuatu, begitulah juga setiap sesuatu & seseorang juga ada hak terhadap kita.
Isteri & anak2 ada hak ke atas suami & ayah mereka. Maka, seorang lelaki bukan sekadar harus memandang hak mereka ke atas 'poligami tanpa memerlukan izin'.
Saya tak pernah mampu menentang poligami krn ia sunnah. Tapi hingga akhirnya pun saya tak pernah bersetuju dgn 'poligami haram'. Yakni poligami tanpa kerelaan org2 yg 'berhak' ke atas seseorg lelaki (poligami sembunyi2) & poligami yg dilakukan dgn kadar hati yg sombong & angkuh. Kerana sombong & angkuh itu sifat IBLIS.
Malah saya secara peribadi tidak pernah bersetuju dgn poligami yg akhirnya menghancurkan masjid sediada yg sudah elok @ setidaknya yg memerlukan usaha pembaikan. Mahu baiki & bimbing yg lain, maka dilepaskan apa yang sediada dia wajib baiki dan bimbing? Begitukah?
Apapun, tetap saya imani setiap yg berlaku benar atas qada & qadar serta izin Tuhan. Tapi sekali lagi, Tuhan beri akal & fikiran, hati & perasaan. Yang mengendalikan semua tu adalah kita sendiri. Bukan ke selalu dikatakan, yg baik itu dari Allah, yg buruk itu dari kita sendiri?
Andai berlaku jua, tak ada jalan lain melainkan berbalik kpd penyerahan kpd Allah. Utk org2 yg dizalimi & disakiti, berdoalah byk2 krn doa org yg dizalimi akan mudah diangkat ke langit.
Tak ada daya upaya saya yg lain... selemah2 iman, hanya mendoakan kebaikan & kemudahan urusan utk diri sendiri & saudara2 yang diuji. Ada suami yg baik, isterinya curang. Ada isteri yg baik, suaminya curang. Kita pupuklah yakin dlm hati, yg baik utk yg baik &n setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.
Kdg Allah penat lihat kita dizalimi org @ menzalimi diri sendiri. Maka Dia keluarkan kita dari sesuatu keadaan walaupun pd awalnya sgt sukar & sgt sakit bila kita laluinya.
Allah sayang kita. Itu kita kena selalu percaya. Then only kita mampu berhijrah to THE NEXT LEVEL...
Boys requested nak tgk Frozen II. Last week, I managed to escaped when they watched Ejen Ali (sbb diorang pegi waktu Mumi keje & puasa nazar). This time, ajak tgk Frozen II pulak. Hang pa ni lelaki ke pompuan? Grrrr....
Mumi terus ajak tgk Jumanji The Next Level & Pa was the 1st person yg immediately agreed. Tq Pa for backing me up. Apa daa.. Mumi yg perempuan pun tak kuasa nak tengok Frozen II.
No regret. Best sangat!
Smtr tgu masa tayangan & smtra tunggu Pa masuk Mr DIY, kita rehat tgk Cosplay je la (walaupun Mumi menyampah tgk budak2 pempuan tu 'tergedik2' atas pentas...) sambil makan bekal bihun goreng lebihan brunch kita kat rumah. Sedap sgt kata baby, minta lagi pula tu. Alah... kalau kat umah, heran pun tak. Bila di bawa as bekal picnic kat mall, jadi sedap pulak ek baby? :-)
"To be a mother of a son is one of the most important things you can do to change the world. Raise them to respect women, raise them to stand up for others, raise them to be kind."
(Shahnon L Alder)
#ygbaikutkygbaik
#jadilahlelakisolehberhatiinsan
#jadilahwanitaygadahargadiriprinsipdankekuatan
#done3dayspuasanazarharamain
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.