Hi, it has been few days tak sempat write a word. Dah kata dah... bila dah jengah zon busy mesti kurang waktu untuk FRAN. Few days early this week ada marathon meeting. Pun sejak dua menjak dah masuk ke portfolio yang sepatutnya saya berada selepas ini baru rasa ada life sikit di tempat kerja. Tak adalah bosan tahap petala seribu macam duduk di seat yang dipinjamkan tu. Dengan bos yang satu macam peel...
Earlier ada strong intention hendak kongsi tentang TZRH. It's not really about TZRH tetapi tentang sebuah kisah kehidupan yang kalau boleh cuba saya elakkan untuk ketahui atau experience sendiri.
Last weekend adalah pertama kali saya jejak kaki ke JB. Check in hotel semalaman yang betul-betul mengadap Singapura. Oh, itu ke Singapura? Kasihan saya... anyway thank you my dear husband sebab dalam menyelam minum air dapat juga jalan-jalan begini. Insya-Allah nanti kita ke seberang sana pulak kalau ada rezeki.
My husband ada business affair dengan client dia yang merupakan chef di TZRH. Pertama kali bersua wajah, dalam hati ada detik, 'macam pernah nampak..'. Ha ha, memanglah! Mungkin dia tidak seglamour Chef Wan, tapi dia pun memang selalu keluar TV. No wonder lah... (habislah keluar semua kisah real di sebalik tabir kehidupan chef-chef terkemuka... huish, tak sangka begitu rupanya ya...)
Orangnya handsome mcm suami saya juga, sentiasa ada senyum di wajah. Tetapi di sebalik ketenangan senyuman itu rupanya terlakar sebuah kepedihan hati seorang lelaki bergelar suami.
Chef Shaharudin Bin Mokhtar atau my husband called him Odeng since they were in Yayasan Selangor during school time, ramah orangnya. Bila bercerita tentang sebuah kisah yang buat hati saya jadi lautan pasifik pun wajahnya masih tenang.
Isterinya setahun tua dari saya. Sudah dua tahun terlantar bila tiba-tiba dia koma setelah beberapa hari melahirkan anak mereka yang ke-6. So the baby sekarang dah baya Didik Zafri. Abang Odeng kata, isterinya atau saya panggil Elly tidak pernah sakit sebelum ini. Sihat walafiat, cergas dan lincah mengurus rumah tangga. Walaupun abang Odeng itu chef tapi kalau di rumah dia tak adanya memasak.
Tetapi setelah isterinya koma dan seterusnya strok, dia yang tanpa lelah dan keluh menguruskan isteri, anak-anak seramai 6 orang dan rumahtangga. Pernah ada pembantu, tetapi tidak sampai seminggu menghilangkan diri. Tentu tak tahan dengan beban kerja rumah dan menguruskan seorang dewasa yg terlantar tak boleh bergerak. Buang air, mandi, pakai baju, makan dan segalanya di pembaringan...
Saya cuba menyelami lelah & pedih hati bila dia menceritakan dlm tempoh kerja dari jam 8 pagi hingga 9 malam itu dia harus bangun seawal pagi, memasak dan menguruskan anak-anak ke sekolah. Menyempurnakan keperluan isteri yang terlantar sebelum bergegas ke TZRH. Kemudian pada setiap kesempatan yang begitu suntuk dia akan bergegas pulang ke rumah yang hanya 15 minit jaraknya dari TZRH hanya untuk melihat keadaan dan keperluan isteri.
Mata saya bergenang bila dia kata kadang bila terlalu sibuk, hanya mampu pulang menjelang lewat petang. Sayu hati sudah kebal dalam diri melihat keadaan isteri terlantar yang langsung tidak terurus. Pampers yang dipakaikan sejak awal pagi sudah lencun dan kadang-kadang berlengas dengan najis. Abang Odeng lalui kehidupan sehari-hari begitu sendirian tanpa sebarang bantuan dari sesiapa.
Bila melihat dia menyentuh kepala isterinya dengan penuh kasih, hati saya sudah banjir. Elly sekarang sudah boleh bergerak sedikit. Sudah boleh duduk di atas wheel chair. Juga rajin berbual cuma agak sukar menangkap butir bicaranya. Tangan sebelah kanan juga masih kaku, macam strok.
Saya bayangkan diri di tempatnya. Bila hidup pernah penuh dengan bahagia, lalu terduga begitu berat. Akan mampukah saya menanggungnya? Akan mampukah orang yang paling saya cinta itu melaluinya...? Tetapi dalam hati ada detik, kami pasti akan kuat kalau diberi dugaan begini. Cuma Tuhan, janganlah.. saya belum pernah bersedia...
Mengikut cerita abang Odeng, keadaan Elly jadi parah begitu setelah dimasukkan ke hospital. Para doktor buntu untuk mengesan apakah penyakit atau punca mahupun rawatan tepat untuknya. Semua kemungkinan diberikan dan segala jenis ubatan dimasukkan ke dalam tubuh badan. Pernah abang Odeng disuapkan dengan teori isterinya akan kekal begitu sepanjang hayat, mata isterinya akan perlahan buta dan memorinya akan segera pudar.
Ada juga versi yang mengatakan Elly disampuk oleh suatu tenaga ghaib, berpunca dari seorang wanita India hamil yang mengisi katil di sebelahnya sewaktu di hospital. Malah Elly juga teringat pernah mendengar bunyi loceng kaki orang berjalan setiap malam melintasi katilnya, tetapi tiada sesiapa yang kelihatan. Awal dulu, tengkuk Elly seperti orang patah, dan versi cerita mengatakan ada something sit on her neck.
Segala ikhtiar telah dia usahakan. Alhamdulillah biarpun tidak seperti sediakala, cukuplah bila isteri masih boleh melihat wajahnya dan wajah anak-anak, sudah mampu duduk, bicara dan senyum. Abang Odeng kata, penatnya Tuhan sahaja yang tahu. He rather be at work daripada sehari cuti. Kerana setelah berhari-hari membanting keringat dan perasaan, sehari cuti itu benar-benar memukul badan. At least, kesibukan menghambat sayu. Kesibukan membuatkan dia komited dengan tugas, tanggung jawab dan amanah... walau harus dibahagi 2.
Abang Odeng kata, kalau dalam tidur atau mamai tangan kanan Elly akan jadi seperti biasa. Boleh menggeliat dan luruskan tangannya. Namun sebaik membuka mata dan fikiran sudah sedar, automatik tangan itu bengkok dan kaku semula. Secara saintifiknya saya percaya di dalam kepala kita ini terbahagi 2 - minda sedar dan separa sedar. Kalau dilihat dari aspek ini, kelihatan minda sedarnya seperti sudah tidak berfungsi untuk menggerakkan tubuh badan sebagaimana minda separa sedarnya melakukan. SubhanALlah, kuasa Tuhan yang mencipta....
Merenung sekilas wajahnya di akhir pagi pertemuan kali sebelum bertolak ke Muar, penuh dalam hati saya merenungi mandat lelaki yang bergelar suami itu. Sudah saya temui tiga lelaki yang paling menyentuh hati dalam diri. Abah, suami dan setakat kehidupan bermasyarakat saya kini saya temui keluhuran cinta seorang lelaki.
"Abang tabah ya..."
"Ini bahagian hidup saya... saya kena terima, saya kena redha..."
Dan The Zone Regency Hotel tidak mungkin mudah untuk saya lupakan. Bukan kerana warna-warni bangunannya lambang 1 Malaysia. Juga bukan sekadar indahnya landskap yang saya tinjau setiap detik petang ke malam melalui kaca jendela bilik hotel di tingkat 12, dan bukannya keghairahan berada di JB yang menjadi ingatan.
Tetapi di sini saya temui seorang lagi insan yang menebalkan keterharuan saya terhadap lelaki bergelar suami. Semoga abang Odeng dan Elly akan kembali mengecapi bahagia dan sama-sama membesarkan anak-anak. Saya juga titipkan di dalam hati sedikit permintaan untuk Tuhan Esa, berilah sedikit belas buat mereka... dan abang Odeng, terima kasih kerana memperlihatkan kepadaku, kasihmu yang begitu luhur untuk saudaraku...
The Zone Regency Hotel |
Abang Odeng kata, "OK, jumpa lagi! Lain kali kalau datang JB, call je!"
Terima kasih juga abang Odeng krn membuatkan kami rasa TZRH itu kami yang punya. Semuanya half-sponsored, sampai pastry pun special delivered from kitchen to our room. Seperkara yang tak akan lupa, saya dan Sofi terkunci di luar tengah malam itu bila Papa dan abang Odeng were having teh tarik di luar kawasan hotel . Sedang Didik pula baru tidur di dalam. Sofi susah hati, "Macam mana ni Ummi, baby saya... cepatlah Ummi! Baby saya kat dalam!"
Mati sekejap akal, sebab handphone pun ada kat dalam. Lalu dengan berkaki ayam dan badan yang panas kerana demam (nasib baik pakai baju tidur 2 lapis dan bertudung) saya heret Sofi yang sepanjang jalan merintih untuk adiknya, lari sana lari sini lalu turunlah saya ke kaunter hadapan untuk ambil kad pendua...
"Hah, dah selamat pun adik saya..." getusan Sofi buat saya tertawa hiba...
Inside TZRH |
view from our hotel room at 12th flr
sampai terus mandi dan minum petang smbil menikmati panorama
Babang n Didek meninjau lagi Temasik in the morning (2nd day)
Lepas driving bagai nak gila from JB(12noon) to Muar(Kenduri) to KL(5pm sharp), dapat juga Papa main rugby di VI! Tak tahan... |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.