Monday, June 27, 2011

HLOVATE's books!

Rasanya dah dekat dua minggu lalu saya selesai habiskan bacaan buku tulisan Hlovate yang bertajuk aA + bB (ni kalau Sofi yang baca, dia akan sebut - a kecik, a besar, b kecik b besar). Buku tu dah lamapun keluar, cuma saya yang baru sempat nak baca. It was 2nd book Hlovate yang saya baca. The 1st was 5 TAHUN 5 BULAN, yang dipinjamkan oleh Nawwir Barakbah, rasanya awal-awal buku tu terbit dulu around 2006 kalau tak silap. Ingat nak pi cari nanti kat kedai buku so boleh buat collection kat rumah.



Yang ini buku pertama Hlovate yang saya baca. 5 Tahun 5 Bulan seingat saya, cerita yang menarik walau penataan ceritanya begitu in order. Lepas A, B, then C and so on. Pada saya jalan cerita 5 Tahun 5 Bulan sangat menyenangkan kepala yang membaca and at the same time memberikan rasa puas bila sudah membacanya. Tetapi bila saya membacanya dulu, saya dah boleh agak the ending. Still saya menyukainya...



The 2nd buku beliau yang saya sempat habiskan baca minggu lepas tu ialah aA+bB, but it isn't always mean Aman Bahagia. Saya tersenyum sampai ke telinga, bila terkenangkan tajuk ini yang ala-ala formula subjek kimia pulak. 

Teringat zaman belajar di MRSM Jasin dulu, I hate all the pure science subject - tak suka physic sebab kepala tak boleh digest all formula, sama juga dengan kimia yang nak kena hafal all the ferum, magnesium segala bagai. Dulu dalam kelas 5 Gempaque, kami the girls suka letak nama sebatian kimia tu kat budak-budak lelaki kelas kami. So bila kami nak mengumpat ke apa bagai pasal diornag we just refer kind of, "eh, kau tahu tak si ferum tu ari tu..." and bla bla bla. Definitely tuan punya badan yang diumpat tu tak perasan kami sedang kutuk dia hu hu!

Lagi tak suka kalau biologi sebab belajar bedah-bedah katak ni, aduhai... tak pun bila sampai bab 'manusia' kan.. lagilah... boleh blushing.

This aA+bB, I loved it... masih boleh bayang ceritanya. Tak adalah sangat buat saya rasa hendak bunuh orang ke, marah orang ke, nangis sampai terjojol biji mata ke... it's simple but very interesting. Dan seperti biasanya, kalau buku terbitan Jemari Seni, bahasanya mesti cantik... it's truly beautiful in those simple words. Lepas baca buku tu lah saya kata dengan husband, "Uh, kalau macam ni tak jadilah nak suruh babang didik jadi doktor. kesian anak aku... tak ada life lah pulak..". But reality mungkin tak begitu teruk kot, as long as those people who wanted to be doctor have some pure reasons in heart, not only for status and material... betul ke?

Tapi yang saya hendak aksyen (sikit je aksyen, nanti bebanyak Tuhan marah hu hu...), 1st chapter masa Addin jumpa Ayie di Leiden tu, dah rasa dah Ayie tu mesti kenal dengan Addin. Tu dari dialog yang Ayie tanya pasal course yang abang Addin ambil di Jepun.

Tambah confirm bila along the way membaca, saya sudah boleh rasa ceritanya yang sebenar. Bet dengan husband, and certainly as alwasy... yee ha! kan betul... ni lah dia jadinya bila manusia berangan nak jadi penulis macam saya membayangkan rupa bentuk cerita yang dibaca as 'what will it happen, kalau aku yang menulis'. At least, I guessed it correctly hu hu!

Hmm.... whatever it was, I still love Didi and Benz and Kuchai... 
Cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin (suka dengan statement ni...)

Sekarang, sedang berperang dengan diri sendiri nak memulakan, meneruskan dan kalau boleh menyudahkan membaca Contengan Jalanan karya beliau yang terbaru kot? Adoilah, menangis nak membaca... agaknya betullah kot, saya ni jenis lurus tiang telefon sangat sampai nak baca that kind of story rasa tak larat gear nak bawak.

Tak apa-tak apa... chaiyok! Saya mesti boleh membacanya... nanti kalau sudah, saya share buat semua kay!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS