Alhamdulillah dah sampai JB dan dah check-in kat The Zon Regency Hotel. Dapat bilik by the sea-view, mengadap Pulau Temasek tu. Subhanallah... cantiknya. Nanti saya share. So sementara tunggu husband close deal business dia kat luar tu, dan anak-anak sibuk mandi 'kolam' (bath-tub je), curi-curi share this reading.
It has been few days I closed the book of 7 Hari Mencintaiku. Baru hari ini sempat hendak berkongsi. Dan sehingga hari ini saya masih tidak mampu melupakan Ahmad Sharul.
Awal membaca 7HMK yang setebal 1050ms ini, saya teringatkan sebuah drama lakonan Zamarul Hisyam dan Umi Aida yang tajuknya kalau tak silap Rindu Bertasbih. Mungkin kerana heronya yang jadi tauke ladang kambing kot... but as I moved on with the story, it was getting interesting.
Reading Mia Adriana’s character, rasa macam perempuan paling celupar dalam dunia. Agak-agak semua anak orang kaya macam ni ke? Dulu, my boss was a son of a very rich family. Rumah banglo besar kolonial style atas bukit tinggi tu. Tapi kalau tengok gaya tak akan sangka dia anak orang kaya atau pun dia sendiri dah kaya. So humble, very friendly and tolerate. Teringat kata tea-lady kami, kalau jumpa di luar mesti ingat dia tu pekerja kontrak kat tapak bina mana pun tak tau.
Ini buku pertama Siti Rosmizah yg saya baca. Bersemangat membaca 7HMK krn nak menyelam minum air. I read till to the exact middle of the book. Terkedu dgn sikap & sifat Khuzairi. Kalau setakat perangai Mia tak adalah sgt nak marah. Sudah dia lahir begitu kan...
Khuzairi.. saya suka & salute wataknya dlm waktu yg sama. Bodoh pun ia juga pd saya. Ini kot yg dipanggil typical man. Jatuh cinta krn paras rupa, lepas tu krn cinta tak apalah, berkorban maruah sampai nyawa pun rela. Grr!
Tapi mgkn pengorbanannya itu yg bawa kpd perubahan. Saya asyik menangis di bbrp bhgn cerita pd lewat pertengahan buku. Terutamanya bila Ahmad Sharul dibangkitkan semula ceritanya, airmata tak mahu reda hingga akhirnya.
The end, as usual mmg for sure happy ending la. Tapi alahai, kenapa buat Ahmad Sharul begitu? Berilah dia peluang utk rasa kehidupan yg sedikit bermakna. Setiap waktu, ada sahaja detiknya Ahmad Sharul buat saya nangis. Sdg tunggu lampu trafik jadi hijau pun msh boleh teringat kat Ahmad Sharul. Hiba sgt... tapi saya pujuk hati sendiri. Kalau dia masih sepertinya pun belum tentu dia bahagia. Tapi kenapa mesti macam tu!? Bagilah cara lain... kenapa mesti mcm tu? Ha, la ni pun airmata bergenang.
Saya rasa, Ahmad Sharul duduk di para tertinggi dalam hati saya sebagai pembaca berbanding hero dan heroinnya. Tutup buku, saya pandang anak-anak. Terima kasih Tuhan, kerana berikan saya anak-anak yang sempurna. Cuma pinjamkanlah saya sedikit lagi keberkatan usia, kesihatan juga rezeki untuk terus membesar dan mendidik amanah-Mu ini hingga mereka bisa berdiri di atas kaki sendiri.
Cerita ini keseluruhannya sgt cantik & menarik utk org spt saya. Tapi tetap Ahmad Sharul yg lebih saya ingati. Sebabnya pd saya dialah hero sbnr cerita ni kot? Personal view je. Ahmad Sharul yg pertama menyebabkan watak Mia Adriana jadi 360 darjah pusingan bedanya.
Ahmad Sharul penuh kasih dlm hatinya yg suci. Tapi orang-orang yg sgt dia syg tak sudi balas & beri apa yang terlalu dia inginkan dlm hidupnya. Dia tak minta lain. Ahmad Sharul hanya mahu ibunya anggap dia anaknya. Hanya mau ibunya cium dia yg comot itu. Hanya mahu disayangi ibunya.
Begitu juga pd kakak cantiknya, Mia. Dia hanya mahu duduk mkn di sebelah kakak cantiknya yg sebenarnya jijik dgn dia. Ahmad Sharul hanya mahukan Mia sygkan dirinya sbgi seorg adik yg tak pernah punya saudara. Dan kakak Popi, terima kasih. Krn kakak Popi @ Sofi telah beri sedikit cahaya hidup buat Ahmad Sharul walaupun laluan itu akhirnya menjurus dia ke pengakhiran hayatnya.
Yes, I adored this SR's story. Penulis tersohor kan... Wish I can write like her... tapi knp mesti buat Ahmad Sharul mcm tu....?
A story taught us lots of lesson in life.... berat perasaan yg membaca, bagaimana pula yg menulisnya ye? Harap-harap jglah ada cerita benar yg cenggini, seksanya...
Leka habiskan bacaan, sampai tak sedar suami tidur atas sofa rupanya hingga esok pagi tempoh hari. Adush...
Sekian sharing saya dari The Zon Regency Hotel, Johor Bharu. Hu hu, konon jadi orang TV sat...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.