Tuesday, June 28, 2011

Sofi & Exam Tengah Tahunnya...

Pejam celik, pejam celik Sofi dah setengah tahun bersekolah tadika. Dari malas nak pergi sekolah, lepas tu bersemangat nak pergi sekolah sebab sukan, sekarang dah malas balik dia nak ke sekolah. Bertuah punye budak...

First exam dia dulu, yang dia claimed dapat nombor satu rupanya nombor sebelas. Sama dengan sepupu dia si Danish Mirza rupanya ye hu hu. Last Friday, merupakan hari penyerahan report-card di sekolah Sofi. Since I could not make myself free, Papa dialah yang pergi. Hari ni baru sempat tengok report card Sofi sebab hari ni dia tak mahu pergi sekolah! Alasan : penat... yalah, we had pack weekend... ditambah pula dengan perangai dia yang bila main tak ingat dunia, mana tak penatnya...

Prestasi Sofi sedikit meningkat untuk exam tengah tahunnya ini. Okaylah, for a boy like him yang dalam hidupnya penuh kartun dan games komputer. Tak tahulah macam mana nak buat dia suka belajar...



Dari nombor 11 hari tu, now dia dapat nombor 8 dalam kelasnya. Overall marks pun increased, okaylah... tadika je pun. Bukan itu yang penting. Pada saya dan suami, pasti juga sama seperti ibu-bapa yang lain, pasti mahukan anak-anak kita mendapat ilmu yang bermanfaat dan barokah supaya boleh menjadikan mereka anak soleh yang boleh menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, negara dan ummah.

At the age of 4 tahun 6 bulan, dia sudah hafal beberapa hadis. Kadang dia sendiri yang kata, "abang nak solatlah..." walaupun waktu Maghrib dia buat solat Subuh. Bila Ummi tegur dia tak percaya. Hujah dia, "Cikgu cakap..."

Sekarang ni semua benda yang kita cakap dia tak percaya. Semuanya dia kata, "Cikgu cakap...". Lihat, besar tak besar peranan dan pengaruh guru dalam kehidupan kita kan...

Vocabulary dia pun dah banyak improvement.

Kadang terperanjat juga bila first time terdengar beberapa skrip yang agak janggal telinga mendengarnya, "Ummi, tengok abang dah kemas semua mainan. Dah sempurna dah..."

Atau, "Kan abang dah cakap jangan buat macam tu. Awak tak nak dengar, tengok Ummi dah marah..." konon dia leterkan adik, padahal dia yang buat angkara. Bocah... bocah...

Dan bila dia tak benarkan Ummi dia buat kerja menulis sampai lewat malam, sambil tutup lampu dia kata, "Sudahlah tu Mi, rehatlah. Tak payahlah kerja lagi. Dah malam, marilah tidur dengan abang..." padahal dia pukul dua pagi pun tak tidur lagi tengok kartun!

Dan si Didik, agaknya dah ada Mentor, pun cepat aje vocabularynya.

Bila kita marah dia akan datang dan kata, "Ummi... Ummi ayah ke?" (Ummi... Ummi marah ke?)
Atau, "Ummi, atek tito..." (Ummi, adik tidur...)
Dan, "Omen unin atek, omen yah abang, omen ijau papa, omen ni ummi." (Adik Ultraman kuning, Abang Ultraman Merah, Papa Ultraman Hijau, Ummi Ultraman Putih). Sesuka hati je... putih pun putihlah dik. Jangan bagi pink kat Ummi sudah...




Favourites Babang dan Didik ialah suka tiru gaya. 
Tapi bila mereka reiterate Ummi, hah itu  buat Ummi panas hati je... 
Sekarang Papa kata Babang dah jadi pewaris Ummi, 
suka-suka hati boleh buat lirik lagu lawak spontan. Eleh...

2 comments:

  1. hantu otromen sungguh diaorg ni yer..
    sis, kaler pink lah lawaaa

    ReplyDelete
  2. kaler pink.. err... abby pun dah lama bising kata kami tak pernah buat baju raya warna pink.umminya ni kalau pink rasa berpinarlah pulak.. hu hu... tak taulah sehari dua lagi terobses pulak.. hih

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS