Wednesday, June 22, 2011

THE SUCCESS LESSON?

I have the opportunity to take a glance reading on Chris Widener's article titled Success Lesson kat office lewat petang tadi.Though my feeling is still nailed when the author kata artikel ini berdasarkan apa yang telah diperturunkan oleh ibunya yang recently just passed-away, still I am called to share it here. Saya ringkaskan serba sedikit apa yang mungkin berguna untuk kita semua ya. Ada 9 Success Lesson yang ibunya turunkan kepada penulis and it obviously make what he is today.

1) Don't Whine during tough time
Hmm... dalam Islam pun kita dilarang mengeluh kesah melalui kehidupan, 
especially dalam kehidupan yang susahlah. 
Jarang dengar orang kaya keluh kesah sebab tak ada duit, 
keluh kesah nak jadi bertambah kaya adalah. 
So, untuk berjaya janganlah kita habiskan waktu bermenung merenung kesukaran hidup. Seharusnya kita bangkit! 
Work harder and beat the odds! 
Tak mahu 'apo kono e jang, kau monung ajo'. 

2) Be creative
Bila kita melalui satu fasa kesusahan dan kesukaran dalam hidup, 
selalunya orang yang memandang akan kata
'pandai-pandailah kau nak hidup'. 
Betul juga... kerana kesusahan dan kesukaran itu hanya boleh diatasi
dengan kebijaksanaan kita mengatasinya. Be creative! 
Kalau tak ada duit untuk buat modal jana aset,
pinjamlah kot dengan bank. 
Banyak kemudahan pinjaman kewangan sekarang kan. 
Jangan cari Ah Long atau Chek Ti sudahlah. 
Manusia zaman ini kalau tidak berhutang
tak mungkin ada aset dalam hidup. 
Nak kahwin pun kadang buat loan hu hu, 
kalau tak tak dapatlah isteri
(sebab selalunya orang lelaki yang buat loan kahwin, 
jarang pulak dengar yang perempuan buat). 
Kadang sampai jadi gali lubang untuk tutup lubang. 
Apa-apapun still kena kreatif untuk mengawalnya. 
Jangan sampai kita sendiri yang tertimbus dalam lubang kemudian 
terbang jadi kunang-kunang. Wa wa wa!

3) Sacrifice for Others
I certainly believe in this. 
Sebab itu Tuhan pun kata sebaik-baik manusia yang hidup di atas
muka bumi ini ialah mereka yang banyak gunanya
untuk makhluk yang lain. 
Hmm... macam maksud nama suamiku Abdul Nasir hu hu. 
Berjayalah juga namanya tu sebab dapat pujian dari Tuhan 
dan boleh masuk syurga kan...
Tapi bercakap dari pengalaman,
saya yang hanya manusia biasa ini kadang-kala terdetik hati - 
bagaimana akan ada lagi insan yang sanggup berkorban 
kalau pengorbanan itu tidak pernah dihargai? 
Kadang jadi seperti melepaskan anjing tersepit je gayanya. 
Susah cari kita, bila senang kita jadi musuh dia pulak. Haru! 
Tapi betullah, memang lebih banyak manusia
yang pentingkan diri sendiri dalam dunia ni. 
Bila harta bergolek depan mata,
manusia akan cepat dapat penyakit kornea naik ke otak dan berjangkit ke hati...
langsung corrupted!

4) Be Independent
I was, I am and I will.. 
tapi sekarang ni lebih banyak bergantung semangat dan kehidupan dengan suami. 
Tak tahulah macam mana nak lalui kehidupan ini kalau tanpa suami saya itu. 
Personally, dalam hidup saya belum pernah ada
cut corners atau get a leg up (tapi family are my two legs definitely)
Apa yang saya hendak dapatkan dari dulu saya cuba sendiri. 
Lagipun saya ni bukan sesiapa yang ada kabel bumi atau kroni yang membolehkan saya mendapatkan apa yang saya mahu dengan pantas dan mudah. 
I believe perkara-perkara yang kita dapat bukan dengan jalan yang
benar,  susah untuk bertahan. Tak tahulah... 

5) Believe in Yourself
Betul seperti kata Chris. Kita selalu hesitate bila hendak buat sesuatu. 
Boleh ke aku buat? Kalau tak berjaya macam mana? Malulah! 
Semua perkara negatif akan keluar dalam kepala. 
Kalau dalam sesi motivasi, sikap ini memang diharamkanlah kot. 
Belum cuba, belum pun dapat ketentuan keputusannya
kita dah kecut perut. 
Orang kata kalah sebelum bertanding. 
Tapi saya akui, saya memang selalu macam tu dulu. 
Sekarang pun masih ada penyakit ni sikit-sikit... 
sebab tu abah dan suami selalu kutuk saya 'hati kecik!'.  
Sebab tu tak jadi orang besar walau saya lebih smart
dari kebanyakan orang! 
Ewah, bukan saya kata... itu depa kata ya... 
smart-smart pun kalau tak digunakan akhirnya berkarat
tak jadi apa juga kan hu hu... 
nak buat tukun pun ikan dengan kerang refused separuh lemas.

6) Have a Dream and Pursue it - even if it takes years
Yang ini jangan kata kita semua, Mat Jenin pun ada mimpi.  
Tapi kalau mimpi malam hari,
siang dah tak ingat apa tu tak jadi apapun akhirnya. 
Untuk berjaya, kita harus ada impian dan cita-cita. 
With that baru ada gear untuk kita berusaha ke arahnya. 
Tak kisahlah walau sesukar manapun laluan
untuk mencapai impian kita 
atau berapa lama yang perlu kita lalui, ia harus jadi sasaran kehidupan. 
Sejak kecil saya ada banyak cita-cita.
One of it hendak belajar luar negara, 
tapi tak kesampaian sebab ibu saya tak sanggup lepaskan saya pergi. 
Mungkin saya dapat melihat realiti itu melalui anak-anak. 
Tetapi kebelakangan ini saya pun dah jadi macam ibu saya. 
Saya kata, "Pa, anak2 saya tak boleh belajar jauh2 tau. Bahaya!" 
dan husband saya akan julingkan mata mesti nak kata, 
"Hish, mana tak tumpah kuah lemak pucuk ubi
kalau tak pada yang memakannya! 
Teringat lauk lemak pucuk ubi makan malam semalam
di Sari Ratu Subang Parade, 
Bob dan Seha belanja. Hmm... sedapnya...
Another dream of mine, ialah nak menulis dan hasilkan buku sendiri. 
Minat ini agaknya saya serap tanpa sedar melalui abah. 
Abah pun dulu bercerita dia pernah menulis satu atas kertas 
sampai tebal walaupun zaman dulu hanya
disimbahi pelita minyak tanah. 
Sekarang abah melihatnya melalui saya, walaupun baru satu buku. 
Dan buku itupun keluar setelah sepuluh tahun menyempurnakannya. 
Oh, betullah kan... 
kita harus buru impian kita walaupun seribu tahun akan datang. 
Itu kalau masih hidup, mana ada orang hidup seribu tahun. 
Nak jadi Mumia apa...
Dan kalau dulu saya harus ketepikan impian
kerana harus bekerja menyara keluarga, 
akhirnya pada umur begini barulah saya dapat kesempatan yang begitu banyak untuk menyambung kembali minat dan impian saya ini...
sebab itu bila melihat begitu ramai penulis muda yang berjaya, 
saya jadi pilu sendiri...
rasa-rasanya kalau saya bermula awal dulu, 
agak-agak ada tak sepuluh bijik buku saya sekarang?
tak apalah, bahagian hidup masing-masing... saya redha.
saya sudah menyempurnakan tanggungjawab saya
kepada keluarga dulu, itu yang lebih mustahak. 
Impian boleh dikejar, tetapi keluarga tidak akan ada spare-partnya...
Tinggal beberapa lagi impian, 
macam... nak bina rumah cendawan macam rumah Smurf 
dengan nak ada mini library dalam rumah saya.... 
tunggu ya duhai hati...


7) Strecth yourself
Hmm... stretch myself? 
Malam semalam Seha kata abang Im sekarang 
asyik angkut anak daranya mana pergi. 
Even pergi seminar kerja pun dibawanya budak itu. 
Kenapa ya? May be this can be applied,
as parents we wanted the best for our kids. 
Dan antara cara yang available ialah to expose them to something 
yang orang akan heran dan kata, 
'hui la budak tu kecik lagilah nak tahu pasal semua benda ni..'. 
Ye ke?
Tapi budak-budak sekarang memang dah advance 
sebab dikelilingi persekitaran yang terlalu pantas mengejar peluang dan masa. Utilize it well...
 So, paksalah diri kita untuk terus mempersiap sediakan diri dengan segala ilmu yang ada...


8) Experience is the greatest teacher
 Very much correct. 
Saya akuinya kini as the result of my willingness to start from the very basic of life. 
Dan setiap pahit getir hidup saya selalu menjadi benteng pertahanan agar saya konsisten dengan azam hendak menjadi insan,
bukan sekadar manusia. 
Walau belum sepenuhnya terealisasi. 
Chris kata 'successful people understand that going to school
can get you a knowledge 
and a degree, but nothing beats actually doing it'.
So, pergi sekolah, ada kelulusan tinggi tidak menjamin seseorang itu menjadi insan hebat. 
Tetapi tanpanya pun, sukar untuk seseorang itu menjadi hebat juga sebab tak boleh guna akal. 
So balance it up, kita manusia... kita ada akal, so use it for the better.


9) Some things are worth more than money
Certainly... does anyone dare to deny?
Berapa harga sebuah kebahagiaan?
Berapa harga untuk mendapat ibu bapa dan saudara?
Tapi masih ramai yang buta bila dalam genggaman
melimpah janji manis syaitan
Angah pernah kata, 
"Kita selalu cakap dengan Tuhan, 
kita tolak kekayaan jika kaya itu menyebabkan kita
jadi riak dan takabbur, 
kita tolak kekayaan jika kaya
tapi suami kahwin lain, 
kita tolak kekayaan itu jika kaya membuatkan
kita lupa diri dan sombong. 
Tapi kita nak kaya dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat. 
Dan kita nak kaya dengan kebahagian keluarga
yang kekal selamanya..."

*************

Wallahualam,
ia adalah iktibar dalam hidup saya,
semoga berguna juga kepada yang sudi meluangkan masa membacanya...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS