Monday, August 8, 2011

Seandainya... from reader's perspective (VII a)

SURIA
Assalamualaikum,
Puan,
Suria baru sahaja selesai baca novel Seandainya....
Sangat menarik! Tahniah!
Baru selesai baca, Suria dah rindu pada watak areena.
Cerita dalam novel ni pun banyak menyedarkan suria
mcm mana nak sayang@cinta pada seseorang.
We don't love to be loved, we love to love....
Memang selama ni suria dah salah...
Suria jatuh cinta pada seorang lelaki, begitu juga die..mungkin..
Suria cintakan dia, dan harap die pun sama...
Tapi suria asyik makan hati jer sebab terpaksa bersabar...
banyak tanda-tanda yg die xde perasaan sedalam perasaan suria,
tp suria tetap nak bg peluang pada dia dengan harapan die boleh berubah..
boleh sayang dan cinta pada suria sepertimana suria..
Eh banyak kisah tentang suria pula ..;)
Melalui novel ni, suria dah sedar,
suria xpatut pakse die cintakan suria juga,tp suria sayang sangat pd die,
sayang nak lepaskan die..suria xtahu nak buat ape...
Ape pun, tahniah atas penghasilan novel yg sangat baik dan
banyak memberi pengajaran pada suria..
Selamat Maju Jaya :)

Since akak dah gunakan panggilan akak, so suria panggil akak je la ye.

Ape pun terima kasih sebab sudi reply my email.
Boleh ke kalau suria ada masalah ape2, suria kongsi dengan akak.
lepas baca novel akak tu, rasa macam akak faham sgt perasaan suria ni,
wpun mungkin pembaca lain pun perasan mcm suria ni.hehe;)
Em akak ade novel baru ke?
suria xsabar nak baca tulisan akak.

*********************

Saya senyum seindah suria pagi tadi
bila membaca email ini sebelum memulakan kerja. 
Tidak terasa sisa demam seharian semalam
bila membaca kata-kata dari Suria...
Alhamdulillah, Seandainya... 
sampai juga ke dalam hati sesetengah pembaca...
dan syukur kalau ia mampu memberi sedikit kelegaan dan ketenangan
kepada mereka yang boleh menyelami dan berkongsi
perasaan watak-watak di dalam Seandainya...
Saya menulis apa yang saya rasa...
berharap agar ia memberi kebaikan bersama
walaupun hanya melalui satu aspek fiction yang mudah
dan hijau warnanya
dan sebagai seorang manusia,
saya tentu punya hati dan perasaan
 yang sama seperti kebanyakan manusia lain..
atau kalau tidak, saya mungkin seorang yang hipokrit.
Atau paranormal? hu hu... either one...

Terima kasih Suria kerana masih sudi menjadi titian
penyuntik semangat...
hope we will always be friend and sis and
share everything we wish to share ya!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS