Tuesday, August 2, 2011

THE MIRACLE OF THE YEAR...

قَدْ جَاءَ كُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ.
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan".
*******************************************************************

Hari ini hari kedua umat Islam menjalani ibadah puasa, and the first day for me, biasalah orang perempuan. Makanya terlepaslah tadarus pertama semalam bersama teman-teman sepejabat.

Beberapa hari sebelum tibanya pertama Ramadhan, Sofi ada beritahu, "Ummi, Ustazah Laili kata kena puasa kat sekolah." Memang dah tahupun kerana sekolahnya sudah mengeluarkan pekeliling edaran memaklumkan ibubapa bahawa anak-anak kami di sana akan dilatih berpuasa. Mula-mula risau juga dalam hati. Si Sofi kena puasa? Boleh ke anak aku ni puasa... typical minded of a mother like me yang buat Papa juling mata.

So, we have been talking to him about puasa. Sekadar untuk memahamkan kanak-kanak yang berusia 4 tahun setengah sepertinya, saya kata. "Abang, mulai Isnin nanti abang kena puasa. Cikgu dah cakap kan... so, abang nanti kena bangun sahur, makan nasi, minum air, sebab sepanjang hari abang tak boleh makan, tak boleh minum. Paling penting abang tak boleh korek hidung tau!" sebab dia dah mengikut perangai kakaknya si Abby yang suka sangat korek lubang hidungnya. Ceh.. budak ni...

"Baiklah!" jawab Sofi dengan gembira. Entah faham entah tidak. Dia, kalau kita bercakap semuanya 'baik' & 'ya', macam Sinchan. Sekarang pun dengan Didik sekali dah mengikut kosa kata yang sama.

Bila dikejut sahur jam 430 pagi, dia tak mahu bangun. Alih-alih, jam 6 pagi dia kata nak sahur pulak. Adoilah anak Ummi... maka, bagilah dia 'sahur' juga. Belajar kan...

Sepanjang hari di pejabat, asyik terkenang Sofi. Tahankah dia berpuasa ni? Senyum sendirian kerana kita juga pernah melalui pengalaman belajar berpuasa kan. Kalau dia dapat tahan separuh hari pun dah syukur sangat-sangat. Paginya tu, saya dah bekalkan nasi dan sup ayam kalau-kalau dia mahu berbuka separuh hari. Tidaklah nanti menyusahkan Nenek Imahnya yang harus memasak untuk dia pula. Kasihan orang tua tu pulak...

Petangnya sewaktu ambil dia pulang ke rumah, Bik Imah beritahu Sofi dah minta air putih jam 10 pagi. hu hu dah agak dah ... tepat jam 12 tengah hari, dua-dua beradik tu kata, "Nenek, nak makan nasi..."

Okaylah... boleh tahan sampai jam 10 (tapi tak tahulah dia korek hidung ke tidak...). Hari ni sampai jam...... Esok tambah sejam lagi. Setiap hari kalau bertambah sejam, harap-harap adalah satu hari yang anakku mampu belajar basic but yet not the juice of puasa, 'menahan lapar dan dahaga'.

And, as for  this Ramadhan... sama seperti seluruhnya umat Islam di dunia, saya sangat-sangat mendambakan keberkatan dan perubahan diri. Dan mahu tambah merit, of course mahu jumpa malam itu... And as for this Ramadhan juga, pertama kalinya saya merasakan kurang 'vibration of excitement' itu. Bukan excitement melaluinya..  cuma there is a kind of feeling, hard to describe in words...

Petang semalam, giliran pertama kami membawa makanan ke masjid untuk moray. Saya mahu masak sesuatu tapi suami tak mengizinkan kerana sampai rumah pun sudah jam 6 lebih. Jadinya dia bawa kami ronda bazar Ramadhan. Hai, mana perginya segala excitement saya melihat semua juadah itu? Kalau dulu, semua benda hendak beli. Popia nampak sedap, mee goreng gemuk nampak menyelerakan, mee goreng kurus pun nampak sedapnya. Segala lauk-pauk dari kari sampailah gulai pucuk ubi segala macam, kuih-muih... tengok air yang berwarna-warni, telan liur teringin. Padahal, bila menghadap semuanya tu tak adalah larat nak disumbat semua ke dalam perut. Nafsu yang tidak terantai... Sampailah dah umur 20-an dan awal 30-an pun menghitung detik tak sabar menanti berbuka.

Tetapi semalam penat suami bertanya, "Awak nak makan apa ni?". Ya lah.. walaupun saya tidak 'puasa', tapi saya lalui hari seperti orang berpuasa juga.. Uh uh... saya geleng, tak selera dan tak ada idea. Terus beratur hendak beli roti john untuk bawa ke masjid malam nanti sahaja.

Sampai rumah jam 7, bergegas buka peti ais. Apa yang ada? Lalu memasaklah saya seadanya... maka lepas maghrib barulah kami 'berbuka'. Alhamdulillah, the very different 'berbuka' style of our family this time... sangat mengharukan rasanya bila nasi yang disuap itu memberi suatu rasa yang tidak tertafsir...

Rasa bersyukur. Rasa takut dengan Tuhan. Rasa rindu yang tidak tertahan... Rasa diri yang akan dipanggil bila-bila oleh-Nya. Hai, inikah rasanya bila umur semakin bertambah?

Saya rindu hendak mengerjakan tarawikh. Sejak ada anak, paling bertuah kalau dapat terawikh di rumah. Selalunya tidak le... badan dah penat, bila perut dah penuh, matapun selalu ingat nak ikut Alice to Wonderland je.

Teringat zaman belajar dulu, seronoknya mendapat peluang tidak terbatas mengerjakan terawikh. The most remembered one masa terawikh ketika belajar di MRSM Jasin. Berimamkan Ustaz Ishak. I believe those from MRSMJ will find it hard to forget him. Tidak pernah sekalipun saya berimamkan Ustaz Ishak tanpa deraian airmata. Hatta solat wajib sekalipun. Inikan pula bila terawikh dan solat hajat dengan segala doa dan permintaan yang begitu.. aduhai, tidak ada kata seindah semua itu.

Ya Allah, sangat kagum dengan anugerah-Mu melalui syahdunya tertib bacaan solat dan doa menyentuh hati beliau. Memberi keinsafan paling dalam, memberi rasa kesyukuran dan keterharuan yang melangit. Aduhai, saya rindu sangat saat-saat itu...

And again, ini tahun pertama kami sekeluarga siap baju raya sebelum Ramadhan. Tapi alter baju baru malam tadi sudahnya. Alhamdulillah... Gembira lihat anak-anak sudah besar, sudah pandai memilih dan menggayakan pakaian raya. Malah sudah sibuk beri cadangan itu ini, mendandan dan memilih untuk Ummi mereka yang langsung tidak arif ilmu bergaya ini. Tak usahlah, Ummi sudah tua... kalau masa muda pun Ummi tidak pernah tahu itu semua, inikan pula waktu dah berusia begini. Lainlah kalau Papa yang insist, nak tak nak kena ikut juga.

Mungkin sudah tiba masanya, walau mungkin agak lewat hidayahnya, untuk saya melalui fasa itu bila Ramadhan kali ini lebih membuatkan airmata berderai kerana keinsafan, kerana penyesalan, kerana kesyukuran, kerana keampunan... Ramadhan yang begitu sederhana dalam gejolak nafsu, tetapi membuak rasa ingin melaluinya demi hari yang akhir nanti.

Bukan lagi Ramadhan yang memang akan tanpa gagal hadir setiap tahun, tidak kisahlah samada kita ada umur untuknya atau tidak. Bukan lagi Ramadhan yang bersemangat hati hendak hidang segala juadah untuk keluarga berbuka. Bukan lagi Ramadhan yang harus dilalui dengan membeli segala keperluan raya. Oh yang last ni memang belum pernah adalah dalam list hidup kami melainkan cari baju di malam terakhir nak raya. LaAst minute yang saya dah serik untuk melaluinya. Rasanya langsir rumah kami pun sejak kahwin tak pernah ganti. Cuma basuh dan pasang semula sahaja... alhamdulillah.

Ya Allah.. terima kasih demi sekali lagi mengizinkan hamba-Mu ini bernafas untuk melalui Ramadhan-Mu yang suci. Terima kasih Ya Allah, kerana telah memberi diri ini peluang untuk merasai walau sekelumit keajaiban perasaan ini... 

Apakah akan ada kesempatan yang serupa lagi untuk Ramadhan yang seterusnya...? Ku mohon Tuhanku, izinkanlah hamba-Mu ini untuk terus berusaha memperolehi rahmat-Mu juga maghfirah-Mu untuk aku jauhi panasnya api neraka-Mu...
Still, I am very much grateful for being alive in this Ramadhan. It's a miracle of each and every year in Muslim's life...

****************************

Adab berpuasa dan solat terawih


2 comments:

  1. yelah..bila ada ank ni, x dpt join sama2 tarawih di masjid.

    bila lah waiz nak besar..leh pergi masjid sama2

    ReplyDelete
  2. hu hu sama cam akak, selalu kata kat diorang, cepatlah besar, boleh pegi masjid sesama... rindu sangat nak terawikh kat masjid. Boleh tak suruh papa terawikh kat umah dan ummi pergi masjid? hu hu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS