Semua Muslimin dan Muslimat semakin menghampirinya. Aidilfitri. Pagi ini juga memandu ke pejabat sangat tenang, kurang kenderaan di atas jalan raya. Memang sudah ramai yang mula bercuti malah sudah ada yang bertolak pulang ke kampung masing-masing (Bos ku terutamanya, hati-hati memandu ya Puan).
Hari ini tidak tahu saya akan pulang ke rumah jam berapa. Memandangkan hari ini hari terakhir bekerja sebelum bercuti seminggu, kesemua bayaran ukz harus diselesaikan. Ikut lumrah dulu-dulu, mereka yang duduk seat ini harus stay back hingga lewat untuk memastikan kesemua pembayaran selesai. Hmm...
Kepada yang dalam perjalanan pulang dan yang akan pulang, semoga selamat sampai ke destinasi tujuan. Semoga bergembira menyambut Lebaran.
Menghampiri hari itu juga, saya ingin ambil kesempatan ini (terasa macam beri ucapan), lebih awal dari harinya kerana ada di antara kita yang tidak berkesempatan untuk bertemu muka dan berjabat tangan. Justeru itu hanya ucapan yang mampu dikirimkan (sebab dah lama sangat tak lagi tulis dan pos kad raya, nak tulis kat hp pun selalunya tak pernah sempat juga...)
Dari hati yang ikhlas, Rys Areesa, Nasir, Ayong Nurin, Abby Nana, Babang Sofi dan Didik Zafri (senang cerita, kami sekeluarga) ingin mengucapkan:
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1432H
Maafkanlah Kami Lahir dan Batin
Ampunkanlah Salah Silap dan Keterlajuran Perbuatan
Mahupun Bicara Kami
Mahupun Bicara Kami
Halalkanlah Segala Yang Kami Makan dan Minum
Halalkan Juga segala Pemberian, Nasihat dan Ilmu
Redhakanlah Segala Kekurangan Diri Kami
Semoga Dikurniakan Kesempatan
Untuk Pertemuan Aidilfitri yang Seterusnya...
Untuk Pertemuan Aidilfitri yang Seterusnya...
salam, selmt hari raya..
ReplyDelete