Selepas bersahur Ahad semalam, kami bertolak pulang ke Klang dari Sabak Bernam just to meet my 3 hours final class for ALC-UUM Adv. Budgeting course. Entah bagaimanalah agaknya students saya menjawab kertas peperiksaan mereka semalam selepas kelas tutorial. Hopefully they could answered the paper well. Minggu depan baru collect their exam and assignment papers to be marked. Haish, marking paper tengah raya... hmm...
Selepas habis kelas tutorial, one of my student I called Kay (not the real name) asked, "Puan, do you have some time?"
"Yeah, sure!"
"Would you check on my assignment draft?"
Selepas habis thourough check her assignment, kami berbual santai. Initially it was about study, works and children. Then, there went an interesting story...
Kay has a son who re-sit his standard 5 at the age of 12 this year. Kalau tak, sure dia akan ambil UPSR hujung tahun ini sama seperti Ayong. Unfortunately, one and a half year ago, Kay's son met an accident and he was comma for 2 weeks. She was told by doctor that even her son could come out from the condition, there will be a huge probability that her son would lost his eye vision and suffers several disabilities.
With God bless, her son awake but need to undergo therapy session for the whole year. Disebabkan kemalangan itu, sebahagian wajah dan bahagian atas sisi kepalanya berlekuk. Kalau dituang air boleh bertakung kata Kay.
The recovery process took a long time and he was called Miracle Boy by the doctors. Yup, kuasa Tuhan wajib kita yakini. Perubatan dan teorinya hanyalah sains dunia. Sains Allah maha melebihi dari setiap sesuatu.
Sewaktu Kay bercerita pahit getir ujian yang menimpa hidupnya itu, saya turut berkongsi kesedihannya. Sebagai seorang wanita, ibu dan isteri saya juga mampu memahami dan merasai apa yang Kay pernah dan sedang rasa.
Suami Kay tidak sekuat dia. Saat diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anak mereka, suami Kay jatuh longlai. Kay yang terpaksa menahan airmata dan menguruskan segala prosedur dan keperluan. Sedih dan geram bila Kay bercerita tentang karenah kaunter pendaftaran hospital yang enggan mendaftarkan anaknya kerana tiada dokumen pengenalan diri.
Just imagine, her son was having bad accident, crtitically injured and was lying unconcious in ICU, rushing from office, had to arrange the other kids and family members back to their house from the ward, inside herself she was crying and worried so much about her son who was fighting for his life, how she could be able to provide such document? Even when she produced her own IC as the guarantee, still the procedures made life miserable. I could not imagine how people blend procedures and consideration...
Yet, the misery did not end at the front counter. At that moment she was crazy to see his son but the security didn't allow her in, and not even waiting at the outside of the ward. Bukankah sepatutnya seorang close relative harus dibenarkan untuk berada hampir atau sekurang-kurang menunggu di luar?
Kasihanlah anaknya hanya berusia 11 tahun waktu itu, critically injured, tidak sedarkan diri, sedang Kay sebagai ibu juga tidak dibenarkan masuk untuk melihat. Apa rasa hati Kay waktu itu... sepatutnya she should be allowed to be in. Doktor tentu harus bertanyakan maklumat-maklumat tertentu terutama tentang medical history pesakit kan... Anak Kay pula seorang penghidap asma.
Seminggu di hospital tersebut, anak Kay masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Lalu Kay meminta doktor dari panel syarikat untuk datang melihat anaknya. Dari pemeriksaan tersebut, anak Kay kemudian dipindahkan ke sebuah hospital lain. Sejak itu anaknya melalui proses rawatan intensif dan penyembuhan secara perlahan. During that time, all her office mates regardless religion pray hard for the boys. At that time, everyone is the mother and father for her son and she is very grateful for it.
Setelah keluar dari fasa bahaya, anak Kay harus menjalani sesi therapy sepanjang tahun. Malah kesan kecederaan kepada bahagian otak menyebabkan anak Kay kadang-kala bersikap kebudak-budakkan dan kurang pantas dalam menangkap sesuatu perkara. Ini menyebabkan anaknya tidak dapat mengikuti dan menyudahkan pembelajaran tahun 5.
Sebagai seorang ibu, Kay mahu anaknya mendapat ilmu walaupun tidak sepenuhnya seperti orang lain. Sebab itu Kay mahu anaknya re-sit tahun 5. Bukan sekadar meneruskan persekolahan dengan menyambung tahun 6 walaupun ketinggalan pembelajaran tahun 5. Hasrat dan usaha Kay mendapat tentangan dan reaksi dingin daripada suami dan keluarga. Namun kerana percaya dengan apa yang dia fikirkan dan dengan motivasi yang diberikan oleh doktor, Kay nekad turun-naik PPD untuk membuat rayuan bila permohonannya ditolak beberapa kali dengan alasan Kay harus menempatkan anaknya di sekolah OKU.
Hari ini anak Kay sudah menjalani kehidupan seperti biasa. Cuma menurut Kay, tugasnya lebih berat kini kerana harus berfikir dan bersikap 'differently'. Bila mana suami dan seluruh ahli keluarga masih melayani dan memandang anaknya dengan rasa kasih-simpati berikutan dari tragedi yang pernah menimpa, Kay berkeras untuk hidup normal dan memandang ke hadapan.
"Bila saya rotan anak, nanti husband dan keluarga saya cakap 'how could you do that to him, can't you remember what he has gone through?' I scold them and said if they keep looking him that way, he will someday manipulates everybody for his own interest, and it will never be usefull to help him be better and get out from the situation. Past is past, it was a past tense. Now is the present tense!"
Betul juga... kalau kita kasihankan dia hanya kerana memandang perkara yang sudah lepas itu, kita tidak membantunya untuk melangkah dan maju dalam hidup. Dia tidak akan berani untuk mengharungi hidup hanya kerana asyik memikirkan kekurangan diri. Worst kalau dia memanipulasikan perasaan kasihan orang-orang di sekelilingnya untuk tujuan yang kurang memberangsangkan. Tak mahu pergi sekolah pun tak apalah, sebab dia tak sihat. Tak mahu bersukan pun tak apalah, dia kurang sihat. Kalau dia buat sesuatu yang salah juga mungkin mudah dilepaskan hanya kerana, dia tidak sihat... tak eloklah begitu kan...
Seterusnya Kay bercerita bagaimana dia mendidik anaknya walaupun seluruh ahli keluarga dan suami sendiri tidak menyetujui. Dia tegas dengan anak-anak kerana mahu mereka menjadi insan yang baik walaupun punya kekurangan. Anak-anak Kay juga memahami sifat dan sikap juga tujuan ibu mereka. Kalau dari pengamatan saya melalui cerita Kay, anak-anaknya memang berjaya dia didik dan disiplinkan.
"When ever they wanted to play games or computer, they will ask for my permission, They will ask 'Amma, we have finished our homework, can we play now?"
Adakalanya Kay akan benarkan, namun adakalanya dia juga tidak membenarkan atas sebab-sebab tertentu. Betullah juga, mujur anak-anak masih mampu bersifat jujur seperti itu. Tetapi bila anak-anak jujur dan kita pula sering membantah, ia akan lambat-laun menyebabkan anak-anak merasa tidak ada keperluan untuk bersikap jujur.
Kay said, "My younger one is more creative. Sometimes, he has played then only they called for my permission. Later when I came home, he will said 'Amma, today ha I tipu you... actually I have played the games before I call you... sorry hah Amma..."
Writing it down here and listening it myself would be very much different. Looking at Kay, I was touched. She trembled when she told me the story. As if letting it go out all, relieve her so much... I can feel it...
I salute Kay's strength and positive thinking... I respect her when she said, "I believe God gave me the trial as to see how much I can bear with it. I know God wanted me to love my children and work hard for their better future."
Kalau non-Muslim seperti Kay boleh menerima Qadha dan Qadhar, kenapa kita sebagai hamba Allah harus menyesali setiap sesuatu yang berlaku kan... a message to myself... and also as a remembrance of how much I should be grateful for having a very supporting and understanding husband as well as a good life...
Alhamdulillah.
besarnya pengorbanan seorg ibu kan..
ReplyDeletecukup kuat dan tabah kay sebagai ibu..respect her!
ReplyDelete