"Pa, awak rasa siapa yang akan pergi dulu? Awak ke saya?" pernah saya menyoal Papa.
"Terpulang pada Tuhan... sampai ajal pergilah kita."
"Tapi Ummi tak nak mati lagilah... Ummi nak tengok anak-anak kita besar. Nanti diorang dah boleh berdikari, tak apalah..."
"Doalah dengan Tuhan minta diberkatkan umur."
"Pa, awak rasa sempat tak kita grow old together? Ummi nak tengok anak-anak besar, konvo, live their life..."
"Sempat... insya-Allah..."
"Pa, saya takutlah nak mati..."
Suami saya diam sahaja.
"Pa, kita mati sama-sama nak? Tanam satu liang. Nanti Papa boleh teman Ummi kat sana. Kalau malaikat nak rotan Ummi, nanti Papa boleh tolong lindung..."
Papa gelak, malas nak layan sebenarnya bila Ummi dah mula mengarut dan melalut.
"Kalau Papa pergi dulu?"
"Tak boleh! Nanti Papa jadi hantu! Kena pergi sama-sama Ummi jugak!"
Ada 4 perkara di tangan Tuhan - jodoh, pertemuan, hidup dan mati. Syukur Allah telah anugerahkan ketentuan yang begitu manis untuk pertemuan dan jodoh kita. Tapi masihkah ada ketentuan yang sama untuk hidup dan mati kita berdua? Meskipun setiap suami isteri itu selalu ingin sehidup dan semati, bukan seorang hidup seorang mati tetapi bersama hidup dan mati, namun ketentuan Illahi tidak siapa yang bisa meramalkan.
Alhamdulillah, ulang tahun Papa akan hadir lagi beberapa detik nanti.
Tanggal 13th Ogos 2011 = 13 Ramadhan 1432.
His age this year plus another one figure...
Happy birthday too for our eldest daughter
Ayong Nurin Zahidah
for her sweet birth on the same date with her Papa, be good girl!
Happy birthday too for our eldest daughter
Ayong Nurin Zahidah
for her sweet birth on the same date with her Papa, be good girl!
Selamat ulang tahun buat suamiku yang tercinta. Semoga pada ulang tahunmu kali ini, Papa dianugerahkan Tuhan dengan segala kebahagian dan kemanisan hidup. Maafkan isterimu ini yang tidak punya apa-apa untuk dihadiahkan kepadamu...
Hanya doa dan harapan agar dirimu sentiasa diberkati, diberikan segala rahmat Allah, diperkenankan segala doa dan dimakbulkan segala permintaan. Juga semoga kasih sayangmu untukku sentiasa segar melimpah ruah. Permintaanku yang tidak pernah putus daripada Allah adalah untuk bersamamu di dunia ini mahupun di syurga nanti.
Ummi tak mahu berjanji takut nanti mengingkari. Tetapi apa yang Ummi tahu, Ummi sentiasa sayang pada Papa meskipun tidak pandai menunjukkannya, Ummi sentiasa mahu berikan segala yang terbaik untuk Papa, Ummi sentiasa sayang dan perlukan Papa.
PAPA, kita sudah tempuhi lima tahun ini bersama-sama.
Ummi akan terus melangkah dan melalui hidup yang dianugerahkan Tuhan ini seadanya bersama Papa,
biar suka mahupun duka... susah dan senang berdua kita terus asa...
moga dengan izin dan kasih sayang-Nya kita akan terus bahagia
sehingga destinasi terakhir kita nanti ya....
"Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (ALLAH)
Tunjukkan jalan SEANDAINYA hilang (ALLAH)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisi-Mu ku berserah
Terimalah ku hamba-Mu ALLAH
Hamba-Mu ALLAH
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Hamba-Mu Allah..."
P/S : My salute to Edry Abd Halim (KRU) for this Hamba-MU
hepi birthday to papa...:)
ReplyDeletebest kan lagu hambamu tu Yati..:)
selamat ulang tahun abg nasir n ayong :)
ReplyDeletethank you Yus, on behalf of Papa for the wish... hmm... yup, very meaningful song for Muslim kan...
ReplyDeletethank you too for Wida on behalf of Papa & Ayong for the birthday wish, doakan yang baik untuk kami ya...