Tuesday, July 3, 2012

Seandainya... from reader's perspective (drama versi novel)

Hmmm….. nak kata novel ni x best… memang best. 
Mungkin sebab novel ni tebal dan mood aku yang tak sampai2 nak membaca 
menyebabkan novel ni lambat habis dibaca 
nak masuk 2minggu baru buku ni aku katam…

Little Sunshine
berhempas pulas aku menghabiskan bacaan novel nie dari pagi sampai ke maghrib. semuanya dalam masa satu hari jak. novel setebal 886 muka surat dan ini lah pertama kali aku baca novel yang tebalnya melebihi 560 muka surat. gigihnya tak gigih..

Novel karya Rys Areesa yang mana memaparkan sinopsis ringkas membuatkan aku tertarik untuk membaca buku ini...

jalan cerita novel kali nie agak lain daripada yang lain sebab setiap penceritaan watak itu di kupas secara mendalam dan satu persatu. terasa macam layan drama versi novel pula.

permulaan bacaan agak berat dan banyak flashback sampai aku give nak habiskan bacaan hari nie juga.. dan latar belakang penceritaan banyak di habiskan di tempat kerja Nur Dhila Areena dan Wan Zaharris. almost setengah buku baru lah aku boleh catch up keseluruhan cerita bila mana WZ akhirnya melamar Areena.
*happy bila WZ propose Areena*

............ ending cerita nie memang straight forward jak berbanding permulaan yang agak meleret dan berat tapi masih tidak terjangka dengan kesudahannya di penghujung cerita.

best? memang best sangat sangat.
buku nie banyak mengajar aku tentang beberapa perkara tapi rasanya lebih baik korang jak baca dulu...

*******************************************



Seandainya dah lahir after went tru long time-tunnel n difficulties. Keinginan untuk lahirkan adik ke-2nya pula yang buat emosi saya sangatlah berat. STKG nampaknya ikut jejak sukar the eldest!
Aduhai... tak apa, saya masih mahu untuk bertahan dgn endingnya
dan akan cuba sabar menunggu.

Dalam waktu macam nak collapse ni resensi Little Sunshine untuk Seandainya kirim lagi bunga mawar biru yang mekar ke dalam kapsul jiwa..
hush ayat mengada-ngada. Sabar ajelah ye..

Tapi dalam banyak-banyak ayat dia ada satu statement dari blognya ini yang buat saya senyum lagi. Tapi senyum yang ada makna hu hu...

"walau aku baca novel pun, tak pernah juga aku terlepas baca Al-Quran. Mak cakap, apa lah guna baca novel sampai nangis nangis kalau baca Al-Quran pula tak pernah nangis. Aku pernah baca tafsir Al-Quran sambil nagis bila pengertian yang tersurat sangat sangat menyentuh hati aku."
*******************************

Sangatlah betul... Ramadhan kian menghampiri,
Rindu dah nak bertadarus...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS