Thursday, July 5, 2012

Chipmunk? Biarlah Yang Baru...

15 Syaaban hari ini. Alhamdulillah... seperti kebanyakan Muslim, suami dan anak-anak berpuasa juga hari ini. Semoga diberikan barokah oleh-Nya. Nisfu Syaaban tahun ini di bulan ini, saya tidak ada rezeki untuk turut serta... insya-Allah, jika usia masih diberi kesempatan, tahun depan akan bersua. Amin...

Malam tadi juga Papa and the girls, solat Maghrib berjemaah dan membaca Yassin. Dalam pada menyediakan makan malam saya tetap mendengar dan mengikut di dalam hati.

Astagfirullahal'azim....
Banyak sekali dosa-dosa ini...
Ampunilah daku Ya Tuhan akan segala dosa-dosa ku,
ampunilah dosa ibubapa ku, ampunilah dosa suamiku,
ampunilah dosa anak-anakku,
ampunilah dosa saudara, keluarga juga taulanku,

Ya Allah,
berikanlah kami keberkatan usia dan kesihatan
agar dapat kami istiqamah mentaati-Mu
Berikanlah diri ini ketabahan untuk menerima setiap kurniaan-Mu
dengan keihkhlasan yang tulus..

Ya Allah, berilah rahmatMu untuk hidup kami,
permudahkanlah segala urusan kehidupan dan rezeki,
dan matikanlah kami dalam iman dengan redha-Mu...

Permulaan BUKU BARU saya mungkin tidak secantik mereka-mereka yang sudah berusaha menggenggam keberkatan malam-Nya... namun Allah itu lagi Maha Mengetahui. Saya selalu dan akan mencuba yang terbaik untuk menjadi hamba-Nya, anak, isteri, ibu dan insan yang lebih baik...

Kerana, 'The only person I should try to be better than, is the person I was yesterday", kan...? So, biarlah buku baru saya menjadi janji untuk saya menjadi lebih baik...

**********************************************************************************
Venue : DEMC
D/T     : Today / 12.50pm

Dr Rahman  : Macam mana?
Saya : Alhamdulillah, sihat...
Dr Rahman : (Senyum) Hmm.. betullah tu, nampak aktif dah ni...
Saya : Ahah, dah jadi macam Chipmunk dah saya ni Doc...
Dr Rahman  : Hmm... thyroid ni masih tinggi...
Saya :  Err... saya jarak-jarakkan Carmazole, saya takut gemuk Doc... 
(Bohong tu dosa tau! Cakap je yang benar...)
Dr Rahman  : Janganlah macam tu, makanlah ubat...
Saya : (angguk-angguk, sengih-sengih)
                        Dr Rahman : Kalau tak, nanti bukan jadi Chipmunk, jadi HAMSTER pulak!
Saya : Erk?! Yalah... yalah... saya makan ubatlah...

**********************************************************************************
Erk, sampai hati Doc elaborate Chipmunk jadi Hamster hu hu...
saya tak nak jadi cam Hamster...

RAN, dengar tu... makan ubat!
Bila makan ubat, boleh sihat. Bila sihat, boleh live life.
Bila ada life baru jadi manusia yang berguna, 
bila berguna baru boleh disayangi Tuhan dan manusia,
macam ni...

Terkesan bila baca posting Puteri Andalas di FB tentang photo ini...

Err.. Chipmunk ni? Ni kengkawan Babang & Didik!

Saya bukan cam Chipmunk tapi bila hormon thyroid saya tinggi
maka saya akan jadi 'zup-zap ligat physically & emotionally'
macam Chipmunk... ala-ala je...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS