Monday, June 10, 2013

Sotong Masak Kunyit

Dah berhari tak tulis diari. Byk kenangan nak share n simpan dlm FRAN hu hu...

April-Jun. Musim mencandat sutun! Tahun ni my SIL went to candat sutun with her family inlaws. Blk dr Tganu dia hantarkan siblings sutun brg sekor dua hu hu. This time dia kata pergi ptg, blk dlm kul 10 mlm, sbb laut bergelora sgt n everybody mabuk.

Tekongnya kata masa sesuai mencandat sutun ialah dari jam 6ptg-10mlm then lagi satu masa saya lupa hu hu. Tp dpt sutun dlm 10kg. Wow! Err... 10kg ke lebih ntah... saya lupa juge. (Hmm... salah satu perangai og yg ada hyperthroid tak tentu hala ialah dia sgt cepat lupa mcm saya) Papa Nasir dah tenung2 muka saya. Gianlah tu... err... gian nak pi candat sutun maksud saya ni... hu hu!

sutun gemok yg fresh hasil candat my SIL di laut Tganu hu hu...

Last few weeks adalah waktu yg sgt chaostic in my life. Saya sakit, anak-anak sakit. Tetiba Ibu juga jatuh sakit. Saya ambil EL last Tuesday blk kg utk hantar Ibu ke klinik. Petangnya sudah di rumah krn Ibu kata dia okay je. She preferred to be in her house, biasalah orang tua...

Oleh krn Seha htr sutun candatnya petang tu, maka saya pun buat Sutun Masak Kunyit. Masa candat kami thn lps sy msk juga tp malu nak simpan in FRAN sbb itulah first time saya buat SMK. Dari rupanya sy tahu ia tak menjadi. Kuning sgtlah mak ngah, tertumpah serbuk kunyit hu hu. Papa kata bkn org tahu. Hmm.. mmg org tak tau, tp sy tahu! 

This time, Papa request saya msk sekali lagi. Maksud saya inilah kali kedua sy msk SMK. Terukkan saya? Setahun sekali msk SMK hu hu... 

Inilah rupa Sutun @ Sotong Masak Kunyit saya sbg percubaan kedua. Walaupun rupamu tidak semenawan mana, tapi Papa kata rasamu better... lega...


Bahan-bahan :

3 ekor sotong (sutun gumuk n fresh is better hu hu)
Serbuk kunyit secukupnya
Serbuk lada secukupnya
3-4 ulas bawang putih (hiris/tumbuk)
1 biji bawang besar dipotong bebulat
2 tangkai cili merah hiris halus
1 tangkai serai dititik
2-3 helai daun limau
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Perasa secukup rasa @ sedikit gula

Cara memasak:

1. Potong / kelar sotong n bersihkan.
2. Gaul sutun dgn serbuk kunyit, serbuk lada n garam
3. Tumis bawang putih n serai.
4. Bila (3) dah naik bau, put in sutun n daun limau. Kacau kejap.
5. Kalau nak lbh kuah blh + sikit air. Sutun tu nnt pun keluar air.
6. Masukkan sdkt perasa secukup rasa atau gula jika suka.
7. Rasa garam n lain-lain.
8. If okay, put in hirisan bwg besar n cili merah as hiasan.

Kalau tgk Masterchef, chef2 selalu kata 'ok, daging dimasak dgn sempurna, tak terlalu keras bla..bla...bla'. Saya baru tahu juga yg sutun ni pun sama, kalau dimasak terlalu lama ia dah tak jadi sutun! Err.. maksud saya, nnti sutun tu jadi keras hu hu...

Saya buat SMK ni agak kering sbb kepala sutun tu saya dah buat tomyam seafood. Makan dgn nasi panas dan perut yg mmg blm lunch hari tu, alhamdulillah kenyang kami. 

Tgh tak blh tahan dgn rayuan dan godaan Papa nak pi mencandat lagi... adoi... sutun... tulun...

2 comments:

  1. Bestnya...pernah ikut hubby dulu sekali jerk pegi candat sotong... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu sis mabuk tak masa pi mencandat tu? nak ulang lagi tak rasanya? hu hu

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS