Wednesday, June 6, 2012

Diari : Ekspedisi Candat Sotong (D2/3 - D'Moment)

2nd -3rd June 2012

Enjin bot dimatikan.

"Kita dah sampai ke?" soal saya. Majan angguk.

Yang lain sudah siap-siap hendak memulakan projek. Tidak beberapa lama, enjin bot dihidupkan semula. Rupanya salah lokasi daa..

Saya tanya Papa Nasir, "Pa, kenapa sotong-sotong ni tak pernah learn lesson? Dah tahu kalau ada cahaya yang terang tu janganlah datang, dah tentu-tentu dia nampak kengkawan dia tersangkut kat candat tu."

Papa Nasir jawab, "Dahnya bila kengkawan sotong tu tersangkut kat candat terus dibawa naik ke kapal. Tak adanya lagi dia dapat balik ke laut nak bercerita dengan sotong-sotong yang lain. Sebab tu lah sotong-sotong tu never learn the lesson. Dan sebab tu lah mereka dinamakan sotong..."

Ooooohh... dan patutlah kita masih dapat makan tomyam sotong dan sotong goreng tepung ye? Jawapan Papa Nasir memang tak boleh tahan...

Lewat petang itu projek mencandat sotong kami bermula. First sotong kami adalah dari koyan Wafiq. Kemudian Seha pula berjaya naikkan sekali 2 ekor sutun. Besar-besar pula tu! Wah!


Tengah-tengah rancak mencandat, awan pula datang dan turunkan hujan. Hmm... lebat tu. So kami terpaksa berlindung di bawah bahagian berbumbung. Menunggu hujan teduh sedikit dahulu baru boleh kembali menyambung projek.

Err... begini ke rasanya d'moment PATI belayar ke Malaysia?
Bermula awal malam, masing-masing sudah sibuk dengan kail dan koyan. Bersemangat waja hendak dapatkan sutun dan ikan! Heroin of the trip tak lain tak bukan si Acu Zila ni lah. Kerap sungguh dia naikkan sutun. Hai, sutun ni memang rupalistic tau. Naknya sangkut diri kat koyan pengantin baru ya?! Cit! 
Acu Zila yang paling banyak dapat Sutun!

Daddy pun dapat juga!

Abang Im dapat ikan kaci yang besar! Banyak juga ikan sangkut tapi terlepas.
Sayangnya... tak apalah bukan rezeki...


Koyan yang Papa Nasir kata ditempah khas untuk ekspedisi ini. Hmm...

Hmm... semua orang dapat sotong. Saya juga yang masih tak dapat-dapat. Wa wa wa! Kata abang tu, "Sotong pun tahu tengok orang kak!"

Hah? Oh... sotong pun rupalistik juga ye? Hu hu... sedihnya...

Penat saya dok pegang pancing dan koyan. Koyan berganti koyan, beralih tempat pun dah. Kepala pun dah mula terasa semacam. Cepat-cepat saya masuk ke bahagian rehat dan terus baring di sana. Sedang baring tu pun dok dengar mereka ni bersorak dan ketawa. Ish tak boleh jadi ni!

Maka saya pun bangun dan pergi solat jamak. Solat duduk je kerana tak boleh berdiri di tempat berbaring tu. Kalau saya nak solat berdiri di atas bumbung bot, mahu juga saya tercampak ke dalam laut dek oleng-oleng kapal yang dilambung ombak ek. Satu hal pulak jumpa ikan duyung kang...

Lepas solat saya pi duduk-duduk main koyan. Yang sebenarnya saya masih tertanya bagaimana nak tahu kalau koyan kita dah tersangkut sotong. Saya tak pernah memancing atau mencandat. Setakat pi teman Papa Nasir pi fishing tu mana ada feelnya.

Tiba-tiba! Koyan rasa berat semacam. Err... apa tu? Saya pun gulung line. Makin berat. Heh? Saya diam.. takut nanti poyo je lebih. Kang kalau bawa naiknya bukan sotong, dapat gelak je. Then, ia tersangkut pulak. Tapi saya sudah confident itu memang sotong sebab saya nampak semburan air.

Nasib baik Abang Im tolong naikkan. Ia sotong pertama saya! Sotong yang besar! Wah, sotong ini mesti baik hati. Tak rupalistik. Dia pilih untuk sangkutkan dirinya ke kail koyan saya! Wah, terima kasih ya sotong! Hu hu...

Papa Nasir yang last dapat lesen  sotong. Papa dapat 3 ekor sutun besar dan saya cuma 2 je... hu hu...
Papa aimed ikan, sayangnya semua ikan yang dia dapat besar-besar belaka sampai ayik lepas je...
Saya rasa perut kami masing-masing lapar. Sebab semua dah start makan roti lah bagai. Saya masih menahan perut. Takut bergelodak dan muntah. Pun takut kalau harus masuk tandas bot itu berulang kali. Haish...

Papa Nasir suruh saya masak maggie. Saya? Masak dalam bot yang teroleng-oleng ni? Oh tidak... alih-alih Majan masak maggie yang dibawa Seha. Campur sutun fresh dari laut lagi. Sedapnya mereka makan. Tapi saya... hmm... masih menahan selera. Takut perut berkecamuk rasa hu hu...

 

Hmm... sedapnya lah masing-masing makan....

5 comments:

  1. Bestnye kak. Teringin nk rase pengalaman candat sutun

    ReplyDelete
  2. bestnya..nasib baik dapat sotong kan.
    merasalah jugak kak..

    ReplyDelete
  3. best mmg best... saya yg paling tak nak pergi tapi paling byk dpt sotong.. hah mcm ne tu?

    ReplyDelete
  4. LY - ajak je zila ngan seha pi nanti, diorang sure suka hati je nak pergi lagi tu hu hu...

    WD - hmm... sotong tu baik hati nak kat akak... heh heh

    NFZ - sutuns tu memang suka kat zila... hah hah...

    ReplyDelete
  5. saje je tu dia pun candat hati saya suruh dtg lagik.. silap2 pasni join papa g mancing hahahahaha

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS