It has been few days, the whole body ached. Rasa penat sangat tak boleh nak kata. Terjaga jam 3 pagi tadi, hampir tak boleh bangun. Sakit kepala berdenyut-denyut. Pejam mata sekejap kemudian terbangun.
"Pa, bangun sahur..." dengan mamai yang masih berbaki saya kejutkan suami dari lenanya.
Dengan mata separuh pejam, siapkan meja dan hidangan yang ada untuk bersahur. Ni kalau saya seorang diri gerenti tak sahur punya. Tapi mengenang suami, kasihan pula.
Sementara menunggu suami basuh muka, saya dah duduk menghadap nasi dengan mata segaris. Pada suapan nasi saya yang kedua, suami dengan muka cuaknya berkata, "Ummi, stop!"
"Kenapa Pa?"
"Ya Allah Mi, dah pukul 6 lah."
Hish! Tak percaya sungguhlah. Alarm jam elok je bunyi... Lalu saya tengok jam sendiri. Ya lah, dah jam 6.42 pagi. Tapi kat luar macam gelap je lagi... Immediately pergi muntahkan semula apa yang ada dalam mulut. Masya-Allah.... apa nak jadi dengan saya ni...
So, husband sambung lena lepas solat Subuh. Saya pula usai menunaikan solat Subuh, sambung pula membaca al-Quran. Hmm... hening pagi hari Nuzul Quran saya tersahur jam 6.42 pagi? Isk, isk, isk...
Usai menyudahkan 3 surah, tengok halaman Quran tinggal sedikit saja. Sempat rasanya nak khatam penghujung Ramadhan ini. Insya-Allah dan Alhamdulillah...
Kemudian duduk-duduk perhati anak-anak dan suami yang masih lena. Kebetulan TV terbuka, lalu sempatlah saya menonton MHI ke... lihat Wardina Safiyah dan Ustazah Asni ke namanya... talked about Nuzul Quran.
Hmm... rasa sendu dalam hati mendengar ceramah Ustazah itu. Kebetulan juga saya baru menyudahkan membaca buku MARIA tulisan Emine atau Aminah Uzqan Syenlikogiu, novel Turki yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Novel yang berkisar tentang kehidupan seorang gadis bernama Maria yang hidup dalam dilema Kristian-Ateis-Islam di dalam pencarian agama yang sebenar.
Saya mengambil masa yang lama untuk menghabiskan buku terbitan PTS Islamika Sdn BHd yang hanya setebal 331 halaman ini kerana perlu sentiasa sedar akan syahadah. Takut-takut lari akidah. Membacanya menambahkan kesedaran bahawa Islam itu tidak mungkin mampu dipatahkan oleh sesiapa dan mana-mana kuasa.
Membaca kebolehan Abd Wahab membidas debat paderi Kristian dengan menggunakan setiap frasa al-quran dan juga frasa kitab Injil dan Taurat membuatkan hati saya berdetik, "Kalaulah aku juga boleh memahami keseluruhan isi kandungan al-Quran dan juga Bible serta kitab-kitab lain..."
Dulu saya juga pernah membaca buku saduran agama yang berkisar tentang Islam-Kristian bertajuk Isabela. Selepas dipinjam oleh sepupu saya Kak Ina, saya tidak jumpa lagi buku itu. Wa wa wa!
Seperti mana yang diperbualkan oleh Wardina dan Ustazah Asni pagi tadi, saya jadi bimbang kerana al-Quran itu sebagaimana kebimbangan Nabi Muhammad s.a.w akan dipandang sepi oleh umatnya di akhir zaman. Bagaimana tidak, saya tidak perlu beri contoh individu lain... saya sendiri selalu kurang waktu untuk menghayati al-quran. Sentiasa sibuk dengan urusan hidup di dunia. Tetapi alhamdulillah, saya selalu ada keinginan untuk khatam al-quran. Malah suami saya juga telah berpesan agar saya membaca dan khatamkan setiap naskhah al-quran yang ada di dalam rumah kami. Walaupun untuk menbaca dan khatam sebuah kitab suci al-quran itu saya perlu melalui tempoh lebih setahun. Berebut dengan kesempatan yang terluang...
Dulu sewaktu belajar, saya mampu khatam berkali-kali. Malah di waktu sunyi saya suka baca terjemahan al-quran. Pernah seawal usia perkahwinan, suami saya pelik (atau kagum?) saya boleh bercerita tentang isi kandungan surah-surah tertentu di dalam al-quran. Agaknya fizikal dan sikap saya tidak seperti orang yang boleh menghayati dan memahami al-quran kot? Hu hu... don't judge the book by it's cover ya...
Hmm... Nuzul Quran. Satu peristiwa pada malam Jumaat, bersamaan 17 Ramadhan (6 Ogos 610M), bila ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ketika sedang beribadat di Gua Hira. Seterusnya ia diturunkan berperingat-peringkat dalam tempoh 23 tahun hinggalah lengkap menjadi kitab suci pegangan umat Islam sehingga hari ini.
Nuzul itu sendiri kalau berdasarkan definasi bererti "turun" atau "berpindah dari atas ke bawah". Al-Quran pula bererti bacaan atau himpunan. So, Nuzul Quran mungkin boleh saya fahami sebagai bacaan atau himpunan yang turun dari Allah buat umat yang meyakini Islam.... please correct me if I am wrong.
Dalam MARIA, orang Kristian selalu menyoal mengapa begitu dan begini di dalam Islam. Individu yang berpandu logika akal pasti akan tergugat dengan soalan-soalan begitu. Dan jawapan yang diberikan oleh Abd Wahab juga seorang jiran Maria di Istanbul (antara yang saya faham mengikut kefahaman saya dan boleh rumuskan), "Ayat-ayat Al-Quran itu perlu kita fahami dan dalami. Ayat-ayat al-Quran itu boleh didekati dan difahami dengan tiga atau empat maksud, namun semuanya akan menjurus kepada satu perkara yang sama iaitu suruhan dan larangan Allah. Islam bukan sekadar logika akal, ia adalah agama wahyu kerana pengetahuan Allah itu meliputi setiap sesuatu dan melebihi setiap sesuatu."
Mengapa al-Quran itu diturunkan berperingkat juga ada sebabnya. Dan sebab itu tidak ada pendustaan lagi padanya. Subhanallah...
“Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)? Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.” (al-Furqan : 32)
Hari ini masih ada segelintir orang Islam yang kurang fasih membaca al-Quran, tetapi semoga mereka sentiasa ada keinginan untuk mempelajari dan memperbaikinya. Seperti mana Tadarus al-Quran di pejabat, bacaan al-Quran ketua jabatan saya Masya-Allah, Subhanallah sangat menyentuh hati. Alhamdulillah...
Blurb asal Seandainya... "Meskipun Nurin Areena boleh memilih, bukankah memang ada seorang sahaja kekasih yang sejati?"
Allah itulah kekasih sejati setiap Muslim dan Muslimah. Dialah yang paling mencintai dan mengasihi diri kita berbanding sesiapa jua. Al-Quran juga diturunkan kerana rasa kasih dan sayang Allah kepada hamba-Nya.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)." (Ad-Dukhan : 3)
Alhamdulillah, saya lahir sebagai hamba Allah yang meyakini Islam dan ajarannya. Masih berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang solehah... bukan mudah tanpa hidayah.
But it is indeed true. Come back to Allah and our life will always be at ease. Saya masih ingat kata UStazah Asni pagi tadi, "Kalau pintu lain sudah ditutup, masuklah ke dalam satu pintu ini yang sentiasa terbuka luas.Pintu keampunan dan kasih sayang Allah. Kalau pernah berbuat dosa, Allah akan sentiasa mengampuni selagi kita memohon ampun kepada-Nya, kalau kita susah mohonlah dari Allah untuk kesenangannya. Kadang-kadang kita selalu rasa hidup ini susah, kenapa? Sebenarnya Allah itu sudah sediakan sesuatu kebahagiaan dan rezeki buat kita, cuma masih tertahan kerana kita belum mahu memohon keampunannya."
Ya benar... saya sudah melaluinya. Saya tidak pernah berani mendustakannya. Segalanya yang Allah perkatakan adalah benar belaka...
Hmm... hari ini di taman perumahan saya ada gotong royong kaum Ibu dan Bapa memasak bubur lambuk. Saya hanya berkesempatan hadir untuk seketika kerana kesihatan dan waktu tidak begitu mengizinkan. Seronok melihat kejiranan bersatu hati begitu...
Dan pulang kerja semalam, sewaktu bergegas memasak untuk berbuka saya dihadiahi ciuman oleh suami, "Congratulations sayang," ucapnya.
Isk, what happen? Why? Saya pregnant lagi kah? Oh tidak...
Rupanya cek royalti pertama untuk Seandainya... telah dikirimkan oleh penerbit. Wah, tidak pernah terlintas pun untuk ini apatah lagi untuk jumlah yang begitu. Saya menulis kerana saya suka menulis. I write to write... duit bukan objektif utama.
Tetapi bila melihat senyuman suami saya rasa it worth kerana akhirnya suka duka menyiapkan Seandainya... dan bila saya harus tenggelam dalam dunia saya setiap kali work on my manuscript dan membiarkan urusan rumah dan anak-anak diambil alih seketika oleh suami, at least my husband knows that I don't work for nothing...
To KN Enterprise- En Rizal and the team, thank you... baiknyalah anda semua bagi 'duit raya' begini.
And the special is, it's a gift from Ummi to you my dear husband and our kids... Ummi tak pandai memasak, menjahit atau menyanyi, tapi selagi Ummi boleh, mahu dan mampu untuk membaca serta mengeja, izinkanlah....
**************************
Antara paragraph yang menarik dalam MARIA.
"Usahlah kamu bimbang tentang saya.
Dunia saya belum lagi berakhir walaupun kita terpaksa berpisah.
Suatu hari nanti, keperitan ini tentu berakhir jua,
atau mungkin saya tidak akan berkahwin.....
Usahlah kamu bimbang, Abdul Wahab. Pergilah kepadanya.
Saya relakan pemergian kamu."
(Maria)
Sewaktu Ibu Maria marah dia memeluk Islam, dan kemudian MARIA
kecewa kerana berpisah dengan Abd Wahab, ibunya berkata :
"Kenapa sampai ke hari ini saya tidak mendengar khabar berita langsung tentang Abdul Wahab?
Apa yang sudah berlaku?"
Bila Maria memberitahu Ibunya yang Abd Wahab sudah pulang ke Mesir dan perkahwinan mereka tidak akan berlangsung,
Ibunya sangat puas hati dan berkata seperti mengejek,
"Itu yang kamu rasa, tetapi hakikatnya Tuhan Jesus sengaja menolaknya kembali ke Mesir."
Dan bila pahit akhirnya jadi manis, dan Abd Wahab kembali ke pangkuan Maria,
dia berkata begini sebagai menjawab pertanyaan ibunya,
"Siapa yang datang Maria?"
"Abdul Wahab! ALLAH yang menolaknya dari Mesir
dan mengembalikannya semula ke pangkuan saya..."