Monday, October 15, 2012

Garpu, Mon Blues dan ...

Babang memulakan exam hujung tahunnya di PASTI hari ni. Hmm... periksa, mcm tak periksa je budak tu. Hari ini paper BM n bhs Arab. Semlm dok suruh dia baca buku. Papanya kata BM, Babang okay. Suh revise B.Arab. Aduhai, Umminya sgtlah 'pandai' bhs 'Arabun'. Yg Ummi tahu semua perkataan letak 'un' kat belakang. Kursiyun = kerusi, Kitabun = buku/kitab, hu hu. 

Hari ini Monday Blues saya dtg lagi. Alahai, knp lately ni malas betul nak pergi kerja? Sbnrnya tak ada niat pun tak mau pi office. Tapi perut n kaki sy mcm sokong2 je. Sakit perut ulang-alik ke tandas.

Lagi, tapak kaki kiri saya tercucuk garpu, hu hu. Tak adalah kritikal pun, tapi sat-sat tu jugalah rasa sakit nak pijak. Mengada-ngada! Malam kelmarin, Didik sepah garpunya atas lantai. Dah nampak n terdetik dlm hati, 'Hish, garpu ni kang kalaulah terpijak...', tapi sbb nak kejar buat susu Didik, sy biarkan je dulu.

Bila nak bagi Didik botol susunya, tup-tup sy pulak yg terpijak. Alhamdulillah. Berjejeranlah darah atas lantai. Nasib baik sy yg pijak, kalau kaki-kaki kecil tu? Tak pa lah, saya tahu Tuhan sdg tegur saya. Apa ya yg saya buat jahat agaknya hari tu? Hmm....

Setiap duka, smd kecil @ besar, mesti ada sedikit happiness selepasnya, sooner or later. Tak pa lah saya sakit perut pun, tak pa lah tapak kaki saya berlubang kecil pun, janji hari ini saya senyum sampai ke telinga.

Since ambil few hours time off pagi ni, saya minta tlg Papa Nasir htr sy jumpa En Ali di BP. Nak hantar hardcopy STKG spt yg dia minta. Niat asal nak berguru, tapi dh disuruh htr hardcopy, patuh je lah.

Malangnya En Ali cuti. Sib baik ada editor En Suffian. Lama kami berbual. Byk ilmu yg sy dpt. Pertemuan n sesi tuntut ilmu dgn En Suffian buat saya senang hati, at least untuk hari ini. Beri harapan n semangat!

Bkn sng nak jumpa orang2 yg sudi luang masa utk org kecil spt saya. Bkn sng jg nak jumpa orang2 yg sudi beri n kongsi ilmu serta dgr pendapat kecil kita. Terima kasih sgt2. Saya amat menghargainya.

My dear STKG, kali ni Ummi RAN tinggalkan kamu utk dianak-angkatkan pula oleh BP ya... semoga ada peluang utk kita menuntut ilmu di sini ya... Don't lose hope! Ummi RAN akan usaha demi kamu...

Err.. lagu ni jadi ubat utk bbrp waktu ini bila speed up Kerana Taufiq vs Hidayah. Papa pun notice, hu hu!



Sunday, October 14, 2012

Lily Bulb Penawar Resah?

Married to me, Papa Nasir adapt dgn perangai saya yg hantu sayur. Dia follow suit. Skrg over. Banyak sayur yg saya tak pernah masak dia nak cuba hu hu.

La ni, Papa asyik dgn sayur Lily Bulb atau org China sebut Bai He. Puas la dok google sbb takut pula tak blh mkn @ mabuk ke... honest tak pernah makan. Rupanya dulu-dulu lily bulb yg kering ada dlm campuran sayur fucuk. Favourite, bila ibu masak sayur fucuk, saya cuma mkn benda ni je hu hu. Skrg sayur fucuk yg dibeli di kedai dah tak ada rasanya lily bulb kering ni.


Hmm.. ia comel. Silap pandang mcm cili api hijau tu. Yg kelakarnya si AB yg 'alergic' sayur tu pun suka. Didik, tok sah cerita mmg hantu sayur. Tapi Babang jg yg keras kpl. No thanks je kat sayur, walau apa pun bentuk n warnanya.

Dia kata, "Kan semalam saya dah makan sayur?"
"Semalam? Bila yg semalam?"
Dia jawab, "Semalam lah.. masa yg saya kecik tu...."
Itu empat-lima tahun yg lepas lah Babang!!!!

Lily Bulb kat bunga lily!
Kali ni sy campur dgn udang, sy rasa krg sedap.
Ia lebih sedap digoreng begitu saja guna bawang putih mcm sblm ni...

Orang China suka sayur ni sbb elok utk kesihatan @ blh jd penawar sakit jantung n paru-paru. Serius?

Lagi ttg Lily Bulb ialah ia dikatakan dpt beri kelegaan pd saluran pernafasan. So, ia berkesan utk kurangkan dry cough n dry throat. Kiranya ia juga elok utk smokers and those yg perlukan suara dlm career mereka. Sapa pulak lah yg tak perlu suara dlm pekerjaan?

Some more, Lily Bulb dikatakan ada pengaruh kpd emosi. Oh? Said ia boleh mengurangkan keresahan, kesedihan, rasa putus asa dll yg berkaitan perasaanlah. Ia juga boleh bantu org yg ada masalah tidur untuk tidur. Wah!

Tapi kalau kita sdg alami batuk yg disbbkn oleh perubahan cuaca panas-sejuk atau yg sdg alami diarrhea, jangan mkn lily bulb ya!

Bila perhati dan difikirkan semula, Papa Nasir ni mcm suka sayur-sayuran yg bkn dr jenis berdaun. He's not my Popeye who loves Spinach. Hmm... kelakarlah Papa...

*****************************************

Lily Bulb

Friday, October 12, 2012

Doa Cinta Hersalina


Check up semalam, alhamdulillah, doktor kata saya sihat!

Bila check up di DEMC, sebolehnya saya akan elak dr masuk kedai kecil kat entrance hospital tu. Sbbnya dh mcm ketagihan, kalau masuk situ, walaupun kedainya kecil, tapi saya suka di bahagian bukunya yg cuma beberapa naskhah je.

Dan semalam Pa mengada nak beli aiskrim. Dah lama tak pekena Magnum dia. Cit! 

Ada sebuah buku yg menarik hati at 1st sight. Doa Cinta Hersalina. Ditulis oleh Amer Mukhlis, diterbitkan oleh Buku Prima. 484 pages with price of RM19.90. Baca sekali lalu sinopsisnya terus menarik hati. Tak ada cliche. Pa tak cakap byk bila saya tunjuk buku ini dr jauh, dia cuma hulur duit je. Hu hu, terima kasih Pa!

Cerita ttg seorg anak tidak sah taraf yg enggan diakui ibu sendiri & dizalimi sepanjang hidupnya krn ibunya nak cover perbuatan jahatnya mencurangi suami. Hish! Sbnrnya saya tak suka baca cerita yg sengsara2 begini. Tapi apa nak buat, saya dah tak ada keje lain agaknya kali ni... lagipun saya kena buka minda untuk elak stereotype dlm pemikiran saya.

Memanglah betul, bila Tuhan beri ujian ia bermakna ada cahaya di hujungnya. Tapi bila dikenang-kenang melewati ujian itu sesuatu yg sgt getir. Hersalina sgt kuat, tabah, redha & ikhlas. Sbb itu dia berjaya harungi ujian demi ujian dlm hidupnya. Kadang yg membaca ni pula rasa melampau sungguhlah bagi sengsara tahap tak ingat kpd watak ni. But, yes.. itulah kehidupan. 

Apa yg naskhah ini ajar saya? Saya selalu fikir, sejarah adakalanya berulang kalau tak silap gaya. Ya, mungkin ia berulang, tapi dgn maksud n matlamat yg berbeza. Adakah kalau ibunya jahat, anaknya akan jahat juga? Dlm realiti hidup, saya selalu khuatir ttg itu... tapi semuanya di tangan Tuhan... 

Bila seseorang itu hamil anak tidak sah taraf, apa pilihan yg dia ada? Gugurkan baby, buang anak bila dah lahir @ terima & besarkan dia sebagai anak kita? Gugurkan ia tentu2 berdosa krn membunuh satu nyawa. Lahirkan & buang ia merata-rata, pun dah tak ada kategori nak labelkan pelakunya. Haiwan pun tak tinggal anak merata-rata tau... 

Besarkan tapi nafikan haknya. Samalah mcm bunuh dia juga. Besarkan & didik dia... apakah risikonya?

Satu hari saja saya membacanya sbb saya nak habiskan ia juga to reach to it's ending. Ya, tak apalah endingnya begitu. Kasihan Hersalina dah menderita sengsara spjg kehidupan. 

Saya suka story flow Doa Cinta Hersalina. Saya menangis di 1/4 akhir cerita. Babang tanya, "Ummi, nape Ummi nangis?". Cit! 

Habis baca, saya fikir... boleh ke saya jadi seredha, setabah & seikhlas Hersalina? Yg pentingnya saya tak akan namakan sesiapa atau apa2 pun dgn nama Hersalina, sbb nama tu mcm sinonim dgn penderitaan. Hish...

************************************

Notes : Pukul berapa game S'gor vs K'tan kat Stadium Shah Alam tu habis ya? Pukul berapalah Papa ni nak sampai umah....?

Tuesday, October 9, 2012

2nd Attempt, n d Final kot...

Tak berapa puas hati bila 1st trial tak seperti yg diharapkan. Balik kerja lewat petang tadi, saya reward diri sendiri. Sesuka jiwa campak-campak bahan dan jadilah ia...


Dinner yg berat utk kami malam tadi. Sbb tiba2 nk buat lagi lasagna since balance bhn2 masih ada dlm freezer. Habiskan je, dah semak peti.

Bahan2 yg sama, cuma saya ikut sukatan sendiri. Dan kali ini saya patuh kpd tempoh bakarnya 20 minit sahaja. So, saya senang hati dgn hasilnya. Ia mcm yg saya harapkan. Tapi Didik tak suka yg lembik begini. Dia suka yg overbaked spt yg 1st trial tempoh hari. Cuma kelemahan kali ini ialah kuat rasa oregano dan basil, dan saya dah jemu dgn rasa tomato puri. 

Ini yg 2nd and last lah kot... kekalau ada hati nak buat lasagna lagi, saya nak tukar flavor pulak dr tomato puri ke.. err.. let's say sos spaghetty perisa cendawan ke kan?

Err... Kenapa saya reward diri saya?

Kerana... hari ini pertama kalinya saya assist dept to organize a workshop, tapi saya 'hilang' dlm terang. Satunya krn saya kurang 'faham' apa yg mereka workshopkan.. atau saya terlebih faham? Either one lah.. lagipun saya baru setahun jagung di tempat yg luas ini. Tentulah ilmu saya terbatas kpd skop kerja sendiri. Minta ampunlah kalau saya kurang flavour interest...

Dan saya juga 'hilang' krn sepanjang hari krn sambil2 organize, saya berjaya menyiapkan sinopsis panjang lebar (itu bukan sinopsis namanya kan? hu hu) keseluruhan A-Z utk  2 manuskrip sy yg tak bergerak2 dari half way nya. 

Akhirnya saya berjaya dapatkan full picture dan flow untuk ADI dan LSFO. Hah... lega. Tinggal nak practice draw framework dan kemudian turunkannya ke bait kata, perenggan, halaman dan chapters. Ada byk rombakan yg perlu dibuat kpd draf asal. Slps sempurnakan KTVH nnti sy akan mulakan pengembaraan ADI dan LSFO. 

Selalunya penulis akan hantar dahulu sinopsis utk kelulusan penerbit as to avoid risiko ditolak bila manuskrip siap krn tak memenuhi citarasa atau kriteria. Tapi saya selesa menulis ikut apa yg flow ke dalam minda saya dan siapkannya dlm tempoh pun ikut flexibility saya (setahun dan bertahun-tahun....). Kalau penerbit suka n baik hati, terbitlah ia mcm Seandainya. Tapi kalau tak menepati kehendak pasaran, ditolaklah ia seperti STKG. Kasihan STKG, masih berkelana...

Tak apalah, saya masih sgt (1 bil x) amatur... baik menulis, mahupun memasak. Asalkan saya selalu  mahu mencuba, saya reward je lah diri saya sendiri hu hu....

Saya dah jemu dgn lasagna...

Tetiba ada gambar ni dlm hp. Ni mesti keje si Shima.... hish!
RAN yg hilang dlm terang. Menurunkan full synopsis ADI & LSFO ke atas kertas.
Nak kena pancung juga kalau PAS tahu ni...


Ok, Masterchef time di Balai Bomba!

Sunday, October 7, 2012

Seefood Lasagna RAN

Plan dh lama nk buat lasagna. Tapi asyik praktis buat makaroni smpi anak2 n Papa Nasir jemu hu hu. Alih2 Seha dah try dulu dan kirim ke SKMC wkt sy jg Babang.

Saya kenal lasagna sbb dl Kak Anis suka mkn. Bila subcon belanja mkn kat Dave Delly, Kak Anis wajib order lasagna. Ms dl tgk Kak Anis mkn lasagna, saya geli. Ya lah, lembik mcm tu, kembang tekak. Tapi tu dulu. Lps kahwin sy belajar mkn lasagna tiap kali Papa Nasir n anak2 nk mkn pizza.  

Untuk picnic cum raikan birthday Darleen + Faiha + Ucu Muiz, sy nak cuba buat lasagna. Combine n alter bbrp resepi internet, it went this way in my kitchen...

Bahan A : 8-10 kepingan kulit lasagna (atau secukupnya lah...)

Bahan B : Inti seafood
  • sedikit udang basah (dicincang)
  • campuran seafood yg lain (isi sotong & isi ketam) - saya tak guna pun
  • 1 tin kecil puri tomato
  • 3-4 ulas bawang putih (saya tumbuk je)
  • sedikit lada sulah/serbuk lada hitam (sy guna lada hitam)
  • sedikit serbuk oregano
  • garam dan gula secukupnya (terlupa pulak gula)
Bahan C : Sos Putih
  • 3 cwn susu segar 
  • 4 sudu besar tepung gandum 
  • 4 sudu besar butter
  • sedikit garam
Bahan D : Campuran Cheese
  • 2 cawan mozarella cheese (dipotong kecil) 
  • 2 cawan cottage cheese (tak jumpa, so guna campuran mozarella n parmesan)
  • 1 biji telur
  • basil leaf

Cara-cara:

1)  Celur kulit lasagna hingga agak lembut n tos. Buh sikit minyak dlm air spy tak melekat.

2) Bahan B : Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan tomato puri, serbuk lada hitam n oregano. Tambah sedikit air. Kacau hingga mendidih seketika.

3) Then masukkan campuran isi udang, garam n gula sikit. Kacau bbrp saat n tutup api.

4) Bahan C : Cairkan mentega di atas api kecil. Masukkan tepung gandum sikit-sikit sambil kacau perlahan. Tuangkan susu segar n garam. Kacau lg hingga kuah jd agak pekat.

5) Bahan D : semua bahan dicampurkan dlm satu bekas.

6) Gunakan bekas yg sesuai, sapukan sedikit butter. Kemudian susun kepingan lasagna menutupi permukaan bekas.

7) Taburkan sedikit sos putih. Tuang inti seafood dan lapis dgn campuran cheese.

8) Susun lagi kepingan lasagna di atas permukaan (7) dan ulang proses (7) n (8) hingga habis semua bahan. Akhir lapisan haruslah inti seafood.

9) Taburkan extra cheese di atas permukaan  lapisan inti seafood yg terakhir. Gemuklah kalau makan ni bebyk... hmm....

10) Bakar pd suhu 150C slm 20 min @ hingga nampak agak brownies




It's my 1st. Saya rs kulit lasagna kn rebus lbh sikit lagi. Dan sy rs ia jg overbaked. 20 min dh jd almost 40 min. Sbbnya after 20 min tu sy tgk ia mcm cair... dah tentulah kan.. it's cheese RAN!

Sy fikir ia kuat trs sesuatu. Apakah ia? Oregano terlebihkah? Atau terkurang herba?

Dan saya dok fikir, awat tak 'meleleh' mcm pizza kat di Pizza Hut? Sbb tak ada cottage cheese ke? Tapi tak pa lah, Papa Nasir kata ia okay. Lain kali cuba lagi untuk improve.

Papa kata, "okay, lepas ni buat pizza pulak ya?"

Erk, sy tak suka pizza!

Koktel Susu NASH

Papa Nasir sgt suka koktel bersusu. Saya... hmm... boleh je, tapi kurang sikit hu hu...

Apa yg suami suka, dan bila dah minta, kenalah cuba... hati suami kan di perutnya? Ya sgt lah tu...

Sebelum ni sy gn tepung kastad yg dilarutkan ke dlm susu sejat. Tapi ia jadi agak likat, kurang licin di tekak. Papa tak favour begitu. 

This time I did it my way je lah. Gunakan apa yg ada di rumah je. Byk resepi, ranked from simple to complicated. 

Since Papa kata yg ini simple dan okay, kenalah simpan resepi ni dlm FRAN. Sat2 gi lupa pulak...



Bahan-bahan yg mudah:

  • 1 tin besar buah-buahan koktel
  • nata de coco (kat umah tak ada, maka tak letaklah)
  • 1 tin susu sejat / cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1-2 sudu makan susu pekat (sy rs tak letak pun okay kot...)
  • 1 sk esen vanilla 
  • Kiub Ais 


  • Simple in doing it:

    1. Satukan gula dgn susu cair dlm periuk dn masak atas api sederhana hingga larut.
    2. Masukkan susu pekat n esen vanila. Kacau sebati, then padamkan api. Sejukkan sekejap.
    3. Sediakan bekas yg comel untuk 'plating' hu hu... konon...
    4. Masukkan buah-buahan koktel n campuran kuah susu tadi. Gaul bersama.
    5. Letak kiub ais.
    6. Boleh minum!

    Under The Sun...

    A gathering with Papa Nasir's siblings plus family. Cuma atok dan nenek je yang tak dapat ikut sbb di kampung ada kenduri. 

    Sekali meraikan birthday Ucu Muiz + Darleen + Faiha. Kami picnic bawah matahari petang di Tasik Sek.7, Shah Alam. Ingat nak singgah sekejap kenduri kesyukuran rumah Kak Gie Budget di Jalan Akuarium, tapi tak sempat... bersurai pun selepas Maghrib, anak2 keletihan bermain dan sendiri yg dah rasa berlengas, semoga dimaafkan. Didik dalam kereta dah hilang ke Alice in Wonderland.

    Majority home-made dishes served. Nasi dan lauk, sambal belacan kuinin yg sgt sedap, ayam goreng, kuey teow, sate-nasi impit-kuah kacang, keropok, blueberry muffin, cucur, lasagna dan Cheese Cake Acu. 



    Lain-lain aktiviti selain makan n minum hu hu... 


    tak pernah tinggal yang ini...



    Main bola...


    Main lelayang!


    Main pedang belon...


    An afternoon with families...

    Saturday, October 6, 2012

    Confused Lagi...


    Dan hari ni pun, saya confused lagi. Bukan saya seorang yang confused, Papa Nasir pun sama juga. 

    Pagi ini, beli material untuk first trial lasagna, Didik was very persistent on buying this... ya this.. hmm....


    It's a silicon kitchen product. Umminya pun tak pernah terdetik hati nak beli selama ni, tetiba dia pulak beria-ia nak.

    Kata katalog : 100% made of food-gread silicone, safe, tasteless, non toxic, can be used in micro-wave, oven, boleh guna untuk buat pizza, kek, roti, mousse, coklat dan macam2. Hmm....


    Nak buat main? Uhu, tidaklah gamaknya. Walaupun ia lebih murah dari harga toys kamu, tapi ia byk gunanya di dapur tu Dik oi! Kalau nak main benda ni boleh.. main masa kita guna ia di dapur, okay!


















    Eventually, AB guna ia untuk masak lasagna. Didik beria makan dalam perkakas dapur silikon yang dia anggap mainan ini.

    Papa kerut kening di Carrefour bila Didik tak berganjak selagi tak ambil benda alah ni, "Alahai, kenapa ni Dik. Confuse Papa tau... adik nak jadi chef ke?"

    Heh, semalam saya confused... hari ni Papa pulak...

    Dik... what happen to you? Masterchef Cilik ke?

    *********************************

    Notes :
    Sedang tengok Anugerah Blockbuster. 
    Zizan defeat Arron tu... cayalah!
    dan alangkah bestnya kalau jadi Shamsul Yusof...
    idea sendiri, produce sendiri, get them all yourself hu hu...  congrats!

    Friday, October 5, 2012

    Confused

    Confused (I) : Ketam?

    Saya kuatkuasakan peraturan yg slm ini hangat-hangat tahi ayam yakni games devices hanya boleh main waktu cuti sekolah je. Sebarang bantahan dan rayuan tak akan dilayan. Kononlah...

    Suatu petang, balik kerja saya rasa penat sgt. Smntr tunggu buka puasa saya main Marble Saga dlm Tab Papa Nasir.

    Babang  : Hah! Ummi main games ya!?
    Babang  : Ummi dah lupa ke tak boleh main games waktu kerja?
    Ummi    : Ummi dah balik kerja lah...
    Babang  : Ya lah, sekarang waktu sekolah, samalah waktu kerja Ummi...
    Ummi    :  Err...itu peraturan utk Babang dgn Didik je. (cover malu)
    Babang : Oh ya ke? Nape tak bagi tau siang-siang... hish, Ummi ni...  


    Confused (II) : Besar vs Kecik


    Babang  : Ummi nak buat apa ketupat tu?
    Ummi    : Nak potonglah, nak makan...
    Babang  : Kalau Ummi nak makan, ambillah ketupat yg besar tu.
    Ummi    : Nape? Tak boleh ke Ummi makan ketupat kecik ni?
    Babang : Ummi kan dah besar, kenalah makan ketupat yg besar.
    Ummi   : Erk?!
    Babang : Ketupat kecik utk org kecik mcm saya, Didik dan Nuqman...


    Confused (III) : Ini toys ke tapis teh?

    Kemas beg baju Babang n Didik yg digunakan waktu ke rumah Nenek Imah. Jumpa benda alah ni...


    Ummi   : La, nape bawa balik penapis teh nenek ni?
    Papa     : Dia ikut neneknya pergi kedai. Benda yang dia minta nak beli, benda tu lah...

    La! Budak2 kalau ikut pergi kedai minta beli jajan ke, gegula ke, toys ke... ini Didik minta beli benda alah ni? Sekarang ni Ummi pulak yang confused tau... kena kenan masterchef ke ape budak ni?

    Thursday, October 4, 2012

    Superstitious or Tinnitus?

    Masa sy study di MRSM dulu, tepat jam 12 mlm jika sy msh blm tidur telinga sy akan berdesing sgt kuat. Annoying! Dan saya tak akan boleh tidur sampai esok pagi. Sbb itu sy akan pastikan sy dah lena b4 detik 12 mlm. Balik prep je, sy dah bungkus diri dlm selimut. Ish, mcm cerita hantu. Tak... ia cerita benar saya.

    Slps itu ia reda. Bila dh besar menjelang nak tua ni sy sll rasa telinga sy berdesing. Ting!...

    Pernah ramai org lebih tua beritahu saya, "Kalau telinga berdesing tu, tandanya daun pokok usia kita di akhirat jatuh sehelai krn ditimpa oleh daun org lain (yg telah dipanggil pulang oleh Tuhannya). Tandanya umur kita berguguran jg menunggu giliran dipanggil. "

    Saya taklah percaya sgt, tapi itulah yg akn terlintas di hati saat ia berlaku.

    Ada lagi satu superstitious ttg hal telinga berdesing ni dan ia bergantung pd which ear side yg bunyi. Kalau kiri, maksudnya seseorg yg kita kenal sdg bercakap yg baik ttg kita. Kalau kanan, vice versa...

    So, when it happens, cubalah sebut semua nama org yg kita kenal, and it will comes to a name yg bila disebut lalu desing tu hilang. Oh, si dialah rupanya yang talk good things atau sedang umpat kita ye? Erk!?

    Dlm istilah perubatan, bunyi yg hanya kita seorg je dgr ni dipanggil TINNITUS. 

    ...is the condition of hearing noise in your head. It may be low or somewhat loud. Although no one else hears it, it is real. It presents most often in older males, but anyone, including children, can develop tinnitus.
     
    The sound may keep time with your heartbeat, it may keep pace with your breathing, it may be constant, or it may come and go. Tinnitus is most common in people older than age 40.
    Men have problems with tinnitus more often than women.

    ...can be caused by many different ailments.  Think of it more as a way of your body telling you something wrong rather than it being a disease itself.  So the hardest part is figuring out what is the cause of your ears ringing like that.    A common problem for which Tinnitus is a symptom of is sinus issues.  Other diseases. These may include:

    Acoustic neuroma. Anemia. Labyrinthitis. M�ni�re's disease. Otosclerosis. Thyroid disease


    Hmm... now I know why my ear's alway ring since I was 17. Dia nak bagi tau saya,
    "You have sinus,  anemia, and THYROID... good luck!"
    aduhai...
    Saya ini hanya hamba-Nya...

    Tuesday, October 2, 2012

    Nota Hati Seorang Lelaki

    sebuah buku yang ditulis oleh Tuan Pahrol Mohd Juoi

    "... jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur.
    Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar,
    tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar.
    Itulah kecantikan seorang isteri walaupun dia
    bukan isteri yang cantik."

    "Semakin lama berkahwin,
    orang lelaki selalunya jadi pendiam.
    Manakala orang perempuan jadi semakin bising."

    "...jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga..."

    "Life is to complete, not to compete"


    Itu antara baris-baris ayat dlm buku ini yg mana keseluruhan isi kandungannya sangat mendidik hati saya. Ia cenderahati kerana sama-sama mengimarahkan program Tadarus Ramadhan yg baru lalu. Tahun lalu dapat sejadah, tahun ini dapat buku. Alhamdulillah... terima kasih. Saya sangat suka buku! Ia cenderahati yg sangat bermakna....

    PAGEVIEWS