Tak berapa puas hati bila 1st trial tak seperti yg diharapkan. Balik kerja lewat petang tadi, saya reward diri sendiri. Sesuka jiwa campak-campak bahan dan jadilah ia...
Dinner yg berat utk kami malam tadi. Sbb tiba2 nk buat lagi lasagna since balance bhn2 masih ada dlm freezer. Habiskan je, dah semak peti.
Bahan2 yg sama, cuma saya ikut sukatan sendiri. Dan kali ini saya patuh kpd tempoh bakarnya 20 minit sahaja. So, saya senang hati dgn hasilnya. Ia mcm yg saya harapkan. Tapi Didik tak suka yg lembik begini. Dia suka yg overbaked spt yg 1st trial tempoh hari. Cuma kelemahan kali ini ialah kuat rasa oregano dan basil, dan saya dah jemu dgn rasa tomato puri.
Ini yg 2nd and last lah kot... kekalau ada hati nak buat lasagna lagi, saya nak tukar flavor pulak dr tomato puri ke.. err.. let's say sos spaghetty perisa cendawan ke kan?
Err... Kenapa saya reward diri saya?
Kerana... hari ini pertama kalinya saya assist dept to organize a workshop, tapi saya 'hilang' dlm terang. Satunya krn saya kurang 'faham' apa yg mereka workshopkan.. atau saya terlebih faham? Either one lah.. lagipun saya baru setahun jagung di tempat yg luas ini. Tentulah ilmu saya terbatas kpd skop kerja sendiri. Minta ampunlah kalau saya kurang flavour interest...
Dan saya juga 'hilang' krn sepanjang hari krn sambil2 organize, saya berjaya menyiapkan sinopsis panjang lebar (itu bukan sinopsis namanya kan? hu hu) keseluruhan A-Z utk 2 manuskrip sy yg tak bergerak2 dari half way nya.
Akhirnya saya berjaya dapatkan full picture dan flow untuk ADI dan LSFO. Hah... lega. Tinggal nak practice draw framework dan kemudian turunkannya ke bait kata, perenggan, halaman dan chapters. Ada byk rombakan yg perlu dibuat kpd draf asal. Slps sempurnakan KTVH nnti sy akan mulakan pengembaraan ADI dan LSFO.
Selalunya penulis akan hantar dahulu sinopsis utk kelulusan penerbit as to avoid risiko ditolak bila manuskrip siap krn tak memenuhi citarasa atau kriteria. Tapi saya selesa menulis ikut apa yg flow ke dalam minda saya dan siapkannya dlm tempoh pun ikut flexibility saya (setahun dan bertahun-tahun....). Kalau penerbit suka n baik hati, terbitlah ia mcm Seandainya. Tapi kalau tak menepati kehendak pasaran, ditolaklah ia seperti STKG. Kasihan STKG, masih berkelana...
Tak apalah, saya masih sgt (1 bil x) amatur... baik menulis, mahupun memasak. Asalkan saya selalu mahu mencuba, saya reward je lah diri saya sendiri hu hu....
Saya dah jemu dgn lasagna...
Tetiba ada gambar ni dlm hp. Ni mesti keje si Shima.... hish!
RAN yg hilang dlm terang. Menurunkan full synopsis ADI & LSFO ke atas kertas.
Nak kena pancung juga kalau PAS tahu ni...
Ok, Masterchef time di Balai Bomba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.