Tuesday, October 30, 2018

Rezeki-P-KUKUS

Drpd sebulan sekali, lately check up dah jadi once in two months timeCheck up hari ni - hormon tiroid stabil, bacaan kolestrol turun 0.5, gula - beautiful. Berat pun, murah rezeki. Tak brp mkn mcm dulu pun, badan ttp nak semangat. Doc pesan, more exercise ya. Jgn ambil ubat kurus. Hu hu… tak de la doc. Ubat kurus saya kalu... kena get back to hyper state la. 

Perkembangan positif. Rezeki dari Allah. Dikurniakan mgkn via pelbagai asbab. Gardening kah? Sbb gardening indeed buat saya happy. Sbb mengulam Bayam Brazilkah? Mungkin perlu teruskan ulam Bayam Brazil ni. Lihat pula nnt result utk Disember check up. 

Waktu nak balik, ada kereta block di depan. Usually, saya tolak pelan2 sbb driver tglkan kereta dlm mode Neutral. Tapi yg ni, ujian… gear di P & tak tglkan nombor pulak. Adeh…

Kepala dah ingat nak masuk pejabat je a.s.a.p. Perut dah gigil lapar. Rasa nak ke tandas pun ya. Matahari terik atas kepala. Pandang bangunan hospital dgn hati rasa mcm, aish… menapak patah semula utk minta hospital buat pengumuman.

Waktu tgh amek gambar kereta (dgn niat nak tya pendapat Pa, rerasanya blh lps tak kalau si amatur ni try cilok2 utk escape dari ruang tu), pemandunya bergegas dtg sambil mohon maaf. Ya, tak apa. Faham je kalau punya urusan di hospital dgn keadaan parking yg full-house.

Awal tadi, rasa bengang juga. Tapi teringat pernah baca satu sharing seorang doc yg rushing ttg kesukaran yg dihadapi saat keretanya blocked by another cark, saya husnudzon. Redha je Ujian kecil yg Allah beri ni, tentu ada sbb. Terima kasih doc, sbb sharing doc tu bantu saya kawal emosi hari ni. 

Rindu anak2 pula tetiba (terus sedekahkan Al-Fatihah). Teringat last Friday, when I reached home after 10pm, sbb ulung kali terpaksa organize meeting jam 6pm-10pm (rasa serik, terus kelmarin set 4 tarikh utk 2019 & book schedule semua board members).

Parked je dpn rumah, anak2 dah sambut. Baby dah lari2 dtg hug. Paling ‘kelakar’ si Babang dgn nada mengelehnya, ‘Ummi, knp lambat sgt balik? Saya rasa mcm dah tak ada Ummi dah…’. Eleh…

Sejak tinggalkan private sector & lecturing job, tak pernah lagi balik lewat dari pejabat. Sbb tu anak2 rasa pelik bila tetiba, saya blk lewat mlm cenggitu. Atau rasa kehilangan? Aloh, tu belum pi kursus luar daerah sehari dua… cane nak dpt ‘me time’ nih? J

To make it up, esok paginya Pa ajak sarapan di KUKUS. Dah few times nak pi, ntah knp terhijab. Baru sempat pergi je Sabtu lalu :-)

Pi during breakfast. Weekend buka 930am, dah ramai yg tunggu buka pintu. Que  to be seated lagi. Biar sungguh? Ramai yg suka, Tia (officemate) pnh sebut psl KUKUS ni sometimes ago...  tapi, pd saya... okaylah... bolehlah kot... kekdg saya ni, utk certain things, mcm agak cerewet juga kot :-)

Kalau nak lunch di KUKUS, next month lah pula kot. Menjelang year end to new year ni byk peruntukan perlu dijaga hu hu.

Dialah ubat, dialah penawar. My dear Baby Tweety d'Sweety.
Bila masa Pa & baby pakat shoot this picBlkg Ummi pulak tu! Haish...
Didik d'Batman. Mlm tadi dah beli mask Zorro (tu je yg ada kat kedai). Dah pesan kalau ad ayg tanya
'Awak ni Batman ke Zorro? Adik jawab je saya Zobat, anak sedara Zorro & Batman'. Alih2 hari ni dia tertinggal
mask Zorro kat umah. Maka jadilah dia Batman tak siap. 

Hari ni, sekolah buat jamuan akhir tahun & sambutan Hari Kanak2. Tema Superhero & Fairytale. Didik beria nak pakai baju Batman (warisan Bang Cik Lan nya) sbb dia masuk team menyanyi lagu OST Amar & Opie. Babang tak kuasa nak bersuperhero katanya hu hu.

Saya tak berupaya nak masak menyumbang menu. Maka mlm tadi belikan sedikit coklat utk Babang & Didik bawa ke sekolah. Enjoy your time, dear sons!

Hmm... moral of d'diary, andai terpaksa block kereta orang, cubalah utk tak lupa tinggalkan no hp. Ya, yg ni saya selalu praktiskan sbb takut sgt susahkan org lain. Plg penting, bila terpaksa block kereta org, cubalah utk ingat agar tak park kereta pd gear P ya...

Peace!


#thyroidcheckup
#bayambrazil
#tweetysweety
#zorrobatman

Thursday, October 25, 2018

Menjunjung Rindu Syurga

Prosedur rawatan ibu dipercepatkan seminggu dari tarikh asal.
Alhamdulillah. Rasa lega sbb dpt juga jadual awal. Ibu pun memang menunggu prosedur ni. Mungkin dah tak tertahan sakitnya lagi. Pagi2 dah mohon Allah permudahkan prosedur.

Dlm OT, bP ibu cecah 200. Belum ada izin Allah. Prosedur kena tangguh. Kini di zon kuning utk pemantauan. 

Ya Allah, izinkan kesembuhan buat ibu. Kurangkanlah kesakitan Ibu dengan ehsan-Mu. Izinkan Ibu lalui hari-hari yang masih dipinjamkan ini dengan senyuman dan bahagia.

Dan izinkanlah sedikit lebih waktu buat kami menjunjung syurga kami. 



Sentiasa dalam jiwa. Sayangku dalam caraku yg tersendiri...


Mesej atr adik2 menggugurkan airmata. Pd usia ni, diri sendiri pun selalu ingat hal 'pergi'. Umur bukan ada guarantee sekian-sekian tarikh luput. Bila2 masa pinjaman boleh ditamatkan. Bersiap-sedia utk bekalan....

Mlm tadi, sdg belek che-che di OMG, baby MAHAN kata (utk kesekian kalinya minggu ini), 'Ummi, baby rindu Nenek Yam lah...'.

Berderau rasa. Airmata dah bergenang, "Ummi pun rindu sgt dgn nenek. Nanti Disember ni kita gathering lagi ya..."

Tak sabar tunggu Disember. Mesti ibu suka tgk Our Mini Green. Dan nanti Along masakkan Nasi Beriani dan choch-moist cake my version kesukaan Ibu ya! 


Walk to remember:
Wajah ibu berseri. Bahagia barangkali bila anak bongsunya yg meladeni. 
Adakalanya, pengorbanan itu perlu, untuk beri ruang kepada yg lebih afdhal.
Terima kasih Dik, kerana membahagiakan Ibu.
Moga Allah beri yang baik2 utk kamu dan kita semua...

#diariRAN
#ibu
#hatiseorangkakak

Friday, October 19, 2018

OMG : Portulaca Grandiflora (iii)

Hari Jumaat.

Hujan sikit tadi. Now, nampak matahari dah. Sejuk sangat kat office.
Agak rasa stress bila planning di pejabat jadi beyond control. Tapi tak moh stress! Tak boleh simpan stress! Hadap je.. lalu je. InsyaAllah, dipermudahkan.

Babang dah tak panas badan. So, tak perlu repeat blood test utk denggi. Maka, ada masa utk tulis diari sekejap.

Nak simpan memory Rose Jepun yg bloom tghhari ni walaupun pagi tadi kat rumah hujan...






Dalam awan ada air nampaknya tu :-)

Nak turun, turunlah hujan
Siramlah bungaku di dalam pasu
Hati yang kecil selalu hairan
Kenapalah selalu merasa rindu...?

Today, the colour brings the sweetest moment
For tomorrow, it will become a memory of yesterday ...  

Tak sabar tunggu esok! Weekend getaway to OMG je... itu pun dah beri bahagia.

Terima kasih Tuhan utk izinkan RJ bloom ...

#rosejepun
#freezing
#iamhappy
#diariRAN

Wednesday, October 17, 2018

OMG : Matahari

Saya tanam bunga matahari ni dari benih 'kuaci' yg beli di kedai Eco. Excitednya sbb follow dari biji benih, hingga tumbuh hinggalah berbunga.


Yang sulung bloom. Pa asked, 'Kenapa tanam dlm pasu?'
'Tak pe lah... experiment. Lagipun tak sabar nak tgk bunganya. Nanti kalau dah mati, bolehlah guna pasu tu utk bunga lain pula' :-)

Sebabnya, satu pokok matahari ni hanya keluarkan satu bunga je. Nanti bunganya layu, slowly the whole plant akan layu. Bolehlah racik halus, jadikan kompos. Pasu tu recyle utk bunga atau sayur lain pulak :-)

Yg lain kat luar tembok, belum nak berbunga. Asik kena balun dgn bola dek bebudak ni :-)
Yang di tepi pagar, belakang Rueilla, pun mcm lambat naik. Tapi dah nampak satu pokok sdg menguntum.

Bunga matahari ni dari keluarga Asteraceae. Nama botaninya Helianthus Annuus. Nama yg terhasil dari gabungan bahasa Greek = 'helios' iaitu matahari & 'anthos' bermaksud bunga.

Petang 141018, saya perasan bunga matahari ni tetiba termengadap ke dlm rumah. Pelik. Kot2 bunga tu berpaling sendiri padahal via reading, saya tahu bunga ni akan mengadap cahaya matahari.

Betulkan pasunya semula. Kemudian Pa tanya, 'Awak terbalikkan pasu ke?'
'Ye lah, nape?'
'Ala... abang nak test tengok esok ke mana mukanya mengadap'.

Sabo je lah! Janganlah dera bunga saya. Patah pulak leher sunflower tu kang, naya je!

Tuesday, October 16, 2018

OMG - Portulaca Grandiflora (ii)

Dlm banyak2 warna che RJ, yg merah ni kalau bloom, mesti breath-taking. Pernah sekali, asyik belek che merah di tengah hari panas, sambal terung saya hangit di dapur.

Hangit terung tu tak apalah... mmg salah sendiri sbb ralit dgn Che Merah. Tapi yg tak boleh digest tu, sbb nampak Pa berdiri depan dapur dok perhati kuali yg sdg hangit dgn sambal terung. Pa kata, dia tak tahu nak buat apa... sbb saya tak pesan apa-apa. Adoi... 

Kesian terung...

Nak simpan RJ Che Merah & kengkawannya yg bloom pd 15102018 hari tu dlm FRAN...


Cerek kesayangan, lama dah dia berkhidmat. Tetiba di TH37 dia bocor. Sayang nak buang. Minta Pa tebukkan lubang di bawahnya utk aliran air & jadikan pasu tanam RJ Che Merah Solo.
Che Merah yg cantik sangat warnanya. Sampai hangit sambal terung di dapur... :-)
RJ Che Pink Purple ala-ala carnation yg solo bloom. Replant dlm bekas sabun yg Pa potong, tebuk & basuh.
Che Merah & Che Purple berdua baru replant dlm bekas sabun
Che Pink & Che Merah sebekas di tembok rumah. Mulanya dpt direct sunlight, sihatlah mereka. Bila jiran dah siap pasang bumbung penuh porch sampai luar pagar... terus teduh. Hmm... kena fikir mana pulak nak alihkan mereka ni...
My heart melt tengok kebahagiaan mereka... grow healthily & happily ya...
RJ Che Merah One Layer dgn petal kuning di tengah ni rajin sgt berbunga.  Maaf kan sarung2 yg bersidai. Cuti ingat nak bedrest, tapi habis sgl sarung bantal & sarung sofa dibasuh. Manfaatkan matahari yg bersinar di tgh musim hujan ni... 



Bunga ni asalnya terdampar di tempat buangan sampah waktu pi open house raya new owner of No 5. Kesian pulak tgk dia berkeratan tergolek kat tanah tu. Saya minta Pa amekkan. Bawa balik, cucuk dlm pasu... rawat dia sbb dia asik keguguran daun. Rawat pun  tak rawat mana... sbb tak tahu cara rawat @ ubatnya... letak je open space, dgn harapan nature will heal her. Alhamdulillah, so far masih berbunga walau nampak togel cenggitu. Bak kata Papa, biarlah hingga ke akhir nafasnya...

Terbaca status FB kak Novelis Maria Kajiwa 'Plant Your Own Garden, Decorate Your Own Soul'.
Indeed, gardening is my happiness theraphy at this age.

Mana pergilah mood menulis... hopefully akan berwarna semula mcm warna-warna che RJ ni...

#rosejepun

OMG - Portulaca Grandiflora

Isnin, 15/10... sblm subuh relapse attack. Tak larat nak ke pejabat. Applied for bedrest leave. Hmmm.. org perempuan kalau di rumah rasanya tak ada istilah bedrest. Mesti ada je yg nak dibuat. 

Sesambil buat kerja rumah, layan Didik & baby & sesambil tunggu Pa balik kerja utk proceed project tanam kangkung & tomato... dptlah tengok seketul dua che bebunga kenit tu bloom.

Portulaca Grandiflora @ Rose Moss.. org kita panggil Rose Jepun. Dulu, Dik Sah tanam bunga comel ni di rumahnya, sampai berjualan. Bila dah masuk kerja semula, pupus hilang semua RJnya. Ganti dgn bunga palsu. Senang, kata Dik Sah.

Sekarang bila kami dah settle down & saya mulakan semula gardening interest... kenalah mencari RJ di merata nursery & dari ehsan kengkawan @ jiran :-)

Weekdays, tak dpt tgk dia. Sbb dia bloom waktu jam 9-11 pagi je. Kalau Pa lewat appointment dgn client, dialah yg tlg snap gambar seketul dua. Semalam, alhamdulillah... matahari pun cantik hingga petang. Bloomlah juga seketul dua che bunga RJ saya tu.

Che bunga RJ ni, saya belum beri baja bunga pun. Baru sempat alih2 sbb satu dua tempat asalnya tak kena direct sunlight. Maka dia meragam. So, replant & alih ke tempat baru.

Kalau tengok di Kelab Peminat RJ, mcm2 pattern ada. Siap ada ID atau nama. Cantik2! Geram tengok! Tapi... belumlah lagi ketagih nak simpan semua koleksi tu. Cukup2lah apa yg ada.. Buat penyeri mata sendiri je pun.

Simpan sikit dlm FRAN untuk memori & diari RAN...

RJ - Che Kuning dgn rupa ala-ala Carnation... selalu bloom :-)
Latest patent dlm Our Mini Green - RJ Che Kuning terang yg ada petals merah & kuning di tengah. Sejuknya mata...


RJ Che Oren dgn iras Carnation. I think I love carnation-like RJ... orange colour's so bright... take my breath away... 



RJ yg ni warnanya agak faded, kekadang nampak comot. 
Tapi.. sgt soft... soft to the eye & heart as well... hmm....

... sambung nanti :-) ...

Sihathon Weekend

Weekend baru ni, fikiran dah block utk OMG. Tapi seharian Sabtu, settlekan kerja rumah. Basuhan bertrip, sidai-angkat-lipat-susun-iron, sapu, susun, masak etc etc etc. Short-breath… so kerja agak slow. Nasib baik bujang berdua ni offered nak membantu. Pa & Babang pula ada futsal game. Maka tanpa 'gangguan', kerja rumah agak cepat selesai.

Sebenarnya… bila disuruh off gadget & buka buku, lebih relalah diorang buat kerja lain... 

Ahad, separuh hari attend Bbg & Didik utk karnival Sihathon sekolah. Kenalah pergi juga sbb kelas Didik masuk final utk Action Song Competition untuk lagu I'm So Happy tu (yg mula2 dia kata nak withdraw sbb lagu tu mcm lagu budak darjah 1). Alah, bila masuk final, dia juga yg beria pilih baju. Didik... Didik...




His class got 2nd place in the competition. And… tq to my office mates & bosses sbb sudi menderma utk karnival Sihathon via kad kutipan derma Babang ini. Kad kutipan derma untuk Didik, Pa yg kutipkan. Sekolah nak raise fund utk buat Dewan Terbuka. Hmm.. kalau aku kaya...

Tengahari, smtra beri mereka masa di sekolah, Pa bawa ke klinik dulu. Ambil heavy neb & kena 200mg hydrocort injection. Bertahan dari Khamis lepas. Sihathon weekend, tapi saya tak brp sihat. In fact msh blm sepenuhnya sihat. Semalam cuti utk bedrest (tak bedrest juga sbb mengerjakan OMG). Minggu ni hingga minggu depan, busy di pejabat. Hopefully, health can tolerate. Tambah2 anak2 pun sbnrnya tak sihat juga. Esok dah mula year end exam... moga2 dipermudahkan semuanya oleh Allah...

Waktu skrg ni hujan masih sgt lebat di luar pejabat. Alhamdulillah, selesai uruskan Didik walau agak basah. Bbg MC hari ini. Ambil UKSBP pagi tadi dlm keadaan badan yg panas. Kesian Babang... inilah pengorbanan demi ilmu, Bang...

Ketika sihat pun, dah rasa cuaca mcm ni freezing. Tambahan bila masih belum sepenuhnya sihat ni, menggigil sampai dlm jiwa.

#karnivalsihathon
#iamsohappy
#UKSBP2018

Friday, October 12, 2018

OMG - Plant Your Own Che Bayam Merah

Ptg sat lagi kertas akhir Babang utk PSRA. So far for previous papers, jika ditanya... dia jawab 'alhamdulillah, bolehlah... senang...'. Actually, jawapan itu agak menakutkan. Moga Allah berikan yg baik2 je.

Minggu ni busy yg amat. 2 days away from office for MIA 2018 Conference. As usual, ada slot yg interesting. Ada slot yg panelistnya senada, maka.. faham-fahamlah fokus audiens terutama saya yg dlm kepala asyik fikir tentang che bunga, che pokok & che sayur kat rumah.

Simple art of photography dari RAN yg sgt amatur but my friends love this too :-)

Apatah lagi minggu ini asyiklah hujan. Beberapa pasu baby bayam brazil lecur. Rasanya bukan salah hujan, tapi saya silap berexperiment. Campuran tanahnya mungkin tak sesuai utk bayam brazil. Tak apa, weekend ini harap2 dapat replant.

Dlm pada hujan, che bayam merah @ nama saintifiknya Amaranthus Gangeticus ni, elok aje berlumba-lumba besarnya. Petang semalam, balik kerja terus potong beberapa pokok. Nak masak air utk dinner. Oh ya, bayam merah ni dlm bahasa Kadazandusunnya 'sansam taragang'. Ni, akibat teringat soalan UKSBP tentang kaum terbesar di Sabah. Next week insyaAllah Babang will sit for UKSBP pula... saja cuba-cuba...

Rasanya sejak tengok cerita Raja Bersiong, saya dah tak pernah masak @ makan bayam merah ni. Pa pun tak makan sebenarnya. Saya berimaginasi kalau makan sayur bayam ni, yg kuahnya merah... as if sdg minum darah. Erk!? Imaginasi...

Since Cikgu Ina shared about her bayam merah, terus terpanggil nak tanam juga di TH37. Hmm...

Beli benih bayam RM2/peket dari Cikgu Ina (jiran lama di TPR2). Semai dlm tank (tank bilik air yg tak pakai sbb Pa replaced dgn tangki besar atas roof slab utk bilik air baru DS37) pd ptg Ahad 09092018. Pagi Rabu, 12092018, babies bayam ni dah tumbuh! Bahagianya!

Kesian tgk mereka berhimpit mcm tu. Patutnya kena buat penjarangan utk beri jarak supaya semua dpt nutrien & cahaya matahari sama rata. Kalau tak, nanti ada yg tertindas hu hu. Atau dlm bahasa botanic, nnt daunnya jadi kecil2 @ daunnya kurang. 

Tapi... tak sampai hati nak alihkan mereka. Rasanya mereka pun tak sanggup berpisah. Okeh! Korang duduklah dlm tu. Nampak gaya mcm bahagia je. Nnt sesiapa yg dah besar dulu, Ummi ambil masak bening air. So ada space utk yg mengalah pd awalnya tu ya... hu hu.



About one month je, ada yg dah laju tinggi & gemuk2. Maka kenalah dipotong & dimasak utk beri ruang kpd yg kecil2 tu pula membesar... :-)



1st batch che bayam merah dah kami tuai petang semalam 11102018. Beri secekak kpd jiran. Suka & geram dia tgk che bayam merah tu. :-) Alhamdulillah, mungkin sbb lapar, habis juga semangkuk bayam merah masak air. Lupa pasal siong!

Hmm... begini rasanya ya excitement bila kita menuai hasil tanaman sendiri...? Bahagia! :-)

Antara khasiat Che Bayam Merah yg dpt bantu :
1. Cepatkan penyembuhan luka sbb ada vitamin C
2. Sihatkan tulang & gigi sbb ada kalsium... mujur baby MAHAN suka...
3. Jaga kesihatan mata sbb ada vitamin A
4. Lancarkan pencernaan sbb ada kandungan serat
5. Antara bantuan solusi utk anemia
6. Sumber antioksidan so tubuh jadi sihat
7. Cegah osteoporosis

... dan mcm2 lagi kalau digoogle. 

Kesimpulannya, tumbuhan-tumbuhan tu Allah jadikan sbgi sumber makanan ada la hikmah & kebaikan. Ultimate, penyembuhan sakit, atas izin Tuhan. Cuma, kalau we plant our own food, dah tentu kita tahu tahap kebersihan & kesemulajadian. Ditanam & dijaga scr sihat organik :-)

Dan beri bahagia juga! Hari2 tgk dia kat laman OMG Our Mini Green... seriously, terapi bahagia.

Salam Jumaat FRAN... semoga Allah beri yg baik2 juga utk kita semua. Tak sabar nak weekend! Nak kerjakan OMG! :-)


Walk to remember:
Waktu makan... baby MAHAN tanya 'Ummi, itu air apa?'
Erk! Itu kuah bayam merah la baby...

#miaconference2018
#bayammerah
#rajabersiong

Monday, October 1, 2018

OMG - Bunga Kunyit feat Belacan Bakar Myza

Kunyit, daun kunyit hatta pokok kunyit, insyaAllah saya kenal. Tapi bunga kunyit, rasanya baru pertama kali tengok depan mata. Ish, ish ish. Alhamdulillah... dpt juga lihat bunga kunyit dgn mata kepala sendiri. Hasil tanam sendiri di Our Mini Green yg kecil ni.


Sampai dah keluar bunga kunyit yg kedua... baru nak petik yg pertama tu...aish...
Masa memula tgk dia keluar tu, comel je. Rasanya pernah tahu bunga kunyit blh mkn mcm ulam. Tapi sbb dari hari ke hari rushing, maka hingga 2x weekends baru dpt petik bunga kunyit tu dgn hajat dimakan sbg ulam untuk lunch kami.

Ulam bunga kunyit cicah sambal belacan dgn steam limau (guna apa yg ada je) kepala jenahak pancing.
Begitu je rezeki lunch kami hari tu. Bila tgk Pa mkn hga basah muka dgn peluh, undescribable moment...

Tapi, Zila kata pd Pa, kalau dah keluar bunga kekuningan mcm tu, tanda bunga kunyit tu dah tua. Masa awal2 keluar hari tu, dah patut petik buat ulam. Lebih rapuh katanya. Itu 1st time kami mengulam bunga kunyit. Sedap je bagi kami yg belum pernah rasa versi bunga kunyit muda yg lebih rangup tu. Yg 2nd bunga pun dah agak tua dah tu. Sampai hari ni tak terpetik-petik. Che Kunyit, grow happily ye. Nanti berbunga lagi tau. Ke sekali tu je dia berbunga? Hmm... nnt saya perhatikan dia :-)

Oh, sambal belacan tu saya guna utk kali pertamanya belacan bakar Myza. Hasil produk di bawah pemasaran Koperasi. Bagi saya, sedap belacan bakar Myza ni. Beli sewaktu paid visit to my U-friend, Ina Penang pd 4 Ogos lepas. Ina Penang turun dari Penang utk promosi produk Tepung Brownies MAS Inspired keluarannya yg dipasarkan di bawah KOWADA. Brownies Ina Penang ni saya dah bake during Aidil Adha. Tak sempat amek gambar pulak. Tapi, alhamdulillah, anak2 suka.

Tepung Brownies MAS Inspired ... tolong saya utk 1st time berjaya buat brownies! Hu hu...
Semoga maju jaya Ina Penang dgn produk keluarannya - macam2 ada. Perfume ada! Lipstick pun ada! Tak lama lagi kena panggil Datin Ina Penang la pulak ni... aaamiin... happy for her.


Kebetulan ada bbrp produk dari few other koperasi. Atr yg saya beli (support orang kita & produk kita ya) termasuklah belacan bakar ni. Sejak tu, tiap kali buat sambal belacan atau apa2 yg perlu belacan, guna belacan bakar Myza ni je. Beli sebekas kecil, nnt kalau habis boleh order lagi kot. Obviously, lebih sedap.

... orang kita, produk kita...  yg penting hallalal-toyyiban, insyaAllah...

#KOWADA
#tepungbrowniesmasinspired
#belacanbakarmyza
#bungakunyit
#stimlimaujenahak

PAGEVIEWS