Friday, October 12, 2018

OMG - Plant Your Own Che Bayam Merah

Ptg sat lagi kertas akhir Babang utk PSRA. So far for previous papers, jika ditanya... dia jawab 'alhamdulillah, bolehlah... senang...'. Actually, jawapan itu agak menakutkan. Moga Allah berikan yg baik2 je.

Minggu ni busy yg amat. 2 days away from office for MIA 2018 Conference. As usual, ada slot yg interesting. Ada slot yg panelistnya senada, maka.. faham-fahamlah fokus audiens terutama saya yg dlm kepala asyik fikir tentang che bunga, che pokok & che sayur kat rumah.

Simple art of photography dari RAN yg sgt amatur but my friends love this too :-)

Apatah lagi minggu ini asyiklah hujan. Beberapa pasu baby bayam brazil lecur. Rasanya bukan salah hujan, tapi saya silap berexperiment. Campuran tanahnya mungkin tak sesuai utk bayam brazil. Tak apa, weekend ini harap2 dapat replant.

Dlm pada hujan, che bayam merah @ nama saintifiknya Amaranthus Gangeticus ni, elok aje berlumba-lumba besarnya. Petang semalam, balik kerja terus potong beberapa pokok. Nak masak air utk dinner. Oh ya, bayam merah ni dlm bahasa Kadazandusunnya 'sansam taragang'. Ni, akibat teringat soalan UKSBP tentang kaum terbesar di Sabah. Next week insyaAllah Babang will sit for UKSBP pula... saja cuba-cuba...

Rasanya sejak tengok cerita Raja Bersiong, saya dah tak pernah masak @ makan bayam merah ni. Pa pun tak makan sebenarnya. Saya berimaginasi kalau makan sayur bayam ni, yg kuahnya merah... as if sdg minum darah. Erk!? Imaginasi...

Since Cikgu Ina shared about her bayam merah, terus terpanggil nak tanam juga di TH37. Hmm...

Beli benih bayam RM2/peket dari Cikgu Ina (jiran lama di TPR2). Semai dlm tank (tank bilik air yg tak pakai sbb Pa replaced dgn tangki besar atas roof slab utk bilik air baru DS37) pd ptg Ahad 09092018. Pagi Rabu, 12092018, babies bayam ni dah tumbuh! Bahagianya!

Kesian tgk mereka berhimpit mcm tu. Patutnya kena buat penjarangan utk beri jarak supaya semua dpt nutrien & cahaya matahari sama rata. Kalau tak, nanti ada yg tertindas hu hu. Atau dlm bahasa botanic, nnt daunnya jadi kecil2 @ daunnya kurang. 

Tapi... tak sampai hati nak alihkan mereka. Rasanya mereka pun tak sanggup berpisah. Okeh! Korang duduklah dlm tu. Nampak gaya mcm bahagia je. Nnt sesiapa yg dah besar dulu, Ummi ambil masak bening air. So ada space utk yg mengalah pd awalnya tu ya... hu hu.



About one month je, ada yg dah laju tinggi & gemuk2. Maka kenalah dipotong & dimasak utk beri ruang kpd yg kecil2 tu pula membesar... :-)



1st batch che bayam merah dah kami tuai petang semalam 11102018. Beri secekak kpd jiran. Suka & geram dia tgk che bayam merah tu. :-) Alhamdulillah, mungkin sbb lapar, habis juga semangkuk bayam merah masak air. Lupa pasal siong!

Hmm... begini rasanya ya excitement bila kita menuai hasil tanaman sendiri...? Bahagia! :-)

Antara khasiat Che Bayam Merah yg dpt bantu :
1. Cepatkan penyembuhan luka sbb ada vitamin C
2. Sihatkan tulang & gigi sbb ada kalsium... mujur baby MAHAN suka...
3. Jaga kesihatan mata sbb ada vitamin A
4. Lancarkan pencernaan sbb ada kandungan serat
5. Antara bantuan solusi utk anemia
6. Sumber antioksidan so tubuh jadi sihat
7. Cegah osteoporosis

... dan mcm2 lagi kalau digoogle. 

Kesimpulannya, tumbuhan-tumbuhan tu Allah jadikan sbgi sumber makanan ada la hikmah & kebaikan. Ultimate, penyembuhan sakit, atas izin Tuhan. Cuma, kalau we plant our own food, dah tentu kita tahu tahap kebersihan & kesemulajadian. Ditanam & dijaga scr sihat organik :-)

Dan beri bahagia juga! Hari2 tgk dia kat laman OMG Our Mini Green... seriously, terapi bahagia.

Salam Jumaat FRAN... semoga Allah beri yg baik2 juga utk kita semua. Tak sabar nak weekend! Nak kerjakan OMG! :-)


Walk to remember:
Waktu makan... baby MAHAN tanya 'Ummi, itu air apa?'
Erk! Itu kuah bayam merah la baby...

#miaconference2018
#bayammerah
#rajabersiong

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS