Isnin, 15/10... sblm subuh relapse attack. Tak larat nak ke pejabat. Applied for bedrest leave. Hmmm.. org perempuan kalau di rumah rasanya tak ada istilah bedrest. Mesti ada je yg nak dibuat.
Sesambil buat kerja rumah, layan Didik & baby & sesambil tunggu Pa balik kerja utk proceed project tanam kangkung & tomato... dptlah tengok seketul dua che bebunga kenit tu bloom.
Portulaca Grandiflora @ Rose Moss.. org kita panggil Rose Jepun. Dulu, Dik Sah tanam bunga comel ni di rumahnya, sampai berjualan. Bila dah masuk kerja semula, pupus hilang semua RJnya. Ganti dgn bunga palsu. Senang, kata Dik Sah.
Sekarang bila kami dah settle down & saya mulakan semula gardening interest... kenalah mencari RJ di merata nursery & dari ehsan kengkawan @ jiran :-)
Weekdays, tak dpt tgk dia. Sbb dia bloom waktu jam 9-11 pagi je. Kalau Pa lewat appointment dgn client, dialah yg tlg snap gambar seketul dua. Semalam, alhamdulillah... matahari pun cantik hingga petang. Bloomlah juga seketul dua che bunga RJ saya tu.
Che bunga RJ ni, saya belum beri baja bunga pun. Baru sempat alih2 sbb satu dua tempat asalnya tak kena direct sunlight. Maka dia meragam. So, replant & alih ke tempat baru.
Kalau tengok di Kelab Peminat RJ, mcm2 pattern ada. Siap ada ID atau nama. Cantik2! Geram tengok! Tapi... belumlah lagi ketagih nak simpan semua koleksi tu. Cukup2lah apa yg ada.. Buat penyeri mata sendiri je pun.
Simpan sikit dlm FRAN untuk memori & diari RAN...
RJ - Che Kuning dgn rupa ala-ala Carnation... selalu bloom :-) |
Latest patent dlm Our Mini Green - RJ Che Kuning terang yg ada petals merah & kuning di tengah. Sejuknya mata... |
RJ Che Oren dgn iras Carnation. I think I love carnation-like RJ... orange colour's so bright... take my breath away...
RJ yg ni warnanya agak faded, kekadang nampak comot.
Tapi.. sgt soft... soft to the eye & heart as well... hmm....
... sambung nanti :-) ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.