Tuesday, October 16, 2018

Sihathon Weekend

Weekend baru ni, fikiran dah block utk OMG. Tapi seharian Sabtu, settlekan kerja rumah. Basuhan bertrip, sidai-angkat-lipat-susun-iron, sapu, susun, masak etc etc etc. Short-breath… so kerja agak slow. Nasib baik bujang berdua ni offered nak membantu. Pa & Babang pula ada futsal game. Maka tanpa 'gangguan', kerja rumah agak cepat selesai.

Sebenarnya… bila disuruh off gadget & buka buku, lebih relalah diorang buat kerja lain... 

Ahad, separuh hari attend Bbg & Didik utk karnival Sihathon sekolah. Kenalah pergi juga sbb kelas Didik masuk final utk Action Song Competition untuk lagu I'm So Happy tu (yg mula2 dia kata nak withdraw sbb lagu tu mcm lagu budak darjah 1). Alah, bila masuk final, dia juga yg beria pilih baju. Didik... Didik...




His class got 2nd place in the competition. And… tq to my office mates & bosses sbb sudi menderma utk karnival Sihathon via kad kutipan derma Babang ini. Kad kutipan derma untuk Didik, Pa yg kutipkan. Sekolah nak raise fund utk buat Dewan Terbuka. Hmm.. kalau aku kaya...

Tengahari, smtra beri mereka masa di sekolah, Pa bawa ke klinik dulu. Ambil heavy neb & kena 200mg hydrocort injection. Bertahan dari Khamis lepas. Sihathon weekend, tapi saya tak brp sihat. In fact msh blm sepenuhnya sihat. Semalam cuti utk bedrest (tak bedrest juga sbb mengerjakan OMG). Minggu ni hingga minggu depan, busy di pejabat. Hopefully, health can tolerate. Tambah2 anak2 pun sbnrnya tak sihat juga. Esok dah mula year end exam... moga2 dipermudahkan semuanya oleh Allah...

Waktu skrg ni hujan masih sgt lebat di luar pejabat. Alhamdulillah, selesai uruskan Didik walau agak basah. Bbg MC hari ini. Ambil UKSBP pagi tadi dlm keadaan badan yg panas. Kesian Babang... inilah pengorbanan demi ilmu, Bang...

Ketika sihat pun, dah rasa cuaca mcm ni freezing. Tambahan bila masih belum sepenuhnya sihat ni, menggigil sampai dlm jiwa.

#karnivalsihathon
#iamsohappy
#UKSBP2018

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS