Monday, November 19, 2018

OMG - Mix Blood Jealousy?

Assalammualaikum FRAN & frens...
Petang nanti dijangkakan result PSRA Bbg akan diedarkan.
Walaupun sebenarnya redha je dgn rezeki yg bakal Allah beri... masih juga mengharap yg baik2...
Maka... diari penenang hati untuk hari ni, ini sahaja la nampaknya...



Sewaktu checked on che RJs @ weekend getaway di OMG semalam... terlihat sekuntum che RJ ni. Pd saya yg 1st timer ni... excited... sbb nmpk mcm mix-blood je sekuntum ni. Cuma mix blood nye mungkin 1st generation... maka begitulah kejadian. Kalau mix-mix & lots of mix ni nanti utk bbrp generasi, mungkin lagi comel agaknya :-)


Duduk dlm pasu kecil yg bercampur che RJ merah, kuning, purple & pink. Kalau dia mix berbelang semua colour tu... hu hu... Subhanallah. Maha hebatnya Allah menciptakan semua yg cantik2 & baik2.

Dalam pd happy tu... hati ada sikit geram. Dan sakitnya tuh di sini...
Didik!!!!


Pi nursery bln lps. Pa nmpk che daisy merah. Saya tak minta beli sbb harga di situ tu agak mahal berbanding nursery beli Che Daisy Pink dulu. Tapi sbb tahu bunganya merah, Pa insisted to buy.

My mistake... dari bacaan google, seorg blogger tu kata pd akar daisynya ada putih2 mcm telur perosak. Saya pun kumbah & mmg lihat ada putih2 pd akarnya. Terus kutip & buang. Tiba2 tak sedap hati. Betulke telur perosak?

Bila wasap Etha Duane (classmate masa MRSM), katanya itu baja slow release. Dan sebab tu la.. che daisy pink sepasu tu melayu & layu dan terus mati. Sedihnya...

Utk che daisy merah ni, berusahalah saya merawatnya sbb dia pun dah melayu. Beri baja, beri ajinomoto. Hari2 rayu dia. Hari2 pujuk dia. Akhirnya nmpk dedaunnya segar. Tak lama lepas tu keluar putik bunga. Happynya! Alhamdulillah.

Adalah harapan nanti nak  up status ttg MDH di FB. Dah lama tak share ttg MDH. Nanti editor marah pulak.

Kembang pertama. Saya cakap dgn dia setiap petang & malam sebelum tidur. Hajat nak tunggu kembang kedua.

Sekali... bila daisy kedua tu bloom, tengok2 yg 1st bloom dah terkulai. Kenapa...?!

U  : Siapa buat che daisy merah Ummi sampai patah tengkuk?
U  : Baik mengaku cepat!
B  : Bibi tak...
Bg: Abang tak...
D  : (sengih semacam)
U  : Adik ya!? Kenapa Adik patahkan tengkuk che daisy tu?
D  : Saja... sbb byk sgt bunga kat rumah ni...
P   : (senyum)

Grrr!!!!! Kalau ya pun jealous Dik, jgnlah dipatahkan tengkuk che daisy tu. Dia tak berdosa. Ummi punyalah tunggu dia bloom berdua tau!

Tapi selepas tu Didik betulkan jawapannya...

D : Sorrylah Ummi... sbnrnya saya nak jentik lalat
D  : Sekali lalat tu terbang kat che daisy tu
D  : Bila saya jentik, terjentik sekali batang che daisy tu...
U  : Kenapa tak cakap awal2. At least Ummi blh try selamatkan dia!
D  : Saya takut Ummi marah...

And what difference does it make now? Ummi tetap marah! Grrr...

Dan semalam tengkuk balsam merah pula patah. 
Awak dah kenapa jealous sgt dgn che bunga ummi ni Dik?!



#ourminigreen
#chedaisymerah
#rosejepun
#mixblood

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS