Ibu, pure N9an. Masa kecil bersuap makan dgn Ibu lauk masak lemak kuning yg tak bercili. Besar sikit, diajar makan masak lemak cili api. Sampai ke besar ni, mmg sgtlah semangat makan kalau lauk lemak cili api. Terutama yg pedas kaw-kaw. Saya pun boleh je makan nasi berulamkan cili padi tu sebijik2.
Tapi bila dah tua ni perut dah tak brp tahan pedas. Anak2 pun spt tak mewarisi favourite cili padi. Maka bila masak, berpada-pada.
Dulu abah selalu warning, "Makanlah pedas2 masa mengandung. Nnt rentung baby dlm perut."
Bila ada OMG, saya suka semai bodoh2 benih cili. Mudah sgt tumbuh. Dlm longkang pun tetiba ada. Tapi nak menghidup & membesarkan tu payah la pulak. Cepat je kena serang bena putih. Ada yg dah berbunga, akhirnya layu. Ada yg baru belajar nak keluar sebiji cili, alih2 mati. Grrrrr!
Alihkan ke tepi tembok, asiklah kena langgar dek kucing sampai jatuh tergolek. Ada yg elok nak berbuah, mati pulak! Grrr! Geram, saya carmouflagekan mereka dlm pasu RJ. Letak atas tembok. Kekonon nak perdayakan bena putih tu. Biar mereka ingat itu RJ bukan cili. Teori saya, seorg yg bukan botanist :-)
Tapi, mcm berjaya je!?
3 pokok cili menyamar dlm 3 pasu RJ. 2 pokok dah mula belajar berbuah. Tapi mcm kasihan pulak. Berebut space & nutrient. Nanti Ummi fikir nak buat mcm mana ye che cili...
Pokok cili ungu dlm bekas knife holder yg diubahsuai jadi pasu meriah berdaun & dah belajar berbuah! Duduk bwh bumbung porch, tepi tiang... kena matahari pagi. Nampak comel sgt jadi penawar keletihan harian. Benih dari sebiji cili yg berasal dari Floria Putrajaya :-) |
Pokok cili purple.. tak lama kemudian bertukar warna jadi oren & merah. Comelnya awakk! Google kata ada spesis cili pelangi @ Rainbow Full Sky @ New Mix yg mmg mengeluarkan cili pelbagai warna ikut fasa kematangan. Ini ke dia? |
Mcm pokok cili padi je.... hmmm.... |
Nampak serabut dlm pasu... tapi apa nak buat... Pa sdg petik pucuk bayam brazil utk lauk dinner kami sambil2 trim BB dlm pasu :-) |
Balik kerja ptg kelmarin, sempat2kan diri (walau perut dah kebuluran amat) tengok pokok. Nampak che-che cili dah berbuah. Berwarna-warni. Tanya Pa, "Boleh makan ke cili warna-warni ni?"
Saya ingat pokok cili warna-warni ni spesis Chinese (Chinese lagi namanya...) Ornamental. Utk hiasan je. Rupanya baca di google, blh je makan. Buat sambal belacan!? Adeh, jadi warna-warnilah sambal belacan kita nanti Pa.
Tapi... mcm syg pulak nak petik. Cane ni... satu masalah pulak bila tanam pokok makanan tapi syg nak makan.
Ptg smlm, petik juga buah2 cili yg dah bebesar tu. Pa tumbuk buat sambal ikan bilis signature dishnya for dinner. Bagi saya kurang pedas je cili ni... mgkn blm cukup matang,
Yang berdaun lebar2 ni Bik Mah kata mcm pokok cili merah besar. Ya kot, sbb Pa suka guna cili merah yg agak besar tu utk buat sambal bilisnya sbb pedas. Saya pula mmg ntah kenapa jadi syok semai benih segala cili. Lepas tu tak tahu nak pindah ke mana dah.. Ada bbrp pokok cili api, sepasu tu cili api kampung pemberian jiran, che Izad. Tq...
Berangan nak tengok semua pokok cili ni berbuah merah2. Agaknya mesti cantik... :-)
Okay che cili! Ummi dah simpan kamu dlm FRAN. Live n grow happily ye. Berbuah byk2 & survive lama tau... supaya Ummi tak perlu beli cili lagi kat kedai. :-)
Walk to remember:
Sdg bersiap awal pagi kelmarin...
D : Umi, ni beg siapa?
U : Beg lama Umi.
D : Knp tak pakai yg ni?
U : Knp tak blh pakai yg skrg?
D : Yg lama ni lebih cantik...
Oh, okay Didik... I got your message.
#bilaanakdahperhatipenampilanmak
#cili
#carmouflage
#diariRAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.