10 days in 2019. Alhamdulillah. Kejar kerja2 akhir & awal tahun di pejabat, tak sesempat nak diarikan anak2 mulakan sekolah di tahun baru ni.
MAHAN dah mulakan sesi tadika di sekolah Babang & Didiknya di PASTI pd 3 Jan lalu. And as usual, ustazah2 di sekolah pasti akan panggil saya 'mak Sofi'. Dulu Didik pun mereka panggil Sofi. Skrg.. baby pun mereka panggil Sofi. Jejak bertapak Babang yg mcm tak terpadam2. Hu hu...
Ustazah bercerita... dia usik Baby...
U : Hai Sofi!
B : Nama saya bukan Sofi. Saya Hazmi!
Pertama kali Baby ke PASTI ni waktu usianya sarat 8 @ 9 bulan dlm kandungan. Temankan Didik mulakan 1st day di PASTI 5 thn dulu. Skrg... Baby pula belajar di sini. The last Amir.
Awal tahun lepas Baby dah asyik tanya bila dia akan ke sekolah. Lambatnya nak masuk sekolah katanya. He's very excited about going to school. Ya, his 1st day was great. Tak nangis pun. Gaya mcm sudah biasa ke sekolah. 1st day, lps htr masuk kelas, kami balik rumah dulu tgk pokok2. He's okay throughout the day. And we overheard Ustazahnya praised Baby for being so behaved. Alhamdulillah.
Setiap malam Baby tahu rutinnya. Keluarkan baju sekolah yg mmg sudah siap dibasuh oleh Nek Imah & letak di atas iron board utk Umi iron. Sejuk hati Umi, nak... thank you for being my sweet baby.
Selamat datang ke alam persekolahan tadika ya Baby. Belajar rajin-rajin, dengar kata ustazah & be nice to your friends. Moga Allah terangkan hati Baby menuntut ilmu yg bermanfaat sebagaimana Babang & Didik. Moga kamu juga disayangi & disenangi para guru sebagaimana Babang & Didik.
2015, angan-angan nak ke PASTI bila sarung kopiah Babang. Alhamdulillah, 2019 Baby diizinkan Allah utk sarung kopiah PASTInya sendiri. Sebelum ke sekolah, dia ajak Pa 'serapan' dulu :-)
Dan Didik... beria hendak joint ragbi tahun ni. Adeh... sekuat mana saya tak benarkan, sekuat tu juga dia mahu. Apatah lagi kalau Pa mmg bercita2 anak2nya ada yg mewarisi ragbinya. Sanggup hantar ke 1st training weekend lalu. Weekend ni kena ponteng la ye Dik. Kita ada urusan lain sedikit.
Tak lunyai ke budak cekeding ni nanti kalau main ragbi?
Babang pula, petang Jumaat mgu lalu, datang ke depan saya. Tersenyum sambil peluk bahu saya.
B : Umi, nanti jangan lupa puasa ya!
U : (Tak faham)
B : Babang lepas exam KAA!
U : Oh, alhamdulillah... tq sayang... (menitis airmata)
Ya, saya bernazar puasa sehari jika Babang lepas exam kelayakan KAA. Alhamdulillah, ini minggu pertamanya di kelas 1 Mawaddah / Imtiyaaz. Satu-satunya kelas KAA di sekolahnya dgn murid kurang dari 35 orang. Bertukar sepenuhnya ke sesi pagi. Kembali bertiga di dlm kereta setiap awal pagi hari persekolahan!
Moga sempurna semampunya dan diterima Allah puasaku hari ini....
#diaryran
#eldest2ndyoungest
#123
#PASTI
#1stday
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.