Monday, January 21, 2019

eRYA by SURIA

Suatu petang, dlm kereta otw home, 1st week of school

D : Umi, tadi Ustaz tanya cuti sekolah pi mana.
D : Saya kata tak pergi mana2 pun, duk umah je.
U : (kerling wajah Didik, ada suram… sedihnya)

2018- struggle  year, thn exam Babang,  fasa rawat hati & settle down TH37 yg blm sudah2. Dis spt biasa, cuti ‘beku’. Peak season for closing time. Tambahan rakan sejawat dpt seruan mengerjakan umrah. Mmg ‘wajib’ cover office semampu daya.

Malah sejak ada OMG, malasnya nak tinggalkan rumah. Bkn tak berjalan lgsg last year. Rasa mcm ikut TB/PM di Broga. Erk! Itu 2017...

2018? Hmm... ya la, mcm tak de. Sept, pi Floria. Itupun sbb Wawa bagi ticket. Dis, singgah ber3 di Kebun Komuniti. Hmm.. no wonder la boys terasa sgt. Sorry sayang...

Dgn izin Allah, PM buat teambuilding lagi. Kali ni di eRYAbySURIA @ SURIA Hotspring Bentong Pahang. Cuma kali ni, license PM saya expired. Maka pergi sbg family je, bukan sbg UTC.

Boys love d'place so much. Staffnya baik2, berbahasa & very helpful (unlike Broga... sorry...). 3x bermasalah dgn kunci, adik handsome (husband Prof yg panggil dia adik hensem) tu tak lekang senyum, willing to help. Org dah baik cenggitu, kunci asyik problem pun redha je. Last sekali dah check out pun dia tlg juga sbb swimming suit baby tertinggal dlm shower room.

Kak Su kata ownernya Melayu. Ada cwgn di Janda Baik, Cherating, Terengganu, Johor & even London! Di London katanya ada about 70 beds. Wah, happy for the achievement of org kita. Didoakan moga terus maju jaya!


Bilik kami di 106 dgn double queen bed. Selesa & mudah akses. Blkg bilik swimming pool, depan bilik pula kwsn 'latihan PASKAL' & main badminton :-). Boys love it.


Di kwsn lobi, ada disediakan ruang bacaan, bilik mainan kanak2. Ada meja-meja utk main pingpong, karom, congkak, saidina dll. Pendek kata, ada aktiviti dlm tempoh menunggu. Mudah bagi kami especially Ahad 130119 tu, lps check out msh perlu tunggu Pa selesai program jam 4 ptg.

Happy baby main. Diteman Che Mad (adik Kak Su) & dia dpt kawan baru juga :-)

Babang & Didik mmg favourite mereka la karom tu. Papan karom kat rumah dah pecah lama.. siapa pijak pun tak tau...

This used to be my soul. Tak blh nampak. Ambil satu novel tajuk Head Over Heels sbb sinopsisnya menarik, bawa ke bilik. Sampai check out tak mampu baca. Reading soul saya sepertinya dah berkubur.... :-(

Kolam renangnya berpagar. Nak masuk guna passcard. Pd saya ia agak sesuai & selamat utk anak-anak. Within sight & reach. Penjaga pun tak penat. Lengkap dgn shower rooms & bilik persalinan.

Boys in hotspring pool. Sdg elok kot suamnya sbb baby okay je dlm tu. 2 kolam air sejuk & 2 kolam hotspring je. Mudah utk saya monitor anak2 yg dah mcm dolphin dlm air :-) Org dewasa pun nmpk excited gila berendam & berenang. I didn't... sbb malas nak bersalin-salin :-) 

Selain indoor, ada outdoor activities juga spt cycling, horse riding, pond fishing & even river tubing. Tapi tak sempat nak try. Kot lenkali ada rezeki bolehlah. Lagipun boys dah sebut2 nak ke sini lagi. Maka, start menabung ya anak2! :-)

Utk program teambuilding Pa, his dreamboard terpilih atr yg kreatif. Wah, congratulation! Last minute & guna recycle materials. Saya yg mmg dah lunyai hari2 di pejabat, hanya terdaya tlg teman dgn mata separa tutup, tolong gunting2 & gam2 kan deco bebintang je :-)


Wrapped it, alhamdulillah... Pa selesai komitmennya. Diizin Allah juga rezeki menyambil bawa anak2 berhibur sekejap di luar. Sunburn masing2. Tapi alhamdulillah tetap pergi sekolah tanpa ponteng. Azam 2019! Cuma msg2 batuk n selsema sikit.

Sblh resort ada kebun jagung. Hari tu owner kebun dtg ke resort bawa jagung2 yg baru dipetik. Semua pakat beli sbb dijual murah. 15 tongkol fresh from ladang sold at RM10. Okay kot kan?

Di luar kwsn resort, ada kolam air panas awam yg besar. Kolam Air Panas Bentong. Tapi... err... saya mgkn tak berani lepaskan anak2 ke situ. Mcm scary n hesitating kot in terms of hygenic & keselamatan. Just my personal view... no prejudice intended. Depends on individual...

And... ya... eRYAbySuria Hotspring Bentong ni for us is a very nice & comfortable place. Selain teambuilding, blh buat nature wedding! Buat family day pun best kot kat sini. Kalau ada rezeki mungkin eRYA jadi pilihan juga utk weekend rest & retreat. Tak lah jauh sgt. Kalau tak di Bentong, boleh juga try this resort di lokasi lain pula eg Janda Baik. 

Kak Su kata insyaAllah tahun depan, buat lagi team building tapi blm tau destinasi. Kami tumpang  menyibuk lagi ye Kak Su kalau ada rezeki. Jgn serik dgn kami anak-beranak ya... :-)


credit : Terima Kasih Cinta - Tasha Mashahar ft RJ



#eRYAbySuriaHotspringBentong
#hotspring
#teambuilding
#familytime
#diariRAN
#terimakasihcinta

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS