Friday, October 30, 2020

Hatiku di Haramain : Setahun Dah Hari Ni...

Semalam, 12 Rabiulawal 1442H.  Maulud Ya Nabi Allah, di Tahun Gajah. Selawat & salam buat Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, para sahabat & syuhada baginda. 

Bila berada dlm ujian Pandemik begini, sgt terasa hampirnya hujung dunia. Lagilah terasa airmata laju turunnya. Banyaknya dosa & kesalahan. Terlalu sikit bekalan, entah juga yg sedikit tu diterima @ sekadar dipipis angin berterbangan. Terkenang juga btp agaknya Nabi risaukan kita yg sdg struggle hadapi ujian iman & kehidupan dlm saat-saat genting hujung dunia.

Lihat, dengar & hadapi apa yg berlaku hari ini, takut rasanya. Ada  yg terlalu obses, ada yg terlalu masih hanyut, ada yg di tangan tak capai, kaki tak sampai (mcm Mumi kot)... apa nak jadi dgn kita kalau Allah tak pelihara. Lagilah jika Allah murka... hancurlah kita.

Ya Allah, kasihanilah kami... lindungilah kami... 

Pagi ni sampai pejabat, baru notis ada conversations di Grup Umrah. Setahun dah hari ni rupanya. Bila terkenang, rasa sebak. Btp Allah tu baik sgt. Despite of so many trials & difficulties, walaupun byk salah silap & dosa kami, Allah izin juga Mumi & Pa bertamu ke Tanah Suci. 30 Oktober 2019. 

Di mana, selisih waktu yg sgt dekat bagi Pandemik COVID-19 meletus dlm bulan Nov-Dis 2019. Dan hingga kini, Tanah Suci msh restricted utk dikunjungi. Dlm bersyukur krn lepas juga kami dgn izin-Nya, tapi sedih sgt bila kenangkan betapalah ada saudara-saudara slps kami yg menghitung hari menjejak kaki ke Tanah Suci, terpaksa menangguhkan rasa rindu mereka. InsyaAllah, moga Allah permudahkan semua ujian ini utk kita semua. Mumi pun berdoa selalu, jika diizinkan lagi, Mumi nak bawa boys ke Tanah Suci.




Setahun dah hari ni... tapi seperti baru smlm terasa.
Setahun dah hari ni... tapi masih sgt rindu rasa dlm jiwa.
Setahun dah hari ni... alhamdulillah msh Allah beri limpah & kurnia di samping ujian-ujian-Nya.

Bakal menghampiri setahun juga dlm sedikit masa, hidup dlm suasana Pandemik. Walaupun ada kekurangan dan keburukan, tapi kita ambillah hikmah yang tersirat di sebaliknya. 

Semoga masih Allah kurniakan pinjaman usia dan kesihatan. Semoga apa yang diterbalikkan fitrah kehidupan kita pada ketika ini akan beransur kembali kepada normal yang bersesuaian mengikut fitrah Islam semula.

Ini ujian kita semua, ujian kita bersama.
Apa yang utama, tetapkan akidah dan teruslah kita saling berbuat baik dengan seikhlas hati dan semampu upaya.


#hatikudiharamain
#setahunyangberlalu
#rindutakpernahpadam

Tuesday, October 27, 2020

Hikmah Tragedi Oktober

Tak suka nak sebut ia as tragedi. Harap2 ia cuma sebutan yg tak beri makna melainkan mencetuskan pengajaran, keazaman & iltizam utk kita sama-sama membantu memenangi peperangan against COVID-19 ni.

Mumi pun rasa penat sbnrnya hidup dlm suasana ni. Walaupun hikmahnya, Mumi boleh WFH. Walaupun (lagi?) WFH tu pun sekadar abjad je sbb Mumi masih masuk office. Cuma flexible hours. Pagi2 Mumi boleh uruskan anak2 & rumah sblm tinggalkan mereka utk uruskan kerja-kerja di pejabat pula. Bukan tak boleh WFH di rumah je, tapi Mumi lebih fokus & kerja lebih cepat siap tanpa gangguan jika di pejabat :-)



Taburan statistik 3rd wave yg sbnrnya menakutkan, worst than the 1st & 2nd waves. Sana-sini dah dengar positive cases. Dah masuk sekolah, masuk kolej & universiti. Dah masuk pejabat & organisasi besar. Merata-rata. As if everybody has the potential to be the silence or unknown carrier. Apa yg kita boleh buat & bantu dlm skala kecil adalah jaga diri kita & lingkungan keluarga kita. 

Kasihan dgn medic frontliners. Kasihan juga dgn Kerajaan. Walaupun Kerajaan tu 'byk loopholes' di mata rakyat, tapi Mumi percaya mereka tentu sdg berusaha lunaskan kerja & tanggungjawab. Sisi pandangan & pertimbangan mereka tak sama dgn kita, rakyat biasa. Kerajaan ada byk angles yg perlu dillihat & dipertimbangkan. Macro scope. Apapun, Mumi & semua rakyat tentunya berharap Kerajaan bijak tangani krisis ni. Or else, hangpa pandai-pandailah jawab dengan Tuhan nanti.

Kasihan juga rakyat. Walaupun ada yg tak terjejas, walaupun ada golongan yg struggle to survive, msh ramai juga sbnrnya yg terkesan dgn teruk. Alhamdulillah, ada byk pihak & ramai individu yg msh usaha membantu. Smd scra terang-terangan @ scr sembunyi tanpa mau publisiti. Kedua-duanya, jika Lillahi Taala, tetap juga satu kebaikan. 

Ya Allah, Mumi pun nak jadi kaya juga kalau kekayaan tu dpt membolehkan Mumi membantu saudara-saudara yg dlm kesusahan & memerlukan... :-(


Anak-anak Mumi msh berkurung di rumah. Petang je main di depan rumah. Nak minta izin keluar main tu pun puas mereka rayu. Lepas fikir habis2 takut nanti kena gangguan mental & depression pulak plus utk minimakan masa mereka dgn gadgets & TV, PaMi izinkan la juga. itupun syarat Mumi adalah dgn kawan-kawan yg biasa yakni hanya dari lingkungan taman kita yg sebanyak 23 bijik rumah ni je. 

Semoga anak-anak kita terus dilindungi & terpelihara dari jangkitan COVID-19. Bagi kita yg terpaksa keluar tunaikan tanggungjawab & amanah pekerjaan, di samping itulah punca rezeki kita sekeluarga, moga-moga juga kita selalu Allah pelihara.

Haish, entah knp Mumi sedih pulak hari ni...

Mumi rindu Ibu... Mumi rindu Mak.. Mumi rindu anak2 saudara Mumi... Mumi rindu nak jumpa semua families... makan2... dan jalan-jalan... tanpa pakai mask... tanpa bimbang & was-was dgn orang-orang yg di sekeliling :-(

InsyaAllah... akan ada doa atr kita yg pasti Allah izinkan. Dan pastinya Allah akan beri yg terbaik krn ramai antara kita dah sangat-sangat berusaha keras hingga mengalir airmata & darah, hingga luka perasaan & cedera emosi, Lillahi Taala utk kebaikan semua. 

Stay strong everybody! And be safe no matter where we are and what we do...

#3rdwave
#PKPBselangorwilayahpersekutuandanputrajayalanjuthingga9november2020

Thursday, October 22, 2020

Oktober Di Hati

Hari ni, 22 Oktober 2020. Angah reminded me today is the 7th year Abah tinggalkan kami. 


Nak nangis, rasa mcm dah tak apa nak tangiskan. Sbb tahu, mati itu pasti untuk semua. Kalau nangis juga nnt, dada Mumi perit. Berhari nak baik. Maka Mumi nk senyum2 je ingat kisah2 yg lucu dgn Abah.

Abah, sgt penyayang. Tapi dia tak reti tunjuk kasih sayang. Never mind, kami sentiasa tahu hu hu...

Teringat 2012. Abah merajuk krn kami hanya talked about Didik's birthday. Padahal Didik dgn Abah kembar bulan, masakan kami lupa hu hu...


Kelakar bila ingat balik gelagat abah yg merajuk. Dan sgt kelakar ingat gelagatnya bila Ibu dah bocorkan rahsia. Cepat2 dia pakai baju favouritenya, cepat2 duduk di beranda depan. He was so excited. Comelnya abah...

I wish I can have another birthday party for him after that... I even wrote that I hope that was not our last. Indeed, it was...

Abah... 

Along mcm nak buat tauhu sumbat lagi nak bagi kat jiran2. Tapi along rasa tak ramai org suka makan tauhu sumbat zaman ni hu hu. Zaman ni org makan Takoyaki bah :-)  Lagipun hari ni Along WFH. Sambil buat kerja rumah, attend juga kerja office & along ada google meeting sepetang. Padahal Along tak blh nak focus pun, sbb dok teringat hari ni 22/10...

Abah, 

Abah tak sempat berada dlm zaman COVID-19. Kesian cucu2 abah ni, semua tak boleh pergi sekolah. Mereka rindu sgt sekolah. Bah... COVID-19 kan.. 'jahat'. Dik Us lost his life to the virus. Kalau Abah genap 7 tahun hari ni, in another 4 days time, which is on 26 Oktober, Angah kata 7 bulan pula Dik Us dah tinggalkan kami.

Abah & Dik Us dah tak ada dgn kami di dunia ni. Kami dah tak ada wali kat dunia ni bah. Tapi insyaAllah, we're survivors. Apapun struggle, walaupun kami perempuan, insyaAllah kami akan lalui juga sbb kami dah serap daya tahan & kekuatan Abah. Don't worry bah... Along pun dah serap sikit skill & genius Abah tu :-)


Mumi tak moh simpan diari pusara la hari ni. Mumi nak senyum throwback gambar2 & diari2 abah yg comel-comel je. 

Suka pic atas tu... birthday Didik & Abah in 2012 yg kami open kpd jiran2.  A year plus before Abah pergi. Abah happy sgt masa ni. Keramaian begitu yg buat Abah happy.

Dan pasu kat tepi tiang tu, apa ntah nama plants tu. Bibik la tu, suka sgt tanam pokok, terutama orkid. Tiap kali kami balik, mesti dia minta pokok, atau mesti dia bisik2 ajak2 pi nursery kat area Hospital Kusta Sg Buloh. Mumi rindu Bibik Mega juga. Mumi harap Bibik Mega adalah antara hadiah along utk Abah yg paling precious juga.

Cepat sungguh masa berlalu, 7 tahun dah hari ni. Rehatlah Abah... kami menyusul nanti, InsyaAllah.


Walk to remember:
For Angah, October bulan tumpah airmatanya. 22/10 our Abah, 24/10 his father in law, 26/10 our only little brother (#24/1056).


#7tahunabah
#rinduabahsampaihujungnyawa
#tauhusumbatabah

Wednesday, October 21, 2020

Memori Peak Garden

Mulai esok kakitangan awam & pengurusan & pentadbiran swasta dikehendaki WFH. Statistic COVID-19 msh berlegar 3 digit diketuai angka 8. Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya & Sabah terlibat. Tapi essential services, jika perlu ke pejabat mesti ada kebenaran majikan & kehadiran 10% dlm satu ruang.

Mumi sbnrnya pun turn WFH hari ni. Tapi sblm tghari Mumi dah rushed to officeLunch time ni, kita dating kejap dgn FRAN ye. Siapkan tulis diari Peak Garden yg dah lama draft tapi tak sesiap. 

Mumi teringin nak trailing & hiking. Dari last year nak panjat Bukit Broga tapi Pa hesitated of my capability. Pa kata try yg lebih mudah dulu. Ding dong ding dong, sudahnya Mumi panjat dgn jayanya Bukit Kasih Sayang @ Jabbal Rahmah. Alhamdulillah.

Ad hoc, last weekend scr cowboynya kami pi panjat bukit kat Setia Alam nun. Shah Alam Community Forest. Selain paling dekat, kami rasa itu lah kot yg paling mudah utk 'beginner'. Maka, Sabtu @ 19th Sept. tu, selesai solat Subuh (on time) je kami pun gerak. Kononnya nak tengok sun-rise kat puncak bukit :-)

Walaupun ada juga bimbang dgn risiko COVID-19, tapi hidup perlu diteruskan seadanya. Berhati2 & patuh dgn SOP, moga2 Allah sentiasa pelihara kami. Nak hiking ni pun niat utk aktiviti keluarga krn Allah Taala, nk lihat alam yg Allah cipta ni... & utk kesihatan juga.

Map & papan tanda di jln masuk. Sibuk simpan moment, lupa study route. Akibatnya, tersalah laluan. Beginner disaran guna Route A, lebih mudah & landai. No wonder Mumi rasa separuh nyawa masa tu. Route B tu adeh juga pd Mumi. Tapi Pa & boys, steady je.

Baru nak warm up, masih boleh senyum lagi la Mumi...


Okay, dgn bismillah kami mula naik. Siap2 pesan dgn boys, niatkan aktiviti sbg ibadah. Baca surah2 sikit, jgn suka2 sgt, jgn cakap kuat2, jgn gelak kuat2, jgn petik2 & kacau pepokok, jgn itu jgn ini. Serba serbi jangan. 

Bukan nak mistik sgt, tapi setiap sesuatu & tempat ada 'yg tinggal di dlmnya', ada 'pemiliknya. Senang cerita, spt kita bertandang ke rumah @ tempat org, ada adab-adabnya, bukan main terjah & buat suka hati kita. Tu je la kot perumpamaannya, yg lebih kompleks tu Mumi tak moh sentuh la hu hu...

Boys excited & energetic. Mumi tak ambil gambar sgt sewaktu lalu di Route B tu sbb jlnnya agak tricky. Mumi focus sbb takut kalau jadi apa2 kecederaan nnt susahkan org lain pula. Byk kali Mumi berhenti (of course Pa & boys kena berhenti juga) bagi laluan pd pendaki lain. Ramai je org dtg hiking & trailing di situ, especially Chinese. Baik2... tak miss senyum, tegur n wish good morning & pesan 'hati2'. Perhaps diorang lihat Mumi agak struggle huhu. They even suggested me to buy tongkat. Tapi betul kot... perlukan sesuatu utk pegang sbb kekdg tak balance. Kekadang Mumi kena berpaut pada sesuatu utk membolehkan Mumi climb up.


Pa & Babang ganti2 bantu Mumi. Most of the times Babang kena jaga Mumi la sbb Mumi lebih rela Pa tgk Didik & Baby berbanding Babang :-)

Disbbkan obese tahap 1, byk T-Shirt & baju Mumi tak selesa. Maka nak hiking & trailing pun Mumi pakai je blouse tak payah gosok Belloscarve. Serba boleh betul blouse tu :-)

Sempat lagi Pa candidkan Mumi :-)


R&R. View tapak kwsn perumahan Setia alam yg sdg dibangunkan. Mumi teringat ttg buku Mandala Dunia Kedua karya terakhir arwah Azizi Abdullah. Cerita ttg dua org manusia yg memilih utk tinggalkan 'kehidupan' & bina kehidupan dlm hutan. 

Okay, ready to hike fasa akhir ke puncak @ Peak Garden. Hikers yg berpapasan dgn kami memula tadi, ada sbhgn dah turun dah masa ni. Depa dok bagi semangat kat Mumi, 'sikit lagi...'. Ada seorang uncle tu kata '... about 10-15 minutes la. But if you walk like this ha, I guess it will take half an hour'. Adeh...

Tapi fasa nak naik ke peak ni, Mumi nangis juga dlm hati. Agak tegak sikit bagi Mumi la. Lutut dah mula signal. Tapi Mumi tgk ada juga org lain yg mmg berhenti rehat.

Chaiyok RAN! You can do it!


Dan alhamdulillah, sampai juga Mumi @ Peak Garden, Shah Alam Community Forest. Tak de lah 'garden' sgt. Kat atas ni cuma ada few benches, bendera. First thing first, duduk lepas penat & breakfast. Mumi bawa nugget & sandwich sardin homemade je.

Pa with his clone

Interviewing the monkey & boys excitement on the peak.

OTW turun, boys nak juga take photos. Mumi dah penat & lapar sbnrnya... 
Okay, ready to tinggalkan tanah landai on the peak... 
nak masuk ke dlm hutan semula to get down of the hill.

Almost sampai bawah. Mumi dah nyenyawa ikan. 
Pa steady je... tak pe, lelama nnt Mumi pun steady juga :-)

A father taught his youngest version of him, sedikit ilmu hutan. 
Buat roket dari daun lalang...

Alhamdulillah, safe n sound touched down. Dan masih okay hingga hari ini. Mumi monitor juga keadaan kami slps aktiviti ni. Kiranya dah melepasi waktu suspicious.

We planned for another trailing & hiking, perhaps Broga. Tapi.. dlm keadaan PKPB ala-ala dah nak kembali PKP mulai esok ni... kita ontok-ontok la dulu. Lagipun kerja dlm skop kewangan, Mumi masih perlu pergi office. Tapi Mumi insist nak ikut penggiliran (tak kira!). Kalau Boss marah, Mumi guling2 depan dia nangis! 

Kita jaga kita, and let us support the effort made by our Govt & please have some empathy to our medical frontliners. They have families too... dan mereka pun cuma ada satu nyawa juga, sama mcm kita. Kasihankanlah mereka & diri kita sendiri juga.


#hikingandtrailing
shahalamcommunityforest
#peakgarden
#selangorputrajayakualalumpursabahonstrictpkpb

Friday, October 16, 2020

Group Coaching SSAG

Bila Mumi decided nak  stop tulis baby books, lama-lama boring. Rasa hidup tak productive je. Terdetik dlm hati nak cuba skrinkan baby books. Means, new branch of writing pula. Pun, itu ini begitu begini dlm hidup tak izinkan Mumi nak go or think or plan further. Kadang search juga dlm google ttg penulisan kreatif & skrip, tapi ntah... ke lain2 pula jadinya yg dilaghakan.

Bila buat umrah di Tanah Suci end last year, atr doa Mumi depan Kaabah, jika hasrat nak tulis skrip & skrinkan baby books tu satu kebaikan dunia & akhirat, Mumi minta Allah permudahkan jalan.

Exactly balik lepas buat umrah, bila google skrip je keluar nama Shahnas Putra. Laju Mumi minta izin dgn Pa nak masuk kelas. Alhamdulillah selesai kelas exactly sblm pandemic COVID-19 huru-harakan Malaysia & PKP was launched on March 18th. Byk yg Mumi belajar & byk yg Cikgu SP bantu. Under him, at least Mumi berjaya hasilkan 4 proposal yg Cikgu SP luluskan utk submit ke producer & producer pilih pula utk hantar ke stesen TV. That's the achievement yg Mumi belum pernah sampai selama ni, Alhamdulillah sgt dah. Apapun keputusan stesen TV, itu pd izinNya utk impian Mumi.

Then, Mumi craves for more knowledge. Bila tonton drama bersiri yg trending #nasikerabuuntukcheabe, cepat2 cari penulis skripnya. Mumi adores gila dgn cerita tu. Tapi kalau cakap dgn Pa, mesti kena perli. Nanti Pa mesti kata 'Ya lah... nasi kerabu.. kelantan... budu..." hu hu... ala Pa... itu memori lama yg hanya jadi bunga2 ilham utk Seandainya je la. 

Siti Solehah Abd Ghani. Okay... Mumi pun add di FB. Lepas tu Mumi scroll sikit up n down, baru tahu juga she's the scriptwriter for drama #cintalemonmadu yg boys sgtlah suka tengok dulu tu. Masa tu kan Mumi pelik knp la my boys suka sgt drama tu. Selalunya yg suka drama segala ni perempuan je. Then tengok lagi senarai drama yg SSAG pernah tulis. Okay... most of them rupanya drama yg Mumi pernah adored. Maka, bermulalah impian Mumi nak berguru dgnnya. Mgkn sbb style penulisannya tele dgn hati Mumi.

Mumi approached SSAG. Alhamdulillah, d'moment Mumi approached her was d'moment yg dia pun sdg plan nak buka coaching class. And excitedly, I was the 1st person to know about it. So, she must count me 1st for her class :-)

Maka.... dlm suasana PKPP di Malaysia, berdikarilah Mumi memandu ke Seksyen 10 Shah Alam (je... pun takut nak drive sendiri) pergi Group Coaching SSAG untuk Asas Penulisan Skrip pd 04 Oktober 2020 lalu sebelum PKPB Klang & seluruh Selangor dilaksanakan. My 3rd class of scriptwriting in my life. Phewww.

I loved the class. Sempoi, santai, tak ada take 5 tapi langsung tak mengantuk, langsung tak letih tapi as if 'we can't wait to have more from the coach'. Byk yg Mumi pelajari dgn cara yg so interesting. Pada Mumi, d'sharing session was so genuine, so true & honest, so humble yet so intelligent.

And SSAG in person was exactly the same as how I saw her in the picture. As sweet as she is in the pic. I adore her journey in this path. Kuat semangat & kental survive dlm line ni. Tapi ya lah juga, hanya org yg pernah lalui 'kesukaran' dlm hidup akan mampu jadi 'kental'. Mumi? Mumi pun bukan senang dari mula, tapi Mumi jenis lembik & kekadang cepat je mengalah. Sbb Mumi jenis tak kuasa. Unless sesuatu tu mmg Mumi dah aim hard, so by hook or by crook I'll ensure I got what I want. 

Okaylah FRAN, sblm Mumi teringat cerita lama & tertulis frasa negatif dlm diari ni, Mumi nak simpan je dulu momen2 yg akan jadi my sweet memories suatu masa nanti...


Mumi suka pic ni yg Cikgu SSAG ambil wefienya. Mumi harap kami semua dpt jadi students Cikgu SSAG yg boleh hasilkan sesuatu in return of her precious & generous knowledge sharing. Dari testimoni, few yg ambil ekskusif class dgn SSAG, now are the great scriptwriters already. 

Mumi tak berani lah nak aim high. Tak pernah berani letak cita-cita tinggi & besar. Bila tgk grup scriptwriters yg ada di Malaysia pun, hati Mumi kecut je. Rasa Mumi ni menyibuk je. Tatut la pulak. Apatah lagi bila dengar ttg sepak terajang dunia ni.

Apa yg Mumi tahu, Mumi buat sesuatu sebab Mumi nak buat. Sebab Mumi suka nak buat. Dan Mumi berkadaran dgn kemampuan sendiri. Kalau dulu masa awal menulis, Mumi kata kalau dpt buat sampai jadi 4 baby books tu pun dah besar rahmat. Maka diizin Allah lahirlah #seandainya #suamikuheroku #gpscinta #menunggudaisyhati

Lepas tu Mumi pun stop. Ulit pulak pepokok sayur & bunga di OMG bila Mumi nak divert rasa 'burn out'  & stress di pejabat. Sampailah momen ni hati Mumi dibalikkan ke jalan penulisan semula. Bezanya Mumi nak belajar tulis skrip la pula. Harap2 tak la mengada2 yg sia-sia hu hu...


Pic ni pun Mumi suka walaupun tak nampak muka Mumi. Harap-harap bukan Mumilah yg sdg Cikgu SSAG pantau & observe tu hu hu. Mumi penyejuk. Kena la berbalut dgn shawl segala.

Sesi practical tulis LOGLINE dari sinopsis yg diberikan. Phewww. Mumi kan biasanya menulis tak pernah ikut disiplin. Mumi pakai hantam labu je selalunya.


Mumi & Friends in Cikgu SSAG's class. Cepat je sehari tu berlalu. Rasa mcm nak lagi. Cikgu SSAG janji, insyaAllah akan ada kelas lanjutan. Can't wait for November! Mumi nak belajar the next phase nya pula....

She's a novelist too. On that day, Mumi beli 3 naskhah buku cerita hantu Cikgu SSAG. Baby tak sabar2 terus baca mlm tu. Jangan mengigau pulak, dah la ye baby....

Atr perkara yg Mumi paling suka dlm kelas SSAG ialah ilmu yg dia beri on how to 'dapatkan ilham'.  Bermula dari game jawab soalan & hubungkaitkan setiap jawapan menjadi sinopsis hinggalah metafora seekor kucing di atas pokok. Okay.. now I know how so clearly... 

Tapi know how pun bukan senang juga nak realisasikan. Terutama bila kepala serabut dgn banyak perkara. Haish...

Apapun, Mumi harap Mumi tak cepat mengalah. Mumi tak kejar apapun, Mumi cuma nak realisasikan keinginan Mumi. Impian Mumi nak lihat baby books on d'book shelves Allah dah izinkan. Skrg Mumi sdg berusaha utk lihat baby books Mumi di skrin TV pula. Mumi usaha je selagi ada yg sudi ajar, bimbing & bantu. Dan yg penting selagi mana Pa dan Allah izinkan.

Aaamiin... InsyaAllah.


#roadtobescriptwriter
#SSAGGroupCoaching
#scriptwriting
#doneproposalseandainya,sayangyoukeranadia,nasigorengmumi,setulusaisyah,gpscinta

Monday, October 12, 2020

Precaution

Hari ni officially seluruh sekolah di Daerah Petaling (including sekolah boys) ditutup. Walaupun Mumi nak kata 'slow mo'nya, tapi I do understand our govt may have their justification & reason sbb mereka jaga 'Malaysia'. Tapi Mumi, considering Allah only blessed me with 3 boys... maka, Mumi mmg dah isytihar 'PKPB' & 'penutupan sekolah' for my sons about 2 weeks earlier

Takkan Mumi nak tunggu berita 'positif' dlm sekolah baru nak offkan boys. Takkan Mumi nak serah je my boys pd keadaan yg risky? Mmg la hidup mati ketentuan Tuhan. Spt accident atr Myvie perempuan yg 'positif'' dadah merempuh mati 'pegawai TLDM' yg sdg elok je Honda Accordnya berhenti menunggu traffic light hijau. Tagline 'Yang terkorban aset negara, yg masih hidup sampah masyarakat', ei jahatnya Mumi?!

Kita dah ambil precaution segala, tapi jika dah kun fa ya kun, kenalah redha. Konsep Mumi pun sama. Mumi tak moh tunggu accouncement dr 'Abah' & Uncles semua (yg agak mengecewakan ramai rakyat ketika ini hu hu), Mumi took the liberty to rescue my boys dulu. Dgn harapan ibubapa lain pun boleh berfikir perkara yg sama. 


Bila memula tgk figure dua ratus lebih tu je, 2nd daynya Mumi dah off kan terus boys dari sekolah. I sent notification ke grup wasap dgn reason 'precaution', then being follow suit by other parents. We can read & predict the increase of the number. Many people said, itu di Sabah...itu di Kedah. Yeah, How I wish border negeri & air Laut China Selatan tu boleh sekat penularan. Priority, keadaan & pertimbangan kptsn kita tak sama. Mumi hanya buat apa yg Mumi rasa perlu utk anak2 & keluarga Mumi, hopefully blh bantu org lain juga asbabnya.

Mula 9hb Oct pula, Mukim Klang diisytihar PKPB (bersasar). Kedua slps Sabah. Maka ada staff yg WFH. Mumi walaupun Klang, tapi di Mukim Kapar, maka kami msh di bwh rule PKPP :-) Maka juga, Mumi kenalah pergi kerja mcm biasa :-)

Tak apalah, kita msh blm menang. And, we might have to live with this COVID-19 for little longer time. Years? Sama-samalah kita doa & jaga. Mumi dah tak tahan hati tgk penderitaan frontliners & keluarga mereka.

Dan dah 10 hari juga Mumi tak sempat tulis diari. Tak sempat juga nak siapkan diary hiking & trailing kami last few week. What am I busy with? Mumi busy stress kan berat Mumi ni yg limit my willingness to move around. Ceh. Cane nak kurus ni!

Di rumah, Mumi dah kurang do the house chores. Mumi buat yg wajib-wajib je. Babang dah boleh diharap untuk bantu Mumi, even masak nasi :-) Didik & Baby pun dah besar juga, boleh bantu & berdikari walaupun perlu 'diketuk' berkali-kali. Thank you my loves.

Few things juga yg Mumi buat within the period. Nanti Mumi tulis diary pelan2 since Mumi mmg ada me-time every lunch hour buat masa ni. Harap2 Mumi masih boleh cope up dgn kerja2 di pejabat bila seorang staf away for maternity & 2 lagi away on PKPB @ WFH. Yg tinggal 2-3 kerat ni, kalau ada yg MC & EL, sunyi-sepi-sendu-nangislah jabatan Mumi :-)

Last night Pa said, "Weekend ni kita balik kampung kejap nak? Sebelum jadi apa2 lagi..."

And I hesitatedly replied, "Nak tu nak... tapi... dgn keadaan UiTM & my own office skrg... hati berat."

Ya, bila menteri agama 'positif', maka people around him terkait. Termasuklah Mumi juga bimbang jika terkait kpd terkait. Maka, Mumi fikir lepaskanlah dulu tempoh 30 hari ini utk melihat keadaan lapisan pertama yg terkait tu & tgk pula kpd lapisan keduanya... jika lepas, moga lapanglah sikit hati Mumi ni nak bergerak dlm office & nak bergerak ke sana sini...

Stay safe all... stay safe Malaysia.
Stay strong DG Hisham & team.
Keep strong frontliners.
Bertabahlah kita jaga kita dlm kemelut politik yg entah apa2.
Allah sentiasa ada & moga kita terus terpelihara.


#3rdwaveCOVID-19
#mukimklangonpkpb
#sekolahdaerahpetalingtutup
#yangmatiasetnegarayanghidupsampahmasyarakat


Friday, October 2, 2020

Selangkah Ke Mana?

I was 6 days away from office in a row since last week. Isnin & Selasa minggu ni, Mumi EL krn tak berapa sedap badan plus anak2 pun tak sihat. Khamis & Jumaat lepas pula, bertugas sbgi panel interview di luar pejabat. Setiap kali bertugas sbg penemuduga, Mumi akan berada dlm panel berbeza. Maka, byk yg Mumi belajar. Dari attitude org yg menemuduga hinggalah calon yg ditemuduga. Kdg sayu hati, teringat bagaimana nasib anak2 sendiri nanti. 

Pagi tadi, lewat ke pejabat. Sbb boys msh batuk & selsema. PaMi sepakat rehatkan mereka di rumah. Boys selsema agak lama & selalunya getting worse bila balik dari sekolah. Didik smlm kata sore throat pulak. Susah hati Mumi.

Selsema, batuk... on off. Vitamin C satu kemestian dah. Plus ubat2 hospital mmg ada bekalan di rumah. Pun tak ke mana2 yg berisiko. Satu je kelegaan, boys tak demam. Harap2 ia cuma allergy biasa disbbkan monsoon. Skrg ni asyik hujan je. Kdg ke sekolah pepagi sempat basah sedikit sblm dpt ke laluan berbumbung sekolah. Dan cuaca pun agak sejuk & panas bergilir dgn extreme.

Jumlah kes baru COVID-19 pun sdg naik mendadak. Gara2 PRN Sabah. Klang, silap hb blh isytihar zon merah. Sekolah di Pandamaran dah ada yg positif. Di Meru pun sama, maka Mumi appreciate bila kakak2 boys tak balik ke rumah kami buat smtr waktu.

Smlm, 260 new cases. The 2nd highest dlm sejarah COVID-19 di Malaysia. Kebarangkalian PKP lagi? Mungkin ada yg prefer, tapi lebih ramai yg akan suffer. Mumi sejujurnya berharap, PKP jika benar2 perlu biarlah bersasar. Sekatan perlu ada sedikit kot utk bendung penularan. Entah knp juga Mumi harap sgt sekolah dpt ditutup sementara. Takkan nak tunggu ada kes positif di certain sekolah baru nak tutup sekolah tu.... Mumi nangis.

Mungkin Mumi paranoid @ emotional. Tapi hal yg libatkan anak2 ni, hati Mumi tak kuat. Apatah lagi bila tengok sharing ni di FB. Luluh hati...

Katanya, ini suasana di SK Permatang Janggus SPU pagi ini ketika kakitangan KKM buat ujian saringan swab test thdp semua warga sekolah susulan berita seorang guru wanita yg mengajar di situ positif COVID-19 (suaminya terlibat dgn PRN Sabah).
(kredit foto : Hafiz Zulkilfi / Mamu Jarum)

Lunch break yg panjang hari Jumaat ni disiram hujan. Mendung & sejuk. Sama2 kita doa moga Allah lindungi mereka & kita semua.  Mumi tak boleh imagine kalau perlu hadapi situasi mcm ni. Cukuplah sekali Mumi di Forensik HKL utk urusan arwah Dik Us yg ditakdirkan tewas kpd COVID-19. Momen yg buat Pa jadi trauma & tak sanggup Mumi ulangi.

Earlier, bila announce PKPP, Mumi dah berharap kita selangkah keluar dari Pemulihan ke fasa normal baru. Tapi bila signal 3rd wave ni datang, Mumi jadi risau. Semua orang pun Mumi tahu, risau juga. Selangkah ke mana pulak lah kita ni nanti...

Lately juga, Mumi agak 'burn-out' dgn suasana kerja. As if I need new environment @ fresh air. Mungkin Mumi boring buat benda yg sama dlm jangka waktu yg lama. Tapi tiap kali fikir nak offer diri ke bhgn @ ke kampus lain, Mumi dilema. Kasihan Pa (walaupun dia sokong je), kasihan anak2. Especially baby, nak masuk darjah satu nanti Januari. 

Tapi kalau tak keluar dari portfolio skrg, mcm mana Mumi nak dpt pendedahan kerja yg meluas. Mcm mana Mumi nak readykan diri jika nak go up to the next scheme grade? Atr keluarga-anak2 dgn kerjaya, Mumi tau Mumi prioritize anak2 & keluarga. Pun Mumi fikir juga, jika tukar jabatan @ unit, jika lebih hectic, bimbang pula impian nak jadi script writer terkubur. Dilema tu buat langkah & hasrat Mumi terbantut. Tak pe la... Mumi telan la dulu 'burn-out' ni hingga Allah tentukan sesuatu.

Dan bbrp isu viral lately, walau mungkin agak stressfull bagi certain people, tapi jadi bahan utk bantu Mumi lupakan serabut & stress. Isu si MIA yg men'sampah'kan karya penulis tempatan hingga ada penulis up status di socmed, berkecil hati.  Faham, penulis pun manusia biasa. Ada hati & perasaan. Itu luahan mereka. 

Mumi cuma anggap, brp byk sgtlah karya penulis tempatan yg dah @ mampu Mia tu baca utk dia rumuskan begitu. Hakikat, mmg ada penulis yg hebat & dikenali. Ada juga penulis kecil yg menulis sesuatu yg baik tapi tersorok dari radar. Dan... haa... yg ni Mumi sendiri akui, ada juga 'penulis' yg teasernya saja pun Mumi tak sanggup baca. Kdg kelompok beginilah yg buatkan readers conclude & pukul sama rata. Mumi pun sbnrnya mcm dah tinggalkan dunia penulisan buku sbb target Mumi utk lihat 4 baby books di rak dah terkabul. Skrg Mumi sdg target utk jadikan baby-books tu drama di kaca TV pula. Jadi tak jadi... yg penting Mumi usaha je dulu.

And, yg kesekian kalinya jadi isu... poligami. Bab ni kkdg Mumi sependapat dgn lawyer Asiah Jalil. Sampai bila2 pun tak pernah sokong 'poligami haram'. Tapi kalau dgn cara betul (cara betul tu pon kdg tak semestinya wajar, ceh), Mumi 'lantak-hang-la-labu'kan je. Dah kalau isteri/isteri2 sedia adanya reda, siap pakaikan sampin pengantin & bersanding sama (smd dia pura2 ke apa, dia punya pasal la juga), kita2 ni siapa la nak kata mcm2.  Ucap yg baik2 & doakan je mereka. 

Mumi sentiasa percaya jika ada kebenaran & kebaikan walau sebesar hama yg pernah kita buat dlm hidup (tanpa khianat pd org) insyaAllah apapun ujian, regardless what other people think, assume or say, Allah akan bantu kita harungi & menanginya. Apapun ending, do have faith... semuanya ada sbb & hikmah. I speak n learn from my real life experience.

Maka bila ambil sedikit masa utk scroll up n down, baca sikit2 n diagnose sikit2... apa yg Mumi rasa ni biarlah jadi pelajaran & tauladan utk diri Mumi je. Buku dosa pahala atas nama masing2. Org lain hanya boleh beri nasihat, kata2 dorongan & semangat, tunjuk ajar serta contoh yg baik. Nak tak nak terima, terpulang. Roqib & Atid catat  je setiap satu utk nnt dihitung & dijumlah kat sana. 

Depends... kita ni  nak selangkah ke mana....? Talking to myself... sebab diri sendiri pun jauh dari sempurna.


#jumaatpertamaoctober2020
#3rdwaveofCOVID-19
#miavskaryasampah
#sukahatidialanakjadipengantinviral

PAGEVIEWS