Monday, March 19, 2012

Novel Terakhir

Lama sungguh saya ambil masa baca naskah ini. Setiap waktu buku yang setebal 299 halaman ini sentiasa ikut saya di dalam handbag.

Ia tulisan terakhir dari Azizi Abdullah. Selesai ditulis sebelum hari-hari terakhir beliau di dunia. Saya membeli naskhah ini melalui telefon dari anak arwah iaitu Puan Anita Bt Azizi (012-4396060) dan diposkan kepada saya beberapa hari sebelum rally bercuti di DEMC Januari lalu.

Tak pernah berpeluang baca tulisan-tulisan arwah walaupun saya tahu beliau dikenali sebagai penulis sayembara. Karya beliau yg paling terkenal bertajuk 'Seorang Tua di Kaki Gunung' yg pernah dijadikan teks utama silibus Sastera Tingkatan 5 pada tahun 1985-1987 dulu. Bila jadi drama TV baru dapat tengok.

Arwah Azizi Abdullah byk menulis buku-buku yg dikatakan menyerlahkan pembentukan jati diri bangsa Melayu & bergenrekan kehidupan, agama serta kemanusiaan. Beliau telah menghasilkan berpuluh buah novel yg pernah diterbitkan oleh Alaf 21 & Dewan Bahasa Pustaka. Antaranya Harga Sebuah Maruah, Sangeetha, Tukcai, Badai Cinta, Suriati etc.

Since Mandala Dunia Kedua ini dikatakan sebuah novel tauhid yg melangkaui pemikiran biasa, saya mahu cuba selami ilmu & mesejnya. Susah nak masuk dlm kepala saya cerita ini pada mulanya. Maklumlah, saya ini masih boleh dikategorikan 'muda' walau kebanyakan waktunya saya selalu jadi lebih tua dari usia. Tulisan pena seorang ahli ilmuan memang agak tinggi sedikit laras bahasanya.

Membaca helaian-helaian awal, ibarat menonton National Geographic tentang flora & fauna. Sgt susah bagi saya yg tidak minat dgn ilmu kaji alam ini mendalaminya. Sehingga ada waktunya saya menung berfikir sendiri, 'betul ke ada keadaan begini?'. Seterusnya saya berusaha utk menata baca satu demi satu perkataannya hingga ke lembaran terakhir.

Ada verse yg menyatakan, 'bacalah seribu buku jika mahu menulis sebuah buku'. Sebab itu saya baca juga naskhah ini satu demi satu perkataannya demi membuktikan kpd diri sendiri saya mampu menyelaminya. Bagi saya ia naskah baik yng dihasilkan walau saya dapat merasai perihnya melakukan apa yg dicintai sewaktu diri terlantar menanggung sakit.

Ia tentang Jone @ Joned yg berpegang kpd moral & Sima yg yakin kpd Tuhan. Mereka adalah insan-insan yg kecewa dicurangi pasangan masing-masing. Mereka adalah insan-insan yg dah muak & benci dgn kemajuan dunia yg telah menjadikan manusia-manusianya jelek dari segi akhlak, adab, budaya & tamadun.

Jone & Sima akhirnya membuat keputusan utk keluar dari kepompong kebiasaan dunia manusia. Mahu tinggal jauh dari budaya manusia yg sangat kotor & busuk. Saya terfikir, begitu jelekkah manusia zaman ini? Atau kerana saya yg masih belum celik sepenuhnya?

Mereka mahu bina kehidupan yg bersih & suci di dlm lingkungan flora & fauna. Duduk bersama tanpa ikatan yg menghalalkan hubungan. Mereka sekadar dibatasi moral & Tuhan masing-masing. Tetapi harus diingat, matlamat tak menghalalkan cara... itu antara mesej naskhah ini.

Saya memahami mesej yg cuba disampaikan. Begitu ia disampaikan dlm laras bahasa & cerita yg saya sendiri rasa, wujudkah begini? Ia daya pemikiran yg begitu tinggi.

Malangnya saya tak tahu bagaimana nak berkongsi tentang Mandala Dunia Kedua ini. Naskhah ini buat saya terkedu slps halaman terakhir saya ulang baca lebih sepuluh kali. Antara faham & tidak, antara sampai & tidak namun masih saya dapat intipatinya, tetapi ada bbrp perkara yg masih buat saya berfikir-fikir terus.

Ia di luar kemampuan lisan & jari saya untuk bercerita. Apa yg penting, ia telah beri saya ilmu, kesedaran & membuatkan saya termenung lama memikirkan past tense, present tense dan future tense manusia.

Mandala Dunia Kedua. Tajuknya reflect the story and the messages. Mandala ialah khemah. Lantai & bumbung kehidupan. Dunia Kedua ialah kehidupan ideal yg menjadi harapan insan yg mahukan kemurnian & kebaikan dalam hidup. Hmm...

Ia naskhah terakhir dari arwah Azizi Abdullah, seorang bekas pendidik & sasterawan yg telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun pada 20 Ogos tahun lalu setelah menyumbangkan hasil pemikiran berharga dlm penulisan beliau. Semoga setiap satu kebaikan yg ada dlm buku-buku beliau dapat memberi kebaikan & ganjaran pahala buat beliau di sana.

Al-Fatihah untuk allahyarham Azizi Abdullah.

Walau orangnya sudah tiada, namun untuk beberapa naskah istimewa ini
disertakan signature stamp penulis.
Azizi Abdullah dalam kenangan... 

"Novel terbaru yang baru siap setebal 299 muka bertajuk
‘MANDALA DUNIA KE DUA’ mujur menjadi peneman.
Untuk edit kali ke 8 dan terakhir dapat juga
 dilakukan secara penyegan.
Alhamdulillah rasanya sempat habis sebelum bedah.
Jika hayat saya pendek, 
barangkali inilah novel terakhir saya."
(petikan daripada tulisan Allahyarham di dalam blog beliau)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS