7 Jan 2022, Coach SSAG informed IQKC lulus di TV3. Mumi happy, bersyukur tapi seram. Mampu ke buat? Alhamdulillah, Allah rezekikan Mumi seorang Coach yang sentiasa willing bantu, ajar dan guide Mumi.
10/01/2022, selesai hantar pindaan proposal ikut ulasan stesen TV.
04/02/2022, jadual hadir online-meeting dengan stesen TV. Waktu-waktu pandemik ni, meeting dibuat online. Kalau dulu-dulu, coach kata meeting di stesen TV. Mujur...
When coach said that I had to do the presentation (pitching) myself, Mumi rasa ada 1 million butterflies in my stomach. Padahal dah pernah 3x F2F pitching sebelum ni di RTM. Tetap la juga Mumi nervous.
This was Mumi's 1st experience untuk pre-production meeting btw script writer-producer/director-TV station. Begitu rupanya ya. Alhamdulillah, bila Mumi tengok senyuman2 tu... hati Mumi lega sikit.
Selesai meeting dengan stesen TV, Coach offered Mumi masuk dua online Final Draft (FD - software tulis skrip) classes yang dia conduct untuk students Che Zabidi weekend tu supaya Mumi dapat recap FD sebelum mula fasa tulis skrip IQKC. See, coach Mumi sgt concern kan...? :-)
I practiced to apply all I've learned in the classes. Tapi, as usual... Mumi mmg jenis manusia terbalik. Tak reti ikut 'sistem'. Mujur Coach Mumi ni jenis yg tak hadkan kreativiti. Dia redha je Mumi kerja terbalik. Instead of doing the breaker & treatment, Mumi lebih reti masuk scene dan dialog. Ampun lah...
07/02/2022, selesai submit 1st draft script pd coach & dipulangkan dengan 7 technical comments untuk pembetulan. 12/02/2022, submit ammended script to coach, then this 2nd draft with minimum editing by coach, sent to producer on the deadline, 15/02/2022.
Skrip ni sekali lagi coach touched up (10 scenes ommitted & compressed) based on director's advice pada 06/03/2022 untuk suit permintaan producer to assist production budget/costing. Final script agreed by director on 10/03/2022. Pheww...
Bila producer text dalam grup whatsapp IQKC yang mereka akan mula roll pada 1st April ni, Mumi lega. Settle dah tugas Mumi sediakan skrip IQKC. Alhamdulillah...
Director dari Kyoll Hamzah tukar kepada Azmi Hatta. Cast pun few times tukar ikut consent TV station dan availability pelakon2 cadangan.
IQKC is just a light romantic comedy story. Dalam few proposals Mumi yang bermacam genre dan rupa tu, baru yang ini dapat tempat di hati panel pemilihan TV. Alhamdulillah. Jadilah... a simple story untuk Mumi belajar realisasikan mimpi dan penggerak motivasi Mumi untuk terus melangkah.
Mumi rasa kecil kalau lihat naskhah script writers lain yang hebat-hebat. Mumi sendiri pun suka cerita yang bagus-bagus. Dulu waktu jadi penonton, mmg akan ada yang Mumi terfikir begitu begini, terkomen begitu begini pd diri sendiri. Tapi bila 1st time lalui sendiri, Mumi faham... We always want to do and deliver the best we can, tapi kadang perlu akur pada situasi dan keperluan tertentu juga.
Hari tu, masa stress IQKC tak cukup scene (alih2 terlebih scene sampai coach kena delete & compressed huhu), tetiba siap 2 proposals Mumi. Padahal sebelum tu punyalah payah cerita yang ada dalam kepala Mumi tu nak turun ke keyboard.
IQKC ni buat Mumi rasa termotivasi. Tapi sekejap je, lepas tu off semula. Lemau. Lately bila Mumi mula rasa lemau, malas nak buat proposal dan rasa macam nak give up... Mumi seeks motivation dari text coach Mumi ni...
Coach SSAG for me is good at coaching. Simple & sederhana, tapi content dan messagenya sampai. Bukan mudah nak jumpa orang yang sudi share ilmu willingly and humbly. Coach sendiri pun struggle cari ilmu waktu mula-mula dia ceburi bidang ni. And what she has today paid off her struggle. Paling penting, Mumi ni sbnrnya penyegan amat dan tak berapa reti fit in dgn orang-orang hebat. Harap2 Coach Mumi tak menyampah la kalau Mumi ni clingy & mengada sangat. Apapun, thank you Allah and thank you so much coach SSAG. I owe you so much...
Done skrip IQKC, Mumi dah rindu nak tulis lagi. Coach Mumi kata itu standard, kita akan nak buat lagi dan lagi sebab kita nak buat yang lebih baik. Moga-moga akan ada rezeki Mumi lagi untuk tulis skrip seterusnya dari proposals yang Mumi dah beri pada Coach. Money is a bonus, not a priority. Selepas impian nak tengok nama Mumi atas rak di kedai buku dah tercapai, sekarang Mumi sedang cuba realisasikan impian untuk lihat Arysa Nasir di kaca TV pulak. Tingginya angan-angan Mumi, kan...?
FRAN, doakan Mumi ya... moga ada antara doa-doa pada malam Nisfu Syaaban (malam tadi) dan hari Jumaat ini yang Allah izinkan... Aaaamiin...
IQKC @ Tulen Bang...