17th-18th March 2012
Setiap manusia tidak akan pernah sunyi dari ujian dan dugaan hidup. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Itu tandanya iman dan keyakinan kita sedang diberi rating. Allah ada banyak cara untuk menganugerahkan syurga kepada hamba-Nya. Alhamdulillah.
Sudah begitu lama tidak pulang ke rumah ayahanda bonda kerana beralah yang memedihkan hati. Namun sejak kebelakangan ini seperti ada yang berubah. Panas reda. Rindu menerpa. Barangkali Allah mendengar doa saya agar dikembalikan dua orang insan yang paling saya cinta, Abah dan Ibu. Barangkali juga permata ini sudah mula menyinarkan cahaya berbanding kaca yang gemerlap seketika.
28th March ini usia Didik akan genap 3 tahun. Tetapi saya tidak akan dapat bersamanya melalui hari itu kerana saya harus berkursus di luar daerah mulai 26th March sehingga 5th Apr nanti. 15th March yang lalu pula ulang tahun Abah yang ke-74.
15th March itu saya ingat hari lahirnya seperti mana setiap tahun yang sudah. Atas beberapa faktor, mendadak saya ambil cuti separuh hari. Fetch kids and immediately suruh mereka called and wish happy birthday to Atok. Suara Abah ceria. Mungkin kerana gembira ada yang mengingati dia.
Angah cerita pagi 15th itu, "Hari tu kita balik hantarkan pek rencah asam pedas untuk Ibu. Bincang dengan Ibu nak buat birthday celebration Didik kat umah nko. Tiba-tiba Abah terus bangun dan masuk bilik, tutup pintu. Kita hairan masa tu... lepas tu baru kita teringat...."
Ya lah... tentu Abah terasa hati sebab dia fikir kita tak ingatkan dia. Tak pernah begitu bah... hari lahir Abah Ibu selalu ada dalam diari hari Along.
16th petang Jumaat, Papa Nasir sudah bertolak ke Kedah. Saya sudah diizinkan untuk pulang ke rumah ayahanda bonda. Lagipun saya tahu Ibu sudah sangat-sangat merindui kami. Pagi-pagi Sabtu sudah keluar dari rumah kerana harus fetch Angah dan anaknya juga. Nasib baik lepas juga saya ke rumahnya berpandukan peta yang dilukis Papa Nasir.
Petang itu selepas berbincang dengan Ibu dan Angah, kami keluar. Di samping hendak bawa ibu jalan-jalan kami juga mahu beli barang-barang. Kami ada hasrat nak buat surprise untuk Abah. Hai, 3 women outing with small kids. Letihnya...
Ahad, kamipun memulakan operasi. Mahu buat sedikit jamuan makan petangnya. Kebetulan Papa Nasir juga sudah sampai di rumah Kundang jam 3 pagi Ahad itu, lagilah saya bersemangat. Suami ada bersama kan...
Bibik kata Abah sudah mula curiga lihat kami sibuk. Tapi Bibik tetap berahsia sampai Abah merajuk. Lagipun dia memang sudah merajuk dengan Ibu. Dia mahu Ibu buatkan tauhu sumbat untuk disedekahkan kepada budak-budak pada ulangtahunnya. Tapi Ibu sengaja kata tak mahu, sebabnya kami mahu buat lebih sedikit dari itu untuknya.
Petangnya bila berkat sudah siap packed, makanan sudah terhidang, jiran-jiran dua tiga buah rumah sekeliling sudah berkumpul, Abah sudah lebih dulu memakai baju cantiknya. Aduhai, Ibu sudah bocorkan rahsia daa...
Papa Nasir bacakan doa. Anak-anak gembira lihat ramai kawan-kawan. Terserlah bahagia di wajah Abah dan Ibu. Saya tahu rumah ini sesepi hati Abah dan Ibu bila kami tiada. Saya tahu Abah dan Ibu rindukan suasana begini.
Abah begitu gembira mahu tiup lilin dan potong kek ulangtahun bersama satu-satunya cucu yang berkongsi bulan kelahiran dengannya. Rasa begitu lega bila semuanya berjalan lancar kerana saya tahu walau Abah tidak pernah suarakan, tetapi jauh di sudut hatinya inilah impian dan hasrat Abah.
Minta maaf Bah, hanya ini yang termampu kami berikan. Alhamdulillah, kali ini baru berkesempatan buat jamuan begini. Selalunya hanya ucap selamat dan makan-makan bersama keluarga sahaja. Kali ini saya tahu ia paling menggembirakan Abah. Satu kerana tertunai hasratnya mahu bersedekah, dua kerana kami berkumpul keluarga dan jiran tetangga, tiga kerana dia tahu kami selamanya menyayangi dia.
Terima kasih Tuhan kerana masih berikan kami kesempatan... moga ini bukan yang terakhir.
Selamat ulang tahun Abah. Semoga Allah berikan Abah segala kebahagiaan, kegembiraan, keberkatan usia dan kesihatan. Along mahu jadi isteri dan anak yang solehah agar suami dan Abah Along mampu ke syurga.
Ya Allah, berilah keampunan dan kasihanilah Abah sebagaimana dia mengasihi kami sewaktu kecil hingga dewasa. Berilah kebahagiaan, kemudahan dan kelapangan hati serta perasaan untuk Abah. Permudahkanlah setiap sesuatu untuk Abah, Ya Allah. Janganlah beri Abah kesakitan yang tidak mampu Abah tanggung... dan mohonlah aku kepada-Mu Tuhanku berlembutlah kepada Abahku di sana nanti. Amin.
Nota diri:
Bibik kata, "Pak Cik sangat sayang sama anak-anaknya. Saya dapat lihat itu. Dia selalu ingat sama kakak-kakak dan keluarga kakak-kakak semua. Hari itu hujan sangat lebat, Pak Cik lelah kuat. Dia minta ditaliponkan ke kakak juga, sebab dia khuatir kakak juga sakit sepertinya."
semoga ayah akak sihat selalu ya..
ReplyDeleteseronoknya boleh sambut besday dgn cucu..