Tuesday, December 17, 2019

Hatiku di Haramain : Ziarah Sekitar Masjid Nabawi (II)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...kembara iman, ilmu & amal...
*******************************************************


Jumaat, 01/11/2019

Ziarah separuh hari pd hari ke-3 ini pun sama juga keadaan saya. Lebih byk melihat & berfikir dari ambil gambar. Tak ingat dah ttg diari & FRAN. Maka, kita simpan ada yg ada sajalah ye FRAN... 

Kami dibawa ziarah & melihat beberapa masjid di sekitar Masjid Nabawi yang terletak di pinggiran masjid melalui gate 6B.


Matahari terik bersinar sampai mata pun tak berapa boleh buka. Tapi tak berpeluh pun. Hebatnya Allah. 

Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA & Masjid Al Ghamamah terletak bersebelahan & berdekatan atr keduanya dlm jarak 40meter. Boleh confuse. Waktu tulis ni pun saya sendiri tak ingat which is which. Kenalah google utk lihat paras rupa setiap masjid :-)

Dikatakan Masjid Saidina Abu Bakar lebih kecil & ada satu kubah saja. Suits the 1st pic. Manakala Masjid Al-Ghamamah lebih besar & ada byk kubah yg berwarna putih. Ada bbrp riwayat/versi ttg sejarah penubuhan masjid ini iaitu ia merupakan rumah kediaman Saidina Abu Bakar sendiri dan juga semasa hidupnya pernah selenggara solat Eid bersama Rasulullah.

Apapun, pembinaan & penyelenggaraan masjid ini pastinya sebagai mengenang jasa & sumbangan Saidina Abu Bakar di dalam Islam.

Masjid Al-Ghamamah berjarak 500meter dari pintu Bab as-Salam, Masjid Nabawi. Diriwayatkan sebagai masjid pertama yg dilakukan solat sunat Aidilfitri (631M). Ketika itu ia bukanlah berupa masjid spt hari ini tetapi ia hanyalah  tanah lapang. Mengenang sejarah itulah dibangunkan masjid ini ketika pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz & dikenali sebagai Masjid Eid (Masjid Hari Raya).

Selain itu, masjid ini juga dipanggil Masjid Awan sesuai dgn maksud Al-Ghamamah itu 'awan yg menaungi'. Kisah yg diriwayatkan, ketika Rasulullah berkhutbah Aidilfitri, jemaah dikatakan resah kerana hari semakin panas terik. Lalu datang awan menutupi cahaya matahari sehingga selesai khutbah Baginda.

Ada juga riwayat menyebut, di masjid ini RAsulullah SAW melakukan solat Istisqo' utk memohon turunnya hujan. Selesai solat, dikatakan awan mendung datang disusuli hujan. Kerana itu dikatakan masjid ini dipanggil Masjid Al-Ghamamah. Wallahua'lam.


Persekitaran sekeliling masjid ini cantik di mana kawasan sekitarnya dilapisi lantai batu & diletakkan bangku-bangku batu serta ditanam pepohon pelindung. Persis taman. Boleh duduk-duduk picnic :-)


Masjid Saidina Umar RA ini dahulunya adalah rumah Umar Bin Khatab. Beliau merupakan sahabat Rasulullah SAW & juga Khalifah ke-2 dlm jajaran Khulafah ar-Rasyidin. Dibangunkan pada 850H oleh Shamsuddin Muhammad Ibn Ahmad as-Salawi. Diteruskan oleh Sultan Mahmoud (1254H) & anaknya Abdul Majid (1266H).

Masjid ini dibina untuk mengenang Khalifah Umar. Tidaklah besar ukurannya, hanya berbentuk persegi empat dgn panjang sisi lebih kurang 8 meter. Dibina dengan batu basal iaitu sejenis batu yg terbentuk dari pembekuan magma di permukaan bumi. Ia batu beku ekstrusif yang memiliki batuan kristal halus, berwarna gelap & komposisi utamanya berupa mineral olivin.

Dicat putih & dilapisi kapur. Atap kubahnya pula setinggi kira-kira 12meter & dihias dgn ornamen tanaman yg cantik. Kerja-kerja perluasan Masjid Nabawi dikatakan agak merbahaya untuk  kewujudan Masjid Saidina Umar smd akan terus dikekalkan atau sebaliknya. Moga2 yang baik2 sahaja agar generasi umat Islam seterusnya masih dapat melihat tinggalan sirah dan mengenang perjuangan demi menegakkan syiar Islam.



Papa tekun dengar Ustaz bercerita ttg sirah masjid-masjid yg diziarahi... :-)

Menjelang keberangkatan musafir kami, sakit pinggang Pa datang semula. Payah untuk Pa bergerak, berjalan, apatah lagi utk rukuk & sujud. Dugaan. Tapi sampai di Madinah, Pa ubati sendiri sakit pinggangnya dengan menyapukan air zamzam. Alhamdulillah beransur kurang sakit katanya. Dlm ziarah ni, Pa suh bawa kerusi kecil kononnya utk saya yg sakit kaki. Tapi Pa yg lebih byk guna utk duduk. Tolak ansur & concern suami isteri atr yg perlu kita hayati. Moga ia terus dapat kita pupuk selama hayat dikandung badan. Saling sayang & mengambil berat kerana Allah...

Kami kemudian dibawa lagi mengeliling Masjid Nabawi hingga di kawasan yg kita dpt melihat kubah hijau. Asalnya ustaz kata kami boleh berdiri mengadap kubah itu & berdoa. Tapi mungkin tak ada izin Allah, kami dilarang keras oleh polis Arab yg menaiki buggy. 


Begitu juga ketika di kawasan Perkuburan Baqi. Tak ada gambar yg kami ambil utk kenangan. Sekadar mendengar tazkirah Ustaz & mengaminkan doa syeikh yg bertugas menjaga perkuburan berkenaan.

Ada yg bertanya ttg cerita mayat orang yg ingin meruntuhkan kubah hijau itu yg kononnya masih ada di atas tersebut & boleh dilihat pd bhgn yg agak tersembul. Ustaz kata, itu tidak benar :-) Ia sebenarnya bahagian pintu/tingkap atau Alrosenh yg digunakan utk kerja2 pembersihan & selenggaraan serta pemeriksaan lampu terutama ketika menjelang peringatan ulangtahun tarikh kelahiran Nabi.


Kami di hadapan Masjid Al-Ghamamah.
Kembara iman, ilmu & amal
Abadi dalam hati...

#umrah2019
#wirasaujana
#ziarahsekitarmasjidnabawi
#agarakutidaklupa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS