Anak-anak dah start cuti sekolah. InsyaAllah walaupun kerja berkepuk-kepuk (Mumi sekarang depends pada mood utk selesaikan kerja), tapi Mumi tetap perlu utilize 'me-time' sementara tak rushing dengan urusan sekolah anak-anak huhu.
Mumi nak simpan diari North Trip kami Disember lalu. Sejak PKP, itulah permulaan masa kami keluar dari sarang. Tapi kalau tak PKP pun, kami memang jarang rancang cuti beria-ia. Selalu ad-hoc atau menyelit2 je. Masa kebanyakkannya terbatas dengan kerja dan sekolah anak-anak. Bila dapat peluang, kami jadi macam cow-boy. Ukur jalan atas sampai bawah Malaysia. Nak tidur pun tak de nak booking2, redah je.
Maka, bila kena ikut rombongan menghantar pengantin ke Grik, Perak, kami plan terus untuk North Trip. Biasanya Disember cuti Mumi di pejabat dibekukan. Closing time kan... tapi kali ni Mumi dah booking few months earlier, so Mumi dah tak akan rasa bersalah hahaha!
Mumi simpan diari untuk trip ni ya FRAN...
Isnin, 12 Disember 2022
Bubar program keluarga pagi tu di rumah mertua Yah, kami sekeluarga gerak dahulu. Nak ke mana pun, tak specifically plan. Asal nak singgah laundry sambil Mumi duduk kat cafe yang ada wifi untuk siapkan treatment ADMY, pun tak jadi. Jalan je la ikut tangan yang pegang stereng tu..
On the way tu singgah Gunung Jerai. Solat Zuhur sekalikan dengan Asar di surau bawah kaki Gunung Jerai dulu. Kemudian naik kenderaan sewa khas. Mumi tanya kenapa tak naik dengan kenderaan sendiri? Pa soal semula, 'tak sayang kereta ke?'
Bila dengar Pak Cik yang bawa kami naik tu cerita tentang keadaan kenderaan2 yang turun naik tu, okay.. Mumi faham. Satu, untuk kebaikan kereta sendiri. Dua, untuk keselamatan. Done...
Tak de apa pun nak cerita. Gerimis pun ya... tak de aktiviti sangat pun ya... not my type of jalan-jalan pun ya hahaha... yang sebenarnya hati dan kepala sedang fikir ADMY je. Simpan gambar je la jawabnya...
#northtrip
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.