Tuesday, December 9, 2014

Suamiku Heroku (Arysa Nasir) - Fill In D'Blanks



Assalamualaikum  Kak Arysa Nasir

First of all, congratulation sebab Berjaya menghasilkan karya yang bagus.. Suamiku Heroku.. melalui tajuk je, saya dah jatuh cinta.. Secara jujur.. saya memamg pembaca novel yang tegar..dan saya gemar memilih tajuk novel yang cheeky dan cute.. sebab saya suka berangan!

Saya suka dengan tajuk yang comel-comel macam ni.. Tapi bila baca sampai habis, saya jadi geram dengan tajuk ni sebab tak sesuai.. Pada saya, tajuk yang sesuai is Suamiku Doktorku.. sebab si Navin tu, pandai-pandai sangat kan konon macam penyelamat untuk Dik Na 
(mode geram).

Ok.. let me start dengan review watak-watak dan overall novel ini.. Yang paling saya suka pasal cerita ini ialah kekuatan kasih sayang dan cinta seorang anak orang berada dengan  kekasihnya yang dikatakan tidak secocok dari segi material dan paras rupa.. tapi saya imagine Navin ni handsome macam hero Tamil.. Kamal Hassan.. hehehe.. Karakter Dik Na yang kadang2 suka push tu buat saya rasa nak campak je buku ni. Dan kesabaran Navin tu buat saya rasa macam nak piat2 je telinga dia tu.. Sampai kita akan berkata, dalam kehidupan sebenar, 
ada ke keadaan yang macam ni..

Saya suka sangat Dr Firas.. saya kesian dengan Dr Firas dalam cerita ini. Sebab dia tak dapat apa-apa pun kecuali XXX.. but the happiest thing is, XXXXXXXXXXXXXXXX dia semula.. huhuhuhu.. sedih tau.. penulis novel ni telah menyeksa jiwa ragaku yang lembut ni. 
tapi life kan.. memang ada pasang surut.. 
kalau dah semua happy je, sape pula yang nak sedih..

Watak Kak Ni pulak, sangat kontra dengan adiknya.. sangat lemah lembut.. patuh dan hormat ibubapa.. sanggup ketepikan perasaan sendiri.. sebab tak nak jadi anak derhaka.. memang anak yang baik dan kadang2 pun saya rasa nak campak je novel ni sebab si Kak Ni ni menikus sangat.. geramnye la…aishhh.. XXXXXXXXXXX kembar seorang baik macam malaikat dan yang sorang kontra…

Farah pulak.. kawan si Dik Na.. sebaik2 insan.. pun macam malaikat jugak.. sanggup jaga kawan baik yang sedang sakit.. sekali lagi saya tanya pada diri saya, wujud ke manusia baik macam ni? Dalam novel je ni…XXXXXXXXXXXXXX Farah ni pun menderita sakit kanser tapi tunang dia.. MasyaAllah punya la setia… kan best kalau semua lelaki macam tunang si Farah ni. Nak sorang macam ni please!!!!

XXXXXXXX.. masa awal2 baca, saya dapat rasa XXXXXXXni ada kena mengena dengan watak-watak penting ni.. tapi tak tau apa.. pandai sungguh penulis menyorokkan cerita tentang XXXXXXXXni.. syabas dan tahniah.. Dr Adam pun sangat kesian dalam cerita ini.. 
bercinta dengan XXXXXXXX…

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Selain itu, watak Hanafiah Tan pun membuatkan saya tertanya2.. apa kaitan lelaki Muallaf ini dalam novel ini sehingga kesudah, penulis berjaya mengekalkan element kejutan itu.. dan James, ex pakwe Dik Na.. memang sangat jahat.. tapi tak sangka sejahat itu.. padan muka.. dapat balasan!!!

Saya rasa sudah2 la saya dok review watak.. Saya nak share sikit pasal jalan cerita novel ini.. Cerita awal agak slow sebab asyik nak kena baca aksi merpati dua sejol itu.. kejap baik,kejap gaduh.. pastu Dik na ni asyik nak bergaduh dengan mak dia.. yang mak dia asyik nak menjodohkan dengan lelaki yang sekufu..XXXXXXXXXXXX. tapi memang itu real.. Yang paling sedih bila abang kandung dia dibuang keluarga dan sanggup buang title “Syed” nya.. sangat tragis.. 
saya ni soft heart.. cepat sangat sedihnya..

Pada saya, cerita ini agak menarik bila di tengah2.. kerana hampir semua cerita terbongkar satu persatu.. saya suka elemen surprise.. ada elemen surprise yang boleh dijangka dari awal seperti mmg bukan XXXXXXX yang telahXXXXXXX Dik Na.. sebab berkali2 dia nak terangkan hal tu.. and saya terus dapat rasa, memang XXXXXXXXXXXXX afterall..he is my fav watakkan?? Elemen yang tak dijangka.. Abang Janggut itu ialah Dr Adam.. and yang paling tak jangka.. diorang ni XXXXXXXXXXXXXXXXX..

Tapi ada satu part saya rasa penulis dah macam kekeringan ide kot masa Navin tiba2 je boleh tau yang XXXXXXXX tu adalah anak bos mendiang ayah dia.. berdasarkan cerita amma dia.. fuh.. cepat betol Navin jadi Detective Conan.. terus je boleh tau XXXXXXXXX XXXXXXXXXXXX.. bravo Navin..

Cerita ini penuh dengan unsur kekeluargaan dan kasih sayang. itu yang buat saya suka.. dan yang paling penting.. saya suka berangan.. Oleh sebab itu, saya tak berapa happy dengan ending cerita ini.. Saya nak minta izin penulis, ini yang saya imagine untuk ending cerita ini..

Saya harap, Dik Na kahwin dengan Dr Firas (harap sgt mereka bukan XXXXXXXXXX).. nak sangat Kak Ni kawin dengan abang janggut.. huhuhuhu.. kenapa diorang XXXXXXXXXX??
Sangat tersentap jiwa dan perasaanku.. 

Saya berharap sangat, Hanafiah Tan, berbaik dengan bekas isteri dia.. sebab they are so loving couple.. so saya berharap agar XXXXXXXXXXtu wataknya dimeninggalkan.. kejam sangat ke saya ni? 

Dan paling saya harapkan, Dik Na tidak pernah XXXXXXXXX.. huhuhu.. cerita ni ending nya agak happy.. tapi tetap sedih untuk sesetengah watak… Tapi akhir sekali, saya sedar kenapa tajuknya Suamiku Heroku.. sebab Navin telah XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX. 
So, u deserved to be a hero Navin…..

Untuk akhirnya, saya puas hati dengan cerita ni.. well done kak arysa.. Just my one cent review…Thanks!!

*************
WANA, 

tq so much...  I know this came from your very honest side. But there were few words need to be censored ya, due to the better interest of SUAMIKU HEROKU (Arysa Nasir) hu hu. And if you like the title, then the credit should goes to Buku Prima. :))

Monday, December 8, 2014

Power of Consultation

@ TSP's homestay.

Duduk di atas kerusi sambil tiup-tiup kulit tangan yg merah dipercik minyak panas. Babang yg sdg tonton TV, memandang…. 

B : Nape Mi? 
U : Tangan Ummi ni kena minyak panas
B : Nape kena? Ummi buat apa? 
U : Ummi gorengkan French fries kamu tadi 
U : Aduh… sakitnya… ni nnti mesti gelembung
B : Ummi jgn fikir sakit tu. Ummi cuba fikir ttg perkara lain
B : Contohnya, Ummi fikirkan Papa ke, apa ke... 
U : Nape? 
B : Sbb, bila Ummi fikirkan ttg perkara lain.. 
B : Sakit Ummi tu tak terasa sgt... 

Betapa pantasnya masa berlalu. Babang dah berusia 8 tahun 5 hari, hari ni. Nanti pada umur 8 tahun 1 bulan plus minus, dia akan mulakan Tahun 3 @ 9 years age. Pros n cons those yg lahir hujung2 tahun. Muda sgt... hu hu...

He’s growing.  My very eldest young man. Ummi tahu Babang seorang yg memahami n mengerti even Babang selalu buat2 tak tau.


In few matters, he's able to be independent. He's not quite a rice-eater @ rice-box as I am. Bila lapar sesuatu, he can  make something out of anything yang available di dapur @ atas meja. Roti lapis mentega & gula, his favourite. He served it that way, saya senyum sendiri. 

I smile looking at this picture. Teringat mesej di FB Papa, kawannya kata Babang copy paste his father's look but in the 'versi-lebih-handsome'. Ya loh, sikit lebih sbb ada campur genetik Umminya ni (once a while 'motivate' diri sendiri tak pe la ye, hu hu...).


"Barang yang lepas, hai jangan dikenang
Kalau dikenang, tentu menangis
Tiap insan hai tidaklah kekal
Tentukan pulang di mana berasal..."

Sedih baca status2 itu di FB. Ada antaranya yg saya mengerti & ada juga yg saya harus buat-buat tak faham. Saya tahu berat mata memandang, berat lagi hati menanggung. Apakan daya sudah suratan takdir begitu. Be strong. You yourself know that is the only option you have. People have no right to judge, no matter what.

Thinking of them, teringat MDH. Permulaan MDH - kematian seorang tunang yg tragis. Tak diinspirasikan dari mana2 individu @ kejadian. Ia dah siap lama. Kisahnya langsung tak sama & tak serupa. Kalaupun ada cuma sipi saja.

Hai... bilalah nak dapat green light untuk MDH ni. Penantian memang suatu penyeksaan. I tell you that...

Tak pe... tak pe... bak kata Babang, 'jangan fikirkan sangat'. I must start to get back on ADI. So that feeling for MDH can be diverted for a while! 

ADI.... meh sini, meh...

Saturday, December 6, 2014

SUAMIKU HEROKU (Arysa Nasir) - MILLE GRAZIE!

MAHAN was 35 days old when En Ali called. Ptg tu 1st time hujan turun lebat selepas beberapa waktu musim panas n catuan air. STKG lepas penilaian, akan diterbitkan. Leganya rasa. Bersyukur sangat.

Eventually. Penat dah bertahun golek gelantang dengan STKG. Macam2 dah saya usaha. Sampai Dr Idza pun saya minta tolong semak draft untuk terma perubatan. Mood saya selalu off n down. Kesian Papa kena bertabah dengan saya.

Alhamdulillah. TQVM Buku Prima & each  & everybody yang beri trust & ihsan untuk mss ini. TQVM sudi lahirkan STKG sbg baby ke-2 saya pada September 2014. Tajuk barunya SUAMIKU HEROKU, guna nama pena kedua saya Arysa Nasir. Walaupun sedikit terkilan tak guna tajuk alternatif Sayang You Kerana Dia, saya redha ajelah hu hu.

Duduk di rak untuk pertama kali di Pesta Buku Selangor 2014. Gembira saya tengok ia di atas rak. Jualan Gudang Karangkraf pula, tak ada rezeki nak pergi. Tapi skrin kat bawah ni sangat2 beri penawar. Tak apalah walau duduk last2 pun hu hu...

Terima kasih kepada yang sudi beli @ terbeli @ terpaksa beli hasil kerja saya ni. Minta diampunkan hujung tudung sampai hujung selipar RM10 saya untuk semua kekurangan dan kelemahannya ya!



Ni pula ranking lama, 1st month bila ia terbit hari tu. Kalau carta terkini, mungkin dah tak tersenarai kot hu hu. Bukan apa2 pun... tapi ia penawar hati yang sweet buat saya. Jadilah... buat kenangan hingga hujung hayat... hu hu...



Dan terima kasih saya yang utama untuk sumber inspirasi Suamiku Heroku ni, my little sweet sister Dik Sah. TQSM for your Dr Muhammad dan SN Mas! They became Dr Firas & SN Adriana in Suamiku Heroku.  

Pengalaman Dik Sah berkhidmat di hospital UAE dan Jeddah 
byk membantu saya menyempurnakan 
Suamiku Heroku @ SYKD @ STKG

MILLE GRAZIE!
TERIMA KASIH! SHUKRAN! THANK YOU! 

Friday, December 5, 2014

Kekasih Waktu - Noor Suraya

Akhirnya selesai juga bercinta dengan Kekasih Waktu pada 241114. Sungguhlah dah lama sangat tak membaca. Last reading season was when I conceived MAHAN. And this is the 1st book as come-back after almost a year didn't.


Sejak dibeli di PBS pada 1/9/2014, saya dok menggendongnya. Kejap baca, kemudian berminggu hilang. Meroyan cari. Rupanya dalam tempat tepi Camry’s driver’s seat. 

Hampir lunyai dikerjakan MAHAN. Sampai hati baby, gigit Kekasih Waktu Ummi. Ummi sayang amat semua buku. Pantang betul Ummi orang rosakkan buku2 Ummi. Nasib baiklah kamu anak bongsu. Redha ajelah. Macam LHN yang redha aje Che Bunga koyakkan majalahnya hu hu…

Serius, waktu nak mulakan Kekasih Waktu, saya ulang m/s 1, 2 & 3 tu hampir 10x. Nak warm up, nak pull gear membaca buku yang ditulis Noor Suraya, personally for me (tak cakap untuk orang lain ye), agak sukar.

Sebabnya, bagi saya buku Noor Suraya tak boleh hanya dibaca dengan mata kepala. Imaginasi saya memilih untuk terus turun ke hati. Sama seperti bila saya membaca beberapa naskhah lain dari Noor Suraya.

So, kalau hati belum ready, semua perkataan dan frasa tu tak boleh masuk. Sebab tu saya masih belum mula Cintaku Luruh di Oxford hu hu... belum ready. Kena tengok gambar Papa di Oxford banyak2 agaknya baru boleh start baca buku tu kot... hu hu...

Seperti BHAK (Nazurah Aisyah) yang buat saya teringatkan LBN. Kekasih Waktu buat saya pi jenguk Jaja & Din di rak buku. Hai Jaja & Din! Betapa bulatnya bumi ini…


Din, the moment he came back to Malaysia n met his dearest wife, Faiza @ Jaja & Din
When I read this book, I never expected he was taken home by ZAYN....
 When Din met his Faiza, ZAYN @ Kekasih Waktu was there witnessing...

Saya tak mampu cari frasa cantik untuk describe Kekasih Waktu. Pada saya yang memang kaki buku, ia karya indah & hebat dalam kelas dan gayanya tersendiri. Bahasa Kak Su memang ada aura dalam puitisnya. 

Mungkin kerana faktor umur, saya lebih menjiwai watak Farhana dan Imran. Betapa bersetujunya saya dengan pergolakan jiwa dan perasaan mereka suami isteri. Diperjodohkan oleh laluan takdir yang unik. Tetapi didatangi ujian dan dugaan hati begitu. 

Hai... saya terbayang Zaharris Arman (Seandainya.... - Rys Areesa) dalam diri Imran. Man seeking a love signal from his dearest... tapi tidak kelihatan tanda cinta yang mereka inginkan lalu merajuk mengalih haluan kasih.

Dan saya lihat Areena (Seandainya...) dalam Farhana. Betullah, kalau orang sudah tak sayang, nak paksa buat apa. Hati ini Tuhan yang memegangnya.

Walaupun dari mula Zayn di'demam'kan, saya sudah boleh menduga noktahnya, saya tetap harap ia beda. Malangnya, ia tidak seperti yang saya harapkan. Alahai Kak Su... kenapa endingnya harus begitu? Sampai hati...

Saya juga rasa menghampiri hujung naskhah, Kak Su macam nak cepat-cepat habiskan je Kekasih Waktu ni. Kalau ada lagi few chapters mungkin better kot. Atau sebagaimana Kekasih Waktu ini 'bersaudara' dengan Jaja & Din, apakah memang ia dilalukan begitu bagi memberi petanda akan ada sequel untuk Dian dan Mubin? Atau akan ada sequel hati pasangan veteran untuk Farhana dan Imran?

Kekasih Waktu, terima kasih untuk pengalaman dan ilmu. I wish someday I could be standing in front of Taj Mahal with my dearest Papa... rewinding Zayn's memory.

Wednesday, December 3, 2014

And It's December Again

2 minggu lalu, dia kata...

B : Ummi, tak lama lagi birthday saya.
B : Ummi jangan lupa kek saya ye...


U : Abang nak Ummi buat kek coklat?
B : Okay juge! Nanti Ummi hias dengan krim strawberry ye.
B : Abang nak... (bla bla bla)

Adoi, scary dengar description Babang berkenaan kek yang dihajati. Ummi cuma tau yang basic je. Tempah ajelah jawabnya pada isteri kawan Papa (yang bake kek Decemberian).

Few minutes before 3rd December this year comes to it's end. Saya nak simpan sharing ini pd hari ini juga. Hopefully sempat hu hu...

Balik kerja tadi sempat buat bihun sup. Dah lama berhajat nak beri my homemade cooking pada twin babies depan rumah yang yatim, tiada ibu sejak berusia 8 bulan. Dipelihara single father... aduhai. Tiap kali keluar rumah, pandang rumah mereka pun hati saya sayu. Apa lagi kalau pandang mereka... apa daa saya...

Kek pertama Papa potong2 dan hantarkan ke rumah jiran2 bersama puding laici yang saya buat malam semalam. Itu je yang sempat dibuat dalam minggu dan bulan yang hectic n pack di pejabat ni. Disember kan... year end closing. Niat sedekah untuk Babang.

Babang bersama kek yang dihajati...
kek kedua yang dipotong bila nek imah, tok jamali & bang chik lan sampai...
Birthdaynya diraikan nek imah, atok jamali & bang chik lan...
suka tengok bang chik lan makan bihun sup sampai 3 kali tambah... 
Wah... tahun ni Babang ada adik baru untuk raikan birthdaynya...
Happy nya MAHAN... sayu hati saya...

Happy 8th Birthday Babang!
Ummi, Papa, Didik & MAHAN love you so much!

Ummi sayang kamu seluas langit yang biru tu, tau!

PAGEVIEWS