Saturday, December 6, 2014

SUAMIKU HEROKU (Arysa Nasir) - MILLE GRAZIE!

MAHAN was 35 days old when En Ali called. Ptg tu 1st time hujan turun lebat selepas beberapa waktu musim panas n catuan air. STKG lepas penilaian, akan diterbitkan. Leganya rasa. Bersyukur sangat.

Eventually. Penat dah bertahun golek gelantang dengan STKG. Macam2 dah saya usaha. Sampai Dr Idza pun saya minta tolong semak draft untuk terma perubatan. Mood saya selalu off n down. Kesian Papa kena bertabah dengan saya.

Alhamdulillah. TQVM Buku Prima & each  & everybody yang beri trust & ihsan untuk mss ini. TQVM sudi lahirkan STKG sbg baby ke-2 saya pada September 2014. Tajuk barunya SUAMIKU HEROKU, guna nama pena kedua saya Arysa Nasir. Walaupun sedikit terkilan tak guna tajuk alternatif Sayang You Kerana Dia, saya redha ajelah hu hu.

Duduk di rak untuk pertama kali di Pesta Buku Selangor 2014. Gembira saya tengok ia di atas rak. Jualan Gudang Karangkraf pula, tak ada rezeki nak pergi. Tapi skrin kat bawah ni sangat2 beri penawar. Tak apalah walau duduk last2 pun hu hu...

Terima kasih kepada yang sudi beli @ terbeli @ terpaksa beli hasil kerja saya ni. Minta diampunkan hujung tudung sampai hujung selipar RM10 saya untuk semua kekurangan dan kelemahannya ya!



Ni pula ranking lama, 1st month bila ia terbit hari tu. Kalau carta terkini, mungkin dah tak tersenarai kot hu hu. Bukan apa2 pun... tapi ia penawar hati yang sweet buat saya. Jadilah... buat kenangan hingga hujung hayat... hu hu...



Dan terima kasih saya yang utama untuk sumber inspirasi Suamiku Heroku ni, my little sweet sister Dik Sah. TQSM for your Dr Muhammad dan SN Mas! They became Dr Firas & SN Adriana in Suamiku Heroku.  

Pengalaman Dik Sah berkhidmat di hospital UAE dan Jeddah 
byk membantu saya menyempurnakan 
Suamiku Heroku @ SYKD @ STKG

MILLE GRAZIE!
TERIMA KASIH! SHUKRAN! THANK YOU! 

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS