Friday, April 2, 2021

Baby @ PdPC 2021

Mumi nak throwback untuk simpan memori Baby masuk darjah 1... :-)

20 Januari 2021 

Sesi persekolahan 2021 bermula. Tapi disebabkan statistic C-19 burst, maka semua makluman & orientasi plus kelas dibuat secara dalam talian / online.


Err... Mumi mmg bukan antivaksin, sbb Mumi ambil je segala imunisasi & vaksin untuk diri sendiri (Ibu la yg urus dulu masa Mumi kecil), dan Mumi juga mmg ambil semua scheduled imunisation untuk Boys. Tapi.. untuk Vaksin C-19 ni, Mumi mcm agak slow sikit... walaupun slow, insyaAllah bila tiba masanya nanti mumi steady la kot :-)

Alhamdulillah, Baby tak demam atau meragam bila ambil suntikan imunisasi Y1 ni. Dan mujur juga pihak sekolah aturkan ketika masih PdPR. Sekurang2nya, boleh rehat di rumah sambil ikut kelas online.


01/03/2021 

Sekolah secara PdPC dibuka. Walaupun statistik masih ngeri masa tu, tapi excitement anak-anak nak ke sekolah, especially Baby & rakan sebaya yg akan jejak kaki ke Tahun 1, menyebabkan Mumi tawakal dgn segala precautions effort yg perlu. Atr yg wajib bawa Beg SOP :-)

InsyaAllah... Allah akan naungi & lindungi. 


Tahun ini, Baby &  2 sepupunya, Firas (paternal side) & Didi (maternal side) yg sebaya, melangkah ke Tahun 1 di lokasi berbeza, dlm negeri yg sama. Dlm hiba, Mumi tetap bangga lihat Didi. Be strong Didi, walaupun tanpa susuk seorang bapa yg dah hanyut dlm kepentingan diri bila diuji gelora dunia, kamu bertahan kuat. Be strong ya utk Mama kamu strong juga. PaMi & abang2 sentiasa ada. Mumi sentiasa mendengar & memerhati... setidaknya, dlm doa kami. Hidup ini memang fitrahnya diuji.

Tahun ni, Mumi agak hiba. Kalau time Babang & Didik masuk Tahun 1 dulu, mcm2 gambar gelagat dpt rakam & simpan. Tapi kali ni, ibubapa tak dibenarkan masuk ke dlm kwsn sekolah. Mumi okay je, Mumi faham...

Dan Mumi syukur sangat sbb Baby seorang anak yg berani explore. Dia sgt excited masuk sekolah. Tak nangis pun, gantung2 kat kaki tangan PaMi :-) PaMi lepaskan kamu ke dlm kwsn sekolah dgn pengawasan guru-guru, dgn sgl restu & redha, mengharap naungan & perlindungan Allah.


These are the memories on the 1st day. Waktu pagi, Baby akan ke sekolah agama. Mumi letakkan di sekolah yg sama seperti Babang & Didik. Selain mudah utk urusan pergi-transit-balik, PaMi pun dah selesa di sini. Mumi dah biasa & sangat berterima kasih dgn tenaga pengajar di sini yg sgt bertoleransi & prihatin. Ustaz/Ustazahnya pun dah familiar sgt dgn 'Amir 3 Beradik'. Maka inilah dia Amir yang bongsu... 

Sesi petang, Baby ke sekolah kebangsaan juga. Mumi mmg tak pernah ada intention utk letak anak2 di SRAI krn tak compatible dgn waktu kerja PaMi. Lagipula, Mumi ni ala kadar balancing yg lebih prefer this method, sekolah agama & sekolah kebangsaan berasingan. 

Lihat SOP yg dipraktikkan si sekolah, Mumi kasihan dgn guru-guru. Serius, mesti guru-guru amat keletihan... moga syurga jua Allah tempatkan para guru kita yang soleh & solehah serta amat prihatin kpd anak2 didik mereka.

Hari pertama ke sekolah kebangsaan, Mumi lupa beri duit belanja. Mujur dah bekalkan air minum & roti. Tapi bila guru kelas htr bbrp pic dlm grup wasap, nampak ada a cup of Milo ice atas meja Baby. Rupanya Cikgu Siti Aisyah beri duit belanja. Esoknya tu Mumi kirimkan sedikit buah tangan sebagai tanda terima kasih Mumi utk cikgu yg sgt baik hati.

Hari pertama di sekolah, ketika ambil dia.. the 1st word was, "Best!"

Hmm... sekolah best katanya. Alhamdulillah. Ramai kawan, ramai cikgu. Belajar itu belajar ini...

Minggu ke-3 sekolah... Baby dah kata, "Penat juga rupanya sekolah ni ya?"

Dan Mumi pun ketawa. Sabar nak... nak senang tu bukan mudah. Ilmu yg ditimba tu bukan senang2 je nak dpt & diperolehi manfaat & barokahnya.

Tapi yg paling Mumi tak boleh tahan, bila Baby tgk je muka Mumi yg dah sampai sekolah, dari jauh dia akan letak jari telunjuk di bibir. Tandanya?

Tandanya, "Mumi, ingat... jgn panggil baby, baby. Panggil baby, Hazmi."

Ya, dia nak kata 'Panggil Saya Hazmi' @ . Mcm tajuk cerita pulak.

Tapi kat rumah, tetap juga dia bahasakan diri dia baby... 


#PdPC
#tahun1


Thursday, April 1, 2021

Feb met Mac

Since berhujan waktu ambil Didik & Baby dari sekolah last Friday (hujan sgt lebat di Shah Alam), Mumi akhirnya kalah juga. Maka, straight dari Monday - Wednesday Mumi bed rest sbb rasa nak demam, suara dah hilang, selsema & wheezing dah datang.

Boys pun begitu. Didik demam, selsema & batuk. Baby selsema & batuk. Babang selsema. Berjemaah anak-beranak bed rest :-)

Today, Mumi gagahkan juga masuk pejabat. Lama sgt tinggal office, nnt tugasan banyak pending. Kat rumah tak boleh nak focus sgt, sbb ada mcm2 benda je yg Mumi rasa nak urus di rumah tu :-) 

Since boys cuti sekolah, Mumi nak utilize lunch break simpan diary birthday budak 2 orang tu. Si Baby yg genap 7yo @ 13 Februari 2021 & Didik 12yo @ 28 Mac 2021. Dan sebenarnya juga... birthday arwah Abah pd 15 Mac juga pemergian Dik Us @ 26 Mac. Haish... 

Tak apalah... Mumi tak moh sesedih. Kita simpan dan kenang yang baik2, manis2...



Bbrp hari sblm tarikh, Baby kept asking about his birthday. Bila sampai waktu, dia tak aware. Persiapan kami hari Sabtu, 13/2/2021 tu bila dia tanya, kami jawab as TQ Party utk Atok Nenek. Sebabnya, tahun ini dia dah mula Darjah 1, means selesailah tugas babysitting Paman & Bik Mah. This time, his sisters siap pasangkan belon HAPPY BIRTHDAY kat dinding. Selalu kami koboi je pun. 

Bila sampai waktu nak celebrate, Bik Mah pun letak kek birthday Baby atas meja. Nek Imah sponsored. Baby masih tak perasan. Bila disuruh baca apa yg tertulis atas kek, he read it. Habis je baca, Baby terdiam. Tergamam kot. Bila semua orang gelak, Baby lari masuk bilik. Alahai... kalau sempat rakam reaksinya tu, mesti jadi sweet memory. Dia tak expect hari tu birthday dia. Menjadilah juga kiranya surprise kami utk Baby.

Dan kemudian bila Baby bawa keluar kek Pandan utk Atok Nenek, giliran Atok Nenek pula surpised & terharu. Kiranya Baby & Atok-Nenek, sama2 kena surprise :-)



Dan Didik, pun tanya tentang birthday nya. Tapi dia kata, 'Alah... Didik dah tau dah surprise-surprise tu...'

Hu hu... Didik dah lali dgn pattern birthday surprise kami. Didik kata dia tak moh kek. Dia request nak headphone macam Babang. Maka, Jumaat 26/3 tu waktu lunch break sementara tunggu sekolah petang, Mumi pun bawa Didik & Baby ke kedai gajet tu. Dia beli hadiah birthdaynya dengan duit tabung sendiri. Baby pun dapat juga tapi guna duit tabung sendiri la ye :-)

Tapi tak ada la sampai hati sangat PaMi nak kecualikan Didik. Kalau pun PaMi tak moh order kek, Nek Imah nya tetap akan buatkan. Sekali lagi, Atok Nek Imah sponsor kek birthday. Kebetulan pula tema biru sama dgn baju bebudak tu.

Kebetulan juga, family Aishah datang paginya utk ziarah Ibu. Petang pula Angah sekeluarga datang & bermalam di Klang. Sbb pepagi Isnin nak bawa Ibu balik ke Sepang selepas sebulan dipinjamkan dek Yaya kepada Baby :-)

Kita sambut ala kadar je la... janji bahagia tu kita syukuri sama-sama. Alhamdulillah...

Happy birthday my dear Baby & Didik.

PaMi sayang kamu sampai syurga.

PaMi sentiasa redha atas kamu sampai syurga.

PaMi berdoa kamu berdua juga Babang & kakak2 sentiasa jadi anak soleh solehah, dirahmati Allah sampai syurga Al-Jannah.


You are our greatest pride and joy
You are the sunshine in our soul
Our little angels, always & forever
Happy birthday dear sons.. Didik & Baby yang manja...

(from your chubby Mumi)


Walk to remember :

Mumi sentiasa akan senyum bila ingat moment tiba-tiba Baby datang & hug Mumi, said, "Kenapalah Baby sayang Mumi ni sangat-sangat?"

Sebab... kamu syurga Mumi, dan Mumi adalah syurga kamu! :-)


#birthday
#baby's7th
#didik's12th

Friday, March 26, 2021

Pitching RTM (II) : Drama Bersiri Adaptasi

Untuk Need Statement RTM (Perolehan 2022) Mumi cuma sempat hantar 2 proposals je pd coach SSAG. Both are telemovies. HSK & SA. Yg berjaya lepas 1st saringan utk dpt panggilan pitching cuma HSK. I guess SA tak berjaya sbb pitching telemovie dah lepas. Baru2 ni pun dah masuk fasa pitching drama bersiri & adaptasi.

Mumi bersyukur HSK buka peluang Mumi utk pengalaman pitching. Walaupun pengalaman #pitchingtingkat4 tu agak scary, tapi apa yg panel tu katakan betul je. Tak apa... dah lepas. Mumi seronok je dgn pengalaman pertama Mumi tu. Lulus tak lulus, itu rezeki & izin Tuhan je. 

Next time, Mumi dah ada idea sikit how to improve my proposal :-)

Sunday, 21/3 sdg otw balik dari bawa kids & ibu jalan2 di Pantai Remis, coach texted me to represent her utk pitching proposal adaptasi on 24/3. Erk!? Udahlah Pa masuk site 23-24 tu... cane Mumi nak pi RTM? Drive sendiri, tidaklah Mumi sanggup menapak jejauh mendaki Angkasapuri tu. Belum sampai kot kang ambulan yg kena fecth Mumi ke hospital. Hu hu...

Tapi Mumi tetap nak pergi! My 2nd experience. Telemovie dah pitch. Now peluang pitch adaptasi pula. Coincidence novel ni Mumi yg suggest pd coach bila diminta. Last minute, adhocly... yg Mumi terfikir hanyalah rakan writer, si adik cantik yg dah berniqab, #eijakhadeeja.

Mumi & Eija Khadeeja kenal ketika sama2 attend kursus penulisan skrip bwh bimbingan En Zabidi Mohamed. Mumi's 1st ever scriptwriting class. Tapi masa tu tak tergerak hati langsung nak try & teruskan usaha tulis skrip tu. Now, dah tua-tua baru nak bertatih. Tapi tak apa... orang putih kata 'it's never too late to follow your dreams, and there's no time like the present to start'. :-)

Mumi minta Eija beri sinopsis & Mumi edit sikit. Bila nak buat proposal penuh utk Coach, tiba2 kami dpt berita kematian ayah saudara Pa (Che Haris) di Teluk Intan. Coach pula masa tu dah rushing nak balik Penang sbb announcement PKP2.0 yg sekat pergerakan rentas negeri dah dikeluarkan. Aiyo...

Maka Mumi cuma beri sinopsis & coach did the rest. Sian dia...


Bila kena pergi pitch cerita orang lain, Mumi nervous lain mcm. Tak sempat dah nak baca novelnya. Dgn urusan sekolah anak2 & 'stress' kat pejabat... Mumi blur. Alih2 Mumi minta tolong Eija send me her voice note. Tu dia! Eija pitch 32 minit full story nak kasi Mumi faham :-) And I have to compressed it into 10 minutes real pitching time. Tapi kenapa Mumi rasa masa Mumi dlm bilik pitching tu lebih lama dari 10 minit ek?

Dan Mumi pun dgn blur-blur, berbekalkan izin Tuhan, dgn doa penulis novelnya, dgn harapan coach, dgn blessing Pa & anak2, dgn doa & bantuan Bob - UiTM mate @ jiran yg 'Grab'kan Mumi ke RTM, sanggup tunggu & htr Mumi balik ke pejabat semula... maka Mumi pun pitch la dgn penuh tawakal tapi excited. :-)

Sebelum & selepas pitch, Mumi minta maaf dgn Eija, coach, even dgn En Fakri (wakil Producer) utk semua weakness Mumi. Che Fakri kata Mumi did my best dah kot & managed to answer all the questions from panels. Bak kata coach, jawab je... janji confident :-) Tapi Mumi dah study juga sikit2 sbgi bekal utk defend pitching MDS. 

Kali ni, Mumi dpt panel yg 'all-ladies'. Tak scary or psiko, cuma baaaaanyaaaak soalan. Tapi Mumi suka bila orang tanya. At least Mumi boleh keluarkan apa yg Mumi rasa nak sampaikan.

Dan Mumi juga jumpa Sifu kpd sifu-sifu Mumi iaitu Tuan Mazelan Manan. Mulanya Mumi segan, sbb MM scriptwriter tersohor. Mumi ni pulak menyibuk je hu hu... Tapi as to pay respect, nak balik tu Mumi sapa juga. Mumi terharu sbb MM sgt humble & fatherly. Ada nasihat2 & panduan juga dia beri pd Mumi selain berkirim salam pd Sifu Mumi, coach SSAG :-)

So, that was it. My 2nd pitching experience. :-) 

Mumi mcm ni je lah... slow motion je walaupun Mumi ni nampak kelam kabut mcm the Chipmunks. :-)

Hopefully tahun depan, ada lagi umur Mumi n peluang nak pitching di RTM lagi. InsyaAllah... Aaamiin...


Walk to remember :

26/03/2020 - 26/03/2021 Setahun Dia Pergi #24/1056
25/03/2021 @ 6.05pm Tok Chu (Pak Usu Hamdan) passed away @ HTAR
26/03/2021 Pak Usu sempurna dikebumikan


#missdivasemput
#eijakhadeeja
#pitchingdramaadaptasidirtm
#rtm
#tqayongurusboysbersekolah
#fridaymetime


Friday, March 19, 2021

Pitching RTM (2022) : Telemovie

Tuesday, 16th March petang...  coach SSAG hantar text panggilan pitching ni. Terkedu Mumi sekejap. Sebab tarikh pitching tu Khamis, 18 March 2021. Dekat sgt... nak prepare apa & mcm mana dgn kerja yg heavy dan uruskan anak2 bersekolah. Pengsan la Mumi....

Coach kata, mmg tahun ni semua diberi short notice. In fact, ada perubahan method juga. Kalau previous years, every title registered akan dapat tarikh pitching. That's the reason why coach encourage kami submit proposal to gain pitching experience .

Tapi tahun ni katanya, mungkin atas faktor SOP pandemic juga... RTM dah siap2 saring proposal. Filtered, then only called for pitching. Maka, Mumi terkedu juga bila HSK ni lepas saringan awal. Means, tanggungjawab tu lebih besar. Pergi pitching bukan sekadar utk dapatkan pengalaman & ilmu, tapi pun dengan 'harapan' to be selected.


Udahlah sejak Baby & Didik dah bersekolah fizikal ni, Mumi keletihan yg amat. Malam je Mumi lunyai awal. FRAN pun baru ni buka. Banyak diari pending nak simpan dalam FRAN. Nanti pelan2 Mumi usahakan...

Tried to study & practice... tapi tak boleh. Papa pun suka menyakat... time nak practice, time tu dia bawa si bobo bonsai kelapa tu utk tanya idea design :-)



Mumi harap coach boleh masuk bersama waktu pitching. Tapi tahun ni hanya seorang pembentang & seorang wakil penerbit saja boleh masuk sesi, plus coach sendiri berderet proposalsnya utk dia pitch juga. Maka Mumi kenalah kuatkan semangat & berdikari.

Dahlah 1st time jejak kaki ke Angkasapuri tu... dengan on time je sampai ke tempat pitching, rasa nak tercabut lutut dengan jantung Mumi. Mujur juga Ren, wakil producer ada sesi pitch lain & belum sampai ke tempat kami. Dapatlah Mumi rehatkan jantung yg laju tu sekejap. Phewww...

Dari atas, Mumi nampak Papa sabar je tunggu kat bawah. Thank you Pa... Mumi hargai dokongan & sokongan Pa... Terima kasih Allah pinjamkan Mumi seorang kawan, partner, boss, punching bag dan suami yg walaupun tidak sempurna tapi sudah memadai bagi Mumi seadanya dia.

Mumi pitch di Tingkat 4, Wisma TV. Mumi pasrah je sbb bila tahu limit masa 8 minit, Mumi blur. Nak cakap apa 8 minit? Mumi practice kat depan Pa, pitching senafas pun dah makan lebih 10 minit. 

Walaupun Mumi pernah buat lecture, buat presentation kerja... tapi yg ni lain perasaannya. Hu hu...

Alhamdulillah, Ren kata Mumi pitch okay je, walaupun Mumi tau semua yg Mumi practice jadi total berbeza dgn apa yg Mumi pitch. Awal2 pun Mumi dah nampak signal psiko panel, tapi Mumi tried to ignore. Yg penting, misi Mumi masa tu, Mumi mesti habiskan pitch sebaik mungkin dlm waktu yg diberikan. Tak moh kecewakan coach & producer.

Cuma belum sempat Mumi nak masuk ending, panel dah interupt walaupun bell penamat belum bunyi. Then bermulalah Q&A dan sesi psiko. Pheww... adalah few incidents yg buat Mumi berderau. Tapi pun betul juga panel tu kata... tak apalah Mumi ambil pelajaran darinya.

And... now I know how the pitching session goes on. Biasa dengar masa kelas, dan masa coach suh rehearse pitching dalam kelas, tapi be in the real pitching... okaylah Mumi mengerti dah. Hu hu...

Malamnya, hot topic script writers adalah #pitchingtingkat4 di RTM. Panel viral katanya... psiko. Bilik2 & level2 yg lain, okay je panelnya kata mereka. Tapi entah kenapa, Mumi tolerate. Sampai ke malam tu, Mumi tergelak bila teringat sesi psiko Mumi tu. Mumi boleh je terima cara panel tu, ada kebenaran juga apa yg dia kata. Mungkin sbb Mumi anggap ini 1st lesson Mumi kot... 

Makanya, berbekalkan naskhah proposal Hanya Seorang Khadeeja ni, Mumi dapat sampai ke tahap filtered by RTM dan pitch sekali. Alhamdulillah...

Apapun keputusannya, Mumi tawakal je. Mumi dah happy sgt2 dapat sampai ke tahap ni. Mumi appreciate tunjuk ajar coach SSAG dan juga SP. 

Sabar ya, Khadeeja... :-)


#pitchingrtm
#pitchingtingkat4
#hanyaseorangkhadeeja
#strangefilmsdnbhd

Monday, February 1, 2021

AMIR ANAK UMMI… AMIR ANAK MUMI…

All these while, selalu ignore kes2 maut penderaan anak2 kecil oleh keluarga & ibubapa. Buat buta pekak tuli. Takut jantung Mumi berhenti berdegup. Apa pula jadi dgn anak-anak sendiri. Pun, takut tambah dosa. Nanti terkeluar segala butir perkataan yang tak sepatutnya. Fitnah & dosa mencela.
 
Tapi… yang ini entah bagaimana tertengok. Cuba tahan juga asalnya sejak Jumaat tu. Buat bodoh, scroll up scroll down. Tapi Allah jugalah yang mendorong & membolak balikkan hati. Jumaat malam, terbaca sedikit. Kesannya airmata tak boleh berhenti. Sehingga ke Subuh tak mampu lelapkan mata. Mungkin apa yg diviral & diperkatakan di media sosial tu bukan kebenaran mutlak. Nafikan pun, airmata tetap tak moh berhenti. Nafikan pun, mata tetap tak pejam. Nafikan pun, hati tetap luluh remuk redam.
 
Sampai skrg tetap tak tergamak lihat video perpisahan Amir dgn keluarga angkatnya. Mumi elak lihat gambar2nya. Satu gambar dia menung di jendela tu pun Mumi rasa sampai hujung nyawa Mumi akan tetap wujud di ruang mata. Kalaulah… Ya Allah…
 
Mumi yang tak kenal, tak tahu menahu… hidup sengsara dua hari ni. Bagaimanalah pula kesengsaraan keluarga angkatnya. Terutama Ummi yg menatang sejak bayi, 2 bulan umurnya hingga 6 tahun. Haish…
 
Amir anak Ummi…
 
This life story is so close to me. Namanya ada initial Amir. Nama anak2 Mumi pun dgn initial Amir. Anak Ummi… ya, Mumi mmg dipanggil Ummi oleh anak2. Cuma Mumi tukar panggilan tersebut sebagai Mumi dlm diari atau status penulisan. Rawang, tempat tinggal Ummi Amir sekeluarga, juga tempat Amir membesar melihat dunia… adalah juga tempat Mumi. Dan orang-orang tersayang Mumi ada disemadikan di Rawang. Abah & Dik Us...
 
Dan ketika melihat kereta Avanza yg Ummi sekeluarga naik saat selesai mengiringi perjalanan akhir Amir, Mumi terbayang Avanza kami yg sedang parkir di luar pagar rumah. Amir disemadikan di Jasin, juga pernah jadi tempat Mumi menimba ilmu dulu. Everything is so close…
 
Awalnya Mumi marah sangat, benci sangat pd yg disyaki melakukannya. Tapi rasa marah & benci tu buat Mumi lagi sengsara. Sudahnya pagi tadi Mumi cari apa yg ditulis oleh Asiah Abd Jalil (AAJ) dlm FBnya ttg isu ini. Selalu mmg begitu, Mumi selalu refer ulasan peguam ini utk sebarang isu yg berlaku. I don’t know why… tapi dari dulu Mumi selalu akan baca ulasan AAJ compared to opinion & views of others.



Bila dah baca, baru airmata Mumi berhenti pelan2. Baru hati Mumi lapang pelan2. Betullah tu kata AAJ… ye lah… Mumi berlapang dada. Tak mengapa, yg mengkhianati sebuah keinsanan apatah lagi tanggungjawab & amanahnya, akan tidak pernah mampu lari dari hukuman & pembalasan di dunia & akhirat. That, I have faith...
 
Lagipun, Alhamdulillah… dah selamat berangkat anak kesayangan hampir seluruh masyarakat di Malaysia ini… anak Ummi…. anak Mumi…
 
Tiap kali pandang my 3 Amir, especially baby yang sebaya dengannya… airmata bergenang juga. Terkenang alangkah ruginya ibubapanya mempersia-siakan dia. Tahu ini takdir Allah. Tahu dah sampai janji usianya. Tapi… Mumi bukan angel. Mumi manusia biasa yg banyak dosa, kelemahan, kekurangan. Hati Mumi sgt fragile, iman Mumi sgt nipis, lebih nipis kot dari kulit bawang.
 
Tetap terkilan… dia tak sempat rasai alam persekolahan seperti baby & kawan2 lain. Tak apa Amir... ilmu utk kekal bahagia di akhirat itu sudah kau miliki, sayang. Tak sempat rasai kebahagiaan & lalui cabaran kehidupan di alam dewasa. Tak apa juga Amir... dunia ini mmg sementara, banyak pancarobanya, Mumi sendiri bimbang bagaimana kami yg hidup ini dapat melepasinya tanpa kehilangan rahmat & kasih sayang Allah. Tak sempat merasai lebih lagi kasih sayang Ummi seluruh keluarga, apatah lagi belum sempat rasanya utk menyesuaikan jiwa dalam keluarga kandungnya. Tak apa... dari alam rahimmu sudah kau diberitakan tentang itu dan kau tetap rela melaluinya. Wallahualam.
 
Hak yang dinafikan… tak mengapalah anakku Amir…

Sesingkat usiamu di dunia, kau sudah menikmati bahagia itu dalam dakapan Ummi yang mengasihimu sepenuh jiwa raga. Anggaplah sedikit saja kau bertahan semampu kudrat kecilmu dlm tempoh ujianmu di dunia bersama waris yg ‘berhak’. Dan kini, selamat sudah perjalanan terakhirmu kembali ke dalam dakapan Pencipta, kekasihmu yg awal & akhir. Yang lebih mencintai kamu, anakku Amir.
 
Kamu melihat... kamu merasakan… insyaAllah kamu mengetahui. Doakan kesejahteraan keluarga Ummimu, doakan mereka kuat lalui baki kehidupan tanpa kamu. Dan moga juga seluruh warismu, beroleh hikmah dan hidayah andai benar mereka khilaf.
 
Mumi ajar hati untuk tidak judge. Tahu setiap insan ada takdir dan bahagian cerita serta ujian masing-masing. Mumi seperti yg lain, hanya orang luar yang masih dipinjamkan Allah sedikit nilai insan dan hati yang belas. Alhamdulillah, moga Amir lihat dan rasakan hati kami yang menangis mengiringi kamu...
 
Beruntunglah kamu anakku Amir, lepas & bebas ke taman syurga yg kami masih idam. Terlepas & bebas dari ujian akhir zaman & fitnah dajjal yang kami semua sangat takutkan & berdoa agar dipelihara dalam lindungan.
 


Amir Qusyairi…
Mumi akan selalu bisik pada anak2 Mumi yang ada ini… Amir Sofi, Amir Zafri dan Amir Hazmi…. untuk bawa mimpi, harapan & keinginan kamu yang tak tercapai di dunia. Mumi akan cuba realisasikan untuk kamu… insyaAllah.
 
Amir Qusyairi…
Kamu juga anak Mumi…
Bersemadilah kamu dengan tenang…
Dan kekal abadilah di taman syurga menunggu orang2 yang akan kau nantikan kehadirannya untuk kau sambut tangan mereka ke pintu Firdausi… 
 
Untuk seorang Ummi Norlida, terima kasih dari seorang Mumi ini yang bukan siapa2 kerana telah memberikan kebahagiaan selama usia yang dikurniakan Tuhan buat anakku jua, Amir Qusyairi… kuatlah & berlapang dadalah melepaskan dia pergi.

Diari ini untuk pedoman kehidupan Mumi... untuk melegakan perasaan Mumi yang sengsara beberapa hari ni... agar airmata Mumi ni dapat berhenti. Dan Mumi harap dapat melupakan trauma ini juga...

Mumi hanya mampu kirimkan doa & Al-Fatihah dari jauh untuk allahyarham Amir Qusyairi. Moga2 ada sedikit waktu di akhirat nanti Mumi dapat bertemu kamu juga sebagai hamba Allah dengan hamba Allahnya yang lain...


#amir
#amirqusyairi
#amiranakummi
#selamatberangkatamirkusayang

PAGEVIEWS