Friday, August 31, 2012

Kek Batik Marie Sofi!

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55!

Err... tapi saya cuma nak cerita tentang Kek Batik je.. bukan kek Bendera Malaysia, hu hu...

Saya tahu bagi orang lain kek ni sgt lah senang nak dibuat kan? Tapi selama ni saya tak pernah ada hati nak buat sampailah si AB sibuk menyebut.

So, cuti weekend yang panjang bermula Sabtu 04082012 tu, saya beroperasi di dapur. Kebetulan kami memang di rumah tak boleh ke mana-mana. Babang kena Chicken Pox...

Raya ke-4 di rumah Ibu pun saya buat lagi. Ibu prefer my choc cake moist most. Bibik pula yg sangat sukakan kek batik ni. Siap simpan seloyang untuk dirinya senditi. To date sudah few times saya buatnya and each time, lain texturenya. Entah apa masalahnya pun saya tak tahu... tak apalah, janji boleh dimakan. Especially si Babang yang memang sudah kemaruk dengan Kek Batik sampai sanggup tolong di dapur, hu hu...

Hmm... how Babang bakes Kek Batik Marie Sofie...

Bahan-bahan A:
1 ketul Buttercup (250gm)
1/2 cawan gula halus
4 biji telur (saya guna 3 je)
sedikit esen vanila

Bahan-bahan B:
1/2 tin susu pekat manis F&N
1/2 cwn air suam
7 sudu besar serbuk Milo
7 sudu besar serbuk koko (nak sedap guna Van-Houten)

Bahan utama : Sepeket biskut Marie perisa biasa yang dipecah empat (saya tersalah beli perisa coklat sampai harus beli yg baru hu hu)

Nak buatnya pun sama je mcm yg semua orang buat juge...

Bahan A : Butter dan gula dipukul bersama hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Hu hu.. macam nak buat kek pulak...

Bahan B : Milo, koko dan susu dicampur dalam satu bekas. Kacau supaya tak berketul. Then tuang air suam, kacau rata.

Get another periuk. Campurkan A dan B. Letak atas api kecil. Kacau hingga bancuhan mendidih dan agak likat. Masukkan pula Biskut Marie yang dah dipecah2 tadi. Kacau rata dan off api. 

Sapu sedikit planta pd permukaan loyang n tuang bancuhan tadi ke dlmnya. Padat-padatkan ia. Bila dah sejuk masukkan dlm peti sejuk.


Gaya Didik n Babang makan Kek Batik Marie sambil tengok kartun...

3 comments:

  1. kalau resepi liyly..x letak telur,so boskut jd rangup n rapuh.kalau letak telur mcm lembik sikit..tp sedap jugak, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. baru tau ada 2 jenis batik - kek dan biskut. nanti nak cuba resepi yg jadi biskut batik pula hi hi...

      Delete
    2. aah kalo lili buat resepi nye simple sgt. malas la katekan.. cume gune buttercup, susu, serbuk koko sikit, milo & biskut merry.

      bleh je gune biskut yg perisa choc.. hr tu lili pnh buat siap campur2 lagik. hehe

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS