Monday, August 27, 2012

Banyaknya Cerita!

S A L A M   A I D I L F I T R I !

Mohon ampun maaf zahir dan batin.
Mohon dihalalkan segala makan minum, ingatan dan doa,
kata-kata,  bantuan dan segalanya ya...

Pheww... baru dapat tengok FRAN. Nak qadha bw dan bj dan banyak nak tulis dalam diari (hu hu kekunun...).

Semalam satu hari suntuk berkemas rumah atas bawah sorang-sorang. Nasib baik tak ada orang datang raya siangnya tu. Orang berkemas sebelum raya, tapi saya berkemas lepas raya... tak pe lah, ini je masa yang tersempat adanya. Alhamdullilah larat lagi memulakan hari pertama selepas raya di office hu hu.

Traffic best je pagi ni walaupun Papa Nasir sibuk dok suruh saya cepat keluar rumah sebab hari hujan, takut jammed. Awal sepuluh minit saya punch card hari ni. Kan best kalau hari ni cuti lagi. Raya sebulan, boleh tak kalau nak cuti sebulan gak?

Boleh.. kalau pejabat ni sendiri yang empunya! Kuikuikui... Babang pun tak protes pi sekolah hari ni RAN...

Hidup saya di pejabat hari ni amatlah tenteram. Ramai yang belum balik kot, sebab tu tak banyak masalah nak diselesaikan hu hu... tugas-tugas sendiri pun dah banyak yang dilangsaikan sebelum raya hari tu. Tinggal satu dua heavy task, masih tak de hati nak buat. Tgh cari idea cemana nak buat benda-benda tu semua supaya tak redundant dan penting ia harus reliable.

Yang pentingnya esok saya cuti!

Ya, cuti lagi. Sebabnya.... sebabnya banyak perkara nak diuruskan. Hmm... hidup manusia yang penuh dengan urusan duniawi. Tak pe lah, entitled leave ada banyak lagi. Bukan cuti saja-saja. Guna untuk yang perlu pun tak habis-habis juge cuti tu. Akhirnya kang bawa ke pension scheme... kot sampai pencen... kot tak sampai? Heh heh...

Hah, esok cuti... lepas settle semua urusan, hopefully dapat tulis FRAN! Banyaknya cerita..

How's life all!?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS