Monday, August 27, 2012

Memori Ramadhan 1433H

Saya nak cuba tulis sempoi. Tiap kali saya tulis semua ayat saya jadi macam formal. Mesti orang yg kalau ada nak baca pun boring kan?

Tapi bila saya teringat satu phrase of a senior writer, ".. kalau nak jadi penulis, first thing betulkan tulisan dan ejaan...", terubat hati sikit. Tak apalah... saya tulis formal sikit untuk belajar jadi writer dan tulis gegiler sikit untuk suka-suka hati hu hu...

Hari ni dah 9 Syawal. Ramadhan lagilah sudah jauh pamit. Masih terbayang rutin hidup kami dalam Ramadhan itu. Everyday iftar di rumah sendiri dgn menu mudah yg boleh disediakan dalam tempoh terbatas. Even Ramadhan beri kelebihan untuk pulang awal tapi sampai rumah still 6 lebih. Traffic jammed segala...

Sebab itu selalu saya dihantar oleh Papa Nasir dengan motor je. Kadang naik motor kecil dan kadang naik si Wewek. Sebolehnya saya tidak mahu naik Wewek. Azab.  Kalau naik motor saya akan sampai rumah awal sikit. Dapatlah hidang sejenis dua makanan. Kalau tak kami makan je kurma, masak nasi goreng (lebihan nasi sahur) dan kuih kalau pergi bazar. Masalahnya ialah Papa Nasir kalau ke bazar Ramadhan sangatlah cerewet dan memilih. Punya banyak variasi makanan, satu pun tidak ada yang dia mahu. Kengkadang tension juga dengan cerewetnya tu!

Kalau setakat kami suami isteri + my boys tu, tak kisah sangat. Tapi bila anak org pun hidup bwh bumbung sama, kena juga jaga perut dia. Perut =  hati = lidah. Kalau tak nanti pisang berbuah epal pula... 'aku' juga yang buruk segala...

Mungkin inilah yang dikatakan oleh orang tua, bila sampai waktu dan umurnya kita akan makan apa yang perlu. Waktu itu berbuka dengan lima suap nasi dan dua cawan air sudah buat saya tak boleh bangun dah. Ke bazar pun jarang. Kalau nak minum ais, bancuh sendiri di rumah. Cuma beli teh bunga si dia sahaja. Maka Ramadhan kali ini hingga akhirnya saya dan keluarga bebas dari selsema, batuk dan sakit tekak. Alhamdulillah...

Waktu sahur saya masak nasi dan sedikit lauk. Tapi lama-kelamaan, dah penat. Kadang Papa Nasir sahur berdua dengan anak daranya kerana saya tak larat bangun sbb sakit pinggang dan belakang yang extreme. Kadang juga Papa Nasir yang bawakan roti untuk saya bersahur di bilik atas. Terima kasih Papa...

Papa Nasir utilized peluang berterawih di masjid. Awalnya juga kami anak-beranak akan ke masjid untuk berterawih. Kalau Papa tidak bertugas sebagai bilal di surau taman perumahan, kami akan ke masjid tepi sungai Klang. Lama-kelamaan saya hanya terawih sendirian di rumah... hu hu..

Dugaan pun paling berat dalam Ramadhan ini. Lalui je lah dgn keinsafan dan ambil iktibar. Satu cinta yang sering diduga berat, bila masih mampu dipertahankan, moga dengan izin-Nya, akan bersatu jua di Jannah... Insya-Allah. Terima kasih untuk suami yang masih kuat mendukung hati ini kerana Allah Taala... maafkan saya seorang isteri yang tidak sempurna segalanya...

Alhamdulillah ada usia walau saya lalui Ramadhan dengan sisi lopak dan lompong di sana-sini. Menanti lagi ia hadir tahun hadapan. Ramadhan tahun depan, kalau ada usia dan rezeki Papa Nasir kata mahu bertadarus suami-isteri. Insya-Allah...

Ramadhan tahun depan, Babang n Didik dah besar. Babang ikut Papa Nasir ke saf muslimin. Didik je akan bersama Ummi di saf muslimat. Mungkin juga Abby akan ada bersama... mungkin... Insya-Allah...

He never shows it, but he really understand situation. From6, he now drew 5. Will he draw 4 someday? When he asked, "Ummi, dia jahat! Dia buat Ummi saya nangis. Ummi, saya tak ada kakak kan?" How would I answer to it for the better sake of us, here and thereafter. Akan adakah yg bisa lihat sengsara dalam hati saya? Cukuplah...


Ramadhan tahun depan, kalau ada usia dan rezeki, dapat melihat Babang berpuasa tanpa cengkelat! Insya-Allah...  Ramadhan tahun depan, kalau ada usia dan rezeki hendak tukar langsir baru setelah 6 tahun tidak pernah berganti... hu hu... Insya-Allah...

Ramadhan tahun depan, dinanti penuh kerinduan. Moga bertemu jika ada usia yang diberikan-Nya... Aaamiin...

Beberapa mlm dlm Ramadhan lalu
Didik n Babang sabar menunggu kami selesai 8 rakaat terawih

Ada banyak kenangan Ramadhan lalu yang hendak diabadikan. Hmm... sebulan tidak bersama FRAN, konon mahu istiqamah menjalani ibadah puasa dan menunaikan tanggungjawab pd Dia dan keluarga. Al-maklum bila saya dah duduk dpn lappy, semua benda pun lupa hu hu...

2 comments:

  1. bagusnya budak berdua tu leh duduk diam dlm masjid yer.
    wida dah lama tak terawih kt masjid..waiz tu tak duduk diam

    ReplyDelete
  2. angkut sekali toto kecik, bila dapat baring2 diamlah diorang hu hu... tak pe, tunggu W & K besar sikit baru dapat gi terawih kat masjid nanti...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS