Hmm... hari ini saya terpaksa cuti lagi. Sebabnya, Babang demam! Panasnya badan Babang malam tadi... sampai merah bibir dan toy nya.. opps... hu hu.. tengah hari tadi lepas bawa anak-anak ke klinik saya masuk opis sekejap dan kemudian settlekan urusan pengesahan sekolah Babang.
Lagipun saya sendiri tak berapa sihat. Jemari tangan dan kaki bengkaklah pulak... hmm... semalam memasak separuh hari untuk jamuan hari raya di rumah sampai flat... bukan jamuan apapun... kebetulan saya cuti, dan kebetulan ada seorang dua saudara nak datang beraya, Papa Nasir kata baiklah masak banyak dan jemputlah saudara-mara dekat dan jiran tetangga.
As usual, saya cuma masak mee kari dan tambah menu baru iaitu Soto. Kali kedua memasak soto raya ni. First time masa raya ke-7 lalu sbb saudara-mara bertandang. Kira okaylah... better than 1st trial 2 tahun lepas yang saya rasa macam tak sedap langsung hu hu...
Alhamdulillah.. cukup hidangan untuk semua jemputan. Terima kasih saudara dan jiran, kalau tak sedap jangan marah ye... maklumlah chef amatur yang tak pernah pandai-pandai memasak hu hu...
Didik yg tak boleh berenggang dgn Babang... Badan Didik pun dah start nak panas dah tu... aduhai... |
Sedih... hari ni saya sedih... bukan sedih pasal Babang... hu hu... pasal Babang tu saya risau je... tapi tadi dah focus on him. Banyak ragamnya, pening kepala... nak itu, nak ini, nak 'buang angin' @ kentut pun nak cakap... hish! Nak suh kita duk dekat je dgn dia..
Sebenarnya hari ni saya sedih sebab STKG did not make it for the 2nd time... hmm... sedih sangat... saya tahu ia agak sukar diterima jika harus dilalukan untuk komersil.
Tapi tak apalah... Papa Nasir kata, "Esok masih ada...." Ya lah... esok, esok, esok dan esok... Tuhan, berilah saya sedikit lagi kekuatan untuk bertahan dan bersabar...
Again, mungkin ada hikmahnya. Mungkin STKG adalah laluan untuk saya mencari guru dan berguru. Dan guru itu juga telah menyatakan kesudian awal untuk bermuridkan saya... hmm... rasa takut dan rendah diri juga sebenarnya hendak berguru dgn beliau. Maklum saja beliau seorang nama besar yang banyak menaikkan nama beberapa orang penulis tersohor seperti Siti Rosmizah, Anis Ayuni, Aisya Sofea, Damya Hanna dan Ramli Awang Murshid.
Menggigil jemari saat menaip permintaan kepada beliau. Tapi saya tidak buat ini untuk diri saya... I do this for you my STKG. Saya tak bermatlamat material untuk STKG. Cukuplah jika ada yang memahami dan menerima ia untuk dijadikan senaskhah buku... klise nya ayat? Hu hu...
Apapun, terima kasih sangat-sangat En Ali. Saya dah email softcopy nya ya...
good luck for your STKG Yati, dan moga anak2 semua segera sembuh.
ReplyDeleteSalam aidilfitri maaf zahir dan batin ya...
yus kan dulu2 masa di UK, boleh kata setiap kali raya, hidangan utama yus adalah soto. Sampai semua kata, nampak muka yus je, ha!!! rumah Yus ni mesti soto...hihi.
Sekarang lebih suka pelbagaikan....ekekek
thanks Yus, apparently STKG has a very tough way to b born...
DeleteKiranya Yus expert la masak soto ya... soto ni saya kenal masa belajar di melaka dulu... sekarang baru nak belajar buat hu hu...