Sebenarnya jiwa tak berapa nak sihat. Kepala berat dan penat. Dugaan hidup yang tak sudah-sudah. Don't want to talk about all that for the time being.. sehingga ia benar-benar perlu ditangani.
Few sharing tentang what I did in kitchen in last Ramadhan ni saya tulis awal. La ni nak simpan dan share di sini untuk reference saya juga hu hu...
Err.. saya nak cerita tentang asparagus. Papa Nasir pun dulu selalu sebut suh goreng asparagus. Hmm.. saya ni daripada goreng asparagus tu baiklah saya goreng pucuk paku. Lagi sodap!
Tapi demi iftar Nuzul Quran 6 Ogos lalu saya cuba penuhi keinginan Papa. Goreng Asparagus. Jangan gelak tau kalau saya kata saya search cari resepinya dalam Internet. Ya lah... dah orang tak reti masak, beginilah...
Asparagus tu dah beli beberapa hari sebelumnya. Papa suh goreng dengan udang kering. Udang kering!? Hish, biar betul. Macam tak comel je... saya pun sesuka hati tukar udang kering tu dengan udang basah. Saya yang masak kan, suka hati saya le hu hu..

Maka jadilah ia Asparagus Udang Ala RAN (juga pengaruh Masterchef). Cuma again, don't judge my plating ya hu hu...
Guna bahan2 apa yg ada dalam peti sejuk :
1 ikat Asparagus yg saya basuh dan potong serong pepanjang
2-3 ketul baby carrot yg dipotong memanjang (sebab mak karot tak ada)
Beberapa ekor udang basah
Cendawan
Cendawan
Sedikit kicap manis / tiram
Minyak untuk menumis
Garam
2-3 ulas bawang putih ditumbuk
Nak gorengnya pun saya campak-campak je...
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan carrot. Masuk udang dan sedikit garam dan goreng hingga wangi. Saya selalu tak boleh bau wangi tumisan sebab hidung saya kekadang off-function hu hu. Tuang sedikit sos tiram. Kacau seketika then masukkan pula si asparagus.
Orang yg pentingkan kesihatan kata goreng sayur jangan sampai layu. Selain crunchy bila dimakan, ia juga elakkan khasiat sayur tu burn. Tapi kalau saya masak di rumah Ibu, sayur semua memang kena masak sampai lunyai, sebab kalau crunchy nanti orang tua berdua tu kata 'ish, sayur ni belum masak lagi ni!'. Adoila...
Tot-tit-tot-tit jadilah Asparagus Udang Ala RAN saya... padahal kalau orang lain ni nak masak asparagus ni sonang-bai-tu je kan... hu hu...
Okay, hari Nuzul Quran hari tu menu berbuka kami simple je. Asparagus Udang dan Bawal Masam Manis makan dengan Nasi Planta hu hu... sebabnya Papa Nasir nak mengimarahkan Nuzul Quran dengan lebih baik tahun ini....

Didik memang suka sayur. Maka dia makan asparagus ni macam makan keropok. Masalahnya sekarang, Papa Nasir tak ada sayur lain yg dia beli. Asyik nak beli asparagus je... adoilah... saya nak pucuk paku!
hahaha..tekak org melayu, mmg nak cari sayur kg je lah ye
ReplyDelete