Friday, August 31, 2012

Nak Duit Raya Dua!

Suhu Babang tadi 38.7dc. Moderate fever. Spongee kan dia lalu suhu turun 37.7. Lepas suapkan dia makan sikit, dan bacakan doa di ubun-ubunnya, Babang pun tidur. Maka dapatlah saya duduk depan lappy ni.

Raya kali ini, chicken pox menyerang anak2. Babang kena pada 04 Ogos lalu. Doktor kata salah seorang drpd Didik @ AB akan terjangkit kalau belum pernah kena. Jangka masa : menjelang raya. Adoi!

Kasihan Babang. Penuh badannya dengan cacar yg besar2. Dlm hidung, tubir mata, dlam telinga dan bibir pun ada bintik2 yang berair. Kami beri Babang minum air kelapa sebab ibu kata ia akan membuatkan semua cacar tu keluar. 

Babang okay je... tak merengek kecuali waktu malam bila badannya panas sangat. Demamnya cuma semalaman berbanding Didik yg berhari-hari demamnya.

Hari-harinya Babang habiskan dengan berehat bersama games devices. Makan tak lalu. Saya beri apa yang dia mahu - coco crunch, susu, roti, biskut. Kadang bila makan nasi tak mahu pula dengan sup. Nak makan dgn lauk gulai pedas dan sup pedas. Sup pedas tu tomyam sebenarnya... 

Awal Babang kena tu, kami cuba jauh-jauhkan Didik dgn harapan janganlah berjangkit. Dah nak raya! Even Babang pun selalu syuh-syuh adiknya jejauh, "Adik! Pegilah main jauh-jauh. Janganlah duduk kat Abang ni. Tak nampak ke macam mana Abang ni? Abang sedang ada penyakit ni! Nanti Adik kena kang, ha cam mana? Kan Mi?"

Tapi bg Didik, hanya Babang itulah penawar n racunnya. Langsung tak boleh berenggang. Di mana Babang di situlah dia.

Bila Didik pun dijangkiti mulai petang Sabtu sebelum 1 Syawal, maka kami beraya di rumah aje (tahun ni awal raya di rumah mertua). Ibu pesan jangan ibawa Didik keluar, takut bentan. Bik Imah pun kata begitu. Cacar Didik lebih banyak berbanding Babang. Dan yg kelakar campak ada keluar di tubir mata kiri Didik sebiji macam Babang hari tu.

Babang tanya, "Ummi tak pergi raya ke? Ummi tinggal jaga Adik ye? Abang pun tak nak lah pegi raya."

"Abang pergilah raya, biar Ummi je jaga adik kat umah. Kalau abang tak pergi raya nanti tak dapat duit raya..." Hish, apa punya ajaran saya bagi hu hu... sebab itu duit raya dah jadi culture kan...?

He was thinking before saying, "Okay, saya pergi raya. Tapi nanti saya kena dapatkan dua duit raya."

"Eh, kenapa pulak?"

"Ya lah, satu untuk saya, satu lagi untuk adik saya. Kan adik saya tinggal kat umah, sakit..."

Hmm... rupa-rupanya dia buat sungguh! Abah Zaimnya kata memang Babang minta dua duit raya untuk adiknya sekali bila saudara2 hulur sampul. Babang!? Tak baik begitu nak. Terima apa yang diberikan, jangan minta lebih...

Ummi bahagia sangat Babang sayang Didik.. kamu berdua adalah harta paling berharga yang Papa beri untuk dunia dan akhirat Ummi. Jaga Didik nanti kalau Ummi dan Papa dah tak ada...



Dan pada Syawal ke-4, si AB pula yg kena chicken pox. Hmm... selesai 3 beradik. Cuma campak AB sikit je berbanding the 2 boys. Doktor pun kata, lebih baik kena pada usia awal. Makin besar kang makin macam-macam pulak. Ya lah, adults complaint more!

Things yg saya memang dah tahu, kalau anak2 kena chicken pox, elak dr menggoreng dalam rumah, limau jgn simpan, tak boleh bagi makan kicap dan makanan gatal. Bagi mandi air daun semambu. Didik je yg dapat. Hmm.. tu semua pantang dan petua Abah dan Ibu saya.

Selain beri minum air kelapa untuk bagi campak tu keluar, dulu Ibu akan asapkan saya dengan kemenyan. Tapi tak de la saya buat sekarang. Cik Ton pulak kata, elok beri mereka minum air berkarbonat supaya campak cepat keluar. Ooooo ye ke? Baru tau... thank you.

Ubat pula, lain doktor lain ubat yang diberikan. Setakat ubat demam dan calamine lotion tu biasalah. Tapi ada juga yg beri ubat Antiviral. Di kampung saya pula, Dr Jacob pula beri sejenis serbuk purple yang campur dalam air dan bagi anak-anak mandi dengan air tu. Tak yah bilas... 

Apapun, semua dah kena CP. It's said once in life. So hopefully semua akan sihat walafiat semula ya! Didik is recovering but slow... Babang dah baik tapi sekarang berulang demam pula... aduhai... sihatkanlah anak-anakku ya Tuhan...

3 comments:

  1. teringat dulu..wida pon kena chicken pox sbb berjangkit dengan bob.tp tu sebab mak suruh jangkit..senang kena masa kecik katanya.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, doctor pun cakap kalau di barat sorang kid kena, mereka akan kumpul semua kids yang lain dalam satu bilik yg sama, suruh kena juga. senang bila kena kecik2... kalau kena masa besar demamnya lebih teruk dan takut komplikasi yang macam-macam... tambah doktor lg adults complainr more hu hu...

      Delete
  2. lili pulak yg tak bjangkit. umur da 20 tahun br nk kene CP. alamatnye kene jage diri sndiri jela..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS