Saturday, September 10, 2011

SALAM AIDILFITRI

Sudah 12 hari kita meraikan Aidilfitri. Selama itu juga tidak sempat hendak bertemu untuk berkongsi di sini.

Alhamdulillah, telah kami sekeluarga lalui Aidilfitri seadanya. 7 days stayed out fot the first week of raya. Walaupun raya-life sedikit hectic, namun barokahnya masih mampu dinikmati. Tahun ini tahun pertama rasanya melihat Babang Sofi menyedari istilah raya walaupun pada pemahamannya seorang anak kecil.

"Ummi, kita nak pergi mana ni?"
"Kita nak pergi berayalah. Kan sekarang ni hari raya..."
"Ooo... hari raya..."

Itulah pertanyaan pertama Babang. Kemudian dia pula yang sibuk bertanya bila kami berehat di rumah, "Ummi, kita tak pergi raya ke? Jomlah raya..."

Dan sekarang, bila menyarung baju melayu ke tubuh kecilnya dia akan bertanya, "Kita nak pergi raya ye Ummi?" Maka Didik juga jadi begitu. Asyik bertanya tentang raya...

Kalau tahun sebelumnya, saya yang ghairah mengumpul duit raya anak-anak. Maklumlah mereka masih kecil, so yang menerima sampul duit raya tentulah Umminya. Tetapi sekarang Babang dan Didik pun sudah tahu kumpul sendiri.

Setiap kali diberikan duit raya, Babang akan letak dalam songkok yang kemudian dipakaikan semula di atas kepalanya. Sedang Didik pula tidak akan pernah mahu menerima pemberian duit raya dengan tangan sendiri. Sebaliknya dia akan selak poket baju dan unjukkan kepada si pemberi agar si pemberi sendiri memasukkan sampul raya ke dalam poketnya itu.

Sehari dua lagi anak-anak di Tahun Enam akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Raya dalam debarlah mereka sebenarnya...So, good luck and all the best, especially to our eldest daughter, Ayong Nurin Zahidah dan anak-anak saudara dan semuanya. Dengan Bismillah dan tawakkal selepas berusaha, insya-Allah akan ada ganjarannya. Dont' worry...

Namun begitu dalam kemeriahan Lebaran, ada beberapa berita yang sebetulnya menyayukan hati. Kepulangan abadi Wak Yahya @ Solahuddin Bin Yunus, abang sulung abah mertua saya pada 05 Syawal (Sabtu) jam 2 am. Arwah Wak juga merupakan saksi pernikahan saya dengan Papa Nasir enam tahun yang lalu. Begitu pantasnya waktu berlalu...

Hening jam 2.05 pagi 05 Syawal itu saya sebenarnya baru melelapkan mata. Terdengar deringan telefon rumah kampung kerana kami sekeluarga tidur paling hampir dengan telefon tersebut. Disebabkan mata yang begitu berat dan kepala yang sememangnya sejak raya pertama asyik sakit berdenyut-denyut saja, Papa Nasir yang menyambutnya. Namun saat terdengar suara cemas Papa saya terus terbangun. Kelam kelibut Papa mengejutkan abah, Abang Amin dan Muiz lalu bergegas ke rumah Arwah. 

Esok paginya baru Papa Nasir bawa saya ke rumah Arwah untuk baca Yassin dan melawatnya buat kali terakhir sebelum disemadikan. Melihat anak-anak Allahyarham yang sembab mata menangis sedih atas kehilangan orang tua mereka, hati saya juga turut tersentuh. Membayangkan di suatu masa nanti saya akan berada di tempat mereka... apa rasa hati ini nanti...? Atau orang tua yang menangisi pemergian saya jika diri terlebih dahulu dijemput Tuhan...?

Namun begitu syukur kepada Allah kerana saya dan Papa Nasir sempat menziarahi dan berhari raya dengan Allahyarham pada Syawal ketiga lalu meskipun Allahyarham sudah kelihatan begitu uzur, dan tidak mampu bangun dari pembaringan. Merenung wajahnya saat mengucup tangan seorang bapa saudara tua, dalam hati ada detik. Meskipun waktu itu saya tidak tahu apa maknanya, tetapi hari ini saya faham bahawa dalam hati sudah mampu mengetahui melalui renungan dan wajahnya.

Tetapi apa dan mengapa harus kita tangiskan... setiap insan yang bernyawa akan pasti kembali kepada Maha Pencipta. Sepertimana kita semua, biar bagaimana indah dan selesanya rumah sendiri namun masih merindui kampung halaman.. begitu jugalah insan yang sudah ditentukan jadual kepulangan yang abadi. Tabahkan hati, orang yang kita sayangi bukan sekadar meninggalkan fananya dunia, tetapi telah kembali ke tempat yang asal.

Pada hari Ahadnya pula kami mendapat berita kepulangan seorang lagi saudara ke rahmatullah. Allahyarhamah dikhabarkan telah dikejarkan ke Hospital Sabak Bernam namun dipindahkan ke Hospital Teluk Intan kerana keadaan yang agak serius.

Dan pada hari Ahad itu juga, televisyen menyiarkan secara langsung peristiwa ketibaan pulang pasukan media bersama jenazah Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera dan wartawan TV3 yang telah terkorban dalam misi kemanusiaan dan pergolakan di Mogadishu. Pelbagai versi kenyataan dan cerita, namun sebagai manusia kita harus ambil iktibar dan berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Hakikatnya seperti mana yang Bos saya katakan, semua yang berlaku adalah ketentuan Allah. Ada hikmah di sebaliknya. Kadang melalui yang diduga dan terduga itulah pesanan, peringatan, hikmah dan hidayah Allah disebarkan ke seluruh muka bumi dan ke dalam setiap hati insan. Maha Suci Allah, Syukur kepada Allah, Tiada Tuhan Selain Allah, Allah Maha Besar... di atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan.

***********************************************************************************
Kenangan Aidilfitri 1432H



S E L AM A T    M E R A I K A N    A I L D I L F I T R I 
M A A F    Z A H I R    B A T I N

2 comments:

  1. selamat hari raya..
    kenapa sy tak tau arwah wak solahuddin dipanggil wak yahya? emm

    ReplyDelete
  2. err bukan dipanggil... tapi itu nama yang tercatat di dokumen. masa lihat surat nikah kami dulu, baru tahu nama sebenar arwah ialah Yahya @ Solahuddin. Tapi biasa dipanggil Wak Solahuddin je...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS