Wednesday, July 27, 2011

DARAH YANG TUMPAH...

Hari ini saya tidak mampu memulakan hari dengan baik. Semalaman merintih rajuk dengan Tuhan hingga pagi ini hilang daya. Terus demam tak boleh bangun. Bukan merajuk apa... cuma, telah berulang kali saya akui, saya ini hamba-Nya yang sangat nakal. Kejap baik, kejap solehah, kejap nakal, kejap merajuk. Sabar sungguh Tuhan dengan diri ini...

Sakit hari tak terperi sepanjang malam memikirkan kenapa ada manusia yang munafik yang sangat kejam terhadap diri saya! Dalam perkongsian saya yang sebelum ini, saya mohon maaf kalau ada pekongsi yang merasa saya seorang yang membuka pekung di dada. Saya baru selesai membaca latest entry Dr Kamil, maka saya kuatkan niat dalam hati. Saya tidak ada niat hendak buka pekung di dada, tidak ada niat hendak aibkan sesiapa. Tetapi kadang-kadang bila ia berguna kepada orang lain, harus juga kita berkongsi. Lagipun kebenaran itu bukan sesuatu yang mudah, it is in fact very painful.

Kalau tengok cerita Hindustan tu kan, pukul sana pukul sini, nangis sana nangis sini akhirnya hero heroin menang juga! Ni apa hal pulak sampai ke cerita Hindustan....

Saya sedih semalaman bila mengenangkan nasib diri yang terbuang kerana pengaruh harta dan kuasa. Saya sedih sangat bila niat suci saya disalah ertikan. Pedih bila orang paling hampir dalam hidup yang cuba menggagalkan usaha mempertahankan hak yang saya lakukan. Sungguhlah benar agaknya ini dunia akhir zaman. Yang salah diagungkan, yang benar diinjak-injak. Begitu sekali kuasa wang ringgit dan harta...? Betullah juga kata manusia itu dulu kepada pembantu rumah saya, "Lihatlah nanti selepas ......... ini, saya boleh beli seluruh keluarga ini dengan harta dan wang ringgit saya."

Kecut perut setiap kali mengimbas sabda Rasulullah s.a.w., "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu. Akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada ornag sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa. Sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu." (hadis riwayat Bukhari)

Malah Baginda juga pernah bersabda lagi yang bermaksud, "Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan." (hadis riwayat at-Tirmidzi).

Setiap kali saya rasa down sangat, ada beberapa perkara yang saya biasa buat. Dulu saya akan solat dan mengaji. Nikmat itu tidak perlu saya dustakan lagi, Allah Maha Besar. Saya pernah selalu dianugerahkan doa yang makbul. Sebab itu saya kini takut hendak minta lebih-lebih dengan-Nya. Saya sedar dalam kecelaruan hati seperti ini, saya takut terminta sesuatu yang buruk. Sekarang saya lebih kepada bermenung dan paling elokpun membaca... perubahan yang kurang baik sebenar. Tak apa, saya akan perbaiki diri! 

Sekuat manapun saya ajar hati dan diri untuk berpegang teguh di tali hikmah-Nya. Sekuat manapun saya lalui hidup dengan tawakal kepadanya, tetapi sudah tersurat juga iblis dan syaitan itu tidak pernah kenal erti putus asa memesongkan hamba manusia. Berderai juga airmata...  so bila dah berbaldi airmata, maka badan pun tak ada daya. Langsung tak larat nak pergi kerja.


Hari ini, pagi lagi suami sudah bawa ke klinik. Sebenarnya sudah lama doktor sarankan untuk buat full blood test. Tapi pada saya yang bukanlah kedekut mana ni, terasa juga setakat enam tujuh ratus tu mahal sangat. Maka saya buat tidak endah sahaja. Tapi hari ini dah kerana harus ke klinik untuk ambil ubat dan sijil sakit, maka teruslah ambil darah. Cukuplah sekadar blood test yang mudah sahaja untuk mengesan tahap hormon semasa diri untuk mengetahui dos ubat yang sepatutnya.

Sepanjang pengalaman saya dengan sejarah hospital, doktor-doktor dan jururawat-jururawat memang akan selalu mengalami kesukaran hendak ambil darah saya. Setelah lunyai sana-sini barulah dapat ambil darah, itupun kadang-kadang sikit sangat. Belum pernah ada doktor dan jururawat yang ambil darah tanpa buat saya sakit. Lagipun siapa pulak yang kata ambil darah dengan jarum tajam tu tak sakitkan...?

Ada seorang doktor perempuan ini memang saya respect. Actually saya suka dengan manusia yang tidak hipokrit, yang boleh bercakap tulus dan jujur tapi tidaklah sampai kata-kata yang dikeluarkan itu menyinggung perasaan. Ramai juga manusia yang katanya tulus dan jujur tapi tidak ada diplomasi. Ingat semua manusia macam diri dia. Setiap orang ada sensitiviti.. sepatutnya kena jaga lidah bila berbicara... Tapi doktor yang seorang ini memang dari pertemuan pertama sudah memaut hati saya. Tak ada yang tak kena ya... sebab dia perempuan juga. 

Biarlah saya refer dia sebagai Doc I ya. Sudah beberapa kali kalau ke klinik terkebetulan shift dia. Tadipun dia suggest untuk saya ambil darah buat blood test kerana dia memang sangat risaukan keadaan saya. Ada ke doktor yang tak risaukan pesakit dia? Hmm... 

Okaylah... suka hatilah doctor, saya ikut saja.  So diapun siap-siapkan segala peralatan yang perlu. Dalam hati macam biasa dah dap dup dap dup. Saya memang penakut dengan hal jarum suntikan segala ni. Kadang-kadang ia akan jadi faktor penghalang utama bila saya ada rasa hendak mengandung lagi kala ini. Hui la, taubat tu tak adalah... tapi dua kali pengalaman melahirkan tu buat saya serik jugalah...

Sedang Doc I buat persiapan, ikat tangan semua ni, saya pura-pura baca segala benda atas wall dalam bilik rawatan itu. Just let her do her work, dengan harapan kalau saya tak nampak apa yang berlaku saya tak akan jadi takut. So bila tak takut tak adalah rasa sakit.

Bila dia buka ikatan yang pertama tu, dah tahulah dia tak berjaya cari urat di sana. Saya pun kata, "Memang susah nak cari urat saya ni doc. Kalau dulu sampai lunyai..."

Seperti biasa dia akan berkata dengan suara yang penuh yakin dan tegasnya, "Tak apa, insya-Allah kita buat sekali je..."

Tangan saya diikat sekali lagi dengan plastic glove putih tu. Hai, ulang lagi membaca segala benda di dinding. Terasa ada benda tajam dah cucuk di tangan, there it go... apasal lama pula?

OK dah, dia kata... "Sorry, messy sikit."

Saya lihat di tangan saya penuh darah. Hui ambil darah sampai macam ni? Tumpah berlumur di jemari semua. Sampai ke lantai pun ada. Darah ku tumpah ke apa? Generous blood? Tapi peliknya tak sakit langsung. Dia kata nak buat full blood test so kena ambil banyak sikit. Bila saya tengok tiga botol kecil penuh berisi darah yang dia ambil, dalam hati kata, "Ni nak buat blood test ke nak derma darah?"

Doc I pula pegang tangan saya with her bare hands sebab tadi dia dah tanggalkan glove dia kot. Suddenly saya terpandang muka dia dan teringat sesuatu. "Doc, can I ask you something?"

"Sure!"

Dan dari sesi rawatan, jadilah sesi soal jawab untuk hampir setengah jam rasanya. Adegan seketika tadi sebenarnya mengingatkan saya kepada content manuskrip kedua saya yang telahpun saya submit kepada publisher (STKG) tiga bulan yang lalu. 

Setelah bercerita dan berbalas kata lebih kurang, tanpa saya duga dia berkata dengan semangatnya, "Let me read it, I will try to give my very fair and true opinion."

"You sure doc?" sungguh mati tak boleh nak percaya!

"My pleasure! Apart of doctor and patient, tak salah kalau kita be friend. And friends help each other."

Hai lah... ada juga insan yang sudi membantu rupanya. So, balik dari klinik terus rasa sihat pergi print the manuscript and hantar semula ke klinik. Kebetulan dek kerana perbualan yang menyimpang tadi menyebabkan saya lupa hendak minta slip MC, so pergi semula ke klinik untuk hantarkan printed draft sekaligus ambil MC yang pagi tadi terlupa ambil hu hu. 

Okay, lagi 2 minggu dia akan serahkan semula deraf manuscript STKG with her very fair and true view as well as opinion on the medical aspect. Publisher walaupun rasanya belum lihat the whole story, dah bagi targeted publishing date. Kata next year September kalau tak ada aral, akan keluarlah ia. Tapi saya bimbang juga kalau-kalau selepas editor membaca keseluruhannya, sejarah lama akan berulang. The first publisher dulu refused to publish since ia ada unsur-unsur yang akan lead kepada legal issue.

So, bila dah dengar sedikit sebanyak pendapat Doc I, saya rasa bersyukur sangat dia sudi hendak membantu. At least masih sempat saya perbetulkan di mana yang perlu dan submit revised version sebelum sampai masanya editor mengedit cerita tu. 

Saya ni bukannya manusia yang ambitious mana pun... tapi saya hanya ada mimpi untuk menulis sesuatu yang baik. I have a dream that the books I write will all be knowledgeable fictions... boleh kah?

Tambahan pula Carol juga menelefon awal petang tadi minta cover class. Hai, dah lama sangat berehat dari part time lecturing ni. Bila dipanggil lagi, kebetulan kena mengajar setiap Ahad dalam bulan Ramadhan... wa wa wa! Tapi Alhamdulillah... at least ada duit raya hu hu.. pun dah rindu nak buat lecture ni... ilmu yang baik harus disampaikan, kerana ia juga antara saham yang berguna untuk diri kita. Lagipun a b c dalam dada ni kalau tak disebar, berkarat pula nanti. Membazir, berdosakan...

Darah yang tumpah hari ini kerana airmata yang berderai semalam. Tapi kerana darah yang tumpah itu, saya kembali tersenyum petang ini dan mendapat suntikan semangat yang baru. 

Thank you Allah...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS