Wednesday, November 28, 2012

Bukan "Anakku Sazali"

(I) : GUNA KAKI

Setiap petang bila saya atau Papa Nasir jemput Babang n Didik dari rumah Bik Mah, AB mmg sudah balik dr sekolah. Satu hari kami sampai terlebih dulu. Waktu Babang turun dr kereta, dia lihat AB sdg berjln plg dr rmh jiran lalu buka pintu pagar. Babang tercegat n pandang AB dgn muka hairannya.

B     : Eh, Kakak balik sekolah menggunakan kaki ke?
AB   : Hmm...

Sy yg sdg nak buka pintu rmh jd termenung sekejap. Kakak balik sekolah menggunakan kaki?
Oh, kakak balik sekolah berjalan kaki!


(II) : PATAH LEHER

Didik sakan menggesel-gesel besi kereta mainannya ke lantai hingga menghasilkan bunyi yg sgt mengilukan gigi.

Tiba2 Babang yg sdg berbaring marahkan Didik. "Adik! Janganlah buat bunyi macam tu! Tengok ni leher abang dah patah, macam mana abang nak tengok TV?!"

Err... boleh ke bunyi yang buat gigi ngilu tu pun mematahkan leher? Tak tahu pula sebegitu bahayanya...


(III) : UMMI TAK SAYANG KITA LAGI!

Sy seorg Ummi yg pasti terlebih n terkurang perisa. Sy syg anak2 saya, tp sy jg blh mrh, geram, tension, run amuk, ect. Tp sy jrg blh buat hati kering. Agaknya sbb itu anak2 tak blh bezakan keseriusan saya. Walau dah bebel n lantang suara, Didik blh senyum n buat lawak, Babang pula blh buat dek.

Kalau dah gitu kelakunya, apa lagi! Angkat hanger! Didik plg takut bila nmpk hanger. Mencicit lari menyorok. Babang pula akan lari naik atas. Alahai, setakat dlm rmh tu mana nak nyorok. Pasti Ummi boleh cari. Blm kn rotan, mrk dah buat drama band. 

U : Nak buat lagi tak?
B : Wa wa wa!
U : Dah, jangan nangis...
B : (dtg dkt n baring di riba sambil buat manja n hiba)
U : Ummi mrh sbb Babang buat salah...
B : Ummi, dengarlah ni saya nak cakap dulu...
U : Babang nak cakap apa?
B : Ummi ni asyik marah je, Ummi tak sayang abang lagi ke?

Didik pula... Waktu itu mrk dok kerjakan kerusi urut Atok Sharom, sampai berkeriuk2.

U : Didik! Babang! Step down now at once!
B : Ummi cakap apa tu? Saya tak fahamlah...
U : Ummi kata, turun dari kerusi tu skrg!
U : Rosak nnt! Didik! Turun!
B : Ya lah... kami turunlah ni...
D : Ummi ni dah tak sayang kita lagi, kan bang?



Bila Babang buat salah, mula-mula dia akan merajuk..
kemudian dia akan beri saya nota-nota seperti ini...
Babang... tolonglah tulis cantik-cantik sikit...
ish! eja pun belum berapa nak betul!


Notes :
Harap2 Ah Hong akan masuk final Masterchef... please...
Harimau Malaya? Lawan Laos je kan...

Tuesday, November 27, 2012

Guillain-Barre Syndrome

Be here, firstly in huge organisation, I learn a lot. Bukan saja ttg pekerjaan itu sendiri ttp jg ttg kehidupan. Sekaligus kesedaran sentiasa ada dlm diri..

Setiap hari akan ada notification email, memaklumkan berita keuzuran @ pulangnya seseorang warga ke rahmatullah. Drpd kktgn yg berumur 60-an sehinggalah para pelajar yg masih muda belia. Ada yg br memulakan semester dan ada pula yg hampir akan menamatkan pengajian. Tapi again, ajal maut itu ketentuan Tuhan.

Baru-baru ini seorg warga kami critically ill dgn diagnosis Guillain Barre Syndrome (GBS). I heard about it for the 1st time, n I believe it is so for many of us too. Err... GBS tu singkatan yg sy guna, and it is definitely tak merujuk kpd Geng Bas Sekolah ya hu hu. Bila diberitahu ttg hal ini, sy teringat kembali satu isu kerja yg happened btw us, placed me under terrible stressed at that time. Hmm... it is not relevant now RAN! Okay...

Bacaan yassin, solat hajat, doa n sumbangan dibuat oleh seluruh warga U utk membantu beliau mengharungi waktu2 sukar ini. Bila buat bacaan di waktu lapang, GBS ni kalau sy nak buat bhs sendiri, lebih kurang sama mcm bbrp penyakit lain. Ia disbbkan oleh sistem pertahanan tubuh yg menyerang saraf diri sendiri. Atau ia disebut autoimmune disorder.

Sesiapa pun blh dapat penyakit ini, but common utk yg berusia atr 30-50 thn. Sama spt warga kami itu. Kanak-kanak di bwh umur 2 thn sgt2 jarang dapat penyakit ini.

GBS jg blh wujud bsm penyakit lain spt SLE. Sbb SLE pun lbh krg penyakit yg blh dirujuk sbg  'penyakit bertentangan dengan alam' ( I read in a book, terlupa buku apa). Juga blh dtg bila seseorg itu menghidap AIDS. Hmm.. boleh edit semula STKG ni...

Dlm bhs mudah, GBS ni blh jg dirujuk sbg masalah keradangan saraf di luar otak dan saraf tunjang. GBS boleh hadir pada sesuatu keadaan selepas pembedahan atau ketika mendapat penyakit yang kritikal.

Dikatakan juga bhw 50% kes GBS berlaku sejurus slps jangkitan kuman (virus atau bakteria) spt sakit tekak dan cirit-birit. Ia juga boleh muncul bersama/slps jangkitan minor spt jangkitan paru-paru atau jangkitan pada usus/perut (gastroinstestinal infection). Dlm kes warga kami ini, mulanya beliau mndpt sakit tekak dan ssh nak menelan. Kemudian beliau collapsed sbb tk blh bernafas.

Antara simptom GBS adalah lemah atau lumpuh kaki, lengan, otot pernafasan dan otot muka yang mengejut. Pengidap mungkin merasa kehilangan tindak balas terutamanya sentakan pada lutut. Malah ada juga pesakit hampir lumpuh sepenuhnya disebabkan oleh GBS.

Bagaimana doktor diagnose? Melalui air tulang belakang bagi menguji peningkatan proin cair dan ujian elektrik saraf atau fungsi otot.

Bagi pesakit GBS, rawatan penambahan plasma dan kemasukkan immune globulin intravenous dibuat utk membantu pertahanan tubuh. Jika otot pernafasan lemah, maka pesakit dibantu dgn sokongan mesin pernafasan.

Tiada jangka masa ttt utk sembuh krn ia seringkali mengambil masa sehingga berbulan. Sebahagian besar pesakit kembali pulih sprt sediakala. Namun ada juga di atr mrk yg kekal menggunakan kerusi roda krn GBS melemahkan atau melumpuhkan saraf sehingga tidak langsung blh berfungsi.

Sesungguhnya tiada penyakit yg tidak ada ubat dan penawar, melainkan ajal. Sebagaimana yg lain, sy jg berdoa agar beliau kuat dan tabah mengharungi ujian ini. Semoga kembali pulih spt sediakala dan dpt menjalankan tugas. Semoga kita semua juga sentiasa mendapat kasih sayang dan belas-Nya.... terutama saya ni.... kasihanilah saya ya Allah...

Shared a story of Meet Gullain-Barre Syndrome

Areesa vs Arissa

FRAN dikunjungi seorg follower baru iaitu Ibu Arissa. Hu hu, almaklum... FRAN tak ramai pengunjung maka sy akan sentiasa notice kalau ada sahabat baru. As usual, kunjungan perlu dibalas. Sy ini rabun IT, cari dia tak jumpa. Google, maka keluarlah berderet-deret nama Ibu Arissa. Yg mn satu dia pun sy krg pasti, krn gambar profile mcm berbeza. Kalau Ibu Arissa terbaca, mohon tinggalkan link anda yg sebenar.

Saya suka nama Arissa tu. Sbb sebutannya sama dgn Areesa hu hu. Saya guna nama Areesa sejak saya sekolah rendah kot. Rys Areesa adalah nama yg saya dah guna sejak awal2 dulu. Selalu tanya dgn diri sendiri kenapa abah tak letak nama saya Areesa, hu hu mengada. RYS adalah initial letter nama saya, dan Areesa adalah nama yang saya sgt suka. Tak tahu knp...

Demi Arissa, cari punya cari, I ended up di blog ini. Terkejut dgn diari blog itu. Ia blog kedua slps Mawar Nafastari yg menitiskan airmata sy. Blog yg beri sy semangat n kesedaran bhw bagaimanapun sy rs hdp sy ini pedih dan setiasa diuji, masih ada lagi insan yg sy tak kenal melalui kehidupan yg menggetirkan bukan shj fizikal ttp jg hati n perasaan mereka di atas muka bumi ini.

Sy takut jk sy perlu lalui hidup tanpa suami seperti Mawar Nafastari... saya kata pada Papa Nasir dia tidak boleh mati dulu. Kalau dia mati juga sblm saya nanti dia jadi hantu! Ampuni saya Tuhan...

Sy tkt kalau sy lalui hidup ini tanpa dua putera sy. Sy pernah lalui kehidupan yg sgt perit utk bbrp tempoh hya krn bermimpi sesuatu yg tak mampu saya tafsir ttg Didik. Setiap waktu sy belek dia, sy jg anak2 mcm menjaga 'telur di hujung tanduk'. Trauma. Fobia. Semua perkara buat saya takut dan risau.

Sewaktu Babang lahir dulu, dia kn ddk bwh lampu biru tu sbb kn jaundice (kuning). Waktu itu sy rs airmata sy tumpah mcm air gunung. Tak berhenti-henti. Tak sanggup tgk Babang tidur tanpa pakaian bwh lampu biru tu. Kulitnya jd kering. Panas... hgga sy tak rela dia duduk di situ sendirian. Sy sanggup riba Babang dn sama-sama disinari cahaya lampu biru.

Waktu itu sy rs biarlah sy jg merasai kesakitan spt yg anak sy rs. Sekali-kali sy tak akan biar Babang sendirian. Sy tetap riba dia walaupun nurse dah bising-bising. Mereka bising, saya letak sekejap Babang. Bila mrk beredar, sy ambil sml Babang. Itulah kerja saya. Akhirnya sy sanggup gaduh dgn doktor, tetap nak bawa Babang pulang. Biarlah jaundicenya saya rawat di rumah dengan kaedah tradisional.

Mungkin krn itu bila membaca cerita Ibu Arissa tentang Arissa Adni ni, yang ceritanya lebih manis, airmata saya tumpah. Kalau saya yg membaca, tak mampu menahan hati... bagaimana pula dgn hati yg menanggungnya sendiri kan...

Sepedih-pedih hidup ini, saya masih belum diuji begitu. Semoga juga Allah kasihani saya...

Sehingga kini, sy sudah berkenalan scr langsung dan tidak langsung dgn insan-insan bergelar ibu, kehilangan permata hati. Sy sgt tahu bukan mudah untuk melupakan. Ia pedih dan perit. Tiada apa yg mampu diberi, diguna atau dibantu untuk mengurangkan rasa itu. Hanya dgn kekuatan hati bergantung kepada janji-Nya, meyakini bhw permata hati itu sdg menghampar tempat duduk istimewa utk ibubapanya, menanti dgn senyuman di syurga bila tiba saatnya...

Sunday, November 25, 2012

2 jam yang panjang...

Kami tolong angah pindah ke rumahnya di Sepang a week b4 Raya Korban. Babang cidih sbb ingat nk pi bercuti. Nowhere this school holiday. Cuti Umi freeze! Huwa huwa huwa!!!

Since rumah Angah cuma 1/2 jam ke PD, kami pi jejalan kejap. Ya, PD lagi. PD aje. Spontaneous idea at 4pm. At least, anak2 happy. Kasihan kids terjun dlm air tgh bayang2 tegak atas pasir n tanpa swimming suit. Tak expect pun... ia cuma cuti 2 jam je...

Di kejauhan tu kelihatan Avillion Water Chalet...
New things we discovered...
Tabur dedak ayam di atas pasir pantai untuk umpan cacing laut keluar...
Entah cemana pakcik ni boleh nampak cacing tu keluar, terus cedok pasir..

Kirai2 pasir dgn jari, tarik cacing letak dlm bekas yg gantung kat leher dia tu. Geli!
Cacing tu buat umpan. Dan manusia ni mmg pantang tgk umpan, cacing n fishing rod!

Dik... memancing ke? Boleh abang pinjam kejap? 

Sian adik tu, pancingnya di-pau Papa. Kui kui kui!
Pa, ikan apa dapatnya pancing kat sini? Ada ke kembung, tenggiri dan parang?
Ikan Bulus! Goreng pun sodap...

Ooo... dapat ikan Ikan Bulus rupanya... Pa, nak dengar satu cerita?

A fisherman is 75 years old and loves to spend his golden days fishing and playing golf. He was sitting on his boat the other day, when he heard a weak voice saying, “Please, pick me up.”

He looked around and couldn’t see anyone. He thought he was dreaming when he heard the voice say again, “Please, pick me up.” He looked in the water and there, floating on the surface, was a tired-looking frog.

The man said, “Are you talking to me?”

The frog said, “Yes sir, I’m talking to you. Please pick me up. Then, kiss me and I’ll turn into the most beautiful woman you have ever seen. I’ll make sure that all your friends are envious and jealous because I will be your bride!”

The man looked at the frog for a short time, scratched his head, reached over, picked it up carefully, and placed him inside his front breast pocket.

Then the frog said angrily, “What, are you nuts? Didn’t you hear what I said? I said kiss me and I will be your beautiful bride.”

He opened his pocket, took a long look at the frog and said, “Nah, at my age I’d rather have a talking frog.”



Pa, kalau jumpa talking frog ni while  fishing,
Don't you ever dare to kiss it! Just bring it home for me!
Saya goreng berempah! Exotic meal? Yek!

Tips Cinta Suami n Isteri

My dearest sister in UAE shared this on her FB. Saya baca, saya senyum... saya rasa senang di hati krn ya, saya lakukannya bsm suami. Ia tips cinta suami-isteri rupanya ya?

Cium tangan/dahi suami/isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

Walau sesibuk mana sekalipun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang2nya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak2 jika pada hari bekerja.

Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.


Hmm...

Cium tangan Papa Nasir sblm pergi n slps blk kerja, atau ke mana-mana. Lps solat, cium tangannya n dia cium dahi saya. Ya, ia sgt membahagiakan. Sbb ada juga waktunya saya pergi kerja dgn rasa dangkal dlm hati (sdg lidah lagi tergigit). Akibatnya spjg hari tu hidup saya tak akan aman. Buat kerja pun ntah mcm apa2. Hati selalu suruh kata minta ampun cepat! Tapi syaitan kata, tak pe.. tunggulah lps 3 hari. Cit! 

We call each other, terutama kalau saya boring dan tension tahap gaban kat opis. Tapi bila time saya pack, jam dah pukul 6 ptg pun tak sedar.. hu hu...

I Love You? Masih cuba mengamalkannya. Tak pnh pandai panggil suami dgn panggilan 'abang'. Saya sll panggil dia papa sama mcm anak2 n seluruh anak2 saudara dia panggil. Tapi saya pnh dgr satu ceramah agama ttg tips bahagia suami isteri. Teringat bila penceramah kata 'panggillah suami/isteri dgn panggilan yg manja dan mesra. Yang ke, darling ke, dear ke... ini tak, kita panggil 'oi, maknya' atau 'buang tebiat apa paknye ni!'.'

Lunch during working days? Dedulu bila bertentangan hala tempat kerja, tak adenya nak redah traffic just for lunch. Skrg bila Papa Nasir buat free-lance, sll juga dia fetch me in U n lunch bersama. Tambah2 lagi bila Papa Nasir dah catu makanan skrg. Nasi cuma once a day. No rice at night. Wa wa wa! Kekdg bila tak sempat lunch di office, maka saya tidur dgn perut berlagu. Mrk ni cuma nak burger, mee goreng, kuey teaw goreng dan segala mak datuk yang digoreng je.

Dan bercerita? I always share my daily things with husband. Papa pun akan selalu tanya during dinner, "so, apa cerita menarik hari ni?", hu hu... and vice versa.

I am indeed happy with my life. Bahagia dengan suami dan anak-anak tercinta. Tetapi sebagaimana ajal dan maut, jodoh serta perpisahan itu juga milik Tuhan. Kalau hari ini bahagia, saya masih minta doa yang sama untuk esok dan selama-lamanya sehingga syurga.

Nota Diri :

Saya di rumah in-laws, dah siap masak utk tgh hari walaupun saya n KLong kena masak nasi baru sbb nasi yg saya masak tak cukup. Smtra tgu nasi masak, saya curi masa dpn laptop, hu hu... Masterchef yg failedI!hu hu

24/11/12 Lin's engagement & Wak Bani pulang ke rahmatullah.

Tuesday, November 20, 2012

Pendusta... Menunggu Hujan



Balik rumah ibu n abah weekend baru ni,
internet tak ada... so, tak blh tgk FRAN.
Komputer ni Papa bw pi kelas,
maka tak dapat continue with KTVH. 
Lalu sy habiskan membaca Menunggu Hujan, tulisan Adileah.

Terbitan Jemari Seni, 447 pages. At the back of the book, it states "... kematangan Adileah dlm mengatur rs seorg perempuan...".

Hai, hati saya mmg merasainya.

Saya gelak bila baca MH waktu tunggu lampu trafiic jadi hijau,
penumpang kereta sblh pandang semacam.

Saya gelak bila bacanya dlm pada mengadap TV yg tgh showed AIM, ibu saya pelik. Kui kui kui...

Sebab apa saya gelak?

Sebab...

Ia comel!
Menyorok bawah katil? Pendera hati? Penambah selera?

Ia adalah tentang hati yang tak hipokrit 
tapi memang tradisinya suka berjauh diri

Rajuk yang harap dipujuk

Dan lagi, sebab saya rasa hati saya pun macam hati Malisa juga hu hu...

Dan lagi!

It's Sweeet - Sweet - Sweet - Sweet - Sweet - Sweet - Sweet - Sweet - Sweet- Sweet saaangat!!!!!!

Lebih sweet kalau cerita ini lebih panjang, lebih tebal... hmm...
Tapi Menunggu Hujan ini tak ada dusta,
sangat santai untuk dibaca,
release berat dari dalam kepala.

Tapi yg buat sweet itu jadi kurang ialah bila saya masih
ternanti-nanti keputusan MDH.
Dari seminggu, dah jadi dua ni... aduhai..

Kau katakan cinta semua memang ku punya!
Tiada kaitan sungguh... hu hu

Sunday, November 18, 2012

Rebus atau Bakar?

Bila ibubapa ada konflik, malaikat rahmat akan keluar dari rumah...

Terdgr2 di telinga sy kata2 Dato' Haji Fadzilah Kamsah ttg itu. Sy berdoa sgt family sy akn dilindungi dr niat jht manusia. Sy mohon Allah br kekuatan kpd ibubapa dan kami utk kuat menangkis semua permainan manusia ini. Sy dh mls nk fikir, sy cuma melaluinya dgn iman yg ada, even cuma senipis kulit bawang, ttp struggle spy ia tak koyak. Smg mrk yg berniat jht itu akn mdpt blsn yg setimpal...

Dlm hjn lbt smlm sy memandu plg ke SK dgn mbawa anak2 slps dpt emergency call dr Bibik. Papa dah ke kelas. Tawakal shjlh sy memandu dlm keadaan fikiran yg berkecamuk.

Ia nota utk hati. Tak mahu fikir lagi... 

Ptg td, ingat nk plg awal. Tp tak tergamak tinggal ibu sendirian. Pujuk2 dia spy ikut ke Klang, she refused. Katanya org tua lbh selesa di rmh sendiri. Sy lwtkn plg, hrp kptsnnya brbh. Sambil2 itu sy cb kemas almari lm sy. Byk buku2 n nota2 zaman U dl msh sy simpan. Buku2 n nota2 zmn sklh dh pnh sy kemaskan sblm ni. Bakar.

Lm sy pandang nota2 tu semua. Sy msh mahu simpan, syang... tp lama2 ia akan mereput juga.

Sy bw sikit2 keluar. Fikir... nk buang ke nk bakar? Tak ada schredder. Nk buang tak sampai hati. Nk bakar nnt menyumbang kpd penipisan ozon. Habis, tak kan nak rebus pula? Rebus... kot nk minum airnya spy ilmu tu semua msk dlm badan? Ceh... ilmu tu ada dlm dada, dikongsi n digunakan.

Kerta Kerja Kem Cuti ke Sarawak,
where I was one of the AJK, malangnya tak kesampaian...
A nickname since I was in MRSM'J...
we got 3 Yati in d 'class, 2b fair, we were given nickname Anoi, Ocie n Rossen..
mana dtg ntah idea tu hu hu
Was so obsessed dgn Titanic. Nama pun nak jd Rose Dawson.. mengada!
 
 Dlm kelas, ada masanya sy boring, ngantuk n x blh fokus. Maka terciptalah kartun-kartun tu hu hu... 

 Between one I got stressed on n the one I love most kui kui kui..
Saya rindu kelas Seni Lakon...

Knplah saya suka kumpul benda2 ni dulu... haish...

Rebus atau bakar? Biarlah ia jadi debu berterbangan. 
Ozon, saya minta ampun ya... di akhir2nya hujan turun dengan lebat.

Hmm.. nanti saya nak cerita pasal Menunggu Hujan!

Amar & Ah Hong, don't u dare to be eliminated!

Thursday, November 15, 2012

Wahai Air...

Bbbrp hari lepas Bik Mah buatkan tali pinggang yg diperbuat dr hanger, dililit pd pinggang kain Babang n membentuk spt acuan yg akan buat kain di bhgn dpn tu jd mcm skirt kembang. Oh, barulah Babang boleh pakai kain tanpa rasa sakit di bhgn toy. Terima kasih, Bik... 


Bbrp mlm ni Babang kerap menangis dan mengerang dlm tidur. Sakit katanya. Apa yg sakit? Buat saya susah hati je...

Papa Nasir kata biasalah, bila toy nya stretched maka dia akan rasa sakit sbb jahitan tu belum baik sepenuhnya. Ooohh...

Hari ni dah bawa Babang keluar shopping beli barang dapur. Sengaja nak suruh dia bergerak sikit. Dah boleh pakai seluar. Kat rumah pun dah boleh lari panjat tangga. Elok pulak? Tapi lepas tu, dia penat. Dia sendiri buka seluar dan pakai kain lalu baring. Lepas tu mula mengaduh sakit semula.

Haish... pelik sungguh la... bila nak baik ni nak oi?

Hari kedua tu dah mandikan dia. Toy nya dia tutup guna cawan supaya tak kena air hu hu...

Semasa saya alirkan air ke atas kepalanya terdengar dia membaca, "Bismillah...."

Dlm hati saya kagum sangat. Amboi anakku pandai baca doa niat mandi lepas sunat ke? 

Kemudian dia sambung, "Allahumma... wahai air, elok-eloklah di badan, janganlah kena toy saya..."

Erk!



Pinjam mood Bila Org Dah Benci (Salem)
utk speed KTVH - d'last 3 chap. 
Hopefully by next week dh blh vet tru to edit 
sblm Papa buat 1st reading. 
Hmm... me as slow as... snail...

"Always remember to slow down in life : 
live, breathe and learn; 
take a look around you whenever you have time 
and never forget everything and every person
that has the least place within your heart."


Tuesday, November 13, 2012

Kuih Kastad Jagung

Today is Deepavali. Tp sy tak buat maruku hu hu...

Hari ni sy buat kuih kastad jagung je. Sy tahu ia sgt sng nk dibuat. Tp sy blm pernah try sendiri. Kalau buat dedulu pun, Ibu yg uruskan bebahan, sy tlg kacau n tlg mkn je. It is actually one of my favourite. 

Kelmarin pun, pagi2 sy dh bancuh bahan2. Manalah tahu kalau ada yg dtg nak jenguk Babang, ada jugalah air tangan utk tetamu. Tp menjelang nk hidang utk tetamu, kuih tu msh lembut je. Sy yg sgt 'pandai' ni letaklah dlm freezer atas tu. Hish... gelakkan diri sendiri hu hu. Jadinya sy malas nk hidang kat org, maka saya mkn sendiri. 

Knp ia tak jadi? Mak Enon kt ia mgkn sbb kacaunya tak lama.

So ptg td slps Ibu, Abah, Rafie + sons pulang n smtr semua org dlm rumah ni tidur, sy habiskan semua baki bahan2. Kali ini sy lamakan sikit kacaunya. Biar likat betul. Akhirnya for this 2nd trial, alhamdulillah... comellah sikit dr yg memula.

For future reference (sy setiap kali nk msk pun kn ulangkaji resepi... almaklum hormon thyroid tak stabil, mk cepat lupa hu hu...), bhn nk buat kuih yg sng ni ialah :


1 cwn tepung Custard
1 cwn gula (sy kurangkan 1/4 sbb x suka manis)
1 cwn jagung manis dalam tin 
(blh blend, tp sy suka ada sikit ketul2 jagung)
5 cwn santan

Nk buat pun sng. Campurkan semua bhn dan masakkan di atas api kecil. Kacau perlahan-lahan sampai likat. Kacaulah lama sedikit sampai bahan2 tu melekat lagi kat periuk. Then tuang dalam loyang. Nanti dah sejuk barulah boleh potong dan makan.


Yg buat sy rs berbahagia ialah again, Didik jg yg jd tukang makan. Suka tgk Didik makan kastad tu. Sayang Didik!

Babang in pic masih baring. Hari ni dah 4th day abang bersunat, tapi dia masih kata sakit bila pakai seluar atau kena kain. Bila dicuci pun menangis2 kata sakit. Tapi si Danish pulak dah pakai seluar, dah lompat2 dan dah meniarap. Apa ke hal pulaklah anak saya ni...?

Monday, November 12, 2012

Pasca 'Jawi'


Hari ni sy bercuti sbb nk jg Babang. Wah, seronoknya.. 

Dedulu kalau berkhatan, nanti kain tu akan diikat sedikit dan digantung.
Tapi kat rumah ni, tak tahu mana nak gantung kain Babang tu.. tak pe lah..
ini khatan zaman sekarang...
Didik mmg tak boleh berenggang dengan Babang...

Sejak mlm td dia dah bangun n terkedek-kedek berjalan. Dh main lawan2 Ultraman dgn Didik, Adoi, ngeri saya!

Haish, lebih eloklah dia baring, tak de lah risau tgk dia ke hulu ke hilir dgn terbogel bgt. Seluar masih tak blh pakai, kain pun dia tak mahu, sakit katanya kalau terkena kain. Baju pun dia pegang je atas perut. Sesekejap menjerit bila toynya terlanggar sesuatu.

Pagi ni dh lapkan seluruh badan n suruh dia gosok gigi. Took his breakfast on his own. Smlm Ibu telefon, ingatkan Babang sunat smlm katanya. Dh slmt hari Sabtu lah bu...

Ibu kata jgn bg abang minum air byk sgt, takut kembang kat bahagian sulit tu. Okay...
Ibu kata jgn bg mkn makanan yg gatal-gatal. Baik...
Ibu kata jgn benarkan Babang bergerak byk sgt dua tiga hari ni, takut bentan. Alrite Ibu...

Bik Mah suruh beri makan sup haruan. Elok untuk percepatkan penyembuhan luka jahitan.
Haruan?
Ayok, saya sangat alergic dengan haruan, keli dan belut segala ni... makan, pegang dan masak? Tidaklah...
Kalau tak bagi tak boleh ke?

Smlm pun ramai saudara dtg menziarah. Babang sejak dh sunat ni jd materialistik pula. Dulu mn ada heran dgn duit. Skrg semua duit sunat yg diberikan oleh orang2 yg dtg menziarah dia simpan dlm wallet, simpan bawah bantal dia. Duit sunat pertama yg diberikan oleh Zul Budget  duit kedua yg dia dpt ms pergi breakfast di kedai sblm sunat tu pun dia minta jg drpd saya. Amboi!

Waktu baringnya dia habiskan dgn buat origami. Dah penuh bakul kecil tu dgn origami. Kalau boleh jual tak pe la jugek...

Sebelum Babang berkhatan tempoh hari, Didik jenguk saya di dapur. Katanya, "Ummi, adik inta aaf.."
"Nape?"
"Ummi... boleh tak kalau Adik nak unat dengan abang? Bolehlah Ummi..."
"Tak boleh, nenek tak kasi. Nenek kata adik kecik lagi..."
"Tak.. adik dah eca. Tenok ni, adik dah eca!"

Sebenarnya pun saya tak gamak nak sunatkan Didik. Kalau dia sunat, nanti saya dah tak ada anak yang kecil yg boleh saya panggil baby, sebab semua dah dewasa! Sbb dah sunat... wa, wa wa... nanti-nantilah Dik.. 

Selepas Babang n Danish berkhatan, muka Didik pelik je tengok Babang dia nangis-nangis. Kat rumah bila Papa bersihkan darah Babang tu, dia tumpang sekaki tengok, Muka Didik cuak je.

"Lepas ni turn Didik pulak tau, Didik nak sunat tak?"
Cepat sahaja dia menjawab, "Adik tak nak unat! Sakit! Darah!"

Heh, gitu pulak dah?

Result MDH masih tunggu final reading release... adoi... sengsaranya jiwa ini...
Tak pe, buat masa ini got to get back to KTVH. Another 100 pages to go! Utilize cuti sehari dua ni sebaiknya... sambil2 jadi housewife, sambil2 duduk depan lappy. Hopefully boleh habis. 

Nafas Terakhir




Naskhah Murad Arshad terbitan Alaf 21. This copy dari cetakan kedua tahun 2008. Buku lama... saya je baru tersempat nak baca dan habis dibaca minggu lepas.

Thrill. Dah lama tak baca buku-buku penyiasatan, kepolisan, kepeguaman (kepeguaman?) dan penjara dan cinta dan etc, etc.

Ia tentang seorang lelaki yang bernama Malek dr kampung yg nak cuba cari rezeki di bandar, finally terperangkap dalam geng M16. Dah termasuk dalam geng M16 susahlah nak keluar jawabnya. Kesnya dibela oleh seorang peguam yg bernama Nurhana.

Nurhana terpanggil nak bela Malek krn dia rasa Malek was the person yang selamatkan dia dari being rape & killed sewaktu dia masih belajar di U dulu.

Dalam waktu menjalankan tugas peguam-anak guam, both Nurhana & Malek shared same feeling. Love angle dalam this story presented sopan je... hu hu... 

Malek free from the charge, then started new life, buat undercover task untuk bantu polis jejak geng M16 to get the upper guy. Hasilnya dia diberi penghargaan and became well-known for his contribution. Tapi geng M16 masih buru dia. 

Saya rasa sakit tekak (bukan sakit hati...) bila baca sbb tak boleh tahan konflik antara Nurhana n Malek sewaktu bertunang, and all those thing that happen to them... 

Tapi... kenapalah Malek harus dipenjarakan lagi akhirnya? Wa wa wa...

Yang bersalah, harus dihukum.. terima ajelah...

Kehidupan - di mana kemanisannya jika tidak menempuh pahit manis ranjau duniawi? Tidak ia dinamakan 'kehidupan' tanpa melewati onak durinya. Bagaimana kita mencorakkan hidup sendiri, itu yang menjadi ukuran. Putih atau hitamkah pilihan diri?


Tak sgt kena mengena dengan Nafas Terakhir tu... saya suka lagu ni sbb rasa diri byk dosa... bukan rasa.. memang pun... saya manusia biasa.. silalah minta ampun banyak-banyak dari Tuhan, RAN....

Saturday, November 10, 2012

Masuk Jawi 10-11-12

Alhamdulillah, selamat sudah agenda terpenting tahun ni. Agenda mengkhatankan putera2 kami, Babang Sofi dan Danish. 

Earlier sgt risau... betul ke Babang nak sunat ni? Gaya mcm tak heran je. Mcm tak takut. Bila ditanya tahu ke sunat tu apa. Dia jawab senang je, "Tahu.. potong toy.."

Bila ditanya tahu ke potong toy tu apa? Jawabnya... err.. tak yah lah.. censored. Hu hu...

Yg comelnya mrk berkhatan pd deretan nombor tarikh yg cute, 10hb Nov. 2012 @ 10-11-12. Lepas Zuhur tadi dua-dua dh selamat.

Danish mulanya steady.. bila habis ubat bius je dia nangis. Babang dari luar bilik surgery pun dh dgr dia jerit n nangis. Bukan apapun tu... over-acting je. Sampai ke rumah pun, aduhai... merengek aje. Mrk berkhatan biasa, tak guna clamp method. Apa-apapun, tak kisah lah.. doktor lebih tahu. Asal selamat sudah... 

"Ummi, Papa, tolonglah saya... sakit ni.. tak tahan... Ummi janganlah pergi mana-mana, jaga saya ni..." itu aje katanya sepanjang petang tadi. Mlm ni baru okay sikit, tu pun mengadap games gadget... hopefully okay betullah tu...

"Ummi, saya tak naklah sunat," adu Babang.
"Dah terlambat... abang dah sunat pun," kata saya.

Yang tak boleh tahan tu, tiap kali merengek kata sakit, dia mesti kata, "Aduh, aduh.. sakit.. saya tak boleh nafas!"

Aik, ada kena-mengena ke sunat dgn tak boleh bernafas? Adoi...

Ptg tadi saya teringin nak buat sikit pulut kuning, telur rebus, kari daging n sambal tumis. Saja-saja, suka-suka... sendiri raikan anak. Nanti majis kecil rainya sekali dgn Danish plus Decemberians in Dec, sooner. Dr dapur dh dgr dia panggil2 sambil nangis2 suruh tolong dia.

Saya kata, "Ya, Ummi ada ni kan... Ummi sdg tolong abang lah ni, Ummi tolong doa dari dapur ni..."

Babang & Danish ceria je...  1st time Babang pakai kain pelekat.
Danish pakai uniform khatan abangnya hu hu...
B : Danish, awak jangan takut tau... tak sakit pun, macam gigit semut je..
D : Baik!
Mari baca doa berani dan kuat semangat ya anak-anak...
D : Okay, Sofi... Danish punya turn masuk dulu ya!
B : Good luck Danish!
Untuk Sofi n Danish... tapi Papa makan sendiri hu hu...

Err... alhamdulillah saya jadi perempuan... sendiri pun rasa ngeri tengoknya... dah besar anak-anak ku... dah masuk jawi. Kenapa dikatakan masuk jawi ek? 

Jiran Contoh

Saya selalu nampak Papa Nasir suka baca artikel dalam MelayuKini.Net

Malam tadi Papa Nasir tanya kalau saya tahu siapa yg menulis di MelayuKini.Net

Manalah saya tahu...

Saya tanya, "Nape?"

Rupanya dia kembang hidung sbb gambar ini jadi gambar artikel.



Hmm... ia gambar dari kamera kami. 
Rasanya hanya publish sekali dalam FRAN je... 
dalam sharing 

Suka baca artikel tu... suka juga kekunun jadi jiran contoh hu hu... padahal gambar hiasan je tu...

Semalam jiran saya, Bonda Atiqah ajak sertai aktiviti senamrobik setiap malam Rabu.
Err.. memanglah bagus untuk kesihatan 
dan untuk kuruskan badan.. 
tapi saya nak tengok Masterchef episod Sajian Luar. 
Hu hu... alasan!


Friday, November 9, 2012

Dalam Hujan

Last Sunday konvo seluruh PASTI Sg Pinang. Last Wednesday pula khas konvo utk PASTI Al-Mawaddah.

Spt thn lps, kali ni pun buat di dataran surau. Hujan lebat mlm tu. Bercinta atr nak pergi dan tidak. Walaupun Babang tak tersenarai atr penerima hadiah kecemerlangan, tapi dia terlibat dlm persembahan. Pun dh beria-ia dgn baju Melayunya.

Sewaktu sampai, hujan sgt lebat. Ibubapa berkumpul di bwh khemah yg dah mula bergoyang2. Hati rasa sedikit terharu memerhati dr dlm kereta. Kalaulah saya ini org kaya, mungkin blh bantu utk adakan di tpt yg berbumbung. Tp mrk beroperasi atas dana terhad dan sumbangan.

Lama menunggu, tak ada tanda2 hujan nak reda. Akhirnya mrk bergerak ke dlm ruangan surau. Kami pun ikut serta. Majlis diteruskan jua dlm keadaan hadirin yg sdh agak kebasahan. Saya pn dh rs sgt sejuk, apatah lagi dah ada tanda2 nak demam dua tiga hari ni.

Persembahan dr kelas Babang (6 Khadijah). Patut ada 2 lagu, tapi since buat dlm surau, maka lagu Sahabat yg ala2 kartun tu terpaksa di cut.




Video ni tak brp elok, terkilan sikit.
Babang wrapped pantun dlm persembahan berpasangan.
Sedondon pulak Babang dgn pasangannya tu...

Byk hadiah diberikan sbg penghargaan dan penyuntik semangat. Babang dropped penggal ni. Kalau  maintain spt penggal lps, mgkn blh dpt hadiah pelajar yg dpt 100% dlm subjek. Tak apalah.. salah Ummi dan Papa jg yg sgt 'bertoleransi' dgn kamu. Tapi tahun depan, siap kamu Babang!!!!

Bubur lambuk yg jadi hidangan mlm tu pun sedap sgt. Sedap sgt-sgt-sgt-sgt! Alhamdulillah, mungkin ia dimasak dengan penuh keikhlasan, sbb tu rasanya luar biasa. Atau perut mmg suka makanan panas bila dalam hujan begini hu hu.

Ruang surau yg terhad dengan keriau-keriau suara anak2 kecil menyebabkan ucapan mlm itu sdkt tenggelam. Bersusah sy pasang telinga nak dgr ucapan. Satu frasa yg menyentuh hati ialah bila Tn Hj Md Noor berkata sms dia belajar dulu, gurunya pernah berpesan :

"... dalam setiap yang kamu lakukan, jangan pentingkan penghargaan dan pulangan.
Yang penting, kamu faham apa yang kamu lakukan..."

Hmm.. sejauh yg saya tahu penggerak dan pendidik di PASTI itu hanya dibayar sedikit elaun. BAnyak urusan dan aktivitnya dibiayai dengan dana terhad dan sumbangan.

Tetapi mrk lakukannya dgn penuh semangat krn mrk mampu melihat jika apa yg mrk semai itu akan jadi tuaian yg manis suatu hari nanti. Dgn pengorbanan dan keikhlasan mrk skrg, smg tunas2 ini membesar menjadi muslimin muslimat yg berjaya dan terbilang serta akan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

Biarlah nanti bila mrk jd doktor, mrk jd doktor Islam. Jadi arkitek, arkitek Islam. Jadi peguam, peguam Islam. Jadi pemimpin, pemimpin Islam.

Kami selalu ada hati yg besar utk melakukan byk perkara, tetapi kemampuan hanya seadanya. Semoga sen dan ringgit drpd baki byrn yuran bulanan Babang yg tak tergamak kami mengambilnya itu dpt jd sdkt saham akhirat kami jika ditambah dan digunakan ke atas tunas2 ini. Sedikit2 lama-lama jadi bukit. Aaamiin....

Today is his last day in PASTI. Saya pesan pd Babang, "Nanti hbis waktu sekolah, salam semua cikgu. Cakap pd mrk terima kasih, minta halal ilmu walaupun Babang tak pernah dpt nombor satu, dan minta doa mrk utk kamu..."

Dia insist nak bawa hadiah ke sekolah. Mana pulak nak cari hadiah pepagi buta tadi lalu saya katakan, "Nanti kata dgn cikgu, Ummi dan Papa tak sempat nak belikan hadiah. Abang kata je dgn cikgu hadiah Babang ialah doa..."

Rupanya dia buat sungguh. Dia kata dgn cikgunya, "Cikgu, saya tak ada hadiah. Hadiah saya ialah doa..."

Hati saya tetiba sedih ni, nape pulaknya? Adoi.. 

Monday, November 5, 2012

Tunas Islam

It's his convocation  on last Sunday. 

Tahniah Babang, walaupun tak ada rezeki Ummi dan Papa nak tgk kamu di kedudukan no 1-3 dalam kelas, tapi selamat juga kamu convo akhirnya ya.. kui kui kui... 

Tak apalah, yang lebih mendamaikan hati Ummi dan Papa bila Babang lembut lidah dengan ayat-ayat cinta Allah, lembut hati dengan didikan Islam. Semoga ia akan terus berakar umbi dalam diri kamu...

Majlis konvokesyen dirasmikan oleh ADUN Sg Pinang, 
YB Dato' CK Teng... 
Sofi, naik dan berdiri dgn betul... posing pulak dia!
I'm coming!
Terima kasih Tuhan, I got my cert & trophy...
hu hu

Terima kasih juga untuk cikgu2 dan ustazah2 PASTI Al-Mawaddah. Tak mudah nak didik dan asuh tunas-tunas ini. Saya sendiri prefer mengajar kolej dari PTCC hu hu... 

Walaupun mereka diberikan elaun yang mungkin tak berpada dgn keikhlasan dan matlamat tugas, hanya Allah jualah yang dapat membalas budi kalian di dunia dan akhirat juga.


pinjam video ya...


Nota : Hah, lega... Along berjaya diserapkan... Hafiz pun.. hu hu...

Friday, November 2, 2012

Lama... debar... sabar...

Lamanya tak jumpa FRAN. Malam ni baru dpt duduk depan ASUS. Br dpt tulis-tulis sesikit dlm FRAN. It's November dah ya... tak lama lagi hbs sdh tahun 2012 ni... 

Hari ini jammed teruk di Shah Alam sbb banjir di Sg Rasah. Luckily hari ni pi keje Papa hantar. Baliknya dijemput Papa n anak2. Kalau saya drive sendiri hari ini mau juga saya nangis sesorang dlm kereta, berjam2 stuck in jammed. Jalan lain haram tak tahu. Jammed sikit dh nangis, kalau kena Taufan Sandy?

So many things happened in life. Hari Raya Aidiladha pun dah berlalu beberapa waktu. Works in office as usual. Cecepat habiskan kerja dan buat-buat tak peduli dgn task yang rasa tak brp nk diberikan priority. Sbb sdg sedaya upaya push flow KTVH. Slow betullah flow manuskrip yg ini. Tak tahulah kenapa... dah merapu dan meraban pulak rasanya. Tak dapat pure feel

Alhamdulillah, slow-slow pun ia dah jejak chapter 38. 10 chapters pertama dah saya emailkan kpd editor BP  ptg td spt yg dinasihatkan. Tak tahu apa feedback mereka. Saya rasa pesen saya ni susah sikit nak penetrate format Karangkraf, tapi tak apalah.. tak salah mencuba kan...

Hari Raya Korban baru lalu, masa sy byk dihabiskan di rumah Ibu jadi bibik, hu hu... n ulang-alik ke Hospital Sg Buloh. Abah warded 6 hari 5 mlm. Papa Nasir tak benarkan saya balik Sabak walaupun dia buat korban tahun ni. Dia balik seorang naik Versys. 

Abah... biasalah bila dah jejak umur 70 thn lebih ni, kesan heavy smoking waktu muda akan menyukarkan kehidupan. COPD abah dah menyebabkan paru-parunya mengecut dan tak kuat utk hela nafas. Sebab itu dia selalu rasa sesak n sgt alergic dgn udara persekitaran. Dia lebih selesa di hospital. Balik rumah je dh mengelabah tak boleh breath. Ayoklah bah... cane ni... nak charter satu bilik tak kat hospital? Hu hu.. jahatnya anak ini...

Sekarang abah byk bg rundingan n nasihat kat orang lain. Dia kata, "Kalau boleh janganlah merokok. Kesannya teruk..". Hmm... ni lah orang kata, terhantuk baru nak terngadah. Dulu orang suh berhenti rokok pun, abah susah juga nak ikut. Biar tak ada duit jgn tak ada rokok, ya tak? 

Ha, Pa! Bila nak quit smoking tu? Janji dulu bila sambut birthday nak quit. Ni dah berapa kali birthday? Quit tak juge... ni janji Melayu ke janji Jawa? 

Brp jam nak sampai ke minggu depan? Sedang hitung debar. Bacaannya dah selesai. Penilaiannya? Dap dup dap dup jantung saya ini... untuk Menunggu Daisy Hati. 

Favourable? Unfavourable? Ubah? Tukar ending? Atau rejected

This is my real writing journey...

Wa wa wa... saya dah terbazir slot 2012 bila STKG tak berjaya win publisher's keenIt's MDH's turn now. Tunggulah RAN, it's just next week okay... sabar... redha.



Daisy means the day's eye
Will you please be my eyes too, dear daisy....?

PAGEVIEWS