Monday, November 12, 2012

Pasca 'Jawi'


Hari ni sy bercuti sbb nk jg Babang. Wah, seronoknya.. 

Dedulu kalau berkhatan, nanti kain tu akan diikat sedikit dan digantung.
Tapi kat rumah ni, tak tahu mana nak gantung kain Babang tu.. tak pe lah..
ini khatan zaman sekarang...
Didik mmg tak boleh berenggang dengan Babang...

Sejak mlm td dia dah bangun n terkedek-kedek berjalan. Dh main lawan2 Ultraman dgn Didik, Adoi, ngeri saya!

Haish, lebih eloklah dia baring, tak de lah risau tgk dia ke hulu ke hilir dgn terbogel bgt. Seluar masih tak blh pakai, kain pun dia tak mahu, sakit katanya kalau terkena kain. Baju pun dia pegang je atas perut. Sesekejap menjerit bila toynya terlanggar sesuatu.

Pagi ni dh lapkan seluruh badan n suruh dia gosok gigi. Took his breakfast on his own. Smlm Ibu telefon, ingatkan Babang sunat smlm katanya. Dh slmt hari Sabtu lah bu...

Ibu kata jgn bg abang minum air byk sgt, takut kembang kat bahagian sulit tu. Okay...
Ibu kata jgn bg mkn makanan yg gatal-gatal. Baik...
Ibu kata jgn benarkan Babang bergerak byk sgt dua tiga hari ni, takut bentan. Alrite Ibu...

Bik Mah suruh beri makan sup haruan. Elok untuk percepatkan penyembuhan luka jahitan.
Haruan?
Ayok, saya sangat alergic dengan haruan, keli dan belut segala ni... makan, pegang dan masak? Tidaklah...
Kalau tak bagi tak boleh ke?

Smlm pun ramai saudara dtg menziarah. Babang sejak dh sunat ni jd materialistik pula. Dulu mn ada heran dgn duit. Skrg semua duit sunat yg diberikan oleh orang2 yg dtg menziarah dia simpan dlm wallet, simpan bawah bantal dia. Duit sunat pertama yg diberikan oleh Zul Budget  duit kedua yg dia dpt ms pergi breakfast di kedai sblm sunat tu pun dia minta jg drpd saya. Amboi!

Waktu baringnya dia habiskan dgn buat origami. Dah penuh bakul kecil tu dgn origami. Kalau boleh jual tak pe la jugek...

Sebelum Babang berkhatan tempoh hari, Didik jenguk saya di dapur. Katanya, "Ummi, adik inta aaf.."
"Nape?"
"Ummi... boleh tak kalau Adik nak unat dengan abang? Bolehlah Ummi..."
"Tak boleh, nenek tak kasi. Nenek kata adik kecik lagi..."
"Tak.. adik dah eca. Tenok ni, adik dah eca!"

Sebenarnya pun saya tak gamak nak sunatkan Didik. Kalau dia sunat, nanti saya dah tak ada anak yang kecil yg boleh saya panggil baby, sebab semua dah dewasa! Sbb dah sunat... wa, wa wa... nanti-nantilah Dik.. 

Selepas Babang n Danish berkhatan, muka Didik pelik je tengok Babang dia nangis-nangis. Kat rumah bila Papa bersihkan darah Babang tu, dia tumpang sekaki tengok, Muka Didik cuak je.

"Lepas ni turn Didik pulak tau, Didik nak sunat tak?"
Cepat sahaja dia menjawab, "Adik tak nak unat! Sakit! Darah!"

Heh, gitu pulak dah?

Result MDH masih tunggu final reading release... adoi... sengsaranya jiwa ini...
Tak pe, buat masa ini got to get back to KTVH. Another 100 pages to go! Utilize cuti sehari dua ni sebaiknya... sambil2 jadi housewife, sambil2 duduk depan lappy. Hopefully boleh habis. 

2 comments:

  1. mengandung lah lagi kak..seronok dpt baby ni, boleh peluk gomol selalu.

    sbb mcm waiz tu, dh besar..minta kiss pon susah.nak peluk..lg lah dia lari. ni ada una..bolehlah peluk cium dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...? hu hu...
      mengandung lagi? hmm.. tak habis fikir lagi ni he he...

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS