Alhamdulillah, feels so good to be at home again. Apatah lagi bila rumah kemas je.. hu hu... sbb sblm keluar utk cuti yg panjang sy dah kemas umah seadanya spi jam 3 pagi. Cuba kalau rumah tak berkemas, bila buka pintu dr outing yg panjang, mesti stress...
Sekejap je hari ni dah last day cuti utk CNY. So many things happen, sweet n sour, hot n spicy, laughter n tear, relax dan penat... semua ada... alhamdulillah juga semuanya ended up with good things. Tuhan mmg mendengar doa...
Sbnrnya tetiba teringin nak makan buah limau. Buah limau CNY. Err.. awatlah kalau ingat limau, ingat sekali dgn CNY pula... hish...
Sat-sat ni mana nak cari buah limau. Dahlah hujan ni, dahlah baju kotor berbakul-bakul nak tunggu mesin basuh ni, dahlah kejap lagi nak masak utk dinner... nak ajak pi cari buah limau, si Papa Nasir la ni asyik dgn hobi baru dia. Confuse saya...
Tak de buah limau, pandang gambar ni pun jadilah... sib baik ada snap gambar limau comel ni kat opis...
Ni 2 biji limau yg sy mkn di opis minggu lps. Bank bagi. Blh mkn ke ni? Hu hu... Sy tak berkepentingan dgn mrk... dan mrk pun tak berkepentingan utk saya, kira halal tak?
Dedulu ms kerja di GOMAFO (GESB + MJSB + FESB + BCSB), tiap kali CNY je, office penuh dgn kotak buah limau ni. Dr tkt bwh sampai tkt 3, dlm opis pun penuh. Limau2 ni subcons bagi, suppliers bagi... menimbun. Sampai pi opis tak yah pakai perfume. Nanti kami semua berbau limau. Nak jalan pun susah, sampai org2 dah tak boleh nampak saya hu hu... nnt asyik tanya : 'Mana Tie?', 'Mana Rose?', 'Arosh mana?', 'Mana itu Losie?' - ikut kepelatan dan kesukaan mrk memanggil nick name saya hu hu...
Tapi limau2 tu tak boleh mkn selagi belum raya. Pantang kot. Nanti sehari sblm diorang cuti sy, Kak Su n Mdm Karen kena buka kekotak. Check limau n agih2 kekotak tu utk semua staff. Kalau makanpun, bos bkn tahu. Kotak tak kurang, tapi makin bertambah. Nanti kalau tak dimakan, jadi busuk... buang je. Membazir la bos.. lagipun we need space to work. Tak kan nak kerja atas kotak limau kot? Tapi sy good girl. Even tak makan pun, kang pepetang bos kekenyit mata suh saya bawa balik. Untuk Ibu. Hu hu....
Mmg dulu Ibulah yg paling suka mkn buah limau CNY ni. Sekotak dia blh mkn seorg. Sampai hilang suara. Peliknya, kalau buah limau tu dibeli, tak ghairah pula dia mkn hu hu... dah muak kot. Ke yg FOC tu lagi sedap Bu?
Limau ni ada yg manis, tawar n masam. Sy suka yg tak manis sgt tu. Yg tawar pun saya suka. Kalau nak tahu buah limau tu manis ke tak, pilih buah yg berkedut. Kalau yg licin tu biasanya masam... hu hu...
Hmm... best thing dulu bila CNY ni ialah angpow. Bosses, kekawan pejabat yg dah kahwin, subcons n supplier semua bagi angpow, apatah lagi bila saya duduk kat akaun. Tiap kali dtg ambil cek, mereka berilah angpow. Tapi... tak ada diskriminasi hanya krn angpow. Saya kan budak baik, sbb itu saya disygi bos. Cit! Masuk bakul, makan buah limau! Angpow tu kalau kumpul boleh pi holiday. Kayo sekejap. Pun semuanya bagi kat Ibu, sukanya dia. Tapi skrg tak pernah dpt angpow lg. Angpow ni diberi utk mrk yg blm kahwin je. Yg dh kahwin, mrk pula yg kena bg angpow! Itu kata Mary Anne dulu... miss her...
Hu hu... terkenang sms dulu pula tgk buah limau ni. Papa, dah-dah lah main Diabolo tu... kalah bebudak lah awak ni. Jom pi cari buah limau kat Careour nak? Mcm mengidam pula Ummi ni... kan gegurl...?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.