21/09/2018
Agak lewat pagi itu. Keletihan balik lewat dari program solat Hajat UPSR Babang mlm sblmnya. Maka, Babang ke sekolah bonceng Pa utk bolehkan dia sampai ke Kelas Sinaran Pagi by 715am.
Lps hantar Baby yg agak mengeleh manja krn krg sihat, saya drive Didik ke sekolah. Of course, selepas 7am, jalan sebatang tu akan jadi umpama kura-kura pergerakannya.
Seperti biasa, saya habiskan rutin 'sedekah jariah' setiap pagi. Didik boring kot. Dia capai Menunggu Daisy Hati.
"Ummi, apa maksud mitos?"
"Ummi, apa maksud seka?"
Means, he's reading the pages.
"Ummi, kenapa no 3? Kan ini novel ke-4 Ummi?"
"Sebab buku no 1 lahir dgn publisher lain. Mcm juga Babang, Didik & Baby. Babang lahir di PPUM, Didik & Baby lahir di DEMC. Tapi mak ayahnya tetap Ummi & Pa juga... orang yg sama."
"Ummi, kenapa tajuknya Menunggu Daisy Hati?"
Ala... Didik nak suh Ummi buat rumusan karangan ke apa ni? Patut suruh Babang la Dik... dia yg nak exam minggu depan hu hu.
"Saya rasa tajuknya ni pelik la..."
"Kenapa?"
"Menunggu Daisy Hati... mcm tak betul. Sepatutnya tajuk dia Menunggu Hati Daisy... baru betul!"
MENUNGGU DAISY HATI patutnya jadi MENUNGGU HATI DAISY?
MENUNGGU HATI DAISY...?
Hmm... betul juga tu... sounds nice. But, perhaps it will bring difference to the story Dik.
"Ummi... cerita novel ni pasal apa?"
Alahai... byk pula soalannya pagi tu. Selalu dlm kereta setiap pagi senyap sunyi. Sbb mereka berdua tidur lena. Bangun bila dah sampai depan pagar sekolah je.
"Adik bacalah..."
"Hmmm..." Didik selak sehingga muka surat akhir. "Ada 472 mukasurat... tebal. Saya tak larat nak baca..."
Adeh...
#menunggudaisyhati
#chedaisy