Friday, November 30, 2018

OMG - My Lil 'Peri-Peri'

Among d'3 boys, baby seems to share my interest in gardening. Willing nak tlg siram... selalu minta nak tlg tanam. 

In fact, dia minta satu bekas / pasu for himself. Katanya 'baby nak tanam pokok baby'. Semua tumbuhan yg dia jumpa @ keratan yg nak dibuang dia tanam. Asik nak siram. 'Nak bagi pokok baby minum' katanya. Hga bergenang pot dgn air. "-)

Dan baby juga menurun perangai Ummi. Hampir tiap mlm pamit goodnight kat pokok2 & bunga2 sblm tidur. Suka berbual dgn che2 pokok & che2 bunga... mcm Ummi juga :-)

Apa-apalah nak... janji kamu bahagia. 







Thank you my little 'peri-peri' (pari-pari).
Terima kasih krn selalu jadi anak Ummi yg rajin tolong.
Yg faham Ummi... semoga kamu juga dpt bantu Ummi & Pa di akhirat nanti ya.
Ummi sayang kamu, Babang & Didik sampai syurga!

And, November 2018. Good bye, dear...
Kita tak akan berjumpa lagi. Terima kasih krn beri bahagia dlm hari-harimu.
Demi masa... masa yg berlalu, tak akan kembali... hanya memori yg sentiasa ada dlm ingatan.


Walk to remember
B : Ummi, adakah kepala saya terhantuk di mana2 ketika tidur?
U : Kenapa?
B : Kepala saya sakit sangat...
U : Dah... jgn fikir lagi.
U : Kalau kamu yakin, insyaAllah, Ummi & Pa usahakan...
U : Didik, doakan abang ya...
D : (angguk perlahan)

29122018 Babang, demi Allah... Ummi tetap bangga dgn Babang. I knew you've give the best of you. Disruption tu biasa. Tergelincir itu juga fitrah. Mgkn your Pa is lil bit frustrated. Tak apa... slowly. PaMi will be doing what we could for you. Mohon Allah permudahkan urusan kita ya...

#diariRAN
#littlefairy
#UPSR2018
#pertimbangsemakansemula

Wednesday, November 28, 2018

OMG - Our Lady's Finger

Favourite utk kari @ asam pedas. Paling tidak, kalau dah tak sempat sgt, masak asam darat bendi je. Ibu panggil asam derek. Among my boys, Didik the only one 'hantu' bendi mcm maknya juga.

Bendi @ Lady's Finger @ nama binomialnya Abelmoschus esculentus. Ist time belajar semai benih bendi. Dapat 2 pokok. 

Benih bertunas jadi baby pokok bendi!

Tak adalah membesar bgi johan. 2 pokok ini sebaya. Yg pendek tu bantut agaknya. Masa pindahkan dari polibag ke pasu, tak sengaja terputuskan satu akarnya. Sejak tu tak berani keluarkan anak pokok dari polibag. Dgn polibag2 letak dlm tanah @ dlm pasu :-)

Maka dia membesar agak lambat berbanding sepokok lagi tu. Selalu tanya Pa, kenapalah kurus melidi 2 ketul ni. Bunga tak nampak, buah lagilah tidak.


Kerap siram dgn air beras & air basuhan ikan @ seafood. Hampas kelapa sgl letak dlm pasunya. Lepas buh baja buah, baru nmpk tumbuh daun di spjg batang. Itupun pd pokok yg bantut. Pokok tinggi tu masih juga melidi batangnya togel.

Bbrp kali berbunga. Tapi hampa. Bunganya gugur. Kenapa ntah. Bila jadi buah, kecil2 pun gugur juga. Sedihnya...


Akhirnya, dpt juga lihat bunga bendi berkembang. Cantik bunganya! Simpan dlm FRAN sbb dia tak akan kekal lama.. kejap lagi dia jadi buah bendi pulak :-)


Bendi sulung. Dah krn dia seketul je yg membesar, maka saya decide to let it stay there. Buat benih nanti. Nak campur dlm kari pun alang-alang. Adik-beradiknya msh bertatih. Lately nampak buah bendi yg kecil tu dah ditebuk ulat. Haish... makanlah ulat... rezeki kamu. Yg lain jgn tebuk tau... Ummi nak masak!

Tak apalah. Ini fasa 1st timer & beginner. 2 pokok ni mcm eksperimen kami. Hopefully lepas ni boleh jadi pandai jaga pokok bendi variasi 5 segi ni.

Buah bendi ni che Wiki kata elok utk kuatkan daya memori & kecergasan otak. Kalau dulu, mak-mak selalu pesan, masa mengandung elok mkn bendi. Nanti mudah nak bersalin (insyaAllah). Mgkn disbbkan lendir pd bendi tu mudahkan baby melungsur keluar? Wallahualam :-)

Apapun, bendi is Didik's & my favourite. Paling sedap kalau celur/rebus & makan sbgi ulam. Dulu... arwah abah suka masak bendi. Sedap sgt air tangan abah. Campak2 dgn lada kering dlm kuali cenggitu je pun, sedapnya hingga bertambah2 nasi.

Al-Fatihah sentiasa utk abah...

#diariRAN
#bendi
#lady'sfinger

Monday, November 26, 2018

OMG - Wonderful Herb : Kencur


Anak pokok cekur @ orang Jawa sebut kencur ni, Pa bawa dari kampung. Nama botaninya Kaempferia galanga. Tanaman herba dua guna - ulam & sayur. Juga untuk perubatan tradisional.

Dulu di rumah No 5, penuh pasu dgn daun cekur. Ada ubi juga. MIL selalu guna sbg bhn masak lemak putih. Sedap. Cuma saya belum pandai guna.

Pandang cekur yg sepasu ni, tambahan bila nmpk sekuntum bunga putih di tghnya tu pagi smlm, rasa lega sgt. Alhamdulillah...

Mlm sblmnya 1st time nmpk gambar bunga kencur dlm FB Kebun Bandar - Jom Tanam Sendiri. Alhamdulillah, pagi smlm 1st time pandang dgn mata sendiri. Terima kasih che cekur krn berjaya  struggle to survive. Maafkan Ummi ya..

Byk rintangan nak pelihara & jaga dia. Awal2 dulu mcm tanahnya problematic. Transferred ke pasu & tanah lain, layu je. Hidup segan mati tak mau. Kemudian, nak beri baja. Tersalah sangka baja EZGrow dgn petrol. Sudah... lecur sebahagian daunnya. Tanahnya pun berbau petrol. Pa kata buang je lah... nnt ambil anak pokok yg baru.

Tak sampai hati. Kesian che cekur. Saya yg bersalah. Korek semula, mandikan daun dgn akarnya dgn air hga kurang bau petrol. Daun yg lecur terpaksa dikorbankan. Ganti tanah baru. Tiap kali pandang dia, minta maaf. Lama sgt dia mcm merajuk. Mati tidak, besar pun tidak. Statik cenggitu je. Adeh... Pa dah asik ulang kata, nnt cari anak pokok baru. 

Pengganti tu mungkin senang dicari. Tapi manakan sama dgn yg asal. Tak semudah tu kot saya beralih hati... :-) Biarlah saya tunggu & rawat dia. Jika takdirnya hingga akhir hayat, ke akhir hayat jugalah saya tunggu che cekur saya ni. Slps itu baru kita fikir ttg pengganti ya...

Hari ke hari nmpk dia semakin segar walaupun tak ada tanda2 nak membesar @ membiak. Sekali bila ada bbrp benih balsam tumpang tumbuh, dia pun keluar daun baru. Kemudian keluar bunga sekuntum pula.

Alahai... kamu sunyi ye selama ni? Udahlah sakit... kesunyian pula ya. Bila berteman dlm pasu, baru nak berdaun baru & berbunga. Tak apa... Ummi RAN faham je... :-) 

Tunggu ada bajet lebih nnt, kita tukar ke pasu besar dan tambah tanah sikit lagi ya....

Someday nanti, moga2 boleh guna sedikit daunnya utk buat urap @ kerabu. Campur dgn daun che kaduk, che selom, che pegaga... yg ada serba sikit baru nak membesar di Our Mini Green tu. Mesti exciting agaknya perasaan nanti!

Live happily ye che cekur... 

Burung serindit burung tekukur
Lain rupa, lain tabiatnya
Lama sakit si herba cekur
Diteman balsam, tersenyum bahagia!


#cekur
#kencur
#bahagiaselepasderita
#cutisekolah


Wednesday, November 21, 2018

OMG - Kacang Panjang Renek

Benih kacang panjang renek (KCP) atau nama saintifiknya Vigna unguiculata var sesquapedalis ni ehsan Kak Zah (jiran Bik Mah). Pd earlier sharing, saya igt dia ni kacang buncit purple. Rupanya masa tu Kak Zah bercerita ttg 2 perkara pd satu masa yg sama. 

Dlm 3-4 biji benih tu, ada 3 pokok yg menjadi. Cepat je tumbesarannya. Cepat juga berbuah. Masalahnya, semut hitam yg besar tu sgtlah suka pd pokok KCP ni. Grrr.... bukan tak moh sedekah sikit kat semut2 tu, tapi... ala... kesian lah pokok tu wahai che semut!

Walaupun baru 2 pokok yg berbuah, berbuah tak byk & bukan serentak, still tak termakan. Sebetulnya tak sempat nak petik. Tgk2 dah nak tua. Tak pe, buat benih je nanti. Nak beri pd jiran... mcm kelakar pulak. Takkan nak beri satu @ dua tangkai.

Baca di google, katanya pokok KCP ni dipercayai berasal dari Filipina. Bawa masuk ke Thailand. Dah sampai Thailand, masuk la pulak ke Malaysia :-) Versi hybrid juga la pokok ni. Said, hayat pokoknya cuma 8-10 minggu je. Hmm.... bolehlah dah semai benih baru. Kelmarin pun Pa kata gantung je KCP yg tua tu, simpan jadi benih.

Disebabkan dia renek tapi tampung buah KCP yg bertangkai tu, kkdg pokoknya merunduk. Saya pancangkan kayu & ikat, takut rebah & patah nnt... naya je.




1st batch buahnya a fortnight ago kot, petik 2 tangkai KCP yg muda, campur dgn masak kunyit udang (lebihan umpan pancing Pa yg dikumpul2 dlm freezer) versi ad hoc sbg dinner simple kami. Alhamdulillah...

Lain rasanya perasaan bila lihat masakan & lihat anak2-suami makan masakan kita yg menggunakan bhn atrnya blh dipetik begitu shj dari  laman sendiri. Thank you Allah. Thank you Our Mini Green.

KCP ni lebih sedap & manis. Mgkn sbb ditanam di laman sendiri & organik :-)
Che Kari OMG pun menyumbang ke dlm hidangan.

Bukan tak tahu Baby rindu nenek
Tapi apalah daya hati ini
Tanam pokok kacang panjang renek
Lepaslah utk masak lauk dinner bila2 teringin....



Walks to remember:
Tumpang happy (airmata tiba2 jatuh kat pipi) dgn teman yg sekeluarga mengerjakan umrah bsm baby kecil. Moga dipermudahkan urusan & ibadah. Andai sudi, doakan kami juga ya Che Hairi...

Dan Babang... terima kasih krn beri huruf Mim. Bersyukur pd Allah. Krn Dia izinkan usaha membuahkan senyuman. Semoga ilmu & usaha yg dicurahkan oleh ustaz/ustazah SRA Al Amin (gigih & cemerlang) dpt kamu manfaatkan utk dunia & akhirat. PaMi tumpang utk saham & bekalan di akhirat ya...

Maha baik & pemurahnya Allah...

#kacangpanjangrenek
#udangmasakkunyit
#diariRAN
#PSRA2018

Monday, November 19, 2018

OMG - Mix Blood Jealousy?

Assalammualaikum FRAN & frens...
Petang nanti dijangkakan result PSRA Bbg akan diedarkan.
Walaupun sebenarnya redha je dgn rezeki yg bakal Allah beri... masih juga mengharap yg baik2...
Maka... diari penenang hati untuk hari ni, ini sahaja la nampaknya...



Sewaktu checked on che RJs @ weekend getaway di OMG semalam... terlihat sekuntum che RJ ni. Pd saya yg 1st timer ni... excited... sbb nmpk mcm mix-blood je sekuntum ni. Cuma mix blood nye mungkin 1st generation... maka begitulah kejadian. Kalau mix-mix & lots of mix ni nanti utk bbrp generasi, mungkin lagi comel agaknya :-)


Duduk dlm pasu kecil yg bercampur che RJ merah, kuning, purple & pink. Kalau dia mix berbelang semua colour tu... hu hu... Subhanallah. Maha hebatnya Allah menciptakan semua yg cantik2 & baik2.

Dalam pd happy tu... hati ada sikit geram. Dan sakitnya tuh di sini...
Didik!!!!


Pi nursery bln lps. Pa nmpk che daisy merah. Saya tak minta beli sbb harga di situ tu agak mahal berbanding nursery beli Che Daisy Pink dulu. Tapi sbb tahu bunganya merah, Pa insisted to buy.

My mistake... dari bacaan google, seorg blogger tu kata pd akar daisynya ada putih2 mcm telur perosak. Saya pun kumbah & mmg lihat ada putih2 pd akarnya. Terus kutip & buang. Tiba2 tak sedap hati. Betulke telur perosak?

Bila wasap Etha Duane (classmate masa MRSM), katanya itu baja slow release. Dan sebab tu la.. che daisy pink sepasu tu melayu & layu dan terus mati. Sedihnya...

Utk che daisy merah ni, berusahalah saya merawatnya sbb dia pun dah melayu. Beri baja, beri ajinomoto. Hari2 rayu dia. Hari2 pujuk dia. Akhirnya nmpk dedaunnya segar. Tak lama lepas tu keluar putik bunga. Happynya! Alhamdulillah.

Adalah harapan nanti nak  up status ttg MDH di FB. Dah lama tak share ttg MDH. Nanti editor marah pulak.

Kembang pertama. Saya cakap dgn dia setiap petang & malam sebelum tidur. Hajat nak tunggu kembang kedua.

Sekali... bila daisy kedua tu bloom, tengok2 yg 1st bloom dah terkulai. Kenapa...?!

U  : Siapa buat che daisy merah Ummi sampai patah tengkuk?
U  : Baik mengaku cepat!
B  : Bibi tak...
Bg: Abang tak...
D  : (sengih semacam)
U  : Adik ya!? Kenapa Adik patahkan tengkuk che daisy tu?
D  : Saja... sbb byk sgt bunga kat rumah ni...
P   : (senyum)

Grrr!!!!! Kalau ya pun jealous Dik, jgnlah dipatahkan tengkuk che daisy tu. Dia tak berdosa. Ummi punyalah tunggu dia bloom berdua tau!

Tapi selepas tu Didik betulkan jawapannya...

D : Sorrylah Ummi... sbnrnya saya nak jentik lalat
D  : Sekali lalat tu terbang kat che daisy tu
D  : Bila saya jentik, terjentik sekali batang che daisy tu...
U  : Kenapa tak cakap awal2. At least Ummi blh try selamatkan dia!
D  : Saya takut Ummi marah...

And what difference does it make now? Ummi tetap marah! Grrr...

Dan semalam tengkuk balsam merah pula patah. 
Awak dah kenapa jealous sgt dgn che bunga ummi ni Dik?!



#ourminigreen
#chedaisymerah
#rosejepun
#mixblood

Wednesday, November 14, 2018

OMG : Kembang Sepatu



Baru tahu bunga raya dipanggil juga Kembang Sepatu. Tapi tak sama langsung dgn sepatu hu hu! Di Jawa katanya dipanggil Worawari. Kalau bunga raya merah, jadi bunga kebangsaan Malaysia la.

Asal bunga raya putih ni katanya dari China & Kepulauan Pasifik. Dipanggil Chinese Hibiscus @ nama Latinnya Hibiscus Rosasinensis-L.

Satu hari jiran sebelah tanya, "Bunga Raya ke tu?"
"Ya, bunga raya putih yg awak bagi tu la..."
"Hidup ye? Saya punya mati pulak. Agaknya sesuai dgn tanah tu. Elok bunga raya putih tu, boleh buat ubat."

Ya. Ehsan jiran keratan bunga raya ni. Pendek sgt2 keratannya. Terima kasih, alhamdulillah orang nak bagi hu hu. Pa cucuk ke pasu. Tangan Pa sejuk agaknya. Hidup n membesar slowly. Hingga kini pokoknya cinonet & comel je dlm pasu. Bawah rimbunan dedaun lengkuas. Tapi kerap bloom. Comel pulak tu!

Kalau baca kat google, dikatakan akar, daun & bunga raya putih ni byk gunanya terutama dlm perubatan tradisional China & India. Daun & tunas bunga muda digunakan sbg alat tuam utk rawat bisul & bengkak. Air rebusan akar boleh guna utk rawat demam, batuk, sakit mata & penyakit kelamin. 

Kalau nak hilangkan kelemumur, hitam & kilatkan rambut, boleh ramas bbrp helai daunnya hga keluarkan lendir & sapu di kulit kepala @ rambut. Biar sekejap sblm dibilas bersih. Rasanya masa kekecik dulu pnh buat, sbb dulu duduk di kampung dgn arwah Wan. 

Kalau demam (dulu Wan pernah buat), bbrp helai daun bunga raya putih yg segar tu ramaskan dlm sedikit air. Lap air ramasan daun pd seluruh badan. Nak demah di atas kepala pun boleh. Bantu kurangkan panas badan.

Terima kasih ye jiran sbb beri keratan pendek batang bunga raya putih ni. Kalau nanti dia dah besar, blhlah amek keratannya pula tanam di rumah awak pula. 

Moga2 bermanfaat bunga raya putih yg comel di laman OMG kami ni. Pahalanya turut mengalir sama pd jiran yg sedekahkan keratan batangnya tu juga.

InsyaAllah.


Walks to remember:
Kdg tak faham dgn org yg buat org tapi act as if org buat dia. Eg kucing dia yg memudharatkan  (ptt kita yg marah) tp bermasam muka pula dgn kita. Kucing tak mukalaf. Tapi isu 'kucing' ni mmg isu standard lagi global. Kucing mmg kesayangan Rasulullah. Cuma perlu hati2 jaga kebajikan kucing peliharaan agar tidak mengganggu hga susahkan jiran. Dibimbangi hilang kesempurnaan iman. sptmn amaran Rasululullah itu sendiri.

Krg fhm juga bila lihat org yg style sidai baju bila hari dah nak hujan @ mlm. Yg suka biar jemuran bwh open sky berhujan & bermlmn hga esok. Atau yg entah mengapa suka biar kasut sekolah anak yg dijemur dari pagi melangkau mlm sampai esok hari atas tembok. Walhal sudah kita bantu ingatkan @ laungkan 'hari hujan'. Faham itu urusan dia. Tapi... tak sampai hati tgk baju anak kecil basah kehujanan & bermalaman sdgkan orgnya ada di rumah. Can't help myself from asking... adakah itu lumrah @ tips murah rezeki @ saya yg ada penyakit OCD?

Krg fhm juga bila org selalu sembang gaya 'kembang'. Ya faham... mgkn mahu dipandang tinggi.  Saya tak kisah. Sbb saya mmg jenis org yg blh 'layan'. Tapi, nilai yg lebih murni ialah rendahkan hati & diri bila berkata. Kerana.. 'ketinggian' itu pasti terpamer walau tanpa suara.

Seperti kembang sepatu putih kesygn. Kecil je pokoknya. Pasu pun tak besar mana. Tapi bila dia bloom, Subhanallah... putih berseri membahagiakan org yg memandang. Tak perlu pun dia berkata-kata. And the plant is growing up now! Bahagianya...

RAN, bersyukurlah dgn apa & siapa jua yg didatangkan Allah. Ambil yg baik, sempadani yg tidak.
Baiklah...

#kembangsepatu
#bungarayaputih
#takfahamjiranseketulyangsejenis
#kucing
#OCD

Monday, November 12, 2018

OMG - Weekend Getaway (ii) : Apresiasi

Sabtu 12/11/18 - Hari Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi 2018 sekolah anak2. Masa menunggu, tgk seorg demi seorg murid cemerlang naik ke pentas. Mana yg jadi tokoh, ibu bapa akan naik bersama. Biodata di baca. Terharu rasa. Tahniah semua!

Ada satu ketika tu, terlihat Pa. Ada genangan air di mata. Bila ditanya, katanya tak ada apa2. Terharukah bila anak2 made their comeback? As for me, ya syukur alhamdulillah. Di mana ada kemahuan dia situ ada jalan. Jika ada kesungguhan, dgn izin Allah, tentu diperkenankan.  Kejayaan  dlm capacity range yg tersendiri. Tak adalah hebat @ cemerlang sgt. Cukuplah dpt suntik semangat & motivasi diri. Yg penting juga, jaya ilmu ini moga bersekali dgn jaya pada nilai Muslim, hati dan akhlak mereka.



Dan saya sepjg waktu menunggu tu, asik perhati dua pasu pokok yg lately ni jadi favourite saya. Tak tau namanya. Ada yg kata pokok bunga lipan. Warnanya kdg hijau & kdg pink kemerahan, I guess depends pd pendedahan kpd cahaya matahari.

Duduk2 di situ, belai2 mereka. Tgk ada sekerat dua yg patah & jatuh ke tanah. Kesian diorang… RAN kutip ya. Waktu tulis diari ni teringat semula. Mana pergi pulak keratan tu?

Mata kiri lately asyik berkedip2 till now pun. Org2 tua kata, tanda nak menangis. Tak adalah percaya sgt. Tapi learn from previous experience juga. Jadinya agak murung & mood tak brp nak baik. Pa tried pujuk bawa ke nursery. Bukan beli sgt pun. Sekadar cuci mata. Sbg 'upah' kpd nursery, kita belilah sepasu balsam @ kaembung yg cantik bunganya. Harga pun affordable, RM5 :-)

Warna bunga kaembong @ Garden Balsam (Impatiens Balsamina) ni cantik - putih belang merah.
My favourite flower since I was a little girl (roses too)
Welcome to our little home, dear. Moga bahagia ya!

Kat nursery Ahad tu juga, bila dah asyik ulang pandang pokok strawberry. Pa pun redha je belikan sepasu. Dpt sedikit diskaun. Nak tunggu yg semai last week, tak nampak2 lagi btg hidungnya J  Baby dah asyik tanya mana stawberry. 

Pokok local strawberry dah saya transfer ke pasu lebar sdkt. Hopefully dia menjalar (spt yg org nursery kata) spy dpt dibiakkan. Local strawberry ni katanya tahan panas & buahnya lebih berbesar compared to strawberry tanah tinggi. 
Moga ada rezeki kita lihat dia nanti ya.
Welcome to our little home too, dear. Grow happily ya, berbuah byk2 & cantik2 tau utk Baby & Didik. :-)
Pokok bunga lipan katanya... kalau merimbun cantik. Waktu pi teman Pa & baby minum petang di gerai sebulan lebih yg lalu, terlihat pokok ni. Cantiknya! Lady kedai tu pun ramah bercerita dia mmg tanam byk di rumahnya. Offered me few cuttings. Happynya! Saya beri sedikit saguhati but she strongly refused. Akhirnya saya order lagi sepasu tapi jenis yg lain utk beliau tanamkan. Nnt2 kalau dah besar dia berikan katanya.  Dari keratan yg diberikan tu dptlah saya cucuk ke dalam 2 pasu. Alhamdulillah... 

P : Kata nak goreng kangkung belacan utk dinner?
U : Err... ala.. kesian la dia... tak sampai hati nak potong...
P : (terus bangun capai cutter utk potong kangkung)
U : Potong bebaik! Jgn dera kangkung saya tau Pa!

Kangkung ni rasanya saya semai ada sebulan dah kot. 2nd batch. 1st batch Pa tanam dlm besen & tapis guna teknik air. Tapi disbbkan kami tak tahu bila boleh harvest, kangkung tu menjalar kat laundry space. Hilang mood nak makan. Alih2 mati dia... kesian kangkung... mungkin merajuk.

Weekend getaway my way, our way... simple je tapi itu yg beri bahagia.
Replant RJ yg lecur. Kali ni satu warna dlm satu bekas. Supaya mereka ada privacy :-)
Ada lebih cuttings, beri pd jiran rumah berkembar. Mereka sedang set up garden juga tu :-)

Kat Kedai Eco, most pots we desired dah tak de. Akhirnya Pa ambilkan bbrp knife holder utk jadi pasu. Hmmm... lebih tebal berbanding pasu. Agak tinggi, sesuai kot untuk few plants. Bekas Maggie Pedas Giler dan botol minyak pun dah siap sedia isi tanah utk tanaman. Gunakan apa yg ada dgn sebaik manfaat.



Our precious weekend getaway moment. At 1850pm @ 11112018, gerimis petang... tetiba nampak pelangi di situ dr laman OMG - Our Mini Green. Subhanallah... what a beautiful & calming scene. Apresiasi lewat petang...


#ourminigreen
#diariRAN
#weekendgetaway

Friday, November 9, 2018

OMG - Pokok Epal Cinta Baby

Mula2 bina rmhtgga, abah & ibu duduk di Jalan Kuchai Lama. Rumah atas bukit. Masa tu Ibu kata, umur saya dekat2 setahun. Bwh bukit ada sebuah rumah China, Ah Soh yg byk tanam pokok tomato. Selalu bagi tomato kat Ibu, 'Bagi Lotti makan tomato loh! Nanti Lotti jadi cantik!'.

Lotti tu panggilan Ah Soh sekeluarga pd saya. Sejak itu saya mmg jadi hantu tomato. 

Mgkn sbb msh baby (agak cerah & mata sepet), Ah Soh sekeluarga suka culik bawa ke rumah mrk. Ibu kata, setiap kali saya hilang, Ibu susul ke bwh bukit. Pasti jumpa saya sdg diraikan dlm bakul tomato. Sdg makan tomato!

Cerita ttg ‘a baby & a basket of tomato’ ni pnh jadi bahan presentation saya dlm satu kem motivasi. The fascilitator & all the participants adored the story. Abang fasci tu gelak spi mengalir airmatanya.  Dia gelar saya baby tomato hga tamat kem. 

Hga skrg, saya mmg cintakan tomato. Didik & baby mewarisi. Babang? Hmm… lain pesen anak bujang seketul tu.

Bbrp mgu lepas, ajak Pa tlg buatkan section utk alih anak-anak pokok tomato yg berjaya disemai. Dah buat section, tanah pulak limited. Dek krn tak sabar juga nak mengalih, saya tanam je polybag tu separuh dlm tanah sediada yg dah Pa gembur tu. Saya tak keluarkan dari polibag sbb takut affect pokok tomato tu. Sekelilingnya, spt biasa… Pa cucukkan babynya si bayam brazil yg comel tu J



Nak buat section / batas gunakan bata, bata pulak tak de. Tetiba, ting!!! Idea! Bodek Pa supaya guna lebihan PVC ceiling utk jadikan batas. Jadilah... gunakan apa yg ada dgn sebaik mungkin. 

Ada 5 pokok tomato di section ni. Sepokok msh dlm polybag kat tepi sudut tu. Hari tu Kak Zah (jiran Bik Mah) ambil sepolibag yg ada 2 anak pokok tomato. Satu je hidup katanya. Saya offer satu bag lagi. Tapi Kak Zah kata biar besar sikit dgn saya dulu. Maka di situ je lah duduknya dia, blm dijemput tuannya. Sian dia… hu hu…

Bila baca di google, mcm2 tips & cara jaga pokok tomato. Reti ke saya ni nnt nak apply sgl tips pantang-larang-petua tu? 

Che Tomato syg… semoga membesar dgn gembira & sejahtera ye. Be strong! Survive tau! Ummi harap sgt dpt tengok kamu lahirkan 'epal cinta' yg comel (org Itali gelar tomato ni pommi dei mori yg bermaksud Epal Cinta J)

Oh, I shouldn't claim credit for berjaya semai biji benih tomato. Sbb yg semai biji benih ni si baby MAHAN.  Tapi baby semai dgn panduan & pemantauan Ummi juga hu hu... Baby panggil pokok tomato ni 'Pokok Baby'.

Dia selalu kata, 'pokok Didik tak jadi'. Sms baby semai tomato, Didik pula semai benih capsicum. Sampai skrg tak nampak rupa cambahnya J


Walk to remember:


Tomat.
Teringat Bibik Mega. Dia selalu sebut tomato ni tomat. Bila ingat Bibik Mega, tentu rasa hiba kerana memori abah menjelma...

Bibik Mega... walau di manapun bibik, kami doa bibik sentiasa dirahmati Allah, selamat, sejahtera & bahagia ya. Terima kasih krn sudi bantu kami jaga abah dgn suci hati hga akhir hayat abah. Maafkan kami tak dpt jaga Bibik slps abah pergi... kami tak berupaya. 

Bibik adalah atr rezeki & kebahagiaan saya krn saya yg memilih dia utk menemani abah & ibu di kala ketiadaan kami keluar bekerja.  

Al Fatihah di hari Jumaat ini buat Abah2 & Bibik Megawati. Buat bonda berdua juga yg masih kami miliki di dunia tika ini. Tiada di depan mata, namun sentiasa ada di dlm hati. 

Tidak akan ada yg mengerti jika tidak pernah melalui & memahami. Laluan hidup manusia tidak pernah sama walaupun ada yg serupa.

#tomato
#epalcinta
#pokokbaby
#ourminigreen
#bibik

Wednesday, November 7, 2018

3 Isteri?

Balik dari kenduri Bik Nani pd 04/11/2018... dlm kereta...

Ddk : Huiyo! Lamborgini!
Bby : Wah! Rambutgini!
Pa    : Amboi, baby pun tahu Lamborgini?
Ddk : Bukan rambutgini la baby! Lam-bor-gi-ni!
Ddk : Bila saya dah besar, saya nak beli Lamborgini!
Bby : Baby pun! Baby nak beli kete Rambutgini & Fereri!
Pa    : Amboi, Ferrari pun baby tau?

Umi : Kalau nak beli kereta mewah gitu... rajin2lah belajar...
Umi : Tapi kalau byk duit pun, better adik beli aset lain.
Umi : Beli kete jadi besi buruk je.
Ddk : Beli apa Mi?
Umi : Beli la rumah... beli 3 buah rumah.
Ddk : 3 buah rumah? Bermakna saya kena ada 3 isteri ke Mi?

Pa   : (berdekah ketawa)
Umi: (Piap! Piap! Piap!) pelepuk kena kat Pa!
Pa   :  (Mengadoi)

Umi : Nak buat apa 3 isteri!?
Ddk : Tak mohlah 3 isteri. Susah je... mcm cerita kat TV tu.
Ddk : Nanti kejap kena pi umah situ, lepas tu kena umah sini.
Ddk : Penatlah...
Ddk : Pas tu nak tipu-tipu lagi...
Umi : Hmm... tahu pun...
Umi : Cara yg betul, tak apa Dik...
Umi : Tapi kalau boleh tak usahlah. Byk mudharat dari yg baik.

Didik... Didik...
You scared Ummi tau tak kekadang dgn soalan & pemikiran awak tu.

Walk to remember :
Elaun Poligami tak wujud kan dalam Budget 2019....?!


#Budget2019
#poligami
#Lamborgini
#Ferrari
#Didik'sthinking

Monday, November 5, 2018

OMG - Simplicity of Weekend Getaway


Weekend+Diwali=Cuti panjang. Ramai utilized kesempatan yg ada utk bercuti. Tapi, kami mmg tak jejalan time public holiday. Tak larat sebenarnya nak redah crowd n hectic. Nanti lagi stress & penat

Weekend baru ni, berempat je di rumah. Babang ikut trip pasca PSRA Al-Amin ke PD. Sejak balik ptg semalam hingga pagi tadi masih melepek. Huish, penat sgt ke Bang?

Tak ke mana2 pun. Sekadar ulang breakfast lagi ke KUKUS (Pa addicted), then ke Eco cari pasu & ptgnya ke wedding event anak Bik Nani di Riyaaz Space Event.

Sabtu lewat mlm sampai Ahad awal pagi cucuk keratan Bayam Brazil atas permintaan adik2 pejabat. Padahal awal Isya' saya dah lelap kepenatan. Tapi demi OMG, segar bugar semula sampai lewat malam. Paksa Pa stayed up temankan.

Tanah2 tu saya dah campurkan terlebih dulu dgn tinja ayam, biarkan semalam dua baru cucuk keratan BB. Earlier batch buat begitu, pokok cepat naik. Cepat naik, cepat gebu, cepatlah tuannya dpt bawa balik dia. Mesti diorang happy!

Jumaat lps delivered 2 pasu Bayam Brazil  pd che2 puannya. Dari beli pasu, isi tanah, isi baja, cucuk keratan, siram & berbual hari2 dgnnya hingga tumbuh gebu 2 minggu. Sekali kena serahkan pd keluarga barunya, hati rasa sayu. Waktu bye-bye mereka, hati ada hujan sikit. Tak apalah. Bersedekah dgn kemampuan yg ada. Nak sedekah RM n benda mahal2 belum mampu. Moga hobi baru ni dpt beri sedikit saham akhirat utk kami.

Sabtu tu hujan lebat sgt. Bbrp pokok bunga matahari patah batang. Maka, ahad ber’getaway’ di OMG je. Rearrange RJ, takut lecur pula asik berhujan. Dan checked semua  che bunga & che sayur di OMG tu.

3 pasu sunflower (8 batang pokok) patah sbb hujan kuat sgt. Lagipun berat dgn bunga. Pun dah sampai end life. Pokoknya saya kerat2 kecil2 utk jadikan kompos. Bunganya, Didik kupas utk ambil kuacinya. Ada 2 jenis - satu betul2 mcm kuaci yg beli kat kedai. Satu lagi warna hitam. Kak Ina smlm dtg ambil sedikit kuaci hitam tu utk jadikan benih. Ada sebekas kuaci ni... nak buat gapo pulak. Nak tanam kat pasu Pa dah tak kasi hu hu....



Skrg tgal pokok2 matahari yg atas tanah je. The biggest is this one! Setinggi saya dah. Byknya adik2 bunga dia spjg tangkai. Agaknya dia serap baja, air ikan, air beras yg kami siram kat bayam brazil yg ditanam di bwhnya tu kot...

Sunflowers luar pagar, baru satu yg bloom. Bloom lah serentak wahai sunflowers :-)
RJ atas pagar batu tu dah tahan lasak agaknya. So far walaupun asik hujan, msh elok berbunga & belum ada yg lecur. Kekadang check juga aliran air dlm pasu mereka. Takut tergenang. Nak trim je tak sempat lagi. Pun syng nak ditrim buang. Nak replant, belum ada lebihan pasu...


Pasu2 bunga matahari yg dah patah saya ganti dgn pokok2 kacang buncit purple (benih ihsan Kak Zah, jiran Bik Mah). Sepasu lagi pokoknya masih kecil (tak de dlm gambar). Oleh krn takut dia merajuk kalau disalin, maka dgn polibagnya saya letak dlm pasu. Tambah tanah je.

Dah berbunga. Harap2 ada izin Allah dia berbuah. Nak sgt tgk mcm mana rupa & rasa kacang buncit purple ni. Pokok ni Kak Zah kata renek tak menjalar. Tapi kena ada pancang & ikat batangnya sbb klu kena hujan asik menunduk.


Pokok kacang buncis ni tanam dlm 3 polibag & letak atas tanah. Hopefully akarnya pandai turun ke tanah la. Dah menjalar ke pagar. Last fortnight Pa buatkan tempat utk kacang buncis ni menjalar tanpa ganggu sgt kwsn bhgn jiran. Dah berbunga weekend ni! Happy sgt. Smg semut tak hurung bunganya tu & dptlah tumbuh kacang buncis. InsyaAllah...

Tali rafia yg terentang tu bukan ampai baju :-) Pa buat utk mudahkan pokok kacang buncis menjalar.
Oh, ada rupanya pasu pokok kacang buncit purple yg kecil tu di atr Anthurium & Mulberry yg asik kena cantas dekorasi dek Pa. Mulberry tu baru nmpk tumbuh satu buah semalam. Cepat besar ya Mulberry mcm dulu di rumah No 5 & 23... 

RJ dlm pasu gantung tu asyik lecur. Esok nak rework on her. Sepasu lagi RJ tu pattern baru pemberian Cikgu Ina (ttp bayar dia saguhati even dia menolak) letak kat situ spy tak kena hujan berlebihan.

Daisy tinggal 3 pasu. Yg pink dah mati. Yg 2 lagi tu saya dah buang daunnya, tu baru tumbuh daun baru. Tak tau boleh survive ke tak. Sepokok daisy merah tu pula baru segar slps 2-3x beri ajinomoto. Dah nmpk 2-3 putik bunganya. Survive la syg. Blh tlg motivate RAN nak buat posting pasal Che Daisy MDH kat FB nnt :-)

Bbrp bekas lagi Bayam Brazil yg dah mula gebu & yg baru tanam. Kot2 ada yg teringin juga, bolehlah disedekahkan nnt. Cuma bayar utk kos pasu je la hu hu.

For time being, gitu je la arrangement. Guna tong2 cat Pa yg msh berisi cat & balance tiles sbg tpt letak pepasu tu. Nak buat raknya, Pa kata blm dpt idea lagi. Haish, tunggu idea Pa, bilalah nak ada rak utk pepasu saya ni...

Sdg nak biakkan RJ dgn 2 pattern tu - kuning strip merah & light yellow ada petal tghnya. 
Membesar dgn sihat ye RJ! Sblh tu sdg jemur biji benih strawberry pemberian Wawa. Didik & Baby hantu strawberry. Ummi berusaha utk semai pokok strawberry. Moga2 berjaya percubaan ni demi anak2... Aaamiiin...


Penyejuk hati saya setiap kalinya.  Bayam Brazil ni mgkn dah serasi juga dgn tgn saya. Pa rajin tlg siram baja AB kkdg. Alhamdulillah, jadi sayur & ulam kami hampir saban hari. Dan dpt disedekahkan kpd hampir semua jiran2 di taman perumahan. Ada yg dah mula tnm BB ni di rmh mrk juga dari keratan yg Pa berikan. 


Atr dishes yg sempat disimpan sbg memori. Bayam Brazil ni selain buat salad mkn dgn mayonese (boys favourite) & masak dgn maggie, kami berdua buat ulam cicah smd sambal belacan @ sambal tempoyak. Sambal tempoyak ibu tumbuk cili api je. Sambal tempoyak versi Pa, tumbuk cili api dgn sedikit ikan bilis. Makan dgn nasi panas sedap sgt.

Weekend baru ni, lps Subuh saya dah siap masak nasi kari Bawal pancing Pa (sbb saya nak ber'getaway'). Jodohkan dgn sambal bilis signature dish Pa & telur asin berkat kenduri Bik Nani. Oleh krn saya dah asik di OMG cucuk BB, mengalih anak2 cili & kacang buncit purple... Pa rupanya dah siap goreng bayam brazil + bayam thailand. 

Ni kali kedua Pa masak BB semalam (for dinner). Sempat curi2 amek gambar Pa :-)

Versi Pa tumbuk bawang putih, bawang merah, ikan bilis & belacan sikit. Potong cili api letak kemudian.
Masak balik-balik je. Kelakar je bila dgr Pa kira 1,2,3 hga 12 kemudian tutup api. Style :-)
Thank you Pa. Moga bahagia ini Allah limpahkan & kurniakan kpd kita hga akhir usia & sampai sana.

Our simple weekend getaway... just in OMG Our Mini Green. 
Bersyukur dgn ihsan & pemberian Tuhan ni. Inilah atr sumber ketenangan & kebahagiaan kami, terutamanya saya la kot. Tq OMG, krn kamu divert perasaan ni yg pernah luka & cedera. 

Happy Diwali, esok :-)

#diwali2019
#bayambrazil
#sunflower
#kacangbuncis
#mulberry
#rosejepun

Sunday, November 4, 2018

Sweet backup nampak?

Antara cara saya memastikan ketiga-tiga anak bujang saya sentiasa ada jika ke mana-mana...

U     : Mana anak Ummi yg hensem?
Bbg : Saya!
U     : Mana anak Ummi yg comel?
Bby : Baby!
U     : Mana anak Ummi yg sweet?
Ddk : Saya!
Bbg : Saya juga!
Ddk : Eh! Babang hensem je lah. Saya yg sweet!
Bbg : Apa pulak? Babang pun sweet pe...?
Bbg : Babang sweet pd seseorang je...

Ayat akhir tu perlahan tapi saya masih boleh dengar.

U    : Amboi!?
U    : Awak sweet dgn siapa Bang?
Bbg: Ada lah...
U    : Hmm... Aisy la tu? Kemain nko ye Bang...
U    : Ummi tak nak menantu yg gedik ye... (amboi?)
Bbg : Mana ada dia gedik? 
U     : Amboi, belum apa2 dah back up girlfriend!?
Bbg : Ummi ni... mana ada girlfriend. Dia je yg suka saya...
Bbg : Lagipun saya sweet dgn Ummi je..
Bbg : Ummilah permaisuri saya, buah hati saya!

Bila Pa masuk kereta, told him about it. 'Jangan mengada ye Bang!' pesannya.

Lihat Babang nowadays... feel so old already. Apatah lagi kalau inspect socmed nya. Adeh... kekadang tak percaya, betul ke itu anakku? Dia sudah mula masuk fasa remaja. Cabaran di depan sudah terlihat... moga Allah pelihara kamu bertiga dlm rahmat, perlindungan & kasih sayang-Nya. 

Hati & perasaan, Ummi tak boleh kawal. Itu anugerah. Tapi kalau berkawan, carilah kawan yg jujur & ikhlas. Kalau berkasih, carilah yg boleh bersusah & menangis bersama. Janganlah dipandang maskara, foundation di muka, lipstik & skirtnya. Jangan sesekali berniat pd harta keturunannya. Carilah & pandanglah hatinya melalui akhlak & tutur katanya. Pilihlah dia kerana agamanya.

Mohon pd Allah agar kurniakan yg baik2 dlm hidup kita. Belajar dari apa yg berlaku dlm keluarga kita ya. Moga bahagia milik kamu hingga Firdausi.

Apapun, I'm warning you! Tok sah mengada! Belajar tu kasi habis dulu ya!

#tungguresultupsr
#tungguresultpsra
#tunggudetiksekolahmenengah

Thursday, November 1, 2018

OMG : Asam Pedas - Daun Kesum @ Bunga Kantan?

Bila joint FB Kebun Bandar, mcm2 perkara saya belajar. Kekadang gelak sendiri dgn komen2 diorang. Jenis yg blh tolerate dgn humor tu okaylah. Mcm cerita pokok kesum ni. Tuannya tanya knp pokok kesumnya menjalar tak menegak? Salah tang mana? Ada commentor jawab, cuba nyanyi lagu Negaraku kot2 dia nak tegak. Adeh...

Barulah tahu kesum ada 2 jenis - menegak & menjalar. Yg menjalar, daunnya besar, warna hijau agak pekat & kesat. Bau lebih kuat. Oh, no wonder la daun pokok kesum saya comey2. Dok la tanya dia hari2, 'awatla hang ni che som? cinonet manjang? bila nak gemok?'. Rupanya jenis menegak ni daun lbh kecil & krg baunya.

Pokok kesum sepasu ni beli di nursery Sg Buloh. Masa tu tak reti lagi nak tanam sendiri. Asalnya letak  di ruang laundry. Hidup je. Tapi mcm kesian, tak gemok mcm che puan yg jaga dia. Kak Mah kata, selalu potong & cucuk ke tanah. Nanti kalau biar lelama, takut mati.

Alih ke beranda sisi, biar kena matahari sikit.
Mcm okay sikit keadaannya, tp msh tak gemok :-) Redha je la...

Saya google la cara biakkan pokok kesum. Jiran lama, Lani pun bagi tips juga. Tq Lani!


1st experiment tumbuhkan akar keratan kesum. Alhamdulillah, selepas 2-3 hari keluar akar! Haish, Tuhan je yg tahu bahagianya. Gardening is not just an art. It is indeed happiness!

Kami turunkan ke tanah guna bekas sabun terpakai. Bekas tu Pa dah siap2 tebuk lubang supaya akar pokok kesum blh menjalar turun ke dlm tanah nantinya. 


Tapi growth mcm agak lambat. Daun pun bit yellowish. Bila fikir2 silapnya & agreed with Pa, saya tambah tanah supaya lebih tinggi. Baru nampak pulih. Ala.. sorrylah Che Som. Ummi ni newbie in gardening. Maaflah kalau kamu sengsara sekejap ya. Ni dah getting better kot kan?  Ke kamu tak suka direct sunshine? Tak pe... let me observe you bit longer ya. Jadi tahan lasak la sikit Che Som :-)

Kemudian tried cucuk lg btg kesum dlm tanah di polybag. Letak atas tanah (dgn niat biar akarnya nnt tau turun cari tempat dlm tanah ground tu), tepi pagar, bwh rimbunan pokok pucuk ubi kesayangan saya. Bit shady for Che Som there. Wah! Cepat naik! Hijaunya pun cantik. Much better dari Che Som dlm bekas sabun tu.

Gambar last week ... skrg dah semakin tinggi. Happy sgt!
Ooooo.... kamu suka shady place ya? Tak pe, Ummi sengaja nak didik Che Som dlm keadaan bervariasi. Eksperimen! :-)

Azam nak jaga pokok kesum ni sbb nak msk asam pedas guna bhn dr laman OMG sendiri. 2nd dish yg disukai family. Sblm ni tak pandai masak asam pedas. Few times & recipes tried. Tak juga dpt taste yg acceptable  di tekak sendiri. 

Last weekend tried one more time. Altered resepi yg diguna. Kali ni tak letak air asam jawa. And, I guessed it suits our preference better. Alhamdulillah, Pa kata dah lulus msk asam pedas.

Another tip dari Lani, kalau msk asam pedas, guna salah satu je either bunga kantan @ daun kesum. Kalau guna both, nnt diorang confuse nak bg rasa yg mana. Kelakar, tapi it worked for me. Patutlah slm ni letak sgl benda, ttp tak dpt rasanya. Tq Lani for always helping this sister. Semoga Allah beri sgl kebaikan buat Lani di atas kebaikan hati Lani tu...

Asam pedas siakap pancing (ku fikir jenahak) versi RAN. Rupanya ala-ala kari, tapi it's indeed asam pedas :-)

Asam pedas ni saya masak few weeks ago. Guna bunga kantan beli di kedai. Tak guna bunga kesum dari OMG spt selalu. Mcm kedekut nak guna Che Kesum sbb nak diorang sihat menggemuk dulu.

Weekend baru ni pula Bik Mah htrkan bbrp tangkai daun kesom. Buat benih katanya. Daunnya ya hijau pekat, bebesar & kesat. Ha, ni mesti jenis menjalar! Dah selamat cucuk dlm 3 polybag. Harap2 berjaya hidup.

Wahai Che Kesom @ Persicaria Odorata sayang, tumbuhlah & membesarlah dgn sihat & bahagia ya...

Asam pedas pilih yang mana?
Daun kesum atau kantan?
Pilihlah salah satu sahaja
InsyaAllah sedap dimakan! 

#ourminigreen
#daunkesum
#asampedas

PAGEVIEWS